Monday, 17 February 2025

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

 



KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU ) 

PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI

MULA PENULISAN : 7 OKTOBER 2024 

LENGKAP PENULISAN : 24 OKTOBER 2024


1- BANTAHAN NABI ADAM DAN SIFAT LUPANYA

dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Ketika Allah menciptakan Adam , Dia mengusap belakangnya , lalu dari belakangnya berjatuhan setiap jiwa yang diciptakan Allah dari keturunan Adam hingga hari kiamat. dan Allah menjadikan kilatan cahaya di antara kedua dua mata setiap orang daripada mereka. kemudian mereka dihadapkan dihadapkan kepada Adam ,maka Adam bertanya "wahai Tuhan, siapakah mereka ?"Allah menjawab, "merekalah keturunanmu."lalu Adam melihat seorang daripada mereka dan kilatan cahaya di antara kedua dua matanya membuatnya kagum. Adam bertanya, "wahai Rab, siapakah dia ?"Allah menjawab, "dia orang akhir zaman dari keturunanmu bernama Daud " Adam bertanya, "wahai Rabb, berapa tahunkah Engkau menjadikan umurnya?" Allah menjawab, "60 tahun."Adam berkata, "wahai Rabb, tambahilah untuknya 40 tahun (diambil) dari umurku."

ketika usia Adam hampir tamat,malaikat maut datang padanya (ingin mengambil nyawanya ) , lantas Adam berkata, "bukankah usiaku masih berbaki 40 tahun ?" malaikat maut berkata, "bukankah engkau telah memberikan nya kepada anakmu Daud (40 tahun) ?" adam membantah, lalu keturunannya juga membantah . Adam lupa dan keturunannya juga lupa . Adam melakukan kesalahan , dan keturunannya melakukan kesalahan."

(Sunan at Tirmizi :3076 - hadis hasan sahih mengikut imam tirmizi )


2- PENSYARIATAN TAHMID DAN SALAM

- dari Abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Tatkala Allah menciptakan Adam dan meniupkan roh padanya , adam terbersin , lalu dia mengucapkan alhamdulillah , iaitu dia memuji Allah dengan kehendakNya. Allah pun menjawab 'yarhamukallah'. 

kemudian Allah berkata kepada Adam , 'wahai Adam , pergilah kepada para malaikat yang sedang duduk itu dan ucapkanlah 'assalamualaikum' , adam pun pergi kepada mereka dan mengucapkan salam tersebut. mereka pun membalas ,'waalaikumussalam warahmatullah.'

apabila Adam kembali kepada Allah , Allah berfirman kepadanya , 'itulah ucapan sambutan (yang disyariatkan ) bagimu dan bagi anak cucu cucu kamu di antara sesama mereka. 

kemudian Allah berfirman kepada Adam - sambil kedua yadNya tergenggam ,'pilihlah wahai Adam di antara keduanya yang engkau kehendaki. adam berkata, 'saya memilih kanan wahai Allah . dan kedua dua yad Tuhanku adalah kanan yang mendapatkan berkah. ' kemudian Allah membuka yadNya , dan ternyata padanya terdapat adam dan anak keturunannya, kemudian adam berkata, 'ya Tuhanku, siapakah mereka.' kemudian Allah berfirman ,'mereka adalah anak keturunanmu.' dan ternyata setiap orang tertulis umurnya di antara kedua dua matanya dan ternyata di antara mereka terdapat orang yang paling bersinar . adam berkata siapakah ini ? Allah berfirman , ini adalah anakmu Daud , Aku telah menuliskan umurnya 40 tahun . adam berkata, wahai Tuhanku , aku telah memberikan  sebahagian umuirku untuknya 60 tahun . Allah berfirman, 'itu adalah hakmu.'

Rasulullah bersabda, "kemudian dia ditempatkan di syurga sesuai yang dikehendaki oleh Allah kemudian diturunkan darinya. dan Adam menghitung umurnya sendiri ".  baginda bersabda,"kemudian malaikat maut datang padanya , adam berkata padanya, engkau telah terburu buru , telah dituliskan untukku umurku 1000 tahun . malaikat berkata, 'benar , akan tetapi engkau telah memberikan 60 tahun untuk anakmu daud "

(sunan at tirmizi , menurut imam tirmizi ini hadis hasan gharib )

***PENTING - YAD DALAM HADIS INI MENURUT PARA SALAF , MAKNANYA HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA ALLAH SETELAH KITA MENAFIKAN PENYERUPAAN ALLAH DENGAN SEBARANG MAKHLUK . PARA ULAMA' KHALAF PULA MENTAKWIL MAKNANYA KEPADA DGN SIFAT AL JAMAL (KEINDAHAN) MERUJUK KEPADA KANAN , DAN SIFAT ALJALAL(KEAGUNGAN) MERUJUK KEPADA KIRI. DALAM ERTI LAIN , TANGAN ADALAH KINAYAH(METAFORA) BAGI MAKSUD KEKUASAAN ATAU KERAJAAN DAN BAGI MAKSUD NIKMAT DAN KEBAIKAN


3- KEWAFATAN NABI ADAM

- utay bin dhamurah menceritakan, "aku melihat seorang syeikh di madinah sedang berbicara. lalu aku bertanya pada orang ramai siapakah dia ? mereka menjawab dia ialah ubay bin kaab. ubay bercerita , ketika maut datang menjemput nabi adam, dia berkata kepada anak anaknya , 'wahai anak anakku, aku ingin makan buah dari syurga. ' lantas anak anaknya pergi mencari untuknya , mereka terserempak dengan beberapa malaikat (yang menyerupai lelaki) yang datang bersama kain kapan Nabi Adam dan hanut (ramuan dari campuran wangian yang biasa digunakan untuk mayat) , mereka turut membawa kapak , penyodok  tanah dan juga raga pengangkut tanah. ( alat2 untuk menggali kubur).

para malaikat bertanya , 'wahai anak anak Adam, apa yang kamu cari ? dan apa yang kalian mahu ? atau ke mana kalian pergi ? mereka menjawab, "bapa kami sakit , dia ingin makan buah buahan dari syurga ". para malaikat menjawab, "pulanglah, kerana ajal bapa kalian telah tiba."

lalu malaikat tadi datang ke rumah nabi Adam , apabila Hawa terlihat mereka , dia mengenali mereka. lantas dia berlindung di belakang Nabi Adam , Adam lalu berkata kepadanya, "jauhilah kamu dariku. Aku pernah melakukan kesalahan keranamu. biarkan aku dengan malaikat  Tuhanku. " lalu malaikat mencabut nyawanya, memandikannya dan mengkapankannya menyapukan hanut tadi, menggali kubur dengan membuat liang lahad ,dan mensolatkannya. 

kemudian mereka memasuki kuburnya, meletakkan jasadnya  ke dalam kuburnya, (ke dalam liang lahad) dan menutup liang lahad itu dengan batu bata. kemudian mereka keluar dari kubur dan menimbusnya dengan tanah.  kemudian sebaik selesai, mereka berkata , "wahai anak anak Adam , inilah sunah untuk kalian ( dalam menguruskan mayat di kalangan kalian )

Musnad Ahmad (21240) 


4- NABI SOLEH A.S

dari saiyyidina Jabir menyampaikan , "tatkala Rasulullah melalui al Hijr (kawasan penempatan kaum Nabi soleh ) , baginda bersabda kepada sahabatnya, "Janganlah kalian meminta mukjizat, kaum Nabi Soleh telah meminta mukjizat  kepadanya (lalu mereka diberikan mukjizat berupa seekor unta yang luar biasa ) , unta itu datang dari jalan ini dan pulang dari jalan ini . namun mereka derhaka terhadap perintah Allah , lalu mereka menyembelihnya . unta itu meminum air dari telaga milik mereka sehari , dan sebagai gantinya mereka meminum dari susunya sehari juga.  akan tetapi mereka menyembelihnya , maka datanglah angin yang menjadi azab kepada mereka. Allah menghancurkan mereka semua yang berada di bawah bumbung langit Nya, kecuali seorang lelaki yang berada di dalam kawasan Tanah Haram. ditanya, siapakah dia wahai Rasulullah ? baginda bersabda, "dia adalah abu righal , namun ketika keluar dari tanah haram itu , dia ditimpa dengan apa yang menimpa kaumnya."

Musnad Imam Ahmad ( 14160 )


5- SAYYIDATINA HAJAR DAN NABI ISMAIL

dari sayyidina said bin jubair , ibnu abbas menceritakan : wanita pertama yang menggunakan tali pinggang (yakni pengikat pinggang yang biasa dipakai oleh khadam untuk mengambil hati sarah dengan penampilannya seperti khadam )  ialah ibu nabi ismail ( siti hajar ) , dia memakainya untuk menghilangkan jejaknya dari siti sarah . kemudian nabi ibrahim membawa hajar bersama anaknya ismail  yang saat itu masih disusui ( ke makkah ) , hingga beliau menempatkan mereka berdua di kawasan yang berhampiran baitullah (kaabah) pada hari ini , iaitu di tepi sebatang pohon besar di atas tanah zamzam yang berada  di hujung kawasan masjidil haram, ketika itu di makkah tidak ada seorang pun di sana dan belum muncul air. Nabi Ibrahim menempatkan kedua duanya di sana dan meninggalkan uncang berisi kurma dan bekas berisi air. kemudian baginda berangkat dan meninggalkan mereka berdua.

hajar lantas mengikutinya dan bertanya, "wahai ibrahim , kamu hendak ke mana ? adakah kamu ingin meninggalkan kami di lembah yang tidak ada seorang manusia pun di sini dan tidak ada sesuatu apa pun?  hajar mengulanginya berulang kali, namun Nabi Ibrahim tidak menoleh kepadanya.  Akhirnya Hajar bertanya, "adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukaan semua ini ?" nabi Ibrahim menjawab ya. hajar berkata, "sekiranya begitu, Allah tidak akan membiarkan kami."

kemudian hajar kembali ( ke kawasan berhampiran kaabah itu ), ibrahim pula melanjutkan perjalanannya  pulang hingga tiba di Tsaniyah - iaitu satu kawasan di hujung Mekah - sekira kiranya mereka tidak lagi melihatnya , beliau lalu beralih menghadap ke arah Kaabah dan berdoa untuk mereka dengan kalimah kalimah berikut sambil mengangkat kedua tangannya. 

kemudian hajar menyusui anaknya dan ismail dan minum air yang dibekalkan oleh Nabi Ibrahim , apabila air di dalam bekas habis, dia menjadi dahaga , begitu juga anaknya. dia melihat anaknya meronta ronta. diceritakan dalam riwayat lain, ismail berguling guling di atas tanah. hajar pergi meninggalkan ismail kerana tidak sanggup melihat keadaannya.

dia menuju ke bukit safa, bukit yang paling dekat dengannya.  dia berdiri di atas bukit itu menghadap ke arah lembah dengan harapan melihat kelibat orang di sana, namun tidak kelihatan seorang, dia lalu turun dari bukit safa, sampai di lembah, dia menyinsingkan hujung pakaiannya lalu berusaha keras seperti seorang manusia berjuang keras hingga ketika dia dapat melewati lembah dan sampai ke bukit marwa.kemudian hajar menaiki bukit marwa dan melakukan perkara yang sama dan berulang 7 kali . ibnu abbas mengatakan ini permulaan sa'i. 

ketika di puncak marwa, dia mendengar suara , dia menumpukan pendengarannya dan mendengar lagi suara tersebut, lantas hajar berkata, "engkau telah memperdengarkan suaramu, maka tolonglah kami." rupanya itu adalah suara malaikat jibril  yang berada berhampiran zam zam.  jibril lalu menggali air dengan tumitnya  atau dengan sayapnya , hingga air keluar memancar. 

hajar lalu membuat kepungan air dengan  tangannya , dia mencedok air dan memasukkaanya ke dalam bekas. air terus membuak dengan deras sekalipun telah dikepung atau dicedok . ibnu abbas berkata sekiranya siti hajar membiarkan air zam zam itu tanpa dikepung, maka air zam zam akan menjadi mata air (yang terus mengalir di bumi ).

akhirnya dia dapat meminum air dan kembali menyusui anaknya. malaikat berkata padanya, "janganlah kamu bimbang akan terbiar, kerana di sini akan kekal berdirinya baitullah yang bakal dibina oleh anak ini bersama ayahnya. sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya. kaabah pada asalnya tinggi di bumi seperti bukit kecil , namun datang banjir menghakis kanan dan kirinya.

hajar meneruskan kehidupannnya seperti itu (yakni dengan meminum air zamzam dan menyusui anaknya ismail ) , sehingga lalu rombongan dari keluarga Jurhum yang meminta izin dari Hajar untuk tinggal di kawasan berdekatan hajar. siti hajar mengizinkan dengan syarat mereka tidak boleh membolot air itu(zam zam ). maka keluarga jurhum tinggal di situ membina rumah rumah di kawasan tersebut dan hajar gembira dengan kehadiran mereka di situ. ismail apabila menjadi remaja , dia belajar bahasa arab dari keluarga jurhum itu dan menjadi orang disayangi dan dikagumi di kalangan mereka. apabila mencapai usia matang, mereka mengahwinkan ismail dengan seorang wanita dari mereka. tidak lama selepas itu, ibunya hajar meninggal dunia. 

setelah berkahwin, nabi ibrahim datang ke mekah mengunjungi untuk mengetahui khabar anaknya yang ditinggalkannya dulu di situ. namun dia tidak menemui ismail (kerana kebetulan ismail tiada dirumah ketika itu) , dia bertanya khabar ismail pada isterinya , isterinya menjawab, "dia sedang mencari nafkah untuk kami" ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. isteri ismail menjawab, "kehidupan kami buruk. hidup kami dalam kesempitan dan kepayahan." yakni dia mengadukan kehidupannya pada nabi ibrahim.  nabi ibrahim berkata, "nanti apabila suami mu pulang,  sampaikan salam dariku , sampaikan pesananku padanya hendaklah dia menukar bendul pintu rumahnya."

apabila ismail pulang, dia merasakan sesuatu dan bertanyakan pada isterinya, lalu isterinya memberitahu ismail ada seorang tua bertanyakan tentang kamu dan bertanya tentang kehidupan kita , lalu dia memberitahu dia hidup dalam kesukaran dan kesusahan , isterinya memberitahu lelaki tua itu berpesan agar ismail menukar bendul pintu rumahnya, ismail berkata, itulah ayahku dan dia memerintahkan ku untuk menceraikanmu . maka pulanglah kepada keluarga kamu.  maka ismail pun menceraikan isterinya.

ismail kemudian berkahwin lagi dengan seorang lagi wanita dari keluarga jurhum itu, tidak berapa lama nabi ibrahim menziarahi lagi dan seperti yang pertama tidak menemui nabi ismail , lalu isteri nabi ismail memberitahu nabi ismail keluar mencari rezeki dan dan bila ditanya dia memberitahu kehidupannya dengan nabi ismail baik baik sahaja dan hidup lapang sambil dia memuji Allah. ibrahim bertanya makanan mereka, lalu isteri nabi memberitahu daging dan minuman mereka air. lalu nabi ibrahim berdoa agar diberkati makanan mereka. ketika itu tidak ada bijiran di mekah. nabi ibrahim memberitahu isteri nabi ismail agar memberitahu suaminya untuk mengekalkan bendul pintu rumahnya. apabila nabi ismail pulang, dia bertanya pada isterinya, dan isterinya memberitahu ada lelaki tua yang kelihatan sangat baik mengunjungi mereka, sambil dia memuji nabi ibrahim. dia bertanya tentang kamu dan isterinya menceritakan kehidupan mereka dalam baik baik sahaja. dan memberitahu pesanan nabi ibrahim pada nabi ismail agar mengekalkan bendul pintu rumahnya.  dan fahamlah nabi ismail pesanan ayahnya agar mengekalkan isterinya itu. 

tidak berapa lama selepas itu, nabi ibrahim datang lagi mengunjungi  mereka.  kali ini dia menemui ismail yang sedang meraut merancung anak panahnya. sambil duduk di bawah pohon besar di  tepi zamzam. ( pohon sama ketika nabi ibrahim meninggalkan siti hajar dan nabi ismail dahulu ) , ketika dia melihatnya, dia segera menghampirinya dan berbuat sebagaimana seorang ayah terhadap anaknya dan seorang anak pada ayahnya. lalu nabi ibrahim memberitahu pada nabi ismail akan Allah memerintahkan mereka untuk membangun rumah di tempat tinggi ini.  ibrahim menunjukkan pada satu tempat yang lebih tinggi dari sekelilingnya. 

di situlah mereka berdua mengangkat rangka binaan ( rumah kaabah ), ismail membawa batu bata , sedangkan ibrahim pula membina rumah itu. apabila binaan semakin tinggi, ismail membawa sebongkah batu dan meletakkannya untuk ibrahim berpijak di atasnya. sementara dia menghulurkan batu bata. mereka membina kaabah sehingga siap dan mengelilinginya sambil membaca.

SAHIH AL BUKHARI ( 3364 )


6- SAYYIDATINA HAJAR DAN SARAH BERSAMA RAJA YANG ZALIM

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "nabi Ibrahim tidak pernah berdusta kecuali 3 kali sahaja.  abu hurairah menceritakan, "nabi ibrahim tidak pernah berdusta(berhelah) kecuali 3 kali.. kali pertama dan kedua adalah kerana  (mempertahankan) zat Allah , iaitu firmanNya,"lalu Ibrahim berkata, "sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya bersama) , dan nabi ibrahim menjawab , "(tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini ! maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau kalau mereka dapat berkata kata. (al anbiya 21:63) , kali ke-3 pula diceritakan oleh nabi , "pada suatu hari, ketika nabi Ibrahim sedang bersama isterinya Sarah, terserempak dengan seorang raja yang zalim . diberitahu kepada raja bahawa ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang cantik . maka diutuskan seseorang untuk menemui ibrahim . lalu utusan itu bertanya padanya, "siapakah wanita ini ?" ibrahim menjawab,"dia saudara perempuanku."(yakni saudara perempuan seagama, baginda terpaksa berhelah kerana mengelak dari dizalimi raja) , nabi ibrahim menemui sarah dan berkata, "wahai sarah, tidak ada orang beriman di muka bumi ini kecuali aku dan kamu, dan orang ini bertanya kepadaku lalu aku beritahu bahawa kamu adalah saudara perempuanku , maka janganlah kamu berkata bahawa aku berdusta . sarah pun dikirim pada raja, setelah menemui sarah, raja itu ternyata ingin menyentuhnya dengan tangannya namun tiba tiba tangannya menjadi lumpuh. (dalam riwayat lain nabi ibrahim berdoa pada Allah agar sarah dipelihara Allah, lalu raja zalim itu tidak berupaya menyentuh sarah sedikitpun ). 

maka raja itu berkata, "berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku dan aku tidak akan menganggumu lagi. " maka sarah berdoa sehingga tangan raja ini kembali sembuh seperti semula. kemudian raja ingin menyentuh sarah untuk kali ke-2 nya, namun tangannya kembali lumpuh. bahkan kelumpuhan ini lebih teruk dan raja itu meminta sarah berdoa pada Allah. maka sarah berdoa dan Allah mengkabulkan. 

kemudian raja memanggil para pembantunya dan berkata, "Sungguh yang kalian bawa kepadaku ini bukan manusia , tetapi syaitan. " sarah dipulangkan dan nabi ibrahim turut dihadiahkan dengan Hajar (untuk menjadi pelayannya). (hajar ialah salah seorang anak raja Qibti ), kemudian dia pulang dan menemui ibrahim yang sedang solat. maka dia memberi isyarat dengan tangannya bermaksud, "tunggu sebentar." sarah berkata, "Allah telah membalikkan  tipu daya orang kafir atau fajir ke batang lehernya."

abu hurairah berkata, "itulah (hajar) ibu kalian (bangsa arab) , wahai anak keturunan air langit (air zamzam , maksudnya kerana Allah mengeluarkan air zamzam dengan berkat hajar dan anaknya ismail ) ."

( SAHIH AL BUKHARI : 3357, 3358 )


7- KISAH NABI LUT 

ibnu abbas berkata, "ketika para malaikat datang pada nabi lut, beliau menyangka mereka merupakan tetamu yang ingin bertemu dengannya , nabi Lut mendekatkan mereka untuk duduk berhampiran dengannya. kemudian dia mengeluarkan anak anak perempuannya  iaitu 3 orang dan diletakkan mereka di antara tetamunya dan kaumnya ( yang dijangka akan muncul nanti )

kemudian kaumnya bergegas datang ke dalam majlis itu , ketika nabi Luth melihat mereka datang, dia lantas berkata sebagaimana dalam alQuran, "wahai kaumku, di sini ada anak anak perempuanku mereka lebih suci bagimu, (maka berkahwinlah dengan mereka ), oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepada ku mengenai tetamu tetamuku."(hud 11:78), namun mereka menjawab, "kami tidak ada sebarang hajat pada anak anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki ( hud 11:79)

nabi luth berkata, "kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu pada suatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong , tentulah aku akan membinasakan kamu )" (hud 11:80 ), malaikat jibril ( yang turut serta bersama para malaikat yang hadir ) lantas menoleh pada nabi Luth dan berkata, "sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu, kaum engkau yang jahat itu tidak sekali kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana) ." (hud 11:81)

lalu Jibril membutakan mata mereka, akhirnya mereka bertempiaran keluar dari rumah Nabi Luth sehingga saling tunggang  menunggang antara satu sama lain. kemudian mereka terserempak dengan orang orang yang berada di depan pintu rumah , mereka berkata, "kami datang dari seorang penyihir manusia , dia telah membutakan kami." kemudian mereka pun lari tunggang langgang  sehingga sampai ke kampung mereka. 

kemudian kampung mereka itu diangkat di antara langit dan bumi  selama beberapa malam , sehinggakan mereka dapat mendengar kicauan burung burung  di angkasa, kemudian tanahnya diterbalikkan dan batuan berjatuhan menghujani mereka.  sesiapa yang tertimpa , mereka pasti mati. sesiapa yang melarikan diri, dia akan dikejar oleh batuan yang akan membunuhnya.

ibnu abbas berkata, "Nabi Luth keluar dari  perkampungannya bersama ketiga tiga anak perempuannya , hingga ketika tiba di suatu tempat di Syam, anak perempuannya yang sulung meninggal dunia, lalu Allah memancarkan mata air bernama al wariyah. kemudian mereka meneruskan perjalanan hingga anak perempuan yang bongsu meninggal dunia. lalu Allah memancarkan mata air bernama Ar ru'nah. maka tidak tersisa melainkan anak perempuannya yang tengah bersama nabi luth."

(MUSTADRAK HAKIM : 3317 )


8) SALING BERBALAS HUJAH ANTARA NABI MUSA DAN NABI ADAM

Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "adam dan musa saling berbalas hujah , nabi musa berkata, "wahai adam, engkau adalah bapa kami. namun engkau telah merugikan kami dan menyebabkan kami terusir dari syurga." adam menjawab, "wahai Musa , Allah telah memilihmu dengan kalamNya dan Dia menulis lembaran lembaran (yakni Taurat) dengan kekuasaanNya. apakah kamu mencelaku kerana suatu ketetapan yang telah ditakdirkan oleh Allah ke atasku sejak 40 tahun lagi sebelum Dia menciptakan aku ?". Adam akhirnya mengalahkan hujah musa . 

(SAHIH AL BUKHARI : 6614)


9) NABI MUSA DAN NABI KHIDIR

Dari ubay bin kaab, Rasulullah bersabda "suatu ketika nabi musa bangun berkhutbah di hadapan kaumnya bani israel. lalu dia ditanya , "wahai musa, siapakah orang yang paling berilmu ? (di muka bumi ini ) nabi musa menjawab aku. Allah ingin menegur nabi Musa kerana tidak mengembalikan ilmu kepada Allah , lantas Dia mewahyukan kepadanya , "wahai musa ,ada seorang hambaKu yang ada sekarang berada di tempat pertemuan antara dua lautan (menurut Qotadah antara laut Rom dan parsi ), dia lebih berilmu dari dirimu. 

nabi Musa bertanya, "wahai Tuhan, bagaimanakah untuk aku bertemu dengannya ?" Allah berfirman, bawalah seekor ikan  di dalam satu bakul. di mana tempat kamu kehilangan ikan tersebut, di situ tempat ( kamu akan bertemu dengannya) ."

musa pun berangkat ke sana ditemani oleh pendampingnya, Yusha' bin nun . apabila mereka berdua tiba di sebuah batu besar, mereka meletakkan kepala lalu tertidur. ketika itulah ikan dalam bakul tadi ( kembali hidup dan ) bergerak gerak , lalu melompat keluar dan jatuh ke dalam laut. lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut. (al kahfi 18:61)

Allah menahan aliran air dari laluan ikan tersebut membentuk terowong. (yusha' melihat gelagat ikan tersebut namun ) ketika nabi musa bangun dari tidurnya dia lupa memberitahunya. mereka pun meneruskan perjalanan pada baki hari tersebut, dan malamnya. esoknya, waktu pagi, Nabi Musa bertanya kepada Yusha' , "bawalah makanan tengah hari kita kerana kita sebenarnya telah mengalami penat lelah dalam perjalanan ini." (al kahfi 18: 62)

sebelumnya nabi musa tidak sedikit pun tidak merasai penat. namun apabila mereka telah melepasi tempat yang diperintahkan oleh Allah (untuk menjadi pertemuannya dengan hamba Allah itu, Allah menjadikannya merasa penat dan lapar ) barulah dia merasa kepenatan.

(apabila musa meminta makanan , barulah Yusha' teringatkan ikan tadi, lantas ) dia berkata kepada musa, "tahukah kamu apa yang telah terjadi ketika kita berehat di atas batu besar tadi ? sebenarnya aku lupa (memberitahu kamu ) hal ikan itu. dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa dari menyebutkan halnya kepada mu melainkan syaitan, dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan. " (al kahfi 18:63)

nabi musa berkata,"itulah yang kita kehendaki ."  mereka pun balik semula ke situ. dengan menurut jejak mereka. ( al kahfi 18:64). mereka kembali menelusuri jejak jejak mereka dan hingga tiba di batu besar tadi.  mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang tidur berselimutkan kain. musa memberi salam , lantas khadir (nama lelaki itu ) menjawab, "bagaimana boleh ada ( orang memberi salam ) di negeri mu ini ? ( kerana negeri itu tidak ada kaum muslimin)  , musa lalu memperkenalkan dirinya , "aku musa " . "musa bani israel?" tanya khaidir . 

"Ya benar." , jawab musa . aku datang kepada mu supaya kamu mengajarku petunjuk dari yang diajar (Allah) kepadamu." nabi khidir menjawab, "sesungguhnya (engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." (al kahfi 18:67)

dia berkata lagi, "wahai musa , aku berada di atas ilmu yang diajar Allah kepadamu.namun kamu tidak mengetahuinya, kamu pula berada di atas ilmu yang diajar Allah kepadamu, namun aku tidak mengetahuinya." nabi musa menjawab, "engkau akan mendapati aku di kalangan orang sabar dan tidak akan membantah sebarang perintahmu, insyaAllah." (al kahfi 18:69) . khidir membalas , "jika engkau mengikuti ku, janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku menceritakan halnya kepadamu." (al kahfi 18:70)

seterusnya nabi musa dan nabi khidir berjalan menelusuri pantai. tidak berapa lama, sebuah kapal melintasi mereka. mereka lalu meminta kepada orang orang di atas kapal untuk menumpangkan mereka. mereka pun bersetuju bahkan tanpa sebarang upah.

namun ketika berada di atas kapal , khadir dengan tidak semena mena menanggalkan salah satu papan dari dinding kapal dengan sebilah kapak. musa lantas membantah, "orang orang ini sudi menumpangkan kita tanpa sebarang upah, tetapi kamu sengaja menebuk kapal mereka." "patutkan engkau membocorkannya sedangkan akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpangnya?" sesunngguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar." ( al kahfi 18:71)

khadir menegurnya, "bukankah aku sudah mengatakan ,(engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." musa lantas memohon maaf , "janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) , dan jangan lah engkau memberati aku dengan kesukaran dalam urusanku."(menuntut ilmu) ,"  ( al kahfi 18:73)

itulah pertama kali musa melupai janjinya, ketika itu datang seekor burung layang layang dengan bertenggek di tepi(birai) kapal. burung itu memagut ke dalam air laut sekali pagutan.  melihatnya, khaidir berkata kepada Musa, "tidaklah ilmumu dan ilmuku dibandingkan dengan ilmu Allah melainkan seperti kadar yang kurang dari air laut dengan pagutan burung itu."

kemudian mereka turun dari perahu tersebut, ketika mereka berjalan jalan di tepian pantai, tiba tiba khadir terlihat seorang anak kecil sedang bermain main dengan kanak kanak yang lain. khadir lantas memegang kepala anak kecil itu dengan tangannya lalu membunuhnya."lantas nabi musa membantah, "patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang ?" sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang mungkar."  ( al kahfi 18:74), khadir menegurnya, "bukankah aku sudah mengatakan ,(engkau) musa tidak sekali kali akan dapat bersabar bersamaku." tegurannya kali ini lebih tegas dari sebelumnya. musa lalu memohon maaf ," jika aku bertanya kepadamu tentang suatu apa selepas ini, maka janganlah engkau jadikan aku sahabatmu , sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan dan bantahanku."  ( al kahfi 18:76)

kemudian mereka berdua berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar , mereka meminta makan kepada orang di situ , namun orang di situ enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh. khadir pun bangun membaikinya dengan tangannya sendiri.

nabi musa lalu membantah, "penduduk itu enggan menjamu kita makan dan enggan menyambut kita, jika engkau mahu, sebaiknya engkau mengambil upah baginya." ( al kahfi 18:77)

khadir berkata, "inilah masa perpisahan antara diriku dan dirimu , aku akan terangkan padamu maksud (kejadian kejadian yang dimusykilkan)  yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya." ( al kahfi 18:78),

Rasulullah berkata, "sebenarnya aku lebih suka jika Musa dapat sedikit bersabar, hingga kisah Musa dan Khaidir ini dapat diceritakan kepada kita dengan lebih panjang lagi."

(SAHIH AL BUKHARI : 4448 )


10) NABI MUSA DAN SEBONGKAH BATU

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi Musa merupakan seorang lelaki pemalu, sentiasa melindungi tubuhnya. ( dari dilihat orang lain) , sehingga tidak ada dari kulitnya yang terdedah kepada orang lain kerana sifat malunya itu. namun ada orang orang di kalangan bani israel yang cuba menyakitinya, lalu mereka mendakwa,"sesungguhnya tidaklah dia menutupi tubuhnya kerana melainkan kulitnya cacat, sama ada penyakit kusta atau telurnya bengkak atau kecacatan lain. '

Allah ingin membebaskan nabi musa dari sangkaan mereka itu, pada suatu hari Musa bersendirian ( dalam satu bilik mandi ) , dia meletakkan pakaiannya di atas batu dan mandi , selesai mandi , dia tampil ke batu tersebut untuk mengambil pakaiannya , namun batu itu melarikan diri membawa pakaiannya. nabi Musa mengambil tongkatnya ( lalu mengejar batu itu dalam keadaan telanjang ) sehingga bani israel melihat Nabi Musa yang sedang telanjang itu dengan rupa tubuh paling elok yang dijadikan Allah. dengan itu Allah menyelamatkan beliau dari sangkaan mereka tadi.

apabila batu itu berhenti, Nabi Musa mengambil pakaiannya dan memakainya. dia lalu memukul batu itu dengan tongkatnya sehingga - demi Allah - terdapat kesan pukulan pada batu itu 3 , 4 atau 5 kesan. peristiwa itulah yang dimaksudkan oleh Allah , " wahai orang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang orang (yahudi) yang telah mencaci Musa , lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan, dan adalah dia mulia di sisi Allah." (al Ahzab 33:69)

SAHIH AL BUKHARI : 3404 


11) NABI MUSA DAN MALAIKAT MAUT

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "malaikat maut datang menemui nabi musa dan berkata padanya, "penuhilah panggilan rabmu." . nabi Musa lantas menumbuk mata malaikat maut dan mencungkilnya. malaikat maut lantas pulang kepada Allah dan mengadu , " Engkau mengutusku kepada seorang hambaMu yang tidak ingin mati. Dia sesunggguhnya telah mencungkil mataku."

lalu Allah mengembalikan mata malaikat maut dan berfirman, "kembalilah kepada hambaKu dan katakan kepadanya , "Adakah engkau ingin terus hidup ? jika engkau ingin terus hidup , letakkan tanganmu di atas belakang mana mana lembu , maka sebanyak mana bulu yang tertutup oleh tanganmu itulah bilangan tahun kamu akan terus hidup. musa bertanya, "setelah itu apa ?" Allah berkata, "setelah itu kamu akan mati ." musa berkata, "jika begitu, sekarang. (ambillah nyawaku )dalam tempoh  terdekat ." (dia kemudian berdoa) , "wahai Tuhanku, dekatkan lah kubur ku ke baitul maqdis sejauh lemparan batu sahaja."

Rasulullah bersabda, "jika aku berada di sana sekarang, aku benar benar akan tunjukkan kepada kamu semua kuburnya , iaitu di sisi jalan di kawasan bukit pasir kemerahan. "

(SAHIH MUSLIM : 2372/158, SAHIH BUKHARI : 3226)


12) WANITA TUA BANI ISRAEL

- sayyidina abu musa berkata, "nabi pernah datang menemui arab badwi dan dia menyambutnya. baginda lalu bersabda padanya ,"tampillah kepada kami. ". arab badwi itu pun menghampiri baginda , rasulullah bersabda, "mintalah apa yang kamu perlukan. " dia menjawab,(aku meminta) seekor unta yang dapat aku tunggangi , dan kambing kambing betina untuk keluargaku memerah susu.

Rasulullah bersabda, "apakah kalian lemah untuk bersikap sebagaimana seorang wanita tua bani israel? (yang memilih akhirat berbanding dunia )"

mereka bertanya, "wahai Rasulullah, siapakah wanita tua bani israel itu ?" Rasulullah bersabda, "sesungguhnya, tatkala nabi Musa keluar dari mesir bersama sama bani israel , mereka tidak menemui jalan keluar.  musa lalu bertanya, "apa sebabnya berlaku masalah ini pada kita." para ulama bani israel menjawab, "sesungguhnya Yusuf tatkala kematian menjemputnya, dia mengambil janji dari Allah agar kami tidak keluar dari mesir kecuali kami membawa jenazahnya bersama sama kami."

musa bertanya, "siapa kah yang tahu di mana letak kuburnya ?"  ulama' itu berkata, (yang tahu) adalah seorang wanita tua bani israel.  lalu musa mengutus seseorang untuk membawa wanita itu kepadanya. tidak lama kemudian dia datang. musa lalu berkata, "tunjukkanlah kepadaku , di mana kuburan yusuf. " perempuan itu berkata, "(aku tidak akan tunjuk) hingga engkau memberikanku satu ketetapan (jaminan)." musa bertanya apa kah ketetapan itu. dia menjawab, "ketetapan(jaminan) itu adalah bahawa aku akan bersama mu di syurga."

musa ternyata tidak suka memberi jaminan itu kepadanya. kemudian Allah mewahyukan padanya agar dia memberikan ketetapan (jaminan) itu kepadanya.maka setelah musa memberikan kepadanya, pergilah dia bersama rombongan musa ke buhairah, iaitu tasik kecil yang menakung air. perempuan itu berkata, "timbalah air ini."maka orang orang pun menimba nya sehingga kering. setelah itu mereka menggalinya dan mengeluarkan jenazah Yusuf. maka tatkala mereka meletakkannya di tanah , jalan(yang tadinya terlindung ),nampak jelas seolah olah diterangi cahaya matahari (yakni mereka sudah tahu arah jalan hingga tidak tersesat lagi ).

(SAHIH IBNU HIBBAN : 723) ( MUSTADRAK AL HAKIM :4088)


13) SAMIRI , SI PENCIPTA PATUNG BERHALA ANAK LEMBU

- sayyidina ali pernah bercerita, "ketika nabi musa pergi bermunajat kepada Allah , samiri telah sedaya upaya untuk mengumpulkan emas yang dimiliki oleh bani israel , kemudian dengan emas itu dia membuat berhala berbentuk anak lembu , kemudian dia meletakkan segenggam tanah kesan dari jejak malaikat jibril (jejak malaikat jibril ketika membinasakan firaun dan tenteranya ), tiba tiba anak patung lembu itu boleh mengeluarkan suara.

lalu samiri berkata pada bani israel , "inilah tuhan kamu semua dan Tuhan musa ." nabi harun menegur mereka , "wahai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepada kamu semua janji yang baik ?"

ketika musa kembali kepada bani israel , dan mendapati mereka telah disesatkan oleh Samiri, dia menarik kepala nabi harun (dan menyalahkannya) , lalu nabi harun menjelaskan apa yang dia telah memperingatkan pada mereka. 

kemudian nabi musa bertanya kepada samiri , "apa yang mendorongmu untuk melakukan perkara itu?" samiri menjawab, "aku telah mengambil segenggam tanah dari kesan jejak (tapak kaki kuda yang ditunggang jibril ) , lalu aku mencampakkannya kepada ( kepada leburan emas yang digunakan membuat patung anak lembu tersebut , tiba tiba ia bersuara) , demikian aku dihasut oleh hawa nafsuku.

kemudian nabi musa mengambil berhala anak lembu itu, membawanya ke tepi sungai , lalu mengikirnya sehingga menjadi debu dan menghamburkannya  ke dalam sungai. maka orang orang yang menyembahnya , apabila meminum air dari sungai tersebut, wajahnya berubah menjadi kuning keemasan. 

bani israel berkata pada nabi musa, "bagaimana kah caranya untuk kami bertaubat ?" lalu musa menjawab, "hendaklah (orang yang terlibat menyembah anak patung lembu itu ) saling berbunuhan antara satu sama lain. lantas mereka mengambil pisau masing masing dan mereka saling berbunuhan antara satu sama lain termasuk yang dibunuh itu ayah dan saudaranya sendiri tanpa dipedulikan, sehingga 70 ribu nyawa gugur.

kemudian Allah mewahyukan kepada nabi Musa, "perintahlah mereka untuk berhenti dan angkatlah tangan ! sungguh Aku telah mengampuni mereka yang telah terbunuh dan mereka yang masih hidup ) ."

( MUSTADRAK AL HAKIM : 3434 ) MENURUT AL HAKIM, SAHIH DAN DISETUJUI OLEH AL ZAHABI.)


14) MATAHARI DITAHAN UNTUK NABI YUSHA' 

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ada seorang nabi di antara para nabi terdahulu, apabila ingin berperang dia akan berkata pada kaumnya, "Janganlah mengikuti daku ( untuk berperang ) seseorang yang baru sahaja menikahi wanita sedangkan dia ingin menyetubuhinya namun belum sempat menyetubuhinya. begitu juga seorang yang membina rumah, namun belum memasang atap. dan juga seseorang yang membeli kambing atau seekor unta yang bunting dan dia sedang menanti haiwan itu beranak. "

nabi tersebut berperang dan ketika dia hampir mendekati sebuah kampung , tiba waktu solat asar (kemungkinan hari itu jumaat kerana jika matahari terbenam pada hari itu, keesokannya sabtu yang dilarang berperang bagi bani israel ) atau sekitar waktu itu, lantas dia berkata pada matahari, "kamu adalah hamba Allah yang diperintah, begitu juga aku hamba yang diperintah. ya Allah , tahanlah matahari ini untuk kami !" maka matahari itu (tertahan)  berhenti beredar hingga Allah memberikan kemenangan kepada beliau.

(selesai peperangan), dia mengumpulkan ghanimah (harta rampasan perang) , lalu datang api untuk memakannya (menghanguskannya) , namun api itu tidak dapat memakannya, maka dia berkata (kepada tenteranya) , "di antara kalian ada ada yang berkhianat (mencuri ghanimah) , oleh itu hendaklah daripada setiap suku kaum ada seorang yang berjabat tangan dengan ku."

maka tangan salah seorang dari mereka melekat dengan tangannya, lantas dia berkata, "dalam kalangan suku kaummu ada orang yang mencuri ghanimah , maka hendaklah suku kaummu berjabat tangan denganku." apabila berjabat tangan dengan mereka , tangan dua atau 3 orang dari mereka melekat dengan tangannya , lantas dia berkata, "dalam kalangan kamu ada pencuri ghanimah." mereka pun membawa emas sebesar kepala lembu lalu meletakkannya (bersama harta rampasan yang lain) , kemudian datanglah api lalu memakannya. kemudian Allah menghalalkan ghanimah untuk kita kerana Allah melihat kelemahan dan ketidak mampuan kita sehingga Dia menghalalkan untuk kita."

(SAHIH AL BUKHARI : 3124)

**sesungguhnya matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang manusia pun melainkan kepada Yusha' pada hari hari ia bergerak untuk menawan Baitul Maqdis .

( musnad ahmad : 8315 , isnadnya sahih ) 

**nabi yusha' merupakan khadam yang mengikut nabi musa ketika pertemuannya dengan nabi khidir , diberi wahyu setelah wafat nabi musa, dilantik menjadi khalifah beliau serta dibawah kepimpinan beliau bani israel berjaya mencapai kejayaan menawan baitul maqdis (al asyqar : 115 )


15 - NABI YUNUS 

- Abdullah bin ma'sud menceritakan kepada kami di dalam baitul mal tentang nabi yunus, "sesungguhnya yunus pernah menjanjikan azab pada umatnya dan mengingatkan azab akan datang dalam tempoh 3 hari . maka mereka mula memisahkan antara kaum ibu dari anak anak mereka. lalu mereka keluar dan merintih kepada Allah , serta memohon ampun kepadaNya. lalu Allah tidak menimpakan azab pada mereka. 

nabi yunus menunggu azab itu menimpa mereka , tetapi nabi Yunus tidak melihat sebarang petanda. pada zaman itu, sesiapa yang menipu dan tiada saksi maka dia akan dibunuh . lalu nabi Yunus keluar dari kampung itu dalam keadaan marah. kemudian nabi Yunus berjumpa dengan satu kaum yang berada di atas kapal. mereka pun membawa nya kerana mereka mengenalinya.

ketika nabi yunus menaiki kapal itu, tiba tiba kapal itu tidak dapat belayar. dan kapal itu terumbang ambing ke kanan dan ke kiri . lalu nabi Yunus bertanya, "kenapa dengan kapal kamu ini ?" mereka menjawab mereka tidak tahu. kemudian nabi Yunus berkata, "sesungguhnya di dalam kapal ini terdapat seorang hamba yang lari dari Tuhannya. kapal ini tidak akan belayar sehingga kita melemparnya keluar. 

mereka berkata, "jika orang itu adalah kamu wahai nabi Allah, demi Allah kami tidak akan melemparmu." lalu nabi Yunus berkata  kepada mereka , "kita buat undian. siapa yang kena maka dia akan dilempar." 

kemudian mereka membuat undian, dan mengenai nabi yunus. mereka enggan melemparnya, kemudian mereka berkata, "siapa yang dapat 3 undian , maka dia akan dilempar. tetapi undian tetap mengenai nabi Yunus. lalu mereka melempar nabi yunus ke dalam laut. kemudian Allah menghantar ikan paus kepada nabi Yunus. ketika nabi yunus jatuh ke dalam laut, maka ikan itu menelannya  ke dalam mulutnya. ikan itu membawanya ke dasar laut. lalu nabi yunus mendengar suara bertasbih dari dasar laut. maka ketika berada di dalam kegelapan yang berlapis lapis itu dia berdoa kepada Allah, "tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang orang zalim."(al anbiya' 21:87 )

lalu Allah mencampakkan nabi Yunus di daratan yang tandus, sedangkan baginda dalam keadaan sakit seperti seekor anak burung yang tidak mempunyai bulu. kemudian Allah menumbuhkan sepohon labu sehingga nabi Yunus dapat berteduh dan makan darinya. ketika pohon itu kering, nabi Yunus menangis kerana tiada makanan dan tiada tempat berlindung.

lalu Allah mewahyukan padanya, " kamu menangis kerana pohon yang sudah kering , tetapi kamu tidak menangis di atas 10 ribu umatmu yang ingin kamu musnahkan. " lalu dia keluar dan berjumpa dengan seorang budak yang menternak kambing. nabi Yunus berkata, "kamu dari mana wahai anak kecil?" anak itu menjawab, "aku dari kaum yunus." lalu nabi yunus menjawab, "kalau kamu kembali kepada mereka, katakanlah bahawa kamu telah berjumpa dengan yunus."

kemudian budak itu berkata, "jika benar kamu Yunus, mesti kamu tahu bahawa sesiapa yang menipu tanpa bukti akan dibunuh. siapa yang menjadi saksi bagiku ? " nabi yunus menjawab ,"pokok dan tempat ini akan menjadi saksi." lalu anak kecil itu berkata, "suruhlah mereka menjadi saksi bagiku."

kemudian nabi yunus berkata kepada 2 benda itu , "jika budak ini datang padamu, maka jadilah saksi baginya." kemudian kedua dua benda itu berkata, "baiklah."

maka budak itu kembali kepada kaumnya. dia juga mempunyai saudara yang membelanya. lalu dia datang kepada raja dan berkata, "aku telah berjumpa dengan yunus.dia juga mengirimkan salam padamu. " lalu raja memerintahkan untuk membunuh budak itu."(kerana didakwa menipu).

namun budak itu menegaskan dia mempunyai bukti. lalu raja mengutus beberapa orang bersama budak itu ke pohon dan tempat tadi. budak itu berkata kepada kedua nya, "bersaksilah demi Allah !adakah kamu nampak yunus ? mereka berdua menjawab , "ya". dalam keadaan terkejut, mereka kembali memberitahu raja apa yang dilihat mereka ( iaitu pohon dan tempat itu bersaksi bahawa mereka melihat yunus . )

lantas raja memegang tangan budak itu, dan menyuruhnya  duduk di tempatnya. lalu raja itu berkata, "kamu lebih layak dari diriku untuk berada di tempat ini."  kemudian budak itu  memerintah mereka selama 40 tahun. 

(MUSHANNAF IBNU ABI SYAIBAH : 31866 )

**doa zinnun ( nabi yunus ) tatkala berada di dalam perut ikan. "tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang orang zalim."(al anbiya' 21:87 ). sesungguhnya tidak berdoa seorang muslim dengan doa ini  kepada Tuhannya untuk  memohon apa sahaja  melainkan akan Dia akan memperkenankan untuknya."

(MUSNAD AHMAD : 1462 ) ISNADNYA HASAN.


16- KEWAFATAN NABI DAUD

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi daud memiliki kecemburuan yang besar. jika keluar dia menutup seluruh pintu sehingga tidak ada seorang pun yang dapat masuk menemui keluarganya (isterinya) sehingga dia pulang,"

baginda bersabda, "pada suatu hari, nabi daud keluar dari rumah dan pintu rumah dikunci , namun isterinya mendapati di ruang tamu terdapat seorang lelaki berdiri di tengah tengah rumah. dia lalu bertanya kepada penghuni di dalam rumahnya, "bagaimana lelaki itu masuk ke dalam rumah sedangkan pintu rumah telah tertutup?" Demi Allah kamu pasti akan dimarahi Daud."

apabila pulang, Daud mendapati lelaki tersebut berdiri di tengah tengah rumahnya. dia lantas bertanya siapakah kamu, lelaki itu menjawab , "aku adalah seorang yang tidak pernah takut kepada para raja, dan tidak ada sesuatu pun mampu menghalangiku. " maka daud berkata, "demi Allah, engkau adalah malaikat maut, selamat datang membawa perintah Allah."

lalu daud berdiri di tempat nyawanya diambil. sebaik meninggal, matahari pun terbit (dan jenazahnya terpaksa diuruskan di bawah terik matahari). namun anaknya (nabi sulaiman) memberi perintah kepada burung burung , "naungilah daud" , lalu burung burung itu pun menaungi jenazah nabi daud (dan orang orang yang mengiringi jenazah itu ) hingga ke saat bumi menjadi gelap. ketika itu, sulaiman berkata pula kepada burung burung itu , "tutuplah sayap sayap kamu, sayap demi sayap."

( MUSNAD IMAM AHMAD :9432) - isnadnya dhaif 


17- NABI SULAIMAN DIKURNIAKAN ANAK LELAKI CACAT

- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Nabi Sulaiman pernah berkata,"sungguh aku akan menggilir 99 isteriku dalam satu malam, yang nantinya mereka semua akan melahirkan seorang pejuang berkuda yang berperang di jalan Allah .". lantas sahabatnya (seorang malaikat)) berkata kepadanya, "ucaplah insyaAllah , " namun nabi sulaiman tetap terlupa mengucapkan insyaAllah .. (kerana suatu kesibukan yang mengganggunya ketika itu bukan kerana kesombongan )

kemudian nabi sulaiman menggilir mereka semua , namun tidak ada di antara isterinya yang hamil kecuali seorang sahaja ,namun hanya melahirkan anak lelaki yang cacat. dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam kekuasaanNya, sekiranya dia mengucapkan insyaAllah  nescaya dia akan mendapatkannya (anak anak yang ) berperang di jalan Allah sebagai tentera tentera berkuda semuanya."

(SAHIH AL BUKHARI : 2819)


18- NABI SULAIMAN BERSAMA 2 WANITA YG BEREBUT ANAK

- - Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ketika 2 orang wanita bersama bayi masing masing, muncul seekor serigala merampas bayi salah seorang dari mereka. lantas salah seorang dari mereka berkata, 'serigala itu merampas bayimu. " seorang lagi berkata, "tidak, dia merampas bayimu!" . lalu mereka berdua merujuk kepada Nabi Daud , dan Nabi Daud memutuskan , bayi yang ada dimiliki wanita yang lebih tua ( di antara mereka )

kemudian , kedua mereka pula pergi kepada Nabi sulaiman bin daud, dan mengkhabarkan pertikaian tersebut. nabi Sulaiman lantas berkata, "berilah aku pisau hingga aku dapat membelah bayi itu untuk kalian berdua. " wanita yang lebih muda berkata, "janganlah engkau lakukan, semoga Allah merahmatimu ! berilah bayi itu kepada dia. " maka sulaiman memutuskan bahawa bayi tersebut adalah milik wanita yang lebih muda."

(SAHIH AL BUKHARI : 3427 , SAHIH MUSLIM : 1720 )


19) NABI AYYUB

- Dari Anas r.a , Rasulullah bersabda, "sesungguhnya nabi ayub berterusan diuji selama 18 tahun (diuji dengan kematian anak anak , kemusnahan harta dan penyakit - al asyqar :159) , sehingga menjauhinya kerabat yang dekat dan yang jauh , melainkan dua saudaranya (disamping isterinya yang turut berkhidmat padanya) , yang setiap hari datang menziarahinya dan kemudian pulang.

pada suatu hari, salah seorang saudaranya berkata kepada seorang lagi, "ketahuilah sesungguhnya ayyub telah melakukan dosa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini ." lalu sahabtnya itu bertanya, "kenapa engkau berkata begitu ?" dia menjawab, "sejak 18 tahun dahulu Allah tidak memaafkan dia dan tidak menyembuhkan dia dari penyakitnya. ' 

ketika mereka berdua menemui ayyub, salah seorang dari mereka tidak sabar lagi (ingin mengetahui dakwaan saudaranya tadi) , lalu bertanya hal itu kepada ayyub. ayyub berkata, "aku tidak mengetahui sejauh mana kebenaran apa yang dikatakan kamu itu, namun Allah mengetahui bahawa ( aku sentiasa menjaga hak Allah ketika sihatku sehingga )tidak akan bertemu dua lelaki yang berselisih lalu bersumpah dengan nama Allah, melainkan apabila kau kembali ke rumahku dan aku pasti akan membayar kaffarah pada Allah bagi pihak mereka kerana aku tidak suka nama Allah disebut kecuali pada urusan yang benar."

Rasulullah bercerita lagi, "apabila nabi ayyub hendak keluar qada hajat , isterinya akan datang mengambil dan memimpin tangannya hingga sampai ke tempat yang dituju. apabila selesai , dia akan datang mengambilnya kembali. suatu hari , isterinya lambat datang mengambilnya. ketika itulah Allah memberi wahyu pada nabi ayyub.

"hentakkanlah kakimu, inilah air sejuk untuk mandi dan minum." (shad 38:42) 

apabila isterinya menyedari dia terlambat, untuk mengambil ayyub , dia pergi untuk memerhati ayyub. ayyub tampil kepadanya, - di mana Allah telah menyembuhkan sakitnya dan keadaan rupa parasnya sangat elok. apabila melihat ( isterinya tidak perasan bahawa itu ayyub), lalu dia berkata, "moga Allah memberkatimu. adakah kamu ada melihat nabi Allah yang diuji dengan sakit (yakni ayyub)? ." demi Allah , aku melihat kamu paling mirip dengan ayyub  ketika sihatnya. " nabi ayyub menjawab, "akulah nabi yang engkau maksudkan ." (yakni nabi ayyub)

nabi Ayyub mempunyai 2 gudang, satu untuk simpanan gandum dan satu lagi untuk simpanan barli. lalu Allah mengutuskan 2 gerombolan awan, salah satu dari awan itu memenuhkan gudang  gandum itu dengan emas hingga melimpah , dan satu awan lagi memenuhkan gudang satu lagi dengan perak."

(SAHIH IBNU HIBBAN : 2898 )


20) NABI YANG MEMBAKAR SARANG SEMUT.

-  Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ada seorang nabi di antara nabi terdahulu singgah di bawah sebuah pohon pokok , lalu digigit seekor semut. maka dia memerintahkan agar mengeluarkan semut itu dari bawah pohon itu lalu memerintahkan agar dibakar sarang semut itu. lalu Allah mewahyukan pada nabi tersebut, "kenapa tidak kamu membunuh seekor semut sahaja ( yang menggigitmu ? ) ?"

(SAHIH AL BUKHARI : 3219)

dalam riwayat sahih muslim , "seekor semut telah menggigit seorang nabi dari nabi terdahulu, lalu dia memerintahkan agar dicari sarang semut dan dibakar (ke semua semut didalamnya ). lantas Allah mewahyukan padanya, "apakah kerana seekor semut menggigit kamu, lalu kamu membinasakan satu umat dari umat umat yang bertasbih ( kepada Allah ) ?"

(SAHIH MUSLIM : 1759/4 ) 

**5 haiwan perosak hendaklah dibunuh(walaupun di tanah haram) iaitu tikus, kala jengking, helang , gagak dan anjing/haiwan pemangsa." ( SAHIH AL BUKHARI : 3314 )


21) SEORANG NABI YANG BERASA TAKJUB DENGAN KEKUATAN KAUMNYA

- dari suhaib r.a , " Pernah ketika solat , Rasulullah membaca doa dengan sangat perlahan sehingga aku tidak dapat memahami bacaannya , dan baginda tidak pula memberitahu nya kepada kami. lalu baginda bertanya adakah para sahabat ingin mengetahuinya dan sahabat berkata ya.

Rasulullah bercerita, "aku sebenarnya teringatkan kisah seorang nabi dari nabi terdahulu yang dikurniakan Allah dengan tentera yang sangat ramai dari kaumnya. dia lalu berucap dengan bangga, "siapa yang dapat menandingi mereka?" atau "siapa yang dapat berupaya menghadapi mereka. "

lantas Allah memberi wahyu padanya, "hendaklah kamu memilih untuk kaummu salah satu dari 3 ini :Kami memberi kuasa kepada musuh untuk menguasai mereka, atau Kami timpakan kebuluran , atau Kami mematikan (sebahagian mereka )."

nabi itu lalu meminta pandangan dari kaumnya untuk menentukan pilihan tersebut , namun mereka berkata, "Engkau Nabi Allah , semua itu terserah padamu, pilihlah untuk kami." lalu dia berdiri mengerjakan solat . biasanya mereka apabila dirundung ketakutan, mereka akan mendirikan solat yang lama.

selesai dari solat nabi itu berkata (pada Allah) , "Ya Tuhanku, adapun pilihan pertama dan kedua iaitu dikuasai musuh dan ditimpa kebuluran , janganlah Engkau takdirkan pada kaumku. 

lalu Allah menimpakan kematian atas kaumnya hingga mati di kalangan mereka 70 ribu orang. adapun (doa) yang kamu lihat aku membacanya dengan sangat perlahan itu adalah, "ya Allah, denganMu aku berperang dan denganMu juga menyerang , tidak ada helah (perancangan), dan tidak ada kekuatan kecuali dengan kehendak Allah."

(MUSNAD AHMAD : 23927 : isnadnya sahih )


22- NABI ISA MENAFIKAN DUA MATANYA DAN MEMPERCAYAI PENCURI

-  Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "nabi isa terlihat seorang lelaki yang mencuri, lantas dia menegurnya. "apakah kamu mencuri ?"

lelaki itu menjawab ,"tidak ! aku bersumpah dengan nama Allah yang tidak ada tuhan selainNya.(bahawa aku tidak mencuri )."

lalu nabi isa membalas , "(jika begitu) aku beriman kepada Allah dan aku menafikan (pandangan) mataku."

( SAHIH AL BUKHARI : 3260 )

**yakni , oleh kerana kamu bersumpah dengan nama Allah , maka aku mempercayai mu kerana sumpahmu itu dan aku menolak apa yang dilihat mataku. menurut ulama' , kemungkinan lelaki itu mencuri (mengambil) apa sebenarnya adalah haknya atau dia mengambil hak orang lain yang telah diizinkan oleh tuannya namun tidak diketahui oleh nabi isa. ada juga pandangan , ia kerana kesungguhan nabi isa mempercayai orang yang bersumpah dengan nama Allah.

(syeikh mustafa al bugha )









 

KITAB IMAM AL QURTUBI : INDAHNYA SYURGA - DAHSYATNYA NERAKA

 


KITAB IMAM AL QURTUBI : INDAHNYA SYURGA - DAHSYATNYA NERAKA

MULA PENULISAN : 15 APRIL 2024 
LENGKAP PENULISAN : 19 SEPTEMBER 2024


1- INDAHNYA SYURGA

- Kebanyakannya dijelaskan dalam surah al Waqiah, ar Rahman, al Ghashiyah dan ar Rahman.

-  - rasa takut pada Allah , kasih sesama insan. - SIFAT AHLI SYURGA DI DUNIA

- Rasulullah bersabda, "2 syurga itu maksudnya adalah 2 kebun di syurga yang panjang, setiap syurga itu sejauh perjalanan 100 tahun , di tengahnya terdapat rumah daripada cahaya di atas cahaya, tidak ada sesuatu pun di dalamnya melainkan diliputi oleh nikmat dan keindahan , akarnya kuat mencengkam dan batangnya kuat berdiri tegak dengan kuat." - KEBUN SYURGA 100 TAHUN PERJALANAN 
( H.R Abu hurairah dari ibnu abbas )

- ad dhahak berkata, "2 syurga pertama diperbuat dari emas dan perak , manakala 2 syurga lagi diperbuat dari permata Yaqut  dan permata Zamrud." - BAHAN BINAAN SYURGA

- ada berpendapat rafraf ialah haiwan yang seperti burung yang mengepak ngepak sayapnya ketika datang pemiliknya, seperti diriwayatkan pada malam isra' mikraj, Rasulullah ketika sampai di Sidratul muntaha, datang rafraf sejenis burung menghampiri baginda dan terbang bersama menuju ke arasy.  baginda bersabda, rafraf itu telah terbang turun naik membawaku sehingga aku berada di hadapan Allah , rafraf dapat terbang dengan secepat kilat seperti buraq." - RAFRAF BINATANG SEPANTAS BURAQ

- Rasulullah bersabda bahawa Allah berfirman, "sesungguhnya telah aku sediakan di syurga kelak bagi para hambaKu yang soleh akan kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, yang tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik dalam fikiran manusia sebagai perbendaharaan selain dari apa yang Aku perlihatkan padamu." - SIFAT NIKMAT SYURGA

- kemudian Rasulullah membaca firman Allah, "maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu  ( bermacam macam nikmat )yang menyenangkan hati mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." ( surah as sajdah : 17 )
( H.R Muslim dari Abu Hurairah ) - PELBAGAI NIKMAT DIRAHSIAKAN 

- suatu hari Rasulullah berkata pada para sahabat, "mengapa kamu semua tidak bersiap sedia untuk masuk syurga , padahal kenikmatan itu tidak dapat dibayangkan. demi Allah, syurga itu adalah cahaya yang menyala nyala dan berbau harum , mempunyai istana yang kukuh , sungai yang luas , buah buahan yang banyak lagi ranum , pasangan suami isteri yang gagah dan cantik , serta pakaian yang elok lagi indah. "  - INDAH SYURGA
( H.R Ibnu Majah dari usamah bin zaid )

- Rasulullah menjawab pertanyaan Abu Hurairah, "bangunan di syurga berbatu bata dari emas dan perak , berlantaikan minyak kasturi , berkerikil intan dan permata. sesiapa yang masuk ke dalamnya maka mendapat nikmat yang tidak akan lenyap , kekal didalamnya , tidak mati mati , pakaiannya tidak akan lusuh, dan tetap muda selamanya. " - ISTANA SYURGA
( H.R at Tirmizi dari Abu Hurairah )

- Rasulullah berkata pada bin Shayyad, "tanah di syurga berupa permaidani berwarna putih dan berkilat dan berbau harum."  - TANAH SYURGA
( H.R  Muslim dari abu said al khudri )

- Rasulullah bersabda, "pagar syurga itu diperbuat dari batu perak dan emas , tangganya dari intan dan permata."
( H.R Ibnu Mubarrak dari abu hurairah ) 


SUNGAI DAN GUNUNG DI SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sungai di syurga itu hulunya dari bawah bukit minyak kasturi ."
(H.R al Aqili dari abu hurairah )

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di syurga itu akan ada lautan air, lautan susu, lautan madu, dan lautan khamar. setelah itu akan terbelah sungai." - 4 JENIS AIR LAUTAN SYURGA
(H.R Tirmizi dari hakim bin muawiyah )

- ketika Rasulullah dimikraj ke langit, ketika berada di langit dunia, baginda melihat genangan 2 buah sungai , jibril berkata pada Rasulullah, , itu adalah sumber air sungai euphrates dan sungai nil. kemudian, setelah sampai di langit, Rasulullah melihat sebuah lagi sungai yang mengandungi intan dan permata, Baginda cuba memegangnya dan ternyata muncul bau yang amat wangi dari sungai itu. Rasulullah bertanya dan Jibril menjawab, "itu adalah al kauthar yang disembunyikan oleh Allah untuk kamu." - CIRI SUNGAI KAUTSAR 
( H.R Bukhari dari Anas bin Malik )

- Rasulullah bersabda, " Allah menurunkan 5 buah sungai ke bumi , iaitu Sungai Saihun di India, sungai Jihan di Balakh, sungai dajlah dan euphrates di iraq serta sungai nil di mesir, semua sungai ini diturunkan oleh Allah dari salah satu mata air di syurga dan darjatnya paling rendah melalui sayap malaikat jibril , setelah diamanahkan kepada gunung ganang untuk menjaganya, beberapa sungai itu dialirkan di bumi, Namun sungai yang 5 itu bersama sama dengan Al Quran dan ilmu akan diangkat oleh Allah melalui malaikat Jibril ketika munculnya yakjuj dan makjuj, jika semua ini telah diangkat oleh Allah ke langit , maka hilanglah kebaikan dunia dan agama di permukaan bumi.
( H.R Ibnu Abbas ) - 5 SUNGAI AKAN HILANG KETIKA YAKJUJ MAKJUJ


POHON DAN BUAH BUAHAN DI SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah pohon yang naungannya dapat dilalui oleh orang yang memecut dengan kenderaannya tanpa henti selama 100 tahun, itulah ia pohon Khuldi."
( H.R Ibnu Mubarak dari abu hurairah ) - POHON 100 TAHUN PERJALANAN

- Rasulullah bersabda, "di bawah pohon itu terdapat hamparan daripada emas."
( H.R at Tirmizi daripada asma binti abu bakar )

- anas bin malik berkata, "tidak ada satu pun buah buahan dunia yang menyerupai buah buahan di syurga kecuali pisang."

- abu zar menghadiahkan semangkuk buah tin pada Rasulullah, baginda berkata pada sahabat , "makanlah buah ini , sesungguhnya buah ini yang ada terdapat di dalam al Quran adalah buah tin ini, buah itu adalah buah buahan syurga yang tidak berbiji, makanlah buah itu kerana dapat menyembuhkan penyakit buasir dan penyakit tulang."
( H.R at Thalabi ) - BUAH TIN BUAH SYURGA - RAWATAN BUASIR 

- Rasulullah bersabda pada Ali, "wahai Ali, makanlah buah tembikai (atau labu ) dan utamakanlah ia kerana airnya, rasa manisnya dari syurga , setiap hamba yang memakan sepotong daripadanya , maka Allah memasukkan padanya 70 ubat dan akan menyembuhkan 70 penyakit. Allah juga akan menulis padanya 10 kebaikan bagi setiap potongan, dan menghapuskan 10 dosa serta diangkat darjatnya 10 darjat. "



- PAKAIAN SYURGA

- "mereka itulah yang memperolehi syurga Adn, yang mengalir sungai sungai di bawahnya , dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal , sedang mereka duduk bersandar sandar di atas singgahsana yang indah , itulah pahala yang sebaiknya dan tempat istirehat yang indah ."
(surah al kahfi 18: 31) - PAKAIAN HIJAU SUTERA SYURGA 



POHON SYURGA TERBELAH SEHINGGA KELUAR DARINYA SEGALA KEPERLUAN

- abu hurairah berkata, "di dalam syurga terdapat pohon bernama "thuba"yang Allah berkata pada penduduk syurga,"terbelahlah kamu demi hambaKu mengikut sesuka hatinya., lalu terbelahlah ia dengan mengeluarkan kuda dengan pelana dan kendalinya serta keperluan menunggannya , maka bentuknya sesuai dengan hamba tersebut , lalu terbelahlah pula ia dengan mengeluarkan unta tunggangannya lengkap dengan pelana dan kendalinya, malah bentuknya mengikut kehendak hambaNya , keluar juga dari pohon itu tunggangan pilihan dan pakaian." - POHON THUBA 
( H.R Ibnu Mubarak )

- Rasulullah bersabda , "tidak ada pohon di syurga itu , melainkan batang nya diperbuat daripada emas."
( H.R Tirmizi dari Abu Hurairah ) - SEMUA BATANG POHON SYURGA DARI EMAS

- ibnu abbas berkata, "pohon kurma di dalam syurga buahnya ialah permata zamrud yang hijau, daunnya daripada emas merah, buahnya yang telah masak berwarna amat putih lebih putih dari susu, rasanya amat manis lebih manis daripada madu, dan pelepahnya dijadikan pakaian oleh penduduk syurga, dari pohon itulah pakaian dan perhiasan mereka di sana."
( H.R ibnu al mubarak )

- dari ibnu abbas, Rasulullah bersabda, "di syurga terdapat sebuah pintu bernama al Farah, ia hanya dimasuki oleh mereka yang suka memberikan kegembiraan kepada budak kecil."
( kitab al Firdaus ) - PINTU SYURGA - AL FARAH 


- PINTU AR RAYYAN BAGI ORANG YANG KUAT BERPUASA

-  Suatu ketika Rasulullah bertanya, "siapakah di kalangan kamu semua yang berpuasa pada hari ini ? " abu bakar menjawab ya saya. Baginda bertanya lagi, "Siapakah di kalangan kamu yang menghantarkan jenazah pada hari ini ?" Abu bakar menjawab, "saya , Rasulullah." , Baginda bertanya lagi, "siapakah di kalangan kamu yang memberi makan pada orang miskin pada hari ini ?" begitu juga abu bakar menjawab , :ya saya Rasulullah." Baginda bersabda, "tidak berkumpul ketika amalan tersebut pada diri seseorang, melainkan dia akan masuk syurga."
( H.R Muslim dari Abu Hurairah ) - PUASA, HANTAR JENAZAH, BERI MAKAN - AMALAN KE SYURGA




- Rasulullah bersabda, "di pintu syurga tertulis, pahala bersedekah itu dilipatgandakan menjadi 10 kali ganda , sedangkan pahala memberi pinjaman akan dilipatganda kan menjadi 18 kali ganda." ini kerana orang yang meminjam tidak akan datang kepadamu melainkan dia amat memerlukannya , sedangkan sedekah itu kadangkala diberikan kepada orang kaya."
( H.R Abu Daud ) - FADILAT MEMBERI PINJAMAN



- Rasulullah bersabda, "syurga mempunyai 100 lapisan yang jarak setiap lapisan  itu sejauh langit dan bumi , dan yang paling tinggi adalah syurga firdaus. Arasy Allah juga terletak di syurga firdaus yang mana sungai mengalir dari syurga itu , oleh itu apabila kamu meminta pada Allah , mintalah syurga Firdaus padaNya, ". - SYURGA BERLAPIS LAPIS
( H.R Tirmizi dari muaz bin jabal )

- seorang lelaki datang menemui Rasulullah dan bertanya, "berapa tingkatkah syurga itu ?" Rasulullah menjawab, "syurga itu mempunyai 100 lapisan yang jarak setiap lapisan itu sejauh langit dan bumi , syurga tingkat pertama memiliki rumah, pintu , tangga , pagar dan kunci dari perak, syurga dari tingkat ke-2 pula dari emas, syurga tingkat ke-3 daripada permata yaqut dan mutiara, sedangkan syurga yang 97 lagi tiada siapa yang mengetahui apa yang ada di dalamnya melainkan Allah."
( H.R Ibnu Wahab ) 

- Rasulullah bersabda, "kelak akan dikatakan pada pembaca alQuran, ' bacalah al Quran itu dengan elok kerana kedudukan kamu bergantung pada ayat terakhir yang kamu baca ( semakin banyak ayat yang dibaca , akan semakin tinggi tahap syurga yang diperolehi.") 
( H.R Ibnu Majah dari Abu said al khudri )

- Rasulullah bersabda, "bilangan tahap syurga itu adalah sebanyak ayat al Quran, setiap ayat memiliki 1 tahap , sedangkan ayat al Quran berjumlah 6216 , jarak setiap tahap itu adalah sejauh langit dan bumi , syurga yang paling tinggi tahapnya adalah syurga illiyyin, yang memiliki 1000 sudut dan diperbuat daripada permata Yaqut yang cahayanya menerangi perjalanan siang dan malam."
( H.R Abu Hafash dari ibnu abbas )

- para ulama' berkata, "orang yang boleh dikatakan Qari dan ahli al Quran ialah orang yang mengetahui tentang yang halal dan haram , yang ada di dalam al Quran dan mengamalkannya."

****
- Rasulullah bersabda, "sesiapa mempelajari al Quran , tetapi tidak mengamalkan isinya, bahkan menukarnya dengan yang lain, maka AlQuran akan menjadi saksi baginya pada hari akhirat untuk masuk ke dalam neraka Jahanam , sesiapa mempelajarinya serta mengamalkan isinya, maka alQuran akan menjadi saksi baginya di akhirat untuk masuk ke dalam syurga."
( H.R Anas bin malik ) - ANCAMAN UTK TIDAK AMAL ISI QURAN


BILIK DI SYURGA

- "tetapi orang yang bertakwa kepada TuhanNya, mereka mendapat kamar kamar ( di syurga ) , di atasnya pula terdapat kamar kamar yang dibangunkan (bertingkat tingkat )yang mengalir di bawahnya sungai sungai .(itulah) janji Allah, Allah tidak akan memungkiri janji(Nya)."
Surah al Zumar 39:20 

- "mereka itu akan diberi balasan dengan tempat tinggi ( didalam syurga ) atas kesabaran mereka dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan doa kesejahteraan."
( surah al Furqan 25 :75 )

- Rasulullah bersabda ,"sesungguhnya penduduk syurga akan melihat penghuni bilik yang terletak di atas mereka bagaikan mereka melihat bintang bintang yang berkelip kelip di ufuk timur dan barat , disebabkan keutamaan penghuni bilik itu." , penghuni bilik itu adalah orang yang beriman pada Allah dan membenarkan rasulNya ." - JARAK ANTARA TAHAP SYURGA
( H.R Muslim dari sahal bin sa'ad )

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya apabila penghuni syurga illiyyin (syurga tertinggi )itu memandang ke syurga, maka syurga itu akan bercahaya akibat pantulan cahaya mukanya. penduduk syurga akan bertanya, "cahaya apakah itu?" dijawab itu adalah cahaya daripada wajah penghuni syurga illiyyyin yang sedang melihat kepada orang yang taat dan benar di syurga." 
( H.R ath Tha'labi dari ibnu ummar )

- dari jabir bin abdullah, Rasulullah bersabda , "di dalam syurga itu terdapat bilik yang diperbuat daripada permata yang dapat dilihat dengan jelas di bahagian luar dan dalamnya. di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan , pahala dan kemuliaan yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh pendengaran , " para sahabat bertanya, "untuk siapakah itu wahai Rasulullah ?"nabi menjawab, "untuk orang yang menyebarkan salam, banyak berpuasa, memberi makanan dan menunaikan solat malam." sahabat bertanya lagi siapa kah yang mampu melaksanakannya ? lalu Rasulullah menjawab, "umatku mampu melaksanakannya , sesiapa yang bertemu saudaranya sesama muslim lalu dia memberi salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyebarkan salam. sesiapa memberi makan pada isteri dan anak anaknya sehingga kenyang , maka sesungguhnya dia telah memberi makan,  sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadan dan 3 hari pada setiap bulan, maka sesungguhnya dia telah terus berpuasa, sesiapa menunaikan solat isya berjemaah pada waktu malam , semasa orang yahudi majusi nasrani sedang tidur , maka sesungguhnya dia telah solat malam." - AMALAN JALAN KE SYURGA

- Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di dalam syurga ada terdapat bilik yang tidak beratap di atasnya dan tidak pula mempunyai tiang di bawahnya, "lalu ada yang bertanya , "lalu bagaimana penduduknya hendak memasukinya ?"Rasulullah menjawab, "mereka akan memasukinya seperti burung." rasulullah menjawab, ianya untuk orang yang semasa di dunia dahulu sering sakit ,lapar dan mendapat musibah."
( H.R Anas bin malik ) - BILIK SYURGA

- Rasulullah bersabda, "akan ada sekumpulan orang yang bukan para nabi dan bukan para syuhada di akhirat , namun para nabi dan syuhada mahu  seperti mereka kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah, yang mereka berada di atas mimbar yang daripada cahaya, Rasulullah bersabda, "mereka adalah orang yang menyebabkan orang lain menjadi cinta kepada Allah , dengan cara menyuruh orang lain berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, jika mereka melakukannya , bermakna mereka dicintai oleh Allah."
(H.R Anas bin malik ) - ANJUR MA'RUF CEGAH MUNGKAR TINGGI MARTABAT DLM SYURGA



ISTANA DAN BANGUNAN SYURGA

***** 5 STAR 
- Al hasan bertanya kepada imran  bin hushain dan abu hurairah  mengenai tafsiran ayat yang bermaksud , "Allah menjanjikan kepada orang mukmin , lelaki dan perempuan (akan mendapat) syurga syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai , mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang bagus dalam syurga Adn, dan keredaan Allah adalah lebih besar. itu adalah kejayaan yang besar."
(surah at taubah : 9:72 )
lalu keduanya menjawab , "kamu bertanya mengenai masalah yang kami ketahui. kami sudah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara ini , lalu Rasulullah menjawab , " itu adalah sebuah istana yang diperbuat daripada mutiara  di syurga , pada istana tersebut terdapat 70 bangunan yang dibina daripada batu yakut merah dan setiap bangunan terdapat 70 rumah yang dibina daripada zabarjad hijau , sedangkan pada setiap rumah terdapat 70 tempat beradu, dan di atas setiap  tempat beradu terdapat sebuah tilam daripada segala jenis warna , pada setiap tilam tersebut terdapat seorang wanita daripada bidadari ( total 300 ribu bidadari dalam istana ) , pada setiap rumah tersebut terdapat 70 hidangan dan pada setiap hidangan tersebut terdapat 70 jenis makanan, pada setiap rumah tersebut 70 pembantu lelaki dan perempuan, Allah akan memberi kekuatan pada mukmin agar mampu menikmati semua nikmat dalam masa satu hari ."
( riwayat ini dalam kitab an nashihah ) - 300 RIBU BIDADARI UTK AHLI SYURGA

- ibnu wahab menyatakan , zaid daripada bapanya mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "bagi setiap lelaki dalam satu istana mutiara tersebut akan terdapat 70 bilik yang pada setiap bilik tersebut mengandungi seorang bidadari wanita , pada setiap bilik tersebut , terdapat 70 pintu yang pada setiap pintu itu akan tersebar bau harum wangian syurga selain wangian yang berbeza dari setiap pintu." - 70 BIDADARI DALAM SEBUAH ISTANA 70 BILIK

- dari said bin al musaiyyib , Rasulullah bersabda, "sesiapa membaca surah al ikhlas sebanyak 10 kali , maka akan dibinakan untuknya sebuah istana di dalam syurga, sesiapa membaca 20 kali akan dibina 2 buah istana dalam  syurga dan sesiapa membaca 30 kali akan dibina 3 buah istana, umar lalu berkata, "kalau begitu istana kita amat banyak sekali dalam syurga." Rasulullah menjawab, "kurnia Allah lebih luas daripada yang demikian."
( H.R ad darimi abu muhammad ) - SETIAP 10 KALI SURAH AL IKHLAS, DIBINA 1 ISTANA SYURGA 

- dari abu musa al asy'ari bahawa, Rasulullah bersabda, "di syurga terdapat sebuah mutiara berongga yang lebarnya selebar 60 batu , setiap sudutnya didiami oleh orang mukmin dan mereka melihat mukmin yang lain berpusing mengelilingi mereka. "
( H.R Muslim ) - MUTIARA BERONGGA BILIK AHLI SYURGA

- riwayat lain berkaitan hadis ini , Rasulullah bersabda, "khemah mutiara panjangnya 60 batu yang melintang di langit , setiap sudutnya diisi oleh orang mukmin, dan mereka dapat melihat rakannya yang lain. " - RUMAH MUTIARA MELINTANG DI LANGIT DLM SYURGA

- dari anas bin malik , Rasulullah bersabda, "di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi oleh penduduk pada setiap hari jumaat , kemudian angin berhembus dari arah utara yang menerpa wajah dan baju mereka dengan minyak kasturi, mereka bertambah baik dan cantik , dan mereka kembali kepada keluarga mereka dalam keadaan baik dan cantik, keluarga mereka berkata, "sesungguhnya kamu bertambah lebih baik dan cantik dibandingkan dengan kami."
(H.R Muslim )

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "fakir miskin dari kalangan muhajirin akan masuk syurga sebelum orang kaya dalam kalangan mereka , yang jaraknya 500 tahun."
( H.R at Tirmizi ) - FAKIR MASUK SYURGA 500 TAHUN LEBIH AWAL 

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "fakir miskin akan masuk syurga sebelum orang kaya dengan jarak 500 tahun , separuh hari sahaja." ( hadis hasan sahih )

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "seandainya seornag bidadari syurga dibawa ke hadapan penghuni bumi ini, maka dia akan menyinarinya dan bumi akan dipenuhi dengan bau haruman kasturi , pada kepalanya terdapat kebaikan yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya." 
( H.R Bukhari ) - BIDADARI HARUM DAN MENYINARI SEPENUH DUNIA 

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "penduduk syurga itu tidak berbulu badannya, tidak ada bulu janggut dan jambang pada dagunya, sentiasa muda, tidak pudar keremajaannya dan tidak lusuh pakaiannya."
( H.R at Tirmizi ) - AHLI SYURGA TIADA JANGGUT , JAMBANG 

- dari saad bin abi waqqas, Rasulullah bersabda, "seandainya sesuatu diangkat oleh kuku yang terdapat di syurga, maka akan muncul di dunia  berbagai jenis keindahan yang terdapat di langit dan di bumi , seandainya seorang lelaki syurga muncul lalu kelihatan gelangnya , maka akan lenyap cahaya matahari sebagaimana cahaya matahari melenyapkan cahaya bintang ,"
( H.R at Tirmizi )

*****5 STAR 
- dari abu said al khudri , Rasulullah bersabda, "orang yang paling rendah darjatnya di syurga adalah yang mempunyai 80 ribu pelayan dan 72 isteri ."
( H.R at Tirmizi ) - PLG RENDAH DARJAT DI SYURGA 72 ISTERI + 80 RIBU PELAYAN .

- dari said bin abu ayyub, dari aqil bin syihab, dia berkata, "bahasa penduduk syurga adalah bahasa arab, apabila mereka keluar dari kubur mereka sebelum masuk syurga  dengan bahasa suryani." - BAHASA SYURGA DAN MAHSYAR

- sufyan berkata,  "telah sampai riwayat kepada kami bahawa orang bercakap cakap pada hari kiamat  dengan bahasa siryani  sebelum mereka menuju ke syurga, sedangkan ketika mereka masuk syurga, mereka bercakap dengan bahasa arab."


BIDADARI

*****5 STAR
- abu hurairah berkata, "sesungguhnya di syurga para bidadari dikatakan kepadanya dengan istilah ain' , apabila dia berjalan maka akan berjalan pula 70 ribu pelayan di kiri dan kanan nya sambil berkata, "di mana orang yang sentiasa menegakkan amal ma'ruf dan nahi munkar ?" - TEGAK MAKRUF CEGAH MUNGKAR DPT BIDADARI

- ibnu abbas berkata, ""sesungguhnya di syurga itu para bidadari itu dikatakan pada mereka itu lu'bah , jika meludah ke dalam laut , maka air laut itu akan menjadi tawar seluruhnya , tertulis juga pada belahan dadanya,"siapa yang mahu seperti diriku , maka beramallah dengan mentaati Tuhanku."


*****5 STAR
- dari Malik bin dinar , dia berkata,"wahai abu yahya ! berilah rasa rindu pada kami,:, dia menjawab, "wahai atha !sesungguhnya di syurga terdapat para bidadari yang disenangi oleh penduduk syurga kerana kecantikannya, jika bukan Allah yang telah menetapkan ketentuan kepada penduduk syurga bahawa mereka tidak akan mati , maka mereka akan mati disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh bidadari." - KECANTIKAN BIDADARI SAMPAI TAHAP AHLI SYURGA BOLEH MATI(NAMUN ITU BUKAN KETENTUAN ALLAH )  KERANA AMAT CANTIKNYA BIDADARI 


AMAL SOLEH SEBAGAI MAHAR BIDADARI


****5 STAR
- dari abu mas'ud al ghifari, "bahawa bidadari berada di khemah yang diperbuat daripada mutiara yang bercahaya , yang merupakan nikmat daripada Allah , setiap bidadari memakai 70 lapis pakaian  yang tidak sama warnanya, setiap warna tidak sama harumnya , setiap bidadari memiliki 70 tempat beradu yang diperbuat dari yaqut merah yang dihiasi mutiara dan permata , setiap tempat beradu memiliki 70 hamparan permaidani yang masing masing memiiliki 70 sofa , setiap bidadari memiliki 70 ribu pelayan perempuan, dan 70 pelayan lelaki  untuk melayani keperluannya, setiap pelayan di tangannya ada 1 pinggan, di pinggan itu terdapat satu warna makanan yang disuap dan setiap suapan lebih enak dari suapan yang sebelumnya , begitu juga diberikan kepada suaminya seperti itu dan dan dia duduk di atas tempat beradu daripada yaqut merah dan mempunyai 2 gelang emas yang dilapisi yaqut merah. ini bagi orang yang berpuasa setiap hari pada bulan ramadan , sedangkan belum termasuk perbuatan baik yang lain." - KEADAAN BIDADARI

- yahya bin muadz berkata, "meninggalkan keduniaan itu berat, sedangkan ujian kehilangan syurga itu lebih berat lagi, namun meninggalkan keduniaan adalah mahar akhirat."


*****5 STAR
- dikatakan juga mahar bidadari ialah adalah menyapu masjid. dari anas , Rasulullah bersabda,"menyapu masjid merupakan mahar para bidadari."
(H.R at Thalabi ) - MAHAR BIDADARI - MEMBERSIH MASJID

dari Qarshafah, dia mendengar Rasulullah bersabda, "mengeluarkan al qhumamah(sampah)dari masjid merupakan mahar bidadari."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "mahar bidadari adalah beberapa genggaman yang mengandungi tamar dan potongan roti - untuk sedekah."
(H.R at Thalabi ) - MAHAR BIDADARI 


****5 STAR
- abu hurairah berkata, "aku sungguh hairan, mengapa kamu semua bersusah payah mengahwini si fulanah binti fulan dengan harta yang banyak., sedangkan kamu semua rela meninggalkan bidadari dengan - sedekah , sesuap makanan , sebiji tamar dan sehelai pakaian ." - MAHAR BIDADARI DGN SEDEKAH MAKANAN DAN PAKAIAN

- diriwayatkan dari tsabit , dia berkata, "bapanya berkata, "suatu malam dia bermimpi melihat bidadari di dalam mimpinya, lalu dia bertanya pada bidadari itu apa kah mahar untuk menikahi nya, lalu bidadari itu menjawab maharnya ialah memanjangkan solat tahajud  dan nyanyikan syair ini ..."
" wahai peminang bidadari di dalam biliknya
yang meminta semua yang sepadan dengannya 
Bangkitlah dengan bersemangat jangan berlengah 
Lawanlah nafsu mu dengan kapal kesabaran
Jauhilah kamu dari manusia dan tolaklah gurauan mereka
lalu temanilah bersendirian demi mengingati - bidadari

bangunlah jika malam mula kelihatan 
dan berpuasalah pada waktu siang kerana itu adalah mahar 
seandainya kedua dua matamu melihat kedatangannya - bidadari 
sedangkan keindahan dadanya telah menjadi jelas 
dia berjalan dengan keperawanannya 
sedangkan kalung bersinar dalam keremangan
maka pada dirimu akan luntur
semua keindahan yang kamu lihat di dunia - SYAIR DARI BIDADARI 

- madhar al Qari berkata, suatu malam dia merasa mengantuk lalu tertidur , lalu melihat bidadari dalam mimpinya yang memberikan kertas putih padanya, tertera pada kertas itu ,
"adakah seronoknya tidur lebih baik dari hidup terbaik
bersama wanita terbaik dalam bilik syurga
bangunlah dari tidurmu kerana yang lebih baik daripada tidur adalah 
tahajud yang diiringi  bacaan al Quran - MAHAR BIDADARI 


****5 STAR
- dari zaid bin arqam, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya lelaki penduduk syurga diberikan kekuatan 100 kali dalam soal makanan, minuman, dan jimak .'seorang yahudi berkata, "sesungguhnya orang yang makan minum bermakna perlu membuang hajat," Rasulullah menjawab, "mengalir keringat dari kulitnya sehingga perutnya menjadi kosong kembali." - KEKUATAN 100 KALI UTK LELAKI 


**** 5 STAR 
- dari ibnu abbas, dia berkata, "wahai Rasulullah ! adakah kami bergaul dengan para isteri kami di syurga kelak sebagaimana kami menggauli para isteri kami di syurga kelak ? Rasulullah menjawab, "demi Zat yang diriku pada tanganNya , sesungguhnya seorang lelaki akan menggauli isterinya pada suatu pagi sebanyak 100 orang perawan."
(H.R Abu Usamah )  - BERSAMA 100 PERAWAN SETIAP PAGI 


****5 STAR
- dari abu hurairah , dia berkata, ditanyakan kepada nabi , "wahai Rasulullah , adakah kami akan menggauli para isteri kami di syurga ?" nabi menjawab , "Demi Allah ! sesungguhnya seorang lelaki  mampu menggauli isterinya dalam sehari 100 orang perawan ." 
( H.R al Bazzar dalam musnadnya ) - BERSAMA 100 PERAWAN SEHARI DLM SYURGA


****5 STAR
- dari abu umamah, Rasulullah bersabda, "Tidak ada seorang pun yang dimasukkan ke dalam syurga kecuali Allah akan memasangkannya dengan 72 orang para isteri2 orang diantara mereka dalam kalangan para bidadari dan sedangkan 70 lagi yang lainnya adalah warisan penduduk neraka  (suami mereka tidak masuk syurga ) , tidak seorang pun dari para wanita itu melainkan dia mempunyai nafsu dan lelaki memiliki syahwat dan kemaluannya tidak pernah mendapat penyakit lemah syahwat." - 72 ISTERI DLM SYURGA ( 2 BIDADARI + 70 WANITA DUNIA )


****5 STAR
- dari abu said al khudri dan abu hurairah, Rasulullah bersabda ,"seorang penyeru menyeru , kamu semua  akan sihat selama lamanya , kamu akan hidup selama lamanya , akan kenyang selamanya dan akan merasakan nikmat selamanya."
(H.R Muslim ) - SELAMANYA SIHAT, HIDUP , NIKMAT DI SYURGA


***5 STAR
- ibnu wahab berkata, "kami diberitahu oleh ibnu zaid , dikatakan pada wanita penduduk syurga yang berada di langit , "adakah kamu mahu kami memperlihatkan suamimu di dunia dahulu ?"  wanita menjawab  , ya".  kemudian dibukakan hijab dan beberapa pintu antara wanita itu dengan suaminya sehingga dia melihatnya, mengetahuinya dan memerhatikannyatelapak kakinya menjadi lambat melangkah diiringi  rasa rindu kepadanya , sebagaimana kerinduan seorang isteri terhadap suaminya yang hilang dari pelupuk matanya , kemudian sahaja antara suami dan isteri nya ketika di dunia terdapat satu perbualan atau pertelingkahan antara mereka sebagaimana para wanita dan suami mereka, oleh yang demikian, apabila isterinya yang di dunia memarahinya,  maka perkara itu akan menjadikannya kesal , kemudian dia  - isterinya yang penduduk syurga - berkata kepada isteri di dunia , "celaka kamu ! bebaskanlah dia dari kejahatanmu , sedangkan dia akan bersama kamu  hanya beberapa malam ! "
( H.R at Tirmizi )  - RINDU DAN CINTA MENDALAM BIDADARI PADA SUAMINYA DI DUNIA

- dari muaz bin jabal, Rasulullah bersabda, "wanita jangan menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dari kalangan bidadari berkata, "janganlah kamu sakiti suamimu, Allah akan memerangimu , dia hanya singgah kepadamu dan sekejap lagi akan berpisah denganmu menuju kepada kami."
( H.R Tirmizi )

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "kautsar itu adalah sungai yang diberikan Allah kepadaku di syurga, ia lebih putih dari susu  dan lebih manis dari madu , di sana terdapat burung yang lehernya seperti leher unta ." umar berkata, "ini adalah burung unta."Rasulullah menjawab, "memakannya lebih nikmat daripada itu." - SUNGAI KAUTSAR
(H.R at Tirmizi )

- dari abu darda , Rasulullah bersabda, "sesungguhnya di syurga ada burung seperti leher unta yang berbaris pada tangan wali . salah satu dari mereka berkata, "wahai wali Allah ! Aku dipelihara di padang rumput syuirga di bawah arasy , aku minum dari mata air tasnim, maka makanlah aku. ! mereka akan merasa gembira berada di tangan wali , sehingga terdetik di hati wali untuk memakan salah satu dari gerombolan  burung itu. tertunduk di tangannya dengan pelbagai jenis warna , maka dia memakannya mengikut seleranya. apabila dia sudah kenyang, maka tulang belulang burung itu berkumpul kembali , kemudian terbang bebas di syurga mengikut keinginannya. " umar berkata, "wahai nabi Allah, ia sesungguhnya merupakan suatu kenikmatan." nabi menjawab, "memakannya tentu lebih enak lagi." - NIKMAT MAKAN DAGING BURUNG

- al hasan al basri meriwayatkan dari Rasulullah, "Penduduk syurga yang paling rendah darjatnya adalah seorang yang menunggang kuda daripada permata yaqut merah yang memiliki  sayap emas, diiringi oleh ribuan pelayan yang terdiri daripada kalangan kanak kanak yang kekal."
( H.R Ibnu Wahab ) - DARJAT TERENDAH DI SYURGA

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda,"aku bertemu dengan nabi Ibrahim ketika aku di mikrajkan , dia berkata, "wahai Muhammad, sampaikan pada umatmu salam daripada ku dan beritahu mereka bahawa syurga berupa tanah yang baik , air yang tawar dan beberapa lembah, sedangkan tanamannya ialah Subhanallah, Alhamdulillah wala ila haillallah wallohuakbar."
(H.R Tirmizi )


***5 STAR
- dari Abu Hurairah, Rasulullah lalu didepannya ketika dia sedang menanam tanaman lalu Baginda berkata, "wahai abu hurairah, apakah yang kamu tanam ?" abu hurairah menjawab tanaman, lalu Rasulullah bersabda, "adakah kamu mahu aku tunjukkan tanaman yang lebih baik dari semua ini ? ialah Subhanallah, Alhamdulillah wala ila haillallah wallohuakbarsetiap dari semua ini akan memberikan padamu 1 pohon di syurga kelak."
(H.R Tirmizi ) -  SETIAP ZIKIR LAZIM AKAN MENUMBUH 1 POHON SYURGA

- dari Jabir , Rasulullah bersabda, "Siapa yang mengatakan subhanallahil adzim wa bihamdihi , maka ditanamkan untuknya suatu batang kurma dari syurga."
(H.R Tirmizi ) - ZIKIR PENYUBUR TANAMAN DI SYURGA

- dari abdullah bin mas'ud , Rasulullah bersabda , "orang yang terakhir memasuki syurga dan yang terakhir keluar dari neraka adalah seorang lelaki yang keluar dengan merangkak , kemudian Allah berfirman ,"masuklah ke dalam syurga ! " kemudian lelaki itu berkata, "ya Allah, syurga tempatku ?" , kemudian Allah menyuruhnya masuk ke dalam syurga dan lelaki itu berkata lagi dengan jawapan yang serupa dengan yang pertama. perkara ini berlaku 3 kali , kemudian terakhir Allah berkata, "kamu memiliki seumpama dunia ditambah  10 kali ganda."
(H.R al Bukhari ) - ORG PALING RENDAH DARJAT DLM SYURGA

- Rasulullah bersabda,"orang yang paling rendah tempat tinggalnya di syurga ialah orang yang memiliki 7 buah istana, masing masing diperbuat dari emas, perak, mutiara , zamrud, yaqut , dan satu buah istana yang diperbuat dari sesuatu yang tidak dapat dipandang oleh mata dan yang terakhir yang serupa dengan warna arasy Allah, setiap istana terdapat perhiasan , tempat tinggal dan bidadari yang tidak dapat diketahui perkara itu melainkan Allah."
( hadis ini dinyatakan oleh al Qutbi dalam uyun al akhbar ) - PALING RENDAH DARJAT DAPAT 7 ISTANA + 7 BIDADARI 

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "orang yang paling rendah darjatnya adalah orang yang melihat ke taman, kenikmatan , pelayan nya dan kebahagiaannya selama 1000 tahun perjalanan, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang diberi kesempatan melihat zat Allah setiap pagi dan petang."
( H.R at Tirmizi )

- dari abu said al khudri , Rasulullah bersabda, "Penduduk syurga yang paling rendah darjatnya adalah orang yang memiliki 80 ribu pelayan dan 72 orang isteri. Dia diberikan sebuah kubah daripada mutiara dan yaqut, sebagaimana antara Jabiyah dan San'a . "
( H.R at Tirmizi ) - TERENDAH DARJAT DI SYURGA 72 ISTERI 

- dari shuhaib , Rasulullah bersabda , "apabila ahli syurga sudah masuk ke dalam syurga dan ahli neraka sudah masuk ke dalam neraka , maka seorang penyeru akan menyeru , "wahai ahli syurga , sesungguhnya Allah mempunyai janji yang akan Dia tepati bagimu."ahli syurga menjawab, "apakah itu ? bukankah Allah telah memberatkan timbangan amalan kami , memutihkan wajah kami , memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka ?" kemudian dibukakan hijab(tabir penutup )lalu mereka pun melihat Allah dan itulah anugerah yang paling disukai oleh penduduk syurga , yang merupakan tambahan balasan daripadaNya."
(H.R Muslim ) - NIKMAT TERBESAR DLM SYURGA

- dari hasan, Rasulullah bersabda, "sesungguhnya penduduk syurga akan melihat Tuhan mereka setiap hari jumaat di atas bukit kafur yang tidak mempunyai tepian ,  di sana terdapat sungai sungai yang mengalir, kedua dua tepiannya terdapat minyak kasturi dan duduk di sana para bidadari sambil membaca alQuran dengan suara yang amat merdu, suara itu didengar oleh orang terdahulu dan orang yang terakhir . apabila mereka kembali pada tempat kediaman mereka , masing masing mengambil salah seorang daripada bidadari itu sesuka hati mereka . kemudian mereka menuju ke rumah mereka yang lalu di atas jambatan daripada mutiara , jika bukan kerana Allah memberi hidayah untuk menuju ke rumah mereka, tentu mereka tidak mampu pulang kerana kesan gembira bercakap dengan Allah pada setiap jumaat." - NIKMAT MELIHAT ZAT ALLAH DLM SYURGA


AMALAN MENDEKATKAN KE SYURGA DAN MENJAUHKAN DARI NERAKA

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari pada jalan Allah kecuali Allah menjauhkan mukanya dari neraka selama 70 tahun."
(H.R an Nasa'i ) - PUASA 1 HARI DIJAUH DARI NERAKA 70 TAHUN 

- dari Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberinya minum sampai puas, maka Allah menjarakkannya dari neraka dengan 7 jurang dengan setiap jurang 100 tahun perjalanan."
(H.R at Tabrani ) - BERI MAKAN MINUM DIJAUH DARI NERAKA 700 TAHUN 

- dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda, "siapa yang berwuduk , lalu memperelokkan wuduknya itu dan mengunjungi saudaranya yang muslim , maka dia dijauhkan dari neraka jahanam sejauh 70 tahun." - WUDUK SEMPURNA DIJAUH DARI NERAKA 70 TAHUN 



SYURGA DIPAGARI KESUSAHAN

- Dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "ketika Allah menciptakan syurga, Dia mengutuskan Jibril ke syura dan berfirman, "Lihatlah apa yang telah Aku sediakan di dalamnya untuk penghuninya."Jibril lalu pergi ke dalamnya dan melihat syurga dan berkata, "Demi kekuasaanMu , tidak seorangpun yang mendengarnya kecuali mahu memasukinya.". Allah lalu memerintahkan untuk memagarinya dengan kesusahan - perkara yang dibenci - dan berfirman, "lalu Jibril kembali dan berkata, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun dapat memasukinya." Allah berfirman , "Pergilah ke neraka dan lihatlah apa yang telah Aku sediakan bagi penghuninya.kerana mereka saling berhimpitan antara satu sama lain, "  Jibril kembali dan berkata, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun yang mahu mendengar tentangnya."Jibril memasukinya dan diperintahkan untuk memagarinya dengan syahwat keseronokan (perkara yang disukai.) Allah memerintahkan Jibril pergi dan Jibril pergi ke neraka dan kembali, "Demi kekuasaan Engkau, aku bimbang tidak seorang pun yang selamat daripadanya kecuali dia akan memasukinya."
( H.R Tirmizi ) - SYURGA DIPAGARI KESUSAHAN 

- Al hakim abu abdullah ( Dalam Ulum al hadis )  mengatakan bahawa Muhammad bin khuzaimah  ditanya tentang sabda Nabi "Syurga dan neraka saling berdebat "bahawa syurga berkata, "orang lemah dalam kalangan orang lemah akan memasukiku. " maksudnya ialah orang yang melepaskan diri dari kekuasaan dan kekuatan , iaitu sehari 25 atau 30 kali - membaca la hawlawala quwwata illabillah" - BACA LA HAWLAWALA KUNCI KE SYURGA 




PERIHAL : DAHSYATNYA NERAKA

- Dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "as shu'ud adalah sebuah gunung berapi yang didaki oleh penduduk neraka selama 70 tahun dan mereka menuruninya juga selama itu juga ."
(H.R at Tirmizi ) - GUNUNG BERAPI NERAKA

- Dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "wail adalah sebuah lembah di neraka yang dituruni oleh orang kafir selama 70 puluh tahun sebelum sampai ke dasarnya."
( menurut bin al mubarak ) - LEMBAH NERAKA 

- dari atha' bin yasar, "al wail adalah lembah dalam neraka jahanam yang dituruni orang kafir , jika sebuah gunung diletakkan di sana , maka ia meleleh kerana kepanasannya." - GUNUNG LEBUR LELEH JIKA DLM LEMBAH NERAKA 

- ibnu athiyah dalam tafsirnya mengenai al wail , yakni sebuah tangki di dalam neraka yang mengandungi nanah dan darah penghuni neraka. - TANGKI NANAH DARAH NERAKA 

- di neraka terdapat lembah bernama atsam yang mengandungi ular dan kala jengking, yang pada salah satu tanduknya terdapat 70 hujung bisa. kala jengkingnya sebesar baghal hitam. jika ia menyengat seseorang maka sengatannya lebih panas dari api neraka. ia memagut dan mematuk semua makhluk yang dihukum yang diciptakan untuknya. - LEMBAH ULAR KALA BERBISA NERAKA 

- di neraka terdapat 70 penyakit untuk penghuninya , setiap penyakit sebanyak bahagian neraka jahanam.

- di neraka terdapat lembah bernama ghayy, mengalir di dalamnya nanah dan darah dan ia mengambil semua yang diciptakan untuknya. - LEMBAH DARAH NANAH NERAKA 

- dari anas bin malik , Rasulullah bersabda,"di neraka jahanam, terdapat sebuah laut yang hitam pekat dan berbau busuk. Allah akan menenggelamkan golongan yang memakan rezekiNya dan orang yang menyembah selainNya ke dalamnya."
(H.R abu hudhbah ) - LAUT HITAM PEKAT BUSUK DI NERAKA

- dari khalid bin abu imran, Rasulullah bersabda, "api neraka membakar penghuninya, jika sudah sampai ke hati mereka maka ia berhenti membakar , kemudian mereka kembali seperti asal, lalu api neraka membakar kembali sehingga ke hati mereka dan ia berhenti lagi, begitulah selamanya."
( H.R ibnu mubarak ) - API NERAKA MEMBAKAR KE HATI 

- PINTU NERAKA

 1) JAHANAM - menjadikan dahi lelaki dan wanita berkerut, ia memakan daging manusia , ini adalah azab paling ringan dari azab lain. - JAHANAM MAKAN DAGING AHLI NERAKA

2) LAHZAH - ia memakan kedua tangan dan kedua kaki ,  - LAHZAH MAKAN TANGAN KAKI 

3) SAQAR - ia memakan daging tapi tidak memakan tulang.- SAQAR MAKAN DGING TINGGAL TULANG 

4) AL HUTHOMAH - Ia memusnahkan tulang dan membakar hingga ke hati. api membakar dari kedua kakinya dan naik ke hatinya , lalu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana , dengan warna hitam ia terlontar ke langit kemudian turun dan membakar muka , tangan dan badan mereka. mereka menangis dan mengeluarkan air mata darah , kemudian mereka menangis dan mengeluarkan air mata nanah sehingga kering, jika sebuah kapal dilayarkan diatas apa yang mereka keluarkan dari mata mereka , maka pasti akan belayar. - HUTHOMAH BAKAR KE HATI, LEMPAR API SEBESAR ISTANA 

5) AL JAHIM - bara api yang besar , satu bara api saiznya sebesar dunia.

6) AS SA'IR - kerana sentiasa menyala sejak diciptakan , yang didalamnya terdapat 300 istana , dalam setiap istana ada 300 rumah dan di dalam setiap rumah terdapat 300 jenis seksaan, antaranya ular, kala jengking, tali , rantai dan belenggu. di dalamnya juga terdapat perigi kesedihan yang apabila perigi itu dibuka maka penghuni neraka sedih dengan kesedihan yang teramat sangat.

7) AL HAWIYAH - di dalamnya ada perigi habhab , jika habhab dibuka , maka dari dalam keluar api yang mengandungi api pula. terdapat gunung berapi di mana musuh Allah diletakkan di atas muka mereka di gunung itu dengan tangan yang dibelenggu pada leher mereka. 

leher mereka diikatkan pada kedua kaki mereka, sementara malaikat Zabaniyah berdiri di atas kepala mereka dengan memegang pemukul besi.  jika seseorang dipukul dengan pemukul itu maka terdengar bunyi suaranya yang berat. - LEHER DIIKAT PADA KAKI AHLI NERAKA

pintu neraka adalah besi, tikarnya semak berduri, penutupnya kegelapan, tanahnya tembaga , timah dan kaca apinya dari atas dan dari bawah. api menaungi mereka dari atas dan bawah,  yang dinyalakan 1000 tahun sehingga merah , kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi putih,  kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi hitam pekat bercampur dengan kemurkaan Allah . 
( perkara ini dinyatakan oleh al Qutbi dalam 'uyun al akhbar )

- pada tiap tiap pintu neraka jahanam terdapat 70 ribu gunung , pada setiap gunung terdapat 70 ribu cabang api neraka , setiap cabang mempunyai 70 celah api neraka, setiap celah mempunyai 70 ribu lembah , setiap lembah terdapat 70 ribu istana api , di setiap istana api terdapat 70 ribu rumah api, dan pada setiap rumah api terdapat 70 ribu kullah ( botol besar ) racun ( apabila kiamat tiba, penutupnya dibuka maka dari dalamnya terbang khemah besar dari sebelah kanan, kiri atas dan belakang manusia, jika melihat beratnya keadaan itu , maka mereka takut dengan dosa , sehingga masing masing menyeru, "wahai Tuhan, selamatkanlah ! selamatkanlah !"


BESAR NERAKA

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat,  di neraka jahanam dibawa 70 ribu tali kekang dan tiap tiap tali kekang ditarik 70 ribu malaikat."
( H.R Muslim )

neraka kelihatan dari jauh dengan suara yang gemuruh dalam kemarahan , hampir meledak kerana marahnya ia. dan ia cuba mendekati umat manusia termasuk umat Rasulullah.
Rasulullah bersabda , "kembali lah menjauhi dari kejadianmu sehingga penghunimu datang kepadamu dengan berombongan ."neraka berkata, "jangan halang jalanku.kamu , wahai Muhammad, haram bagiku."lalu menyerulah penyeru dari khemah arasy , "dengarlah kata katanya dan patuhilah dia."
neraka itu kemudian berundur dan berada di sisi kiri arasy. 
lalu berkatalah ahli mauqif mengenai berundurnya neraka itu , sehingga hilanglah kebimbangan mereka. - NERAKA CUBA MENDEKATI MANUSIA TIKA BERHIMPUN DI MAHSYAR

- di sanalah al mizan ditegakkan. perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa  neraka jahanam dibawa dari tempat ia diciptakan oleh Allah , lalu ia mengelilingi padang mahsyar , sehingga tidak ada jalan ke syurga kecuali melalui titian. - NERAKA KELILINGI  TANAH MAHSYAR 

- ibnu wahab menyatakan,  dari abdul rahman bin zaid, Rasulullah bersabda, "mengenai para malaikat penjaga neraka , "jarak kedua lutut salah seorang daripada mereka seperti jarak antara timur dan barat."

- dari mujahid, ibnu abbas berkata, "adakah kamu tahu luas neraka ? jarak antara telinga salah satu penjaga neraka dengan lehernya sejauh 70 tahun perjalanan , yang mengalir daripadanya aliran lembah nanah dan darah . manusia ketika itu berada di atas jambatan  belakang neraka Jahanam."
( H.R at Tirmizi )

- dari abu said al khudri, Rasulullah bersabda, "khemah neraka mempunyai 4 dinding tebal dan tiap tiap dinding jaraknya 40 tahun perjalanan."
( H.R at Tirmizi )

- dari muhammad bin bisyr dan qatadah mengenai firman Allah , dia mengatakan Abdullah berkata , "neraka jahanam menghimpit orang kafir seperti busur dengan anak panah ."
( diriwayatkan oleh at tha'labi dari  ibnu abbas ) - AHLI NERAKA DIHIMPIT DLM NERAKA 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka , dicelupkan sekali ke dalam neraka , kemudian dikatakan kepada mereka , "wahai anak adam ! adakah kamu pernah melihat kebaikan? adakah kamu pernah merasakan kesenangan di dalam hidupmu ? " mereka berkata, "Tidak , demi Allah, wahai Tuhan." lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia lalu dicelupkan sekali ke dalam syurga.   kemudian dikatakan kepada mereka , "wahai anak adam ! adakah kamu pernah melihat kesusahan di dalam hidupmu ?adakah kamu merasakan keburukan ?  mereka berkata, "Tidak , demi Allah, wahai Tuhan , aku tidak merasakan kesusahan dan keburukan."
( H. R Muslim ) - SEMUA MEWAH DUNIA TIADA NILAI DIBANDING AKHIRAT 

- dari anas bin malik, Rasulullah bersabda, "jika penghuni neraka jahanam mengeluarkan telapak tangannya ke dunia sehingga dapat dilihat , maka dunia terbakar kerana panasnya. jika penjaga neraka dikeluarkan kepada penduduk dunia sehingga dapat dilihat , maka penghuni bumi akan mati ketika melihatnya kerana berasal dari kemurkaan Allah."
(H.R Abu hudbah ibrahim ) - MELIHAT PENJAGA NERAKA SUDAH CUKUP MEMATIKAN PENGHUNI BUMI 

- Ka'ab al akhbar berkata, "Demi Zat yang memegang jiwa Ka'ab, jika kamu berada di timur dan api neraka itu di barat, lalu ia dibuka , maka otakmu keluar melalui lubang hidungmu kerana panasnya. wahai manusia , adakah terdapat ketetapan bagi kamu semua di dunia ? adakah kamu semua mampu bersabar dengan seksaan akhirat ? wahai manusia ,mentaati Allah lebih mudah bagi kamu semua dari menanggung seksaan ini, maka taatlah kepada Allah."

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda , "jika dalam masjid ini terdapat 100 ribu orang atau lebih, kemudian seorang penghuni neraka bernafas , maka mereka terbakar."
( H.R al Bazzar dalam musnadnya ) - NAFAS AHLI NERAKA SUDAH MEMBAKAR DUNIA

- dari muaz bin jabal, Rasulullah bersabda, "jarak antara mulut dengan dasar neraka bagaikan batu besar seberat 7 ekor unta hamil besar beserta lemak dan anak anaknya, yang jatuh dari mulut neraka sampai ke dasarnya selama 70 tahun." - NERAKA SEDALAM 70 TAHUN 

- Ibnu wahab meriwayatkan daripada al allaf bin khalid ,  firman Allah, "apabila ia (neraka)  melihat mereka dari tempat yang jauh , mereka mendengar suaranya yang gemuruh kerana marahnya."(surah al furqan ayat 12 ), apabila melihat ia mengeluarkan nafas yang panjang , semua nabi dan orang jujur berlutut dan berkata, "wahai Tuhan, bagaimanakah nasibku , diriku , diriku.Sedangkan Rasulullah berkata, "Bagaimana nasib umatku, umatku !" - GERUN ANCAMAN NERAKA DI MAHSYAR 

- diriwayatkan dari al hasan , "dia berkata, "Tidak ada satu lembah, celah , belenggu,  dan rantai pada neraka itu kecuali bertuliskan nama pemiliknya."
(Riwayat ibnu mas'ud ) - NAMA AHLI NERAKA PADA ALAT SEKSAAN NERAKA 

- dalam suatu riwayat dinyatakan , jika Allah mahu maka Dia menciptakan awan untuk penghuni neraka , jika mereka melihat awan itu maka mereka teringat akan awan di dunia. awan itu menyeru mereka, :wahai penduduk neraka, apa yang kamu semua mahu ?" mereka menjawab, "kami mahukan air dingin.", lalu diturunkan hujan belenggu yang menambah belenggu mereka dan hujan rantai yang menambah rantai mereka. muhammad bin al mukandir berkata, "jika semua besi di dunia dikumpulkan , maka tidak dapat menyamai satu lingkaran belenggu itu ." - HUJAN BELENGGU DAN RANTAI DI NERAKA. 

- aku mendengar abu sufyan berkata, "( mengenai firman Allah maka belitlah dia ) : Disampaikan kepada kami bahawa rantai itu dimasukkan dari duburnya dan dikeluarkan melalui mulutnya." - AZAB RANTAI MASUK DARI DUBUR KELUAR KE MULUT AHLI NERAKA 


- CARA PENGHUNI NERAKA MASUK KE DALAM NERAKA

- dari abdul rahman bin zaid, "pada hari kiamat, diperlihatkan neraka jahanam percikan bunga api seperti bintang , mereka lalu berpusing dan lari. Allah berfirman, "kembalikan mereka  kepadanya." lalu mereka dikembalikan , mereka berhadapan dengannya sebelum memasukinya , lalu mata mereka dicungkil . mereka memasuki neraka dalam keadaan buta, dibelenggu tangan , kaki dan leher mereka. - AHLI NERAKA MASUK DALAM KEADAAN DICUNGKIL MATA JADI BUTA DAN DIBELENGGU 

- ibnu zaid berkata, "ribuan malaikat tidak meletakkan tangan mereka pada sesuatu apa pun kecuali menjadikan tulang mereka remuk dan hancur lebur daging.  ketika mereka dilemparkan ke dalam neraka( hampir hampir sampai ke dasarnya) , mereka dikejar oleh nyalaan api yang menjadikan mereka terlempar kembali ke atasketika mereka hampir hampir keluar, malaikat menyambut mereka dengan pukulan besi . 


NYALAAN API NERAKA MENGANGKAT PENGHUNI NERAKA HINGGA MENDEKATI PENGHUNI SYURGA

- diriwayatkan bahawa nyalaan api neraka mengangkat penghuni neraka sehingga terbang seperti terbangnya percikan bunga api. mereka terangkat sehingga mendekati pemghuni syurga , sedangkan di antara mereka terdapat hijab (penghalang yang kukuh ), penghuni neraka menyeru pada penghuni syurga ketika melihat sungai yang mengalir di antara mereka, 
"dan penghuni neraka menyeru pada penghuni syurga, "limpahkan kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan kepada mu oleh Allah. penghuni syurga menjawab, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya itu ke atas orang kafir."
lalu malaikat mengembalikan mereka di seksa dengan pemukul besi sehingga ke dasar neraka. - NYALAAN NERAKA MENYEBAB AHLI MENJULANG NAIK 

- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "gigi atau taring orang kafir penghuni neraka itu sebesar bukit uhud dan kulitnya setebal 3 hari perjalanan dengan kenderaan laju."
(H.R Muslim ) - SAIZ AHLI NERAKA DI GERGASI KAN UTK TAMBAH AZAB

- dari abu hurairah, "pada hari kiamat, gigi geraham orang kafir lebih besar daripada bukit uhud, mereka dibesarkan agar memenuhi neraka dan merasakan azab."
( riwayat ibnu mubarak ) - GERAHAM AHLI NERAKA BESAR BUKIT UHUD UTK TAMBAH AZAB 

- dari ibnu umar, Rasulullah bersabda, "orang kafir lidahnya benar benar diseret satu hingga dua farsakh ( 1 farsakh = 8 km ) , yang akan dipijak oleh manusia."
(H.R Tirmizi )

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika Allah telah memberi keputusan di antara makhlukNya dan jika lebih banyak kebaikan seorang hamba, maka dia masuk syurga.jika seimbang kebaikan dengan kejahatannya , maka dia ditahan di atas sirat selama 40 tahun , kemudian masuk syurga. jika kejahatannya lebih banyak , maka dia masuk neraka melalui pintu yang bernama Tauhid. mereka diazab mengikut amalan mereka. di antara mereka ada yang terbakar sampai telapak kakinya, ada yang terbakar sampai lututnya dan ada yang terbakar sampai pusatnya."
( riwayat al Qutbi )

- dari ibnu ma'ni , Rasulullah bersabda, "4 golongan neraka yang amat mengganggu penghuni neraka lain kerana pedihnya azab yang mereka terima , mereka semua berjalan mundar mandir antara neraka Jahim dan hamim dan dipanggil dengan panggilan orang celaka. mereka adalah." pertama orang yang dikurung di dapur api, yakni orang yang meninggal dalam keadaan masih menyimpan harta orang lain yang diambil dengan cara yang tidak betul dan tidak dikembalikan." 

kedua , orang yang menyeret ususnya. mereka sebarangan membuang air kecil dan tidak bersuci selepas membuang air kecil. 

ketiga, orang yang muntah darah dari mulutnya secara berterusan. mereka sentiasa menggunakan kata kata keji dan caci maki , bahkan suka melafazkannya."

keempat orang yang memakan dagingnya sendiri , mereka menyebarkan fitnah di kalangan mereka."
(H.R abu nuaim )

- ka'ab berkata, "al Gassaq adalah sebuah mata air neraka , yang semua air mendidih mengalir ke dalamnya  sehingga ia menjadi paya, lalu dibawa manusia yang berdosa dan dicelupkan ke dalamnya , sehingga daging luntur dari tulangnya . kemudian daging ditarik dari buku lalinya, sebagaimana seseorang menyeret pakaiannya.". - MATA AIR NERAKA MENANGGAL DAGING DARI TULANG 

- para ahli tafsir mengatakan pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berdosa. 

- Rasulullah bersabda , "Penduduk neraka diseksa dengan berbagai seksaan dan diberikan rasa lapar yang teramat sehingga mereka meminta pertolongan kepada Allah agar mereka diberi makanan. lalu mereka diberikan makanan daripada dhari (pohon berduri ) yang tidak menggemukkan dan tidak mengenyangkan sehingga mereka meminta makanan lain. lalu diberi makanan yang menyebabkan mereka tersekat apabila memakannya. kemudian ketika mereka tersekat, mereka mengatakan untuk membuang apa yang tersekat mereka perlukan minuman, maka mereka meminta minuman kepada Allah , minuman mendidih dari besi meleleh diberikan kepada mereka, ketika minuman itu sampai dan diberikan kepada mereka depan muka mereka, mukanya itu jatuh ke lantai , jika minuman itu masuk ke dalam perut mereka, hancurlah apa yang ada di dalam perut mereka itu sehingga mereka meminta pertolongan pada penjaga neraka." -  POHON DURI + AIR BESI MENDIDIH MAKAN MINUM AHLI NERAKA

- Rasulullah bersabda, "mereka dibakar api di dalam neraka , sehingga bibir atas berkerut ke atas otak, disusuli oleh bibir bawah sampai ke pusat, ".

- Jika satu timba air ghislin (darah dan nanah )dituangkan ke dunia, maka seluruh penduduk dunia binasa,"
( H.R abu said al khudri ) - SETIMBA DARAH NANAH BOLEH BINASA DUNIA 

- Rasulullah bersabda , "al hamim (air mendidih )diminumkan kepada mereka di neraka sehingga ke perut dan keluar dari kedua kaki mereka , sehingga sekejur badan mereka meleleh , kemudian badan mereka dikembalikan seperti asal dan diseksa kembali."
(H.R Abu Hurairah ) - AIR DIDIH PANAS MELELEH TUBUH AHLI NERAKA 

- Rasulullah bersabda, "ketika itu didekatkan pada mulutnya , dia tidak mahu meminumnya (air nanah ), tetapi air itu tetap juga diberikan kepadanya , dan ketika air itu berada dekat dengan mulutnya, wajahnya mendidih dan kepala nya jatuh ke bumi.jika air itu diminumnya, maka isi perutnya akan rosak , lalu keluar melalui duburnya.
(H.R Abu Umamah ) - AIR NANAH MENDIDIH WAJAH, KEPALA GUGUR KE BUMI 

- Rasulullah bersabda , "seandainya satu titis sahaja zaqqum (pohon neraka ) dilemparkan ke dunia, maka seluruh kehidupan di dunia binasa . 
(H.R Ibnu Abbas ) - 1 TITIS ZAQUM BINASA DUNIA

- dari abu zar, Rasulullah bersabda, "Demi Allah, jika kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui, maka kamu semua akan lebih sedikit ketawa dan lebih banyak menangis . sesiapa lebih banyak menangis kerana takut kepada Allah dan malu padaNya , maka dia banyak ketawa di akhirat."
(H.R atTirmizi ) - SELALU MENANGIS KERANA TAKUT DGN DOSA/TAUBAT 

- dari ibnu mas'ud , Rasulullah bersabda, "aku mengetahui orang terakhir yang keluar dari neraka dan memasuki syurga lalu Allah memerintahkannya untuk pergi masuk ke dalam syurga, namun dibayangkan kepadanya bahawa syurga telah penuh , kemudian dia mengadu pada Allah bahawa syurga telah penuh selama 3 kali berulang keadaan itu, lalu Allah berfirman, "Pergilah ke syurga dan masuklah ke dalamnya , Engkau akan mendapati sesuatu seperti 10 kali dunia ." dia berkata, "Adakah Engkau telah mempermainkan ku wahai Tuhanku , adakah Engkau mentertawakanku sedangkan Engkau adalah Raja ?" sesungguhnya aku melihat Rasulullah ketawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya . orang tersebut adalah penduduk syurga yang paling rendah darjatnya."
(H.R Muslim ) - PALING RENDAH DARJAT SYURGA 10X DUNIA 

- keluarlah dari neraka hamba dalam keadaan tidak berambut, tidak berdaging dan tidak berdarah sedikitpun , laksana bayang bayang. lalu dia dimandikan di pantai syurga , sehingga rambutnya tumbuh, darah dan dagingnya kembali seperti asal dengan izin Allah ."
(H.R Abu Nuaim ) - KEADAAN AHLI NERAKA KELUAR DARI NERAKA 

- ka'ab al ahbar berkata, "bila hari kiamat tiba, "Allah mengumpulkan semua makhluk di satu tempat , setelah itu datang para malaikat yang mengatur mereka menjadi beberapa barisan.malaikat jibril berkata, "bawa neraka jahanam ke sini."neraka jahanam lalu dibawa dengan menggunakan 70 ribu tali yang mengekangnya. kemudian ditiup trompet beberapa kali.  trompet pertama menyebabkan hilangnya perasaan sekalian makhluk, trompet kedua menyebabkan seluruh malaikat dan para nabi bersimpuh di tanah,  sedangkan trompet ketiga menyebabkan hilangnya akal seluruh makhluk sehingga mereka berlindung pada amal mereka sendiri. " kemudian Allah memerintahkan pada malaikat zabaniyah, "bawalah orang yang sentiasa melakukan dosa besar dari kalangan umat muhammad ke neraka, Aku marah kepada mereka yang telah meremehkan perintah dan hak-Ku ketika di dunia dan melakukan larangan yang telah Aku tetapkan. mereka berbuat baik ketika berada di hadapan manusia, namun ingkar ketika bersendirian. padahal Aku memuliakan mereka daripada umat yang lain. mereka tidak mahu menyedari kemuliaan dan kebesaran Ku. "
malaikat Zabaniyah kemudian membawa mereka ke neraka, tetapi wajah mereka tetap seperti biasa , bukan seperti wajah umat lain yang berubah menjadi hitam ketika dibawa ke neraka. ketika dibawa ke neraka, kemudian Allah berfirman, "wahai Malik, wajah mereka tidak menjadi hitam kerana seperti orang lain kerana ketika di dunia mereka sujud kepada Ku. jangan kamu belenggu mereka di sana kerana mereka bersuci dari junub, jangan kamu kekang mereka dengan besi , kerana mereka melakukan tawaf di kaabahKu, jangan kamu pakaikan pakaian dari neraka , kerana mereka menanggalkan pakaian mereka untuk berihram haji , dan perintahkan neraka agar tidak membakar lidah mereka, kerana dahulu mereka membaca alQuran. " oleh itu sesetengah mereka dibakar sehingga ke kedua tumitnya, ada yang sehingga ke kedua lututnya, ada yang sehingga ke pusatnya, ada yang sehingga ke dadanya. dan ada yang lebih daripada itu."
(H.R Abu Nuaim ) - KEADAAN DI MAHSYAR

- Qatadah berkata, "Ka'ab mengatakan kepada kami sesungguhnya di antara syurga dan neraka , terdapat beberapa lubang dinding, yang jika seorang mukmin mahu melihat keadaan musuhnya sewaktu di dunia dahulu, maka dia boleh melihatnya melalui salah satu daripada lubang dinding tersebut."
( H.R Ibnu Mubarak ) - LUBANG DINDING AHLI SYURGA DALAM MELIHAT KE NERAKA 

- Rasulullah bersabda, "sekumpulan orang akan disuruh memasuki syurga kelak di akhirat. namun ketika mereka sudah mendekati syurga itu , namun ketika mereka sudah menghampiri syurga itu dan telah dapat menghidu baunya serta keindahan yang ada di dalamnya, mereka diperintahkan untuk menjauhkan darinya dengan alasan mereka tidak berhak untuk memasukinya, maka kembalilah mereka dengan perasaan duka yang amat dalam yang tidak pernah dirasakan oleh umat terdahulu mahupun kemudian. mereka berkata, "wahai Tuhan, seandainya Engkau terus memasukkan kami ke dalam neraka tanpa memperlihatkan terlebih dahulu syurga dan segala keindahan yang ada kepada kami terlebih dahulu, pasti neraka itu akan lebih ringan terasa bagi kami." Allah menjawab, "itulah yang Aku maksudkan terhadap kamu kerana jika kamu semua berada seorang diri, kamu semua derhaka kepada Ku, sedangkan jika kamu semua sedang berada di tengah tengah manusia, kamu semua berubah menjadi khusyuk dan tawaduk . kamu semua telah melakukan riya'  di hadapan manusia, berlawanan dengan apa yang di dalam hati kamu semua. kamu semua telah lakukan untuk manusia , bukan untukKu. kamu semua telah mengutamakan manusia , tidak mengutamakan Aku.kamu semua telah meninggalkan perbuatan dosa kerana manusia , bukan keranaKu. maka pada hari ni, Aku rasakan kepada kamu semua azab yang pedih dan kamu semua tidak akan mendapat balasan apa apa daripada amalan baik yang kamu semua telah lakukan."
(H.R Abu Hamid ) - ANCAMAN UTK DERHAKA/BUAT MAKSIAT TIKA SEORANG DIRI

- dari abu hurairah, Rasulullah bersabda, "kecelakaan bagi para bendahara dan para pemimpin, pada hari kiamat , banyak kumpulan yang berharap aib mereka tergantung di bintang Suriya , mereka terawang awang di antara langit dan bumi, sedangkan mereka menyesal kerana pernah memangku jawatan."
(H.R Daud at Thoyalisi )

- dari al husain bin ali dari bapanya, Rasulullah bersabda, "semua yang memabukkan ialah khamar . 3 orang yang dimurkai Allah , yang tidak akan dipandang oleh Allah , Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan mereka berada di dalam mansa (tempat yang dilupakan ) iaitu sebuah perigi di dalam neraka Jahanam , iaitu orang yang mendustakan kekuasaan Allah orang yang melakukan bidaah dalam agama Allah, orang yang sentiasa minum khamar."
(H.R Malik bin anas ) - PEMABUK DIAZAB NERAKA . 

- dari amru bin syuaib dari datuknya, Rasulullah bersabda, "pada hari kiamat, orang sombong dibawa seperti bijian dalam bentuk manusia , mereka diliputi kehinaan di setiap tempat, mereka di bawa ke penjara dalam neraka jahanam yang bernama baulas , mereka menjadikan api menjulang tinggi , minuman penghuni neraka adalah sari lumpur bercampur nanah ."
( H.R at Tirmizi ) - ORG SOMBONG JADI SAIZ BIJIAN DISEKSA DLM NERAKA. 

- lumpur bercampur tanah ialah ialah keringat penghuni neraka atau bagi sari minuman mereka, iaitu bagi orang yang meminum minuman yang memabukkan . perkara ini dinyatakan dalam sahih bukhari.

- dari jabir diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang dari jaisyan, Yaman, dia bertanya kepada Rasulullah mengenai minuman yang mereka minum di negerinya yang diperbuat dari jagung , yang mereka namakan 'al Mazar'. Rasulullah lalu bertanya , "adakah ia memabukkan?" lelaki itu menjawab "benar". Rasulullah bersabda, "Allah berjanji memberi minuman dari lumpur bercampur nanah bagi orang yang meminum minuman yang memabukkan. " mereka bertanya, "wahai Rasulullah , apakah lumpur bercampur nanah itu ?" Rasulullah menjawab "itu adalah keringat atau sari minuman penghuni neraka."  - HADIS TEGAS UTK PEMINUM KETUM , UBAT BATUK, KUDA DLL DADAH 

- dari abu hurairah , Rasulullah bersabda, "berlindunglah kamu semua daripada perigi kesedihan " , mereka bertanya, "apakah perigi kesedihan itu wahai Rasulullah." Rasulullah menjawab, "sebuah lembah di neraka Jahanam yang berlindung ia daripadanya 400 kali." "disediakan untuk para pembaca alQuran yang riak dengan amalan mereka. pembaca alQuran yang paling dimurkai Allah ialah orang yang mengunjungi pemerintah ."
(H.R Ibnu Majah )

- Rasulullah bersabda, "di neraka Jahanam , benar benar terdapat sebuah lembah. hendaklah kamu semua berlindung daripada keburukan lembah itu 70 kali seharidi lembah itu terdapat sebuah perigi. neraka jahanam dan lembah itu berlindung kepada Allah 

- dalam hadis lain, asad bin musa meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "di neraka Jahanam benar benar terdapat sebuah lembahhendaklah kamu semua berlindung daripada keburukan lembah itu 7 kali setiap hari . dilembah itu terdapat sebuah perigi . neraka jahanam dan lembah itu berlindung kepada Allah daripada keburukan perigi itu, dalam perigi itu ada ular. neraka jahanam , lembah itu dan periginya berlindung kepada Allah daripada keburukan ular itu. Allah menyediakannya untuk penghafal alQuran yang celaka." - ANCAMAN UTK PGHAFAL QURAN YG RIYA'  





KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...