Monday, 17 February 2025

untuk salafi yg mahu penerangan scara aman

 ok bos.. maaf la...dalam msia dan kebanyakan negara umat islam, mazhab akidah ada banyak dan paling majoriti ialah 3 kelompok, assyairah maturidiah aswj yg menjadi akidah rasmi majlis fatwa kebangsaan sejak sekian lama dan menjadi akidah rasmi dalam jabatan mufti kebanyakan negeri kecuali perlis dan mungkin wilayah ..

wahabi wahabi ni bukan saja2 org nak larang dari terjebak..
ajaran wahabi ni biasa dia akan perkenal pada org ramai dgn tagline ikut sunnah sahaja dan tolak bidaah
dan fine mmg generally semua org awam akan nampak yes , no prob apa yg ustaz ni sebut
N ini yg the one all of shud follow contohnya
kebanyakan yg diajar biasa nya xde masalah dan majoriti nya betul
tp mula2 asatizah salafi ni akan tanam dalam fikiran org awam kena tolak perkara khilafiah atau perkara yg berlaku perselisihan di kalangn ulama' ,,,bg sesetengah ulama kata ia sunat ada kata ia bukan sunat, tp ajaran salafi ni terus qunut, tahlil, selawat antara terawih dan berlambak hal2 khilafiah akan ditanam sbagai BIDAAH,SESAT,MASUK NERAKA
sedangkan masuk neraka ke org baca qunut,tahlil dan selawat antara trawih ni sebenarnya ???
ok la, bila ahli baru da cair dgn fikiran ni..dan kemas pegang slogan tu
ustaz salafi akan start ajar perkara yg saya kata duri tajam dalam keindahan dan pesona kuliah mereka iaitu bab AKIDAH
bukan semua akidah salafi ni sesat dan berbahaya, mereka pun KATA ALLAH MAHA ESA DAN NABI MUHAMAD RASUL
tapi apa yg x kena dlm akidah salafi ni mereka akan AJAR ALLAH NI BERTEMPAT DI LANGIT , BERANGGOTA TUBUH SEPERTI TANGAN , BETIS DLL... akidah begini mereka ambil dalam ayat quran SEBENARNYA TIDAK BOLEH DIFAHAMI/ DIAMBIL MAKNA AYAT TERSEBUT SECARA ZAHIR MAKNA AYAT ATAU MAKNA TERSURAT
Awk x percaya, cari tafsir quran, bukak ayat 7 surah ali imraan, Allah PESAN AWAL2 nak faham apa makna quran , AYAT 7 SURAH ALI IMRAAN )
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya
Allah da bagi tahu ayat quran ini ada yg kita boleh ambil makna/kefahaman dari makna tersurat/zahir ayat , TAPI ADA AYAT KESAMARAN/TIDAK JELAS YG TIDAK BOLEH DIAMBIL MAKNA SECARA TERSURAT kerana ada makna tersirat/atau makna lain yg hanya diketahui Allah dan diberi kefahaman ayat ini pada ulama' tafsir muktabar sahaja
ayat sifat Allah da cukup jelas, surah al ikhlas tu, "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:4)
BILA MAKHLUK SIFAT FIZIKAL BERTEMPAT DAN BERJUZUK ANGGOTA TUBUH, ADAKAH LAYAK ALLAH JUGA MEMILIKI 2 SIFAT TERSEBUT
sebenarnya, ajaran salfi ori dari muhd ab wahab dan arab saudi lagi DIRECT, MEREKA MENDAKWA MEMANG ALLAH BERJISIM, BERANGGOTA TUBUH DAN BERTEMPAT...cuma di malaysia ja, ustaz salafi x kan direct ajar camtu sebab nampak jelas sangat sesat
,MAKA MEREKA BAWA TAGLINE AKIDAH , Allah bertempat di langit, beranggota tubuh tapi COVER DENGAN tidak menyerupai makhluk..
ni la..DURI TAJAM yg akan melukai akidah org awam yg jika x da asas teguh akidah aswj , aakan kata ya jugak, apa salah nya akidah camni..
dalil lain supaya saudara faham , ayat quran kalau kita nak ambil makna scara zahir berkait di mana atau keberadaan Allah
AL BAQARAH AYAT 186 )
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
SURAH QAAF AYAT 16 )
maksudnya :
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
SURAH WAAQIAH AYAT 83-85 )
maksudnya :
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
KALAU IKUT CARA SALAFI WAHABI ( TANPA TAKWIL ) :
- Allah lebih dekat dengan orang yang sedang dikeluar roh tika sakaratulmaut berbanding manusia-manusia yang menyaksikan orang yg ditarik roh itu.
SURAH HADIID AYAT 4 )
maksudnya :
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan
SURAH MUJAADALAH AYAT 7 )
maksudnya :
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
SURAH AL BAQARAH AYAT 115 )
Maksudnya :
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
KALAU IKUT CARA SALAFI WAHABI ( TANPA TAKWIL ) :
ke arah mana kita menghadap kiblat di situ wajah Allah ?? sekali lagi zahir ayat kata
Allah bukan di arasy
dan banyak lg kalau sy nak tulis sini
KENAPA USTAZ SALAFI X NAK HURAI AYAT2 QURAN ATAU HADIS CAMNI ?? SEBAB X KENA DGN AKIDAH MEREKA NAK PEGANG ALLAH KONONNYA DI LANGIT TU
DAN JIKA MEREKA ULAS PUN, MEREKA SEBENAR NYA AKAN PUTAR BELIT KATA TU BUKAN MAKNA AYAT TU BLA BLA ..CAMBIASA UTK MENANGKAN PEGANGAN AKIDAH MEREKA
sekadar perkongsian sy agar awk terselamat dari ambil akidah dari guru2 sperti ni
harap maaf, salam

No comments:

Post a Comment

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...