Monday, 17 February 2025

SUMMARY AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = KISAH-KISAH 25 RASUL

 SUMMARY AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = KISAH-KISAH 25 RASUL


1 - NABI ADAM


  • 2(AL BAQARAH):30-40 - Sejarah penciptaan nabi Adam dan kisah nabi Adam diturunkan ke bumi
  • 4(AN NISA'):1 - Nabi Adam dan Hawa' diciptakan
  • 7(AL A'RAAF):20 - Iblis memperdaya Nabi Adam dan nabi Adam diturunkan ke bumi
  • 15(AL HIJR):28-40 - Nabi Adam dicipta ,malaikat sujud hormat, iblis enggan sujud , diusir dari syurga , terlaknat , diberi panjang umur dan janji akan menyesatkan anak Adam kecuali yang bersih dari syirik.
  • 18(AL KAHFI):50 - Iblis enggan sujud hormat pada Nabi Adam ( iblis dari golongan jin )
  • 20(TOHA):115-122 - Kisah nabi Adam, iblis ingkar arahan Allah , menggoda nabi adam untuk makan dari pohon dilarang lalu terdedah aurat dan ditutup dengan daun-daun syurga ,Allah menerima taubat nabi Adam.
  • 20:123 - Nabi Adam diturunkan dari syurga
  • 38(SOOD):71-85 - Tika nabi Adam dicipta dari tanah, ditiup roh , diarah malaikat untuk sujud , iblis ingkar ( merasa diri lebih baik kerana dicipta dari api ), minta dilanjut umur untuk sesatkan zuriat-zuriat Adam.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2431.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Ta'ala berfirman kepadanya, pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan). Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam: "Assalamu 'alaikum" (Semoga Anda bahagia). Jawab para malaikat, 'Assalamu 'alaika wa rahmatullah" (Semoga kamu bahagia pula dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah, "Setiap orang yang masuk syurga tentunya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 1084.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Yahya bin Abu Bukair, mewartakan kepada kami Zuhair bin Muhammad, dari 'Abdullah bin Muhammad bin 'Aqil, dari Abdur-Rahman bin Yazid Al-Anshariy, dari Abu Lubabah bin Abdul-Mundzir, dia berkata: Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya hari Jumaat itu sebagai pemimpin segala hari, dan hari yang paling mulia bagi Allah. Dia -hari Jumaat itu- adalah yang paling mulia bagi Allah, daripada hari raya Adhha dan hari Raya Fithri. Dalam hari Jumaat itu terdapat 5 (lima) peristiwa penting: (1). Allah menciptakan Adam, (2). Allah mengusir Adam ke bumi, (3). Allah mematikan Adam, (4). Ada satu saat, yang bila seorang hamba memohon kepada Allah, Allah pasti memberinya selama tidak minta yang haram, (5). Terjadinya hari kiamat. Tiadalah seorang Malaikat Muqarrabun, langit, bumi, angin gunung dan lautan, kecuali mereka itu pada gentar akan hari Jumaat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2237.
Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ketika Allah Ta'ala membentuk tubuh Adam di dalam syurga, Allah meninggalkannya beberapa lama. Sementara itu iblis datang mengelilingi dan memperhatikan apa yang sedang dibuat Allah. Ketika dilihat iblis tubuh itu berongga, tahulah dia bahawa Adam diciptakan sebagai makhluk yang tak dapat menguasai diri."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2388.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. memegang tangannya, lalu beliau bersabda: "Allah Azza wa Jalla menjadikan tanah pada hari Sabtu, memasakkan gunung pada hari Ahad, menumbuhkan pohon-pohon pada hari Isnin, menjadikan bahan-bahan mineral pada hari Selasa, menjadikan cahaya pada hari Rabu, menebarkan binatang pada hari Khamis, dan menjadikan Adam Alaihissalam sesudah Asar pada hari Jumaat setelah selesai tercipta seluruh makhluk dan pada saat terakhir di hari Jumaat antara 'Asar dan malam."

2A - NABI IDRIS


  • 19(MARYAM):56-57 - Nabi idris, benar tutur kata dan beriman , diangkat ke tempat tinggi darjatnya
  • 21(AL ANBIYA'):85 - Nabi Idris orang yang sabar
2B - NABI NUH

  • 7(AL A'RAAF):59-64 - Nabi Nuh dakwah pada umatnya , orang ingkar ditenggelami banjir , mukmin selamat di dalam bahtera nabi Nuh
  • 10(YUNUS):71-73 - Peringatan Nabi Nuh pada umatnya yang ingkar lalu mereka ditenggelami banjir besar dan taufan .
  • 11(HUD):27-40 - Nabi Nuh , keluar air memancut mancut dari permukaan bumi ( tanda datang taufan ) , Nabi Nuh diperintah bawa setiap haiwan jantan dan betina naik atas kapal.
  • 11:41-43 - Doa Nabi Nuh dan pengikutnya waktu mula bertolak bahtera, bahtera dilambung ombak seperti gunung ganang ,Nabi Nuh ajak anaknya naik, namun anaknya enggan dan ditenggelami.
  • 11:44 - Setelah kaum kafir semua tenggelam , diperintah bumi telan air lalu surut , bahtera terhenti di gunung Juddi
  • 17(AL ISRA'):3 - Pengikut Nabi Nuh dalam bahtera , orang-orang bersyukur.
  • 23(AL MU'MINUN):23-27 - Kisah nabi Nuh, umatnya ingkar , gelar nabi Nuh gila ( hanya orang biasa ) , diwahyu bina bahtera dinaiki tiap tiap pasang haiwan dan mukmin, umat ingkar ditenggelami taufan ( air memancut dari muka bumi )
  • 23:28-29 - Umat bahtera harus bersyukur dan berdoa diturun ditempat yang berkat.
  • 26(AS SYUA'RA'):105-120 - Kaum Nabi Nuh ingkar tidak mahu beriman , ugut mahu rejam nabi Nuh , mereka ditenggelami
  • 29(AL ANKABUT):14-15 - Nabi Nuh diutus selama 950 tahun , kaum nya dibinassa dengan taufan kerana ingkar dan pengikut nabi Nuh diselamat dalam bahtera.
  • 37(AS SOFFAT):75-82 - Kaum taat nabi Nuh diselamat dari azab
  • 54(AL QAMAR):9-12 - Kaum nabi Nuh diazab diturunkan hujan lebat mencurah-curah dan memancar-mancar mata air dari dalam bumi
  • 54:13-15 - Bahtera nabi dari keping-keping papan dan paku belayar laju
  • 66(AT TAHRIIM):10 - Isteri nabi Nuh khianati suami dan di azab neraka
  • 71(NUH):1-15 - Kisah nabi Nuh berdakwah dan didustai kaumnya ( mereka menyumbat jari ke telinga , berselubung dengan kain )
  • 71:25 - Diazab kaum Nuh ( ditenggelami banjir dan taufan )
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1579.
Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: "Ya, Tuhan!" Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?" Beliau menjawab: "Ya, sudah". Lalu ditanyakan kepada umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan". Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?" Nuh menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya". Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat). Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". (Surat Al Baqarah, 143)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1376.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdiri di hadapan orang banyak, lalu memuji Tuhan menurut cara yang sepatutnya. Kemudian beliau menyebut Dajjal, lalu bersabda: "Saya memberi peringatan kepada kamu tentang Dajjal itu. Setiap Nabi telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh juga telah memberi peringatan kepada kaumnya tentang Dajjal. Tetapi saya hendak mengatakan kepada kamu tentang Dajjal itu, yang belum pernah diucapkan oleh seorang Nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta matanya sebelah, sedangkan Tuhan itu tiada buta sebelah mata pun".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1714.
Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, mewartakan kepada kami Sa'id bin Abu Maryam, dari Ibnu Lahi'ah, dari Ja'far bin Rabi'ah, dari Abu Firas, bahawasanya dia mendengar 'Abdullah bin 'Amr mengatakan: Saya mendengar Rasulullah SAW, mengatakan: "Nabi Nuh berpuasa selama setahun, kecuali pada hari Raya Fithri dan Hari Raya Adh-ha

3 - NABI HUD


  • 7(AL A'RAAF):65-72 - Nabi Hud dan kaum Adda, mereka selepas kaum nabi Nuh , diberi kekuatan dan kelebihan tubuh badan
  • 11(HUD):50-54 - Kaum Aad diseru Nabi Hud agar bertaqwa agar dihantar hujan lebat dan ditambah kekuatan sedia ada namun kaumnya berkata Nabi Hud gila
  • 23(AL MU'MINUN):32-41 - Umat Nabi Hud ingkar , tidak percaya pada Rasul dan hari kiamat , lalu dibinasa dengan letusan suara menggempa bumi, lalu umat itu menjadi seperti sampah sarap dihanyut banjir
  • 26(AS SYUA'RA'):123-139 - Kaum Aad bina bangunan bangunan hebat di tiap tiap tempat tinggi dengan tujuan tidak baik dan istana istana serta benteng benteng kukuh , tetapi mereka memukul dan menyeksa dengan kejam dan bengis dan dikurnia taman-taman indah dan mata air lalu dibinasa kerana ingkar
  • 41(FUSSILAT):13-16 - Kaum Aad dan Thamud diazab petir yang menyambar , kaum Aad menyangka mereka begitu kuat tubuh badan fizikal , lalu dihantar angin ribut kencang pada mereka.
  • 46(AL AHQAAF):21 - Nabi Hud dakwah kaum Aad di lembah "Ahqaaf" , mereka ingkar lalu dikumpul awan awan di lembah itu , angin membawa azab , menghancur lebur semua , hanya tinggal rumah rumah mereka sahaja.
  • 51(ADZ ZARIYAAT):41 - Kaum Aad dihantar angin ribut menghancurkan segalanya seperti debu.
  • 54(AL QAMAR):18-20 - Kaum Aad diazab angin ribut kencang , menumbang manusia gugur bergelimpangan.
  • 69(AL HAQQAH):4-8 - Kaum Aad mendusta hari kiamat , dibinasa dengan angin ribut terlampau kencang selama 8 hari 7 malam berterusan dan semua mereka bergelimpangan mati
  • 89(AL FAJR):6 - Kaum Aad ( penduduk Iram ) membina bangunan bangunan tinggi tiangnya , mereka diazab Allah.


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3891.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Mu'adz bin Mu'adz, dari Ibnu Juraij, dari 'Atha-dari 'Aisyah, dia berkata: Adalah Rasulullah saw. bila melihat mendung yang akan hujan, maka wajah beliau berobah-robah warnanya, keluar-masuk menghadap-membelakang. Maka bila hujan turun, maka hilanglah kesediaannya. Perawi berkata: 'Aisyah menuturkan kepada Nabi saw. sebahagian sesuatu yang dilihatnya dari beliau. Beliau berkata: "Apa yang menyebabkan kamu melihat? Mungkin saja seperti apa yang dikatakan oleh kaum Nabi Hud as. (yang artinya): "Maka tatkala mereka melihai azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami. Bukan bahkan itulah azab yang kalian minta supaya datang dengan segera, yaitu angin yang mengandung azab yang pedih" (QS 46,24).

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3327.
Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami. Sufyan memberitahukan kepada kami dari Salam dari Ashim bin Abin Nujud dari Abi Wail dari seorang dari suku Rabiah berkata: "Aku datang ke Madinah lalu aku masuk menghadap Rasulullah SAW, kemudian aku disebut disisi beliau seperti utusan kaum Ad, lalu aku berkata: "Aku berlindung kepada Allah (dari) aku seperti utusan kaum Ad", kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Apa itu utusan kaum Ad?" Rawi berkata: "Aku berkata; "Engkau mencukupkan terhadap orang yang pandai, sesungguhnya kaum Ad ketika dilanda kekeringan, mereka mengirim seorang utusan lalu dia istirehat di rumah Bakar bin bin Muawiyah kemudian dia diberi minuman arak, dan dihibur oleh dua orang biduanita kemudian dia keluar menuju gunung Mahrah lalu berkata: "Wahai Tuhan! sesungguhnya aku datang kepada mu tidak untuk orang sakit lalu aku menyembuhkannya dan juga tidak untuk tawanan lalu aku menebusnya tapi berilah minuman hamba Mu selama Engkau adalah pemberi minuman kepadanya dan berilah minuman pula Bakar bin Muawiyah" sebagai terima kasih kepada Bakar bin Muawiyah atas pemberian arak kepadanya, kemudian awan-awan diangkat baginya lalu dikatakan kepadanya: "Pilihlah salah satu awan itu kemudian dia memilih awan yang hitam lalu dikatakan kepadanya: "Ambilah ia abu yang sangat halus maka tidak meninggalkan seorang pun hidup dari kaum Ad, dan beliau menyebutkan angin yang menimpa mereka hanya sekitar lingkaran, ini maksudnya lingkaran cincin. Kemudian beliau membaca ayat:(Dan juga pada kisah Ad ketika kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan, angin itu tidak membiarkan suatupun yang dilandanya melainkan dijadikan seperti serbuk) (Adz Dzariydt: 41-42).

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0542.
Berita dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Aku ditolong Allah dengan Angin Timur, dan kaum 'Ad dimusnahkan dengan Angin Barat."

4 - NABI SOLEH


  • 7(AL A'RAAF):73-79 - Kisah nabi Soleh dan kaum Thamud ( kaum selepas kaum Aad ) , mereka diberi kehebatan boleh membina istana istana dan memahat gunung gunung menjadi rumah mereka , mereka menyembelih mu'jizat nabi soleh iaitu unta betina lalu mereka dibinasa dengan gempa bumi
  • 11(HUD):61-67 - Kaum Thamud menyembelih unta betina iaitu mu'jizat nabi Soleh , mereka diazab selepas 3 hari dengan letusan suara menggempa bumi
  • 15(AL HIJR):80-84 - Kaum Hijr (Thamud) dilebihkan dengan hebat memahat gunung-gunung menjadi rumah lalu dibinasa dengan letusan suara menggempar bumi kerana ingkar.
  • 26(AS SYUA'RA'):142-158 - Kaum Thamud diberi kemewahan , taman taman dan mata air dan memahat gunung gunung dibuat rumah , mereka membunuh unta betina mukjizat nabi lalu diazab
  • 27(AN NAML):45-48 - Kaum Thamud ada yang beriman namun ramai yg ingkar. Ada 9 orang yang sentiasa berbuat kerosakan dan maksiat di bumi dan langsung tidak berbuat kebaikan.
  • 27:49-53 - Mereka ingin membunuh nabi Soleh dan pengikutnya lalu mereka diazab rumah rumah mereka runtuh ranap.
  • 51(ADZ ZARIYAAT):43-45 - Kaum Thamud disambar petir mereka tidak dapat bangun lagi.
  • 69(AL HAQQAH):4-8 - Kaum Thamud mendusta hari kiamat , lalu dibinasa dengan petir yang dahsyat.
  • 54(AL QAMAR):23-31 - Air telaga mereka terbahagi dengan unta betina itu lalu dibunuh unta mukjizat nabi , mereka diazab dengan pekikan dahsyat lalu dihancur kaum Thamud itu seperti ranting ranting dan daun daun hancur pecah dihancur ( seperti sampah itu dikumpul pemilik ladang ternak )
  • 89(AL FAJR):6 - Kaum thamud memahat batu-batu besar di Wadi Qura'.
  • 91(AS SYAMS):11-14 - Kaum Thamud diazan kerana bunuh unta betina
5 - NABI IBRAHIM +  NABI ISMAIL

  • 2(AL BAQARAH):127 - Nabi Ibrahim bina kaabah dengan nabi ismail
  • 2:132 - Wasiat nabi ibrahim agar bertauhid
  • 2:258 - Dialog nabi ibrahim dengan namrud, nabi ibrahim cabar namrud untuk menerbitkan matahari dari arah barat.
  • 2:260 - Nabi Ibrahim diarah cincang 4 ekor burung dan diletakkan di atas beberapa bukit , burung itu dihidupkan kembali oleh Allah.
  • 3(ALI IMRAAN):93 - Tanda kemuliaan, Makam Nabi Ibrahim siapa yang memasuki ke dalamnya akan tenteram lah dia
  • 6(AL AN'AM):74 - Dialog Nabi Ibrahim dengan ayahnya (azar) , patutkah ayahnya sembah berhala 
  • 6:76-79 - Nabi Ibrahim menolak bintang, bulan dan matahari sebagai Tuhan
  • 9(AT TAUBAH):115 - Bapa nabi Ibrahim menjadi musuh islam
  • 11(HUD):69 - Nabi Ibrahim didatangi utusan-utusan malaikat, nabi menjamu mereka seekor anak lembu yang dipanggang , malaikat tidak menjamu makanan itu kerana mereka diutus untuk membinasa kaum Luth termasuk isterinya.
  • 11:71-73 - Malaikat mengkhabar kan nabi Ibrahim akan dikurniai anak ( ishak ) dan cucu ( ya'kub ) , isterinya Sarah hairan kerana dia sudah tua.
  • 11:74 - Nabi ibrahim cuba membantah utusan untuk azab kaum Luth
  • 19(MARYAM):41-45 - Kisah nabi Ibrahim bertanya bapanya kenapa sembah berhala yang  tidak mendengar dan tidak bercakap , dakwah ayahnya untuk tinggal sembah berhala.
  • 19:54 - Kisah nabi ismail , seorang yg benar, tepati janji dan menyuruh keluarga untuk solat dan zakat
  • 21(AL ANBIYA'):52-62 - Kisah nabi ibrahim pecahkan semua berhala kecuali yang paling besar
  • 21:63-67 - Nabi ibrahim suruh kaumnya bertanya kepada berhala yang paling besar
  • 21:68-70 - Namruz arahkan nabi ibrahim dimasukkan ke dalam api , lalu api menjadi sejuk dengan arahan Allah
  • 21:71 - Nabi ibrahim dan sepupunya nabi luth diselamatkan ke negeri berkat
  • 22(AL HAJJ):26-28 - Kisah nabi ibrahim bina ka'abah dan ibadat korban untuk diberi kepada fakir miskin
  • 26(AS SYUA'RA'):69-82 - Kisah nabi ibrahim dakwah bapanya untuk tinggal sembah berhala agar beriman.
  • 26:83-104 - Doa nabi ibrahim - minta diberi ilmu dan dihubung dengan orang-orang soleh
  • 29(AL AN'KABUT):16 - Kaum ingkar dan mahu bunuh dan bakar nabi ibrahim
  • 29:26 - Kata nabi ibrahim " Aku hendak berhijrah ke Tuhanku"
  • 37(AS SOFFAT):83-98 - Dakwah nabi ibrahim , beri alasan untuk elak sambut perayaan bersama kaumnya , nabi ibrahim pukul berhala berhala sehingga pecah , kaumnya bina tempat untuk dibakar nabi , namun Allah menghalang usaha itu.
  • 37:99 - Aku hendak pergi menuju Tuhanku
  • 37:101-107 - Dikurniai zuriat ( nabi ismail ) yang penyabar. nabi mimpi menyembelih nabi ismail , nabi ismail taat dan redha dengan perintah Allah . Nabi ibrahim cuba mula menyembelih nabi ismail namun ditebus dengan seekor binatang sembelihan yang besar
  • 51(ADZ ZARIYAAT):24-37 - Tetamu nabi ibrahim dihidang anak lembu gemuk yang dipanggang , tetamu tidak menjamah , lalu nabi ibrahim merasa takut. Tetamu bawa khabaran bahawa nabi ibrahim akan dikurnia zuriat berilmu . Isteri nabi menepuk nepuk muka sndiri berkata dia sudah tua.dan mandul. Juga tetamu akan binasa kan kaum Luth ( mereka ditimpa batu dari tanah dibakar ) , batu batu tersebut ditanda.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1475.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Mula-mula perempuan yang mengambil (memakai) ikat pinggang, ialah ibu Nabi Ismail, diambilnya ikat pinggang supaya hilang jejaknya oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim a.s. membawa Ibu Ismail dan anaknya yang masih menyusu, lalu di tempatkannya dekat perumahan Bait (Kaabah), di bawah pohon Dauhah di tepi bakal sumur Zamzam, di perumahan masjid. Waktu itu tidak ada seorang pun yang tinggal di Mekah dan di situ air pun tidak ada. Nabi Ibrahim lalu menempatkan keduanya di sana dan diletakkannya di sisi keduanya sebuah tempat makanan yang berisi kurma dan sebuah tempat minum yang berisi air. Kemudian Nabi Ibrahim berangkat. Ibu Ismail lalu mengikutinya sambil berkata: "Hai Ibrahim! Tuan hendak kemana? Sampai hatikah tuan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak pula ada sesuatunya di sini". Diucapkannya perkataan itu berulang-ulang. Nabi Ibrahim tiada menoleh. Kata ibu Ismail kepadanya: "Tuhankah yang menyuruh tuan berbuat begini?" Jawab Ibrahim: "Ya!" Katanya: "Jika begitu, Tuhan tiada akan mensia-siakan kami'. Kemudian ibu Ismail kembali dan Ibrahim pun terus berjalan. Ketika ia berada di Saniah, di tempat yang kira-kira tidak kelihatan oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadap ke arah Bait, kemudian ia berdoa dengan beberapa kalimat, sambil mengangkat kedua tangannya. Doanya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari turunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Supaya mereka tetap mengerjakan solat. Sebab itu, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan belilah buah-buahan, menjadi rezeki mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih!" Kemudian ibu Ismail menyusukan anaknya dan meminum air yang disediakan itu. Ketika air yang dalam tempat air itu habis, ia dan anaknya merasa haus. Ketika ia memandang anaknya membalik-balik, ia pun pergi kerana tak sampai hati melihat anaknya. Maka dilihatnya bukit Safa paling dekat kepadanya. Lalu ia berdiri ke sana dan menghadap ke lembah, kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tidak melihat seorang juapun. Ia turun dari Safa. Ketika ia di lembah, diangkatnya tepi bajunya, kemudian ia berjalan cepat-cepat seperti perjalanan orang kecemasan, sampai ia melalui lembah. Kemudian ia tiba di Marwah, lalu ia berdiri di situ dan melihat kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tiada melihat seorang jua pun. Dilakukannya yang demikian sampai tujuh kali. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Kerana itulah , orang haji mengerjakan Saai di antara Safa dan Marwah". Ketika Ibu Ismail berada di Marwah, ia mendengar suara, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: "Dengarlah!" Kemudian ia berhati-hati mendengarkannya, maka didengarnya pula suara itu. Ia berkata: "Sesungguhnya engkau telah memperdengarkan suara, adalah kiranya pertolongan dari sisi engkau". Tiba-tiba di situ ada malaikat dekat tempat Zamzam lalu ia menggali dengan tumitnya atau dengan sayapnya sehingga keluarlah air. Ibu Ismail lalu membendungnya dengan tangannya begini: Ia menyauk air itu untuk mengisi tempat airnya, dan air itu pun terus menyembur sesudah disauk. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Mudah-mudahan Tuhan mengasihi ibu Ismail! Jika dibiarkannya Zamzam, atau tidak disauknya air itu, sesungguhnya akan menjadi mata air yang mengalir." Sabda beliau: "Ibu Ismail lalu minum dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya: "Janganlah engkau takut akan binasa! Sesungguhnya di sini Baitullah yang bakal dibangun oleh anak ini dan ayahnya, dan sesungguhnya Tuhan tiada akan menyia-nyiakan penduduk tempat ini." Dan tinggi Baitullah itu dari tanah sebagai longgokan tanah, yang dilanda oleh banjir di sebelah kanan dan kirinya. Demikianlah keadaan perempuan itu, sehingga lalulah serombongan dari suku Jurhum yang datang dari jalan Kada', lalu mereka itu berhenti di hilir Mekah. Mereka melihat burung berputar-putar di udara, lalu mereka berkata: "Burung ini berputar di atas air". Sebenarnya kita di lembah ini menemui tempat yang di situ ada air. Mereka lalu mengirim seorang atau dua orang utusan. Tiba-tiba utusan itu menemui air, segera mereka kembali dan terus dikhabarkannya pada mereka (kawannya) bahawa di situ ada air. Lalu mereka berkata: "Adakah engkau mengizinkan kami tinggal di tempatmu?" Jawab perempuan itu: "Ya, tetapi kamu tiada berhak atas air itu!" Kata mereka: "Ya, baiklah!" Ibu Ismail menerimanya dengan baik, kerana dia ingin ada orang lain bersama dia. Mereka lalu tinggal di situ bersama-sama dengan keluarga mereka, sehingga terjadilah beberapa rumah tangga mereka, sedang Ismail telah agak besar (hampir dewasa). Ia mempelajari bahasa Arab dari mereka. Ia amat dikasihi mereka. Ismail amat menarik dan mengagumkan mereka, ketika itu umurnya hampir dewasa. Mereka mengahwinkan Ismail dengan seorang perempuan di antara mereka, dan ibu Ismail pun meninggal. Sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi Ibrahim melihat anak isteri yang ditinggalkannya, tetapi beliau tiada menemui Ismail. Ibrahim lalu bertanya pada isteri Ismail dari hal keadaannya. Kata isteri Ismail: "Ia pergi mencari keperluan kami". Kemudian Ibrahim menanyakan dari hal penghidupan dan keadaan mereka. Kata perempuan itu: "Kami dalam keadaan sengsara, kami dalam kesempitan dan kesusahan". Ia mengadukan halnya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya dan katakanlah baginya supaya diubahnya bingkai pintunya". Setelah Ismail datang, seolah-olah ia merasakan sesuatu, lalu ia bertanya: "Adakah orang yang datang kepadamu?" Jawabnya: "Ya, ada orang tua datang kepada kami, lalu saya bercerita kepadanya. Ditanyakannya bagaimana penghidupan kita lantas saya ceritakan bahawa sesungguhnya kita dalam kepayahan dan kesusahan". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau?" Jawabnya: "Ya, disuruhnya saya menyampaikan salam kepada engkau dan dikatakannya: "Ubahlah bingkai pintumu!" Kata Ismail: "Itulah ayahku! Sebenarnya ia menyuruh saya supaya menceraikan engkau. Kembalilah engkau kepada keluarga engkau!" Ismail pun mentalaknya. Kemudian ia kahwin dengan perempuan lain. Setelah beberapa lama Ibrahim datang kembali, tetapi tidak juga menemui Ismail. Ia lalu masuk ke rumah isteri Ismail, dan ditanyakannya dari hal Ismail. Kata perempuan itu: "Ia pergi mencari keperluan kami!" Kata Ibrahim: "Bagaimana keadaanmu?" Ditanyakannya hal penghidupan dan keadaan mereka. Jawabnya: "Kami dalam keadaan baik dan lapang". Dan perempuan itu pun memuji Tuhan. Tanya Ibrahim: "Apakah makananmu?" Jawabnya: "Daging". Tanya beliau: "Apakah minumanmu?" Jawabnya: "Air". Doa Ibrahim:"Wahai Tuhan, berilah kiranya keberkatan untuk mereka mengenai daging dan air!" Nabi s.a.w bersabda: "Ketika itu belum ada di situ tanaman yang berbiji. Sekiranya mereka mempunyai, nescaya Nabi Ibrahim mendoakan keberkatannya. Maka yang dua itu (daging dan air) di negeri lain dari Mekah biar pun ada, tetapi tidak sesuai untuk jadi makanan pokok. Kata Nabi Ibrahim: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya, dan suruhlah ia supaya menetapkan bingkai pintunya!" Ketika Ismail datang, ia bertanya: "Adakah seorang yang datang kepadamu?" Jawab isterinya: "Ada! Datang kepada kami seorang tua yang baik keadaannya". Dan perempuan itu pun memujinya. "Ia menanyakan tuan pada saya dan menanyakan bagaimana kehidupan kita, lalu saya ceritakan, bahawa sesungguhnya kita dalam keadaan baik". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau'?" Jawabnya: "Ada! Disuruhnya sampaikan salam kepada tuan dan disuruhnya supaya menetapkan bingkai pintu tuan". Kata Ismail: "Itulah ayahku dan engkaulah yang dikatakan bingkai pintu. Beliau menyuruh saya supaya tetap beristerikan engkau". Beberapa masa kemudian sesudah itu Ibrahim datang kembali dan didapatinya Ismail sedang meruncing anak panahnya di bawah pohon Dauhah, tidak jauh dari Zamzam. Setelah ia melihat ayahnya, ia berdiri menemuinya. Keduanya lalu berpelukan sebagaimana diperbuat seorang ayah dengan anaknya dan anak dengan ayahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata: "Hai Ismail! Sesungguhnya Tuhan memerintahkan satu perintah kepada saya" Jawab Ismail: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!" Kata Ibrahim: "Mahukah engkau menolong saya?" Jawab Ismail: "Saya bersedia menolong ayah". Kata Ibrahim: "Sesungguhnya Tuhan memerintahkan kepada saya supaya saya mendirikan Baitullah di sini", Ia menunjuk kepada tumpukan tanah yang tinggi di sekelilingnya. Sesudah itu keduanya meninggikan (memasang) asas Bait (Kaabah). Nabi Ismail membawa batu dan Nabi Ibrahim memasangnya. Setelah pasangan itu tinggi Ismail membawa batu (untuk berpijak Ibrahim). Ibrahim lalu berdiri di atasnya untuk memasang dan Ismail menunjukkan batu. Kata Nabi: Keduanya meneruskan pembangunan sampai selesai, lalu berputar sekeliling Kaabah, mengucapkan: "Wahai Tuhan kami! Terimalah kerja kami. Sesunguhnya Engkau mendengar lagi mengetahui!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1089.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:" Ibrahim a.s. hijrah bersama-sama dengan Sarah, lalu beliau masuk ke sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja di antara para raja, atau oleh seorang raja diantara para penguasa. Maka dilaporkan orang (kepada sang raja tentang kedatangan Ibrahim itu). Katanya, "Ibrahim datang beserta seorang wanita yang sangat cantik!" Raja mengirim utusan kepada Ibrahim, menanyakan: "Ya, Ibrahim! Siapakah wanita beserta mu ini?" Jawab Ibrahim, "Saudara ku!" Kemudian Ibrahim berkata kepada Sarah, "Janganlah engkau katakan kepadanya aku dusta, kerana aku mengatakan kepada mereka engkau saudara ku. Demi Allah! Tidak ada orang yang mukmin di bumi ini selain aku dan engkau." Maka dikirimnya lah Sarah kepada raja. Raja berdiri untuk menemui Sarah, dan Sarah pun berdiri pula, lalu mengambil wuduk, solat dan mendoa: "Wahai, Allah! Jika sebenarnya aku iman dengan Engkau dan dengan Rasul Engkau dan aku memelihara kehormatan ku melainkan untuk suami ku, maka janganlah Engkau paksakan si kafir itu terhadap ku. Raja itu merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kaki (kerana pengsan). Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa pula: Wahai, Allah! kata raja ini mati, tentu orang akan menuduh ku bahawa aku yang membunuhnya." Raja itu sembuh lalu berjalan mendekati Sarah. Sarah pun mengambil wuduk, solat dan mendoa. Katanya: "Wahai, Allah! Aku iman dengan mu dan dengan Rasul-Mu. Dan ku pelihara kehormatan ku selain kepada suami ku. Maka jangan lah Engkau paksakan si kafir ini terhadap diri ku. Raja pun merasa dicekik dan menghentak-hentakkan kakinya. Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa: Wahai Allah! Jika raia itu mati, tentu orang akan menuduh ku yang membunuhnya." Raja itu sembuh kembali untuk kedua kalinya. Dan ketiga kalinya dia berkata, "Demi Allah! Pasti syaitan yang engkau kirim kepada ku. Kembalikan dia kepada Ibrahim, dan beri dia seorang hamba sahaya (Siti Hajar)!" Sarah kembali kepada Ibrahim a.s., lalu berkata: " Tahukah Tuan, bahawa Allah telah menghina orang kafir, dan menghadiahi kita seorang budak perempuan?"

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2909.
aksudnya :"Muhammad bin Umar bin Walid Al Qufie Al Qindi menceritakan kepada kami, Yahya bin Adam memberitahukan kepada kami, dari Israil dari Simak dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata :"Nabi SAW memotong atau memendekkan kumis(misai)nya beliau bersabda; kekasih Ar Rahman (Nabi) Ibrahim juga melakukannya". Hadis ini hasan gharib.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3529.
Abdullah bin Abi Ziyad menceritakan kepada kami, Sayyar memberitahukan kepada kami, Abdul Wahib memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman bin Ishaq dari Al Qasim bin Abdur Rahman dari syahnya dari Ibnu Mas'ud berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Aku menjumpai Ibrahim pada malam aku diisra'kan lalu dia berkata: "Ya Muhammad sampaikanlah kepada umatMu salam dari ku dan beritahukanlah kepada mereka bahawa syurga itu bagus debunya tawar airnya dan ia adalah tanah yang rata dan menanamnya adalah kalimat: (subhanallahiwalhamdulillahiwalaailaahaaillaulaahhuwaullaahu akbar)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1473.
Dari Samurah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi saya bermimpi ada dua orang yang datang kepada saya, lalu saya temui. Seorang tinggi hampir-hampir tidak dapat saya lihat kepalanya kerana tingginya. Orang itu ialah Nabi Ibrahim a.s."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1478.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. pernah memohonkan perlindungan untuk Hasan dan Husain. Beliau bersabda: "Bahawa bapa (nenek) kamu Ibrahim pernah memohonkan perlindungan untuk Ismail dan Ishak dengan kalimat: "Saya memohonkan perlindungan dengan kalimat Tuhan yang sempurna, dari semua syaitan dan kuman-kuman yang mengandung racun dan dari pada semua mata yang berbahaya".

6 - NABI LUTH


  • 7(AL A'RAAF):80-84 - Kaum nabi luth melakukan homoseksual lalu dibinasa termasuk isteri nabi dengan hujan batu.
  • 11(HUD):78-81 - Kaum Nabi Luth cuba mengganggu tetamu ( malaikat azab ) iaitu tetamu nabi Luth , pengikut pengikut nabi Luth diarah berundur pada tengah malam dan tidak menoleh belakang ( kecuali isteri nabi )
  • 11:82-83 - Diazab pada waktu subuh , negeri kaum luth diterbalikkan dan tertimbus segala muka bumi dan dihujani batu dari tanah terbakar.
  • 15(AL HIJR):61-74 - Malaikat azab suruh nabi Luth dan pengikutnya keluar dari kawasan / negeri itu waktu malam dan jangan menoleh ke belakang dan kaumnya dibinasa dengan letusan suara menggempar bumi tika matahari terbit dan negeri itu tunggang terbalik dan dihujani batu dari tanah terbakar
  • 26(AS SYU'ARA'):160-173 -Kaum Luth melakukan dosa hubungan sejenis lelaki dan diselamatkan pengikut nabi kecuali 1 perempuan tua tertinggal, dia ditimpa hujan azab.
  • 27(AN NAML):54-58 - Kisah kaum Luth dosa meliwat , diazab kaumnya termasuk isterinya ( tertinggal dalam azab ), ditimpa hujan azab.
  • 29(AL ANKABUT):26 - Nabi Luth beriman dengan Nabi Ibrahim
  • 29:28-34 - Kaum Luth buat dosa liwat dan mungkar ditempat perhimpunan mereka lalu diazab dari langit dan dibinasa bandar.
  • 54(AL QAMAR):34 - Kaum Luth diazab angin ribut hujan batu.
  • 54:37 - Dihapus biji mata kaum Luth yang mahu memaksa tetamu ( malaikat azab ) untuk homokseksual
  • 66(AT TAHRIIM):10 - Isteri nabi Luth khianati suami dan diazab neraka.
7 - NABI YUSUF + NABI YAAKUB

  • 12(YUSUF):4 - Nabi yusuf mimpi 11 bintang dan bulan dan matahari tunduk hormat padanya.
  • 12:6 - Nabi Yusuf diajar "takbir mimpi".
  • 12:8-17 - Saudara saudara nabi yusuf tidak puas hati lalu memperdaya nabi ya'kub dan menipu bahawa nabi Yusuf telah dimakan serigala , nabi Yusuf ditinggal dalam perigi.
  • 12:19-22 - Nabi yusuf dibeli rombongan ahli perniagaan ke Mesir
  • 12:23-28 - Zulaikhamenggoda nabi, nabi Yusuf tolak godaan , dikejar, lalu terkoyak baju nabi dari belakang lalu terlihat oleh suami Zulaika, nampak koyak dibelakang baju nabi
  • 12:31 - Zulaika menjemput wanita-wanita yang caci dia, mereka terluka tangan ketika melihat nabi yusuf
  • 12:36 - Nabi dimasukkan ke penjara , ada 2 khadam raja, seorang mimpi perah anggur , seorang lihat burung makan roti dijunjung di kepala meminta nabi mentafsir mimpi itu.
  • 12:37 - Nabi Yusuf dapat takbir mimpi , tahu setiap hidangan penjara yang akan dihidang.
  • 12:41 - Takbirnya, 1 orang akan diberi minum arak pada tuan, 1 orang lagi akan dipalang, dimakan burung kepalanya.
  • 12:42 - Nabi minta orang terselamat itu memberitahu tuannya perihal nabi, namun terlalai oleh syaitan.
  • 12:43 - Raja Mesir bermimpi 7 lembu gemuk dimakan 7 lembu kurus dan 7 tangkai bijian hijau dan 7 tangkai bijian yang kering.
  • 12:47-50 - Tafsir nabi " hendaklah tanam bersungguh-sungguh 7 tahun , kemudian akan datang 7 tahun kemarau besar , kemudian akan turun rahmat hujan.
  • 12:51 - Isteri al - aziz mengakui salahnya.
  • 12:54 - Nabi dilantik menteri untuk uruskan perbendaharaan hasil bumi mesir
  • 12:58-68 - Musim kemarau, saudara-saudara nabi Yusuf datang minta bekalan, nabi minta dibawa saudara sebapanya.
  • 12:76-80 - Bunyamin dirancang, diletak bejana minuman di raja, ditahan bersama nabi Yusuf
  • 12:84 - Nabi Ya'kub berduka lalu buta kerana menangisi duka.
  • 12:93-96 - Saudara-saudara nabi menghadap balik , nabi yusuf cerita kebenaran , beri baju baginda lalu diletak dimuka ayahnya , dapat melihat kembali .
  • 12:99-100 - Nabi Ya'kub dan Yusuf akhirnya bertemu, diduduk kedua ibu bapanya di kerusi kebesaran.

8 - NABI AYUB


  • 38(SAAD):41-42 - Kisah nabi Ayub digoda syaitan ketika sakit, nabi berdoa , diwahyu untuk hentak kaki ke bumi lalu terpancar air ( air sejuk untuk mandi dan minum dan menyembuh penyakit )
  • 38:43 - Nabi Ayub dikurniai sekali ganda ramai ahli keluarga ( peringatan agar sabar tika diuji )
  • 38:44 - Nabi Ayub diperintah untuk pukul isteri nya dengan seikat jerami ( kerana telah bersumpah untuk pukul nya ketika sakit )

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0398.

Dari Abu Hurairah katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw: Pada suatu hari ketika Ayyub a.s. mandi dalam keadaan bogel, maka ada seekor belalang dari emas yang hinggap di pakaian Ayyub. Ketika Ayyub berusaha untuk menangkapnya, maka Allah berfirman: "Wahai Ayyub, tidakkah Aku telah memberimu kekayaan?" Jawab Ayyub: benar, wahai Tuhanku, akan tetapi aku tidak akan merasa puas untuk menrima segala kurniaMu."/saya masih memerlukan berkat dari Engkau."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3487.
Mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id, mewartakan kepada kami 'Utsman bin Mathar, dari Al-Hasan bin Abu Ja'far, dari Muhammad bin Juhadah, dari Nafi', dari Ibnu 'Umar, dia berkata: Hai Nafi', darah yang ada padaku bergolak-golak -berdegup kencang". Maka carikanlah untukku orang yang ahli membekam. Ambillah seorang teman, bila kamu dapat. Dan janganlah kamu mengambil orang yang tua yang lanjut usia, dan pula jangan seorang anak kecil. Sebab saya mendengar Rasulullah saw. mengatakan: "Melakukan bekam, sebelum makan dan minum, adalah lebih utama --dan banyak manfaatnya". Karena di dalamnya terdapat pengobatan dan barakah, dapat menambah daya akal dan daya ingat. Maka dari itu, berbekamlah kalian dengan barakah Allah pada hari Kamis, dan jauhilah berbekam pada hari Rabu, Jumu'ah, Sabtu dan hari Ahad, dengan cara hati-hati. Dan berbekamlah pada hari Senin dan Selasa. Sebab itu adalah hari yang Allah menyembuhkan kepada Nabi Ayyub dari segala penyakit. Dan menimpakan kepadanya dengan bala- segala penyakit pada hari Rabu. Dan tidak muncul penyakit lepra maupun kusta, kecuali pada hari Rabu, atau malamnya".


9 - NABI SYUAIB


  • 7(AL A'RAAF):85-93 - Nabi Syuaib dan kaum Madyan, kaum itu menipu dalam sukatan timbangan dan menakut nakutkan orang-orang beriman dijalanan, dibinasa dengan gempa bumi ( negeri punah ranah )
  • 11(HUD):84 - Kaum Madyan menipu dalam timbangan dan jual beli
  • 11:89 - Mereka( kaum madyan, ) diingat  hal-hal kaum terdahulu dibinasa seperti kaum nabi nuh,hud,soleh , bahkan kaum Luth juga tidak jauh dari mereka.
  • 11:91 - Nabi Syuaib diancam dilempar batu sampai mati oleh kaumnya , kaumnya diazan dengan letusan suara menggempar bumi seperti diazab kaum tsamud.
  • 26(AS SYUA'RA'):176-190 - Nabi Syuaib dan kaum Aikan menipu sukatan cupak, gantang , neraca dan diseksa pada hari awan mendung ( mereka meminta azab ketulan dari langit )
  • 29 (AL ANKABUT):36-37 - Kisah nabi Syuaib dan kaum Madyan itu dibinasa dengan gempa bumi , kaum itu mati dalam kediaman masing-masing.
10 - NABI MUSA + NABI HARUN + NABI KHIDIR + NABI YUSHA' 

  • 2(AL BAQARAH): Kezaliman Firaun dan ditenggelam laut
  • 2:51-54 - Umat nabi Musa sembah lembu Samiri ( patung lembu betina )
  • 2:55-56 - Umat nabi Musa disambar petir dan dihidup kembali kerana minta melihat Allah
  • 2:60 - Tongkat nabi Musa pukul batu , keluar 12 mata air dari batu.
  • 2:63 - Tursina diangkat atas umat nabi Musa waktu mereka berjanji untuk beriman dengan kitab Taurat
  • 2:65 - Umat ditukar menjadi kera kerana langgar larangan hari Sabtu
  • 2:67-71 - Berdolak dalik kerana minta ciri-ciri untuk cari lembu betina untuk disembelih
  • 2:72-73 - Orang mati dibunuh , hidup semula lepas dipukul lembu yang disembelih itu
  • 2:92 - Umat nabi Musa sembah patung lembu itu.
  • 2:93 - Perjanjian  gunung Tursinai diangkat atas umat nabi Musa.
  • 4(AN NISA'):154 - Yahudi diancam dengan diangkat gunung Tursina atas kepala mereka kerana ingkar hukum dalam kitab Taurat, mereka pernah diperintah untuk masuk melalui pintu negeri dengan merendah diri dan larangan pada hari Sabtu.
  • 4:164 - Nabi Musa pernah berkata-kata dengan Allah secara langsung
  • 5(AL MAIDAH ):21 - Nabi Musa arah umatnya masuk ke Palestin tapi ada kaum gagah perkasa di situ , kaum nabi Musa penakut dan tidak mahu berperang. Lalu mereka diharam dari memasuki Palestin selama 40 tahun , mereka merayau-rayau di Sinai.
  • 7(AL A'RAAF):103-108 - Kaum Nabi Musa dan Firaun didakwah ,Firaun  minta mukjizat , nabi Musa menunjuk dan mencampak tongkat menjadi ular dan tangan menjadi putih bersinar-sinar.
  • 7:109-126 - Ahli-ahli sihir Firaun tunjuk ular silap mata ( semua ditelan ular dari tongkat nabi ), Ahli-ahli sihir semua lantas beriman dan dibunuh Firaun dengan dipotong tangan dan kaki bersilang
  • 7:127-132 - Firaun arahkan agar dibunuh semua anak anak lelaki dan kaum Firaun dilanda kemarau dahsyat hanya tinggal sedikit buah buahan
  • 7:133-135 - Kaum Firaun diazab dengan taufan, belalang, kutu, katak dan darah namun mereka tetap derhaka ( tetapi mereka minta Nabi Musa berdoa agar dihapuskan azab-azab itu ) , nabi Musa berdoa dan dihapuskan azab-azab itu , namun mereka kekal kufur dan tidak beriman.
  • 7:136 - Lalu mereka ditenggelamkan dalam laut Merah.
  • 7:137 - Kaum bani Israel yang ditindas Firaun dan mengikut nabi Musa diberi tanah ditimur dan barat Palestin dan dilimpahi berkat padanya, dan dihancurkan binaan ( menara-menara) tinggi yang dibuat kerajaan Firaun.
  • 7:138-141 - Kaum bani Israel dibawa ke seberang laut Merah , mereka meminta agar nabi Musa memberi mereka untuk sembah berhala 
  • 7:142 - Nabi Harun diminta menjaga kaum itu ketika nabi Musa diberi Taurat selama 40 malam.
  • 7:143 - Nabi Musa berkata kata dengan Allah, nabi minta untuk lihat Allah secara langsung , Gunung hancur lebur ketika dizahirkan kebesaran Allah , nabi Musa pengsan.
  • 7:148 - Kaum nabi Musa buat patung lembu yang bersuara. 
  • 7:155 - Nabi Musa pilih 70 orang dibawa ke Tursinai , mereka  dilanda gempa, nabi Musa berdoa
  • 7:160 - Kaum nabi Musa dibahagi kepada 12 suku kumpulan, lalu keluar 12 mata air selepas dipukul tongkat nabi Musa ke batu, mereka dinaungi awan dan diturunkan "mann" dan "salwa".
  • 7:171 - Diangkat Gunung Tursinai atas kepala kaum Bani Israel agar mereka patuh kepada kitab Taurat.
  • 10(YUNUS):87 - Nabi Musa dan Harun diwahyu untuk mendirikan rumah di Mesir untuk kaumnya sebagai tempat sembahyang
  • 10:90-92 - Firaun ditenggelam dalam laut merah tika dikejar nabi Musa , badannya tidak ditelan laut untuk dijadikan ikhtibar oleh umat manusia.
  • 10:93 - Bani Israel diberi negeri yang baik dan benda-benda yang baik
  • 14(IBRAHIM ):5 - Nabi Musa berkata pada kaumnya, Allah selamatkan kaumnya dari Firaun yang menyeksa dan membunuh anak-anak lelaki.
  • 17(AL ISRA'):2 - Kitab Taurat diturunkan pada nabi Musa
  • 17:101 - Nabi Musa diberi 9 mukjizat.
  • 18(AL KAHFI ):60 - Kisah nabi Musa berguru dengan nabi Khidir , berjalan dengan nabi Yusha' dan berkata " Aku tidak akan henti berjalan hingga tiba di tempat pertemuan 2 laut "
  • 18:61 - Tika melalui tiba di sana, ikan mereka menggelongsor ke laut , lorong bawah tanah tanpa mereka sedari.
  • 18:62-63 - Nabi Musa minta temannya buka bekalan makan tengah hari , teman nya lupa beritahu nabi Musa ketika rehat di batu besar tadi perihal ikan mereka yang menggelongsor menempuh laut dengan cara yang ajaib )
  • 18:65 - Bertemu nabi Khidir yang dikurniai rahmat dan diajar sejenis ilmu.
  • 18:66-70 - Nabi Musa minta izin untuk berguru dan berjanji akan sabar kepada nabi Khidir
  • 18:71-73 - Nabi Khidir membocor perahu yang dinaiki mereka dan nabi Musa bertanya sebab.
  • 18:74-76 - Nabi Khidir membunuh pemuda , nabi Musa persoal tindakan nabi khidir itu.
  • 18:77-78 - Sampai di bandar, nabi Khidir dan nabi Musa minta makanan dari penduduk , mereka enggan beri makanan , nabi Khidir membina semula tembok yang hampir runtuh
  • 18:79 - Nabi Khidir terangkan hikmah perbuatannya, perahu dibocor kerana ia milik orang miskin akan dirampas raja jika perahu tidak dibocorkan.
  • 18:80-81 - Pemuda dibunuh itu , ibu bapanya beriman , dibimbangi akan dipaksa oleh anak itu untuk kufur dan supaya diganti dengan anak yang lebih baik.
  • 18:82 - Bawah tembok itu, terpendam harta anak yatim yang belum cukup umur, nabi Khidir beritahu beliau tidak buat semua itu mengikut fikirannya sendiri.
  • 19(MARYAM):51-53 - kisah nabi Musa "kami menyeru dari arah sebelah kanan Gunung Tursinai , kami dampingkan dia dan diberi penghormatan berkata-kata dengan Allah"
  • 20(TOHA):9-10 - Kisah nabi Musa , lihat api , berkata pada isteri nya , mahu bawa cucuhan api untuk petunjuk jalan.
  • 20:11-12 - Sampai tempat api itu, diseru Allah - di arah buka kasut kerana berada di Wadi tuwa yang suci
  • 20:13 - Nabi Musa dilantik menjadi rasul.
  • 20:17-20 - Allah bertanya apa di tangan kanan nabi Musa iaitu tongkat , diarah campak tongkat itu lalu tongkat menjadi ular.
  • 20:22 - Mukjizat lain nabi Musa, keluar cahaya putih bersinar-sinar lepas kepit tangan di lambung.
  • 20:24-35 - Diarah berjumpa firaun, nabi Musa berdoa agar dilapang dada , dimudahkan tugas , dilancar kata-kata, minta nabi Harun jadi pembantunya.
  • 20:38-39 - Ibu nabi Musa diberi ilham , diletakkan anak( nabi Musa) dalam peti ke laut lalu terdampar di pantai dan dipelihara orang menemuinya.
  • 20:40-41 - Dikembali diasuh oleh ibu nabi Musa, kisah nabi Musa terbunuh lelaki dan dilepas dari pelbagai dugaan dan tinggal dengan penduduk Madyan dan lepas itu dilantik menjadi rasul
  • 20:47 - Diperintah utk temui Firaun , minta dibebaskan bani Israel dari seksa dan ditunjukkan mukjizat dan nabi berdakwah
  • 20:49-52 - Firaun tanya siapa Tuhan nabi Musa? bagaimana kaum terdahulu ? Semua nya tertulis dalam kitab , Allah tidak pernah lupa
  • 20:56 - Firaun ditunjuk tanda-tanda kekuasaan Allah, namun enggan beriman.
  • 20:59-70 - Pada hari perayaan waktu Dhuha, tongkat nabi dicampak menjadi ular dan telan ular-ular ahli sihir , mereka terus beriman.
  • 20:71-73 - Firaun ugut akan potong tangan kaki dan salib pada pohon tamar pada ahli sihir yg beriman itu , namun mereka teguh beriman.
  • 20:77-79 - Nabi Musa diperintah belah laut dengan tongkat waktu malam , dikejar oleh Firaun dan tenteranya yg ditenggelamkan.
  • 20:80 - Wahyu nabi Musa di kanan Tursinai dan diturunkan "mann" dan "salwa" untuk bani israel.
  • 20:81 - Mereka dikurniai makanan.
  • 20:84 - Nabi Musa berkata , " aku segera datang padaMU ,wahai Allah"
  • 20:85-87 - Allah beritahu kaum nabi Musa disesatkan oleh samiri , nabi musa murka , kaumnya dipujuk oleh Samiri untuk campak barang mereka dalam api.
  • 20:88 - Samiri keluarkan anak sapi ( patung ) bertubuh dan bersuara , lalu Samiri berkata "itu tuhan mereka".
  • 20:89 - Patung itu tidak berkata-kata , tidak beri manfaat.
  • 20:92-94 - Nabi Harun halang mereka sembah patung itu, kaumnya ingkar. Nabi Musa marah, lalu meragut janggut dan rambut nabi Harun
  • 20:95 - Samiri berkata dia ambil segenggam kesan jejak dari Rasul dan dicampak lalu berupa lembu
  • 20:97 - Samiri dihalau nabi Musa , hanya boleh berkata " Jangan sentuh aku " dan akan diazab di akhirat. Lembu patung itu dibakar dan dihancur dan dibuang serbuk ke laut.
  • 23(AL MU'MINUN ):45-49 - Kisah nabi Musa dan Harun, diberi kitab Taurat dan didustakan oleh firaun dan kaumnya .
  • 26(ASY'SYUARA'):10-36 - Kisah nabi Musa dan Harun dengan Firaun, minta dibebas bani Israel mengikut nabi, firaun ungkit nabi dipeliharanya tika bayi lagi, seolah-olah nabi tidak mengenang budi nya, Firaun ingkar dari beriman , diperlihat mukjizat tongkar dicampak menjadi ular dan tangan menjadi putih bersinar.
  • 26:37-51 - Firaun arah dikumpul ahli sihir musim perayaan . ular tongkat nabi telan semua ular-ular ahli sihir lalu ahli sihir sujud beriman. Firaun potong tangann dan kaki ahli-ahli sihir beriman itu bersilang dan disalib namun mereka kekal teguh beriman.
  • 26:52-60 - Allah perintah nabi Musa dan pengikutnya keluar waktu malam dan selamatkan diri dari dikejar oleh Firaun dan tenteranya ( mereka tentera firaun keluar dari kebun-kebun , mata air dan harta kekayaan serta kediaman-kediaman hebat ) dikejar ketika matahari terbit.
  • 26:63-67 - Diwahyu Nabi Musa untuk pukul tongkar lalu terbelah laut beberapa bahagian , lalu terangkat laut seperti gunung besar dan ditenggelam pengikut dan Firaun.
  • 27( AN NAML ):7-8 - Kata nabi Musa pada isterinya, " aku lihat ada api dan mahu ambil colok api dari situ " , tiba di tempat api, dengar seruan ( berkat pada orang yang berada hampir dengan api itu )
  • 27:9-12 - Allah berbicara dengan nabi Musa , nabi diberi mukjizat tongkar dicampak menjadi ular, tangan dimasukkan ke belahan dada bajunya , keluar putih bersinar-sinar antara 9 mukjizat nabi Musa
  • 27:13-14 - Firaun anggap ia sihir dan enggan beriman.
  • 28(AL QASAS):3-9 - Kisah nabi Musa-Firaun zalim dan bunuh anak laki-laki . ibu nabi musa diberi ilham untuk lepaskan nabi ke laut lalu dipungut oleh Firaun. Isteri Firaun minta untuk pelihara anak itu.
  • 28:10-14 - Ibu nabi Musa rindu, kakak nabi lihat bayi enggan menyusu lalu ditawarkan ibunya untuk menyusu nabi Musa.
  • 28:15 - Bila dewasa, nabi Musa tertumbuk hingga mati salah seorang yang sedang bergaduh , nabi Musa berkata ( perbuatan ia menumbuk itu ) kerja syaitan.
  • 28:16 - Doa nabi Musa pohon taubat dan ampun.
  • 28:18 - Nabi berada di bandar Mesir dalam keadaan cemas, orang minta tolongnya sebelum ini sekali lagi panggil meminta tolong.
  • 28:20-22 - Lelaki beritahu nabi, Firaun dan tenteranya mahu bunuhnya , nabi keluar dari negeri mesir ke Madyan.
  • 28:23-25 - Tiba di telaga air negeri MAdyan, nabi bantu 2 perempuan ambil air untuk beri minum kambing-kambingnya. Bapa Perempuan2 itu menjemput nabi Musa untuk dibalas budi nabi musa tolong anaknya.
  • 28:26-28 - Bapanya mahu kahwinkan nabi dengan salah seorang anaknya dengan syarat bekerja dengannya 8 tahun , nabi musa bersetuju
  • 28:29 - Genap 8 tahun tempoh bekerja, nabi musa dapat izin bawa isterinya ke Mesir , terlihat api di sebelah Tursinai . Nabi pergi ke arah api untuk ambil seputung api.
  • 28:30 - Tiba di tempat api, dengar seruan dari tepi lembah sebelah kanan , tempat diberkati dari arah pohon kayu ( seruan dari Allah )
  • 28:31-32 - Diberi mukjizat tongkat yg dicampak jadi ular besar ( awalnya nabi lari ketakutan melihat ular ) , cahaya putih bersinar lalu dimasuk tangan ke belahan dada baju  lalu hilang ketakutan tika kepit tangan di celah ketiak.
  • 28:35 - Diperkenan hajat agar nabi Harun dijadi pembantunya.
  • 28:36 - Nabi dakwah Firaun untuk beriman namun diingkari.
  • 28:38 - Firaun arah Haman untuk bakar batu bata dan bina bangunan tinggi untuk lihat Tuhan Nabi Musa
  • 28:40 - Lalu Firaun dan tenteranya ditenggelami dalam laut
  • 40(GHAFIR):23-33 - Kisah nabi Musa ditentang Firaun/Haman/Qarun , mereka mahu bunuh anak-anak perempuan, Seorang orang Firaun beriman dan pertahan nabi.
  • 40:36 - Firaun , arah Haman bina bangunan tinggi , dia mahu naik ke atasnya , kononnya mahu lihat Tuhan nabi Musa.
  • 40:38-46 - Orang beriman terus berdakwah pada kaum nabi Musa.
  • 43(AZ ZUKHRUF ):46-56 - Diperlihat tanda-tanda mukjizat nabi Musa , Firaun ingkar dan hina nabi kerana tidak petah berbicara
  • 44(AD DUKHAN):17-33 - Kisah nabi Musa membelah laut tika dikejar orang2 Firaun
  • 61(AS SOFF):5 - Peristiwa umat menyakiti dan menyeleweng nabi musa
  • 66(AT TAHRIIM):11 - Kisah Doa Asiah isteri Firaun, pohon dibina rumah di dalam syurga.
  • 79(AN NAZI'AT):15-19 - Tika nabi Musa diseru Allah di "wadi Tuwa" yang suci , diperintah untuk berdepan Firaun.
  • 79:20 - Diperlihat pada firaun mukjizat nabi.
  • 79:25 - Firaun diazab kelak dengan azab yang menakutkan.
  • 87(AL 'ALA):18 - Keterangan ini ada dalam kitab-kitab nabi Musa
  • 89(AL FAJR):6-13 - Firaun bina bangunan-bangunan handal kukuh , semua nya diazab Allah
1 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4258.
aksudnya : "Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Amr bin Dinar dari Said bin Jubair, ia berkata : Saya berkata kepada ibnu Abbas : Sesungguhnya Nauf AI Bikali mengatakan bahawa Musa Nabinya Bani Israil itu bukan Musa yang menemani Nabi Khidir". Ibnu Abbas berkata :"Bohong musuh Allah. Saya mendengar Ubayyi bin Kaab berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Musa berkhutbah pada Bani Israil, beliau ditanya : Siapakah di antara manusia yang paling pandai ? maka Allah mencelanya, kerana beliau tidak mengembalikan kepandaian itu kepada Allah dan Allah memberi wahyu kepada Musa, bahawa salah satu hamba ku dipertemukan dua lautan, dia lebih pandai dari kamu. Musa berkata :"Ya Tuhan, bagaimana saya bisa menjumpainya ? Tuhan berfirman kepadanya :"Bawalah ikan dikantung, dan apabila ikan itu hilang, dia (Nabi Khidir) ada disitu. Dan berangkatlah Nabi Musa bersama temannya iaitu Yusa' bin Nun, Musa menaruh ikannya di kantung, berangkatlah dia dan temannya dengan jalan kaki, sehingga mereka sampai di batu besar, Musa dan temannya tertidur, ikan meloncat-loncat dari kantung dan keluar kemudian jatuh di laut. Rasulullah bersabda :"Kemudian Allah menahan mengalirnya air, seakan-akan air seperti lingkaran dinding yang ikan tadi bisa minum (dan lari), Musa dan temannya merasa hairan dan mereka meneruskan perjalanannya untuk siang hari dan malam seterusnya, teman Musa lupa untuk memberitahukan kepadanya, maka ketika pagi hari Musa berkata kepada temannya : (Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan ini) Rasulullah bersabda :"Musa tidak merasa letih sampai dia melalui tempat yang diperintahkannya; temannya berkata : (Tahukah kamu tidakkah kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang melupakan untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali) Musa berkata :(Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula) Rasulullah bersabda :"Keduanya mencari lagi jejaknya" Sufyan berkata :"Orang-orang mengatakan bahawa disamping batu besar itu ada sumber air yang bisa menghidupkan, orang mati yang terkena airnya bisa hidup kembali, Sufyan seraya berkata : Ikan itu sudah dimakannya (sebahagian) dan ketika ikan itu kena tetes air, ikan itu bisa hidup lagi, dan keduanya mencari jejak, sehingga keduanya sampai dibatu, Musa melihat seorang lelaki berkemul pakaian, dan Musa mengucapkan salam kepadanya. Nabi Khidir berkata :"Bagaimana bumi keselamatan mu". (Siapa dan dari mana kamu), saya Musa", Nabi Khidir berkata :"Musa Bani Israil ?", Musa menjawab :"Ya" Nabi Khidir berkata : Hai Musa ! sesungguhnya kamu pada ilmu, dari ilmu Allah yang telah diberikan kepada mu, saya tidak mengetahuinya dan saya pada ilmu dari ilmu Allah yang telah diberikan kepada saya, engkau tidak mengetahuinya". Musa berkata kepada Khidir : (Bolehkah aku mengikuti mu supaya kamu mengajarkan kepada ku ilmu yang benar, di antara ilmu-ilmu yang diajarkan kepada mu ?" Dia menjawab :"Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama ku). (Dan bagaimana kamu bisa sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ? Musa berkata :"Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentang mu dalam sesuatu urusanpun) Khidir berkata pada Musa : (Jika kamu mengikuti ku, maka janganlah kamu menanyakan kepada ku tentang suatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu) Musa menjawab :"Ya" Maka berangkatlah Khidir dan Musa berjalan kaki pada tepi laut dan lewat padanya perahu. Penumpang-penumpang perahu berkata padanya untuk mengangkut keduanya, mereka mengerti bahawa dia adalah Khidir maka mereka mengangkutnya dengan tanpa bayar, maka Khidir menuju pada papan perahu dan melubanginya, Nabi Musa berkata kepadanya, mereka telah mengangkut kami dengan tanpa bayar dan kamu bermaksud melubangi perahunya ? Yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya ? Sesungguhnya kamu telah berbuat kesalahan yang besar". Khidir berkata : (Bukankah aku telah berkata :"Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku, Musa berkata :"Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaan ku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusan ku.". Kemudian keduanya turun dari perahu dan ketika mereka berjalan di tepi laut, ada anak kecil bermain-main dengan anak-anak kecil lainnya, Khidhir memegang kepalanya, menariknya dan membunuhnya, Musa berkata kepadanya : (Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan kerana ia membunuh orang lain ? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar ?, Khidhir berkata :"Bukankah sudah ku katakan kepada mu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersama ku ?"). Rasulullah bersabda :"Kejadian itu lebih besar dari yang pertama : (Musa berkata :"Jika aku bertanya kepada mu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertai mu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur pada ku". Maka keduanya berjalan, hingga tatkala keduanya sampai pada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh), rawi berkata :"Miring", dan Khidhir memberi isyarat dengan tangannya, begini, maka Khidhir menegakkan dinding itu, Musa berkata kepada Khidhir : Kita datang pada penduduk, mereka tidak mahu menjamunya, tidak mahu memberi makan kita. (Jikalau kamu mahu, nescaya kamu mengambil upah untuk itu". Khidhir berkata :"Inilah perpisahan antara aku dengan kamu, aku akan memberitahukan kepada mu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya). Rasulullah SAW. bersabda :"Semoga Allah memberi belas kasih kepada Musa, kita akan senang kalau dia sabar sampai dia menceritakan kepada kita dari khabar keduanya". Ubayyi' berkata : Rasulullah SAW. bersabda : "Kejadian pertama adalah dari Musa ((kerana) ia lupa, Ubayyi berkata : "Datanglah burung pipit pada hujung perahu, kemudian mematuk air laut, Khidhir berkata kepada Musa: "Tidak akan mengurangi ilmu ku dan ilmu mu dari ilmu Allah, kecuali seperti berkurangnya burung pipit itu mematuk air laut". Said binJubair berkata :"Ibnu Abbas dia membaca : (kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu yang baik) dan Ibnu Abbas membaca : (Dan adapun anak muda itu, dia adalah anak kafir) Hadis ini hasan sahih, Abu Ishaq Al Hamdani telah meriwayatkan hadis ini dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas dari Ubayyi bin Ka'ab dari Nabi SAW. Zuhri juga telah meriwayatkan hadis ini dari Ubaidillah bin Abdillah bin Uthbah dari Ibnu Abbas dari Ubayyi-bin Ka'ab dari Nabi SAW. Abu Muzahim As Samarqandi berkata : Berkata Ali bin Al Madini, "Saya pergi haji, tidak sengaja, saya mendengar Sufyan menyebut hadis ini, iaitu lafaz haddasana, ahbarona sampai saya mendengar : Telah menceritakan kepada kami Amr bin Dinar. Dan saya telah mendengar hadis ini dari Sufyan sebelum itu dan dia tidak menyebut : Haddasana, ahbarana".

2 - Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0435.
Dari Anas bin MaJik dari MaJik bin Sha' Sha'ah dikatakan bahawasanya Nabi saw pernah bersabda: "Ketika aku sedang tidur didekat kaabah, sewaktu keadaanku tengah tidur dan tengah terjaga, tibatiba datang padaku tiga orang malaikat. Kemudian didatangkan bagiku suatu bejana yang terbuat dari emas yang dipenuhi dengan hikmah dan keimanan. Dadaku dibelah hingga sebatas perutku, kemudian hatiku dicuci dengan air zam-zam. Setelah itu dituangkan kedalam hatiku hikmah dan keimanan tadi. Setelah dikembalikan pada keadaan yang semula, maka didatangkan bagiku seekor binatang yang besarnya seperti kuda. Kemudian aku diajak melancong/berjalan bersama Jibril a.s., ketika kami sampai di langit dunia, maka ditanyakan; "Siapa yang datang dan bersama siapa?" Jawab Jibril: "Yang datang adalah Jibril beserta Muhammad". Ditanyakan pula; "Apakah dia telah dipanggil?" Jawab Jibril; "Sudah". Maka penjaga langit pertama membukakan pintunya dan mengucapkan selamat bagi kedatangan kami. Di langit pertama aku bertemu dengan Adam a.s. Ketika aku memberi salam, maka dia menjawab salamku dan menyambut kedatanganku dengan penuh keakraban. Kemudian kami melanjutkan perjalanan kami sampai di langit kedua. Ketika ditanya; "Siapa yang datang dan bersama siapa?" Jawab Jibril: "Yang datang adalah Jibril beserta Muhammad". Setelah dibukakan, maka di langit kedua ini aku menemui Yahya dan Isa as. Ketika aku memberi salam pada keduanya, maka keduanya menjawab salamku dan menyambut kedatanganku dengan penuh keakraban. Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga sampai di langit ketiga. Ketika ditanyakan; "Siapa yang datang dan bersama siapa?" Jawab Jibril: "Yang datang adalah Jibril beserta Muhammad". Setelah dibukakan, maka aku menemui Yusuf as di langit ketiga. Ketika aku memberi salam kepadanya, maka dia menjawab salamku dan menyambutku dengan penuh keakraban. Demikian pula ketika kami tiba di langit ke empat, maka aku memberi salam pada Idris as dan dia menjawab salamku dan menyambut ku dengan penuh keakraban. Kemudian di langit ke lima kami bertemu dengan Harun as. Ketika aku beri salam padanya, maka dia menjawab salamku dan menyambutku dengan penuh keakraban. Di langit ke enam aku bertemu dengan Musa as, maka aku disambutnya dengan gembira setelah aku memberi salam padanya. Ketika aku akan meninggalkannya, maka Musa menangis. Ketika ditanya: "Mengapa engkau menangis?" Jawab Musa: "Wahai Tuhanku, aku menangis dikeranakan Nabi yang diutus setelah aku ini, umatnya yang masuk syurga lebih banyak dan lebih afdal dari umatku." Selanjutnya ketika kami tiba di langit ke tujuh, maka aku menemui Ibrahim as. Ketika aku memberi salam padanya, maka dia menjawab salamku dan memberi penghormatan bagiku. Setelah itu diperlihatkan bagiku "Baitul Makmur". Ketika aku menanya tentang Baitul Makmur, maka Jibril menerangkan bahawa di Baitul Makmur, setiap harinya ada tujuh puluh ribu malaikat yang masuk kedalamnya dan mereka tidak akan keluar lagi dari Baitul Makmur. Kemudian diperlihatkan padaku "Sidratil Munthaha". Setiap buah dari pohon itu sebesar tempat air yang terbuat dari tanah (genuk). Daunnya selebar telinga gajah, pada pokoknya terdapat empat sungai, dua sungai tersembunyi dan dua yang lain terlihat terang. Ketika aku tanyakan pada Jibril tentang ke empat sungai itu, maka jawab Jibril: "Dua sungai yang tersembunyi berada di syurga, sedangkan dua sungai yang tampak adalah sungai Furat dan Nil". saat itu aku menerima perintah lima puluh solat fardhu. Ketika aku sampai di tempat Musa, maka Musa bertanya: "Apa yang engkau peroleh dari Tuhanmu?" Jawabku: "Aku diwajibkan mengerjakan lima puluh kali solat fardhu". Kata Musa: "Sesungguhnya aku lebih pengalaman tentang menghadapi umat manusia dari engkau, aku menghadapi Bani Israil dengan susah payah, sedangkan umatmu tidak bakal mampu untuk mengerjakan lima puluh kali solat fardhu. Kerana itu kembalilah pada Tuhanmu dan mintalah keringanan". Ketika aku kembali pada Tuhanku untuk memohon keringanan, maka Allah memberi keringanan sepuluh. Ketika aku kembali ketempat Musa, maka Musa bertanya: "Apa yang engkau peroleh dari Tuhanmu?" Jawabku: "Tuhanku meringankan menjadi empat puluh solat." Kata Musa: "Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukannya, kerana itu mohonlah keringanan sekali lagi dari Tuhanmu". Ketika aku kembali pada Tuhanku untuk memohon keringanan, maka Tuhanku memberi keringanan sepuluh hingga menjadi tiga puluh kali solat fardhu". Ketika aku kembali pada Musa aku terangkan bahawa Tuhanku memberi keringanan menjadi tiga puluh kali. Kata Musa: "Sesungguhnya umatmu tak akan mampu untuk mengerjakannya, kerana itu kembalilah pada Tuhanmu untuk memohon keringanan". Ketika aku kembali pada Tuhanku untuk memohon keringanan, maka Tuhanku meringankannya menjadi dua puluh. Kemudian ketika aku kembali ke tempat Musa, maka Musa bertanya: "Apa yang engkau peroleh dari Tuhanmu?" Jawabku: "Tuhanku meringankan hingga menjadi dua puluh". Kata Musa: "Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu untuk mengerjakannya, kerana itu kembalilah pada Tuhanmu dan mohonlah keringanan". Kemudian aku kembali pada Tuhanku untuk memohon keringanan. Tuhanku memberi keringanan menjadi sepuluh. Ketika aku kembali pada 'Musa, maka Musa bertanya: "Apa yang kamu peroleh dari Tuhanmu?" Jawabku: "Sesungguhnya Tuhanku memberi keringanan menjadi sepuluh". Kata Musa; "Sesungguhnya umatmu tak akan mampu mengerjakannya, kerana itu kembalilah untuk mohon keringanan sekali lagi." Akhirnya aku kembali pada Tuhanku untuk memohon keringanan. Tuhanku memberi keringanan hingga menjadi lima. Ketika aku tiba di tempat Musa, maka Musa bertanya: "Apa yang engkau peroleh dari Tuhanmu?" Jawabku: "Tuhanku telah memberi keringanan hingga menjadi lima". Ketika Musa menyuruhku kembali untuk mohon keringanan lebih dari itu". Di saat itulah Tuhanku berfirman: "Sesungguhnya telah Aku tetapkan bagi hambaKu lima kali solat fardhu dan Aku akan memberikan sepuluh pahala bagi setiap solat fardhu yang dikerjakan."

3 - Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0290.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bani Israil biasa mandi telanjang (di tempat terbuka), sehingga mereka bebas melihat aurat mereka sesamanya. Tetapi Nabi Musa a.s. mandi memencil seorang diri. Kerana itu mereka berkata, "Musa tidak mahu mandi bersama-sama dengan kita, kerana dia berpenyakit 'Adar' (besar buah zakar). Pada suatu ketika Musa a.s. pergi mandi, lalu diletakkannya pakaiannya di atas batu. Tiba-tiba batu itu hanyut, dan membawa lari pakaian Musa yang terletak di atasnya. Musa berusaha mengejarnya sambil berteriak-teriak, "Bajuku, hai batu! Bajuku, hai batu!" Kerana itu Bani Israil sempat melihat aurat Nabi Musa a.s. Kata mereka, "Demi Allah! Kiranya Musa tidak berpenyakit apa-apa." Kemudian batu itu berhenti, lalu diambilnya bajunya dan dipukulnya batu itu. Tetapi tubuh Musa telah kelihatan jelas bagi mereka. "Kata Abu Hurairah, "Bekas pukulan Musa di batu itu jelas kelihatan enam atau tujuh bekas pukulan."

4 - Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2058.
Dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Abu Hurairah katanya: "Ketika Allah mengutus malaikat maut kepada Musa as, maka Nabi Musa meninju mata malaikat maut itu sampai terluka. Setelah kembali menghadap Tuhannya, maka malaikat maut berkata: "Tadi Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati." Maka Allah mengembalikan lagi mata malaikat maut itu dan berfirman: "Kembalilah padanya dan katakan padanya: "Hendaknya dia meletakkan tangannya dipunggung seekor lembu dan jika dia mahu, maka dia akan dipanjangkan usianya sebanyak jumlah bulu yang ditutupi oleh tangannya dan setiap satu bulu lembu sama dengan setahun". Jawab Musa: "Tuhanku aku lebih menginginkan kematian daripada jika diberi usia lanjut sepanjang itu". Firman Allah: "Apakah engkau mahu dimatikan sekarang?" Jawab Musa: "Ya, aku mahu, hanya saja aku mohon agar aku dimatikan didekat tanah Muqaddas sejauh satu lemparan batu". Sabda Rasulullah saw: "Sungguh, andaikata aku berada ditempat itu pasti aku tunjukkan pada kalian kubur Nabi Musa yang berada disisi jalan dibawah longgokkan tanah merah."

5 - Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2891.
Mewartakan kepada kami Abu Bisyr, Bakr bin Khalaf mewartakan kepada kami Ibnu Abu 'Adiy, dari Dawud bin Abu Hind, dari Abul-'Aliyah, dari Ibnu 'Abbas, dia berkata: Kami bersama Rasulullah saw. diantara Mekah dan Madinah, lalu kami melalui sebuah lembah, beliau bertanya: "Lembah apa ini?" Mereka menjawab: "Lemah biru". Beliau berkata: "Seakan-akan aku melihat Musa saw. (beliau menceritakan sedikit, tentang rambut Nabi Musa yang panjang, namun Dawud tidak mengingatnya) meletakkan dua ujung jarinya di telinganya, dan memohon kepada Allah dengan suara yang tinggi dengan ucapan talbiyah, melalui lembah ini. ibnu 'Abbas. melanjutkan: Kemudian kami berjalan sampai pada sebuah Tsaniyyah". Beliau bertanya: "Tsaniyyah apa ini.". Mereka menjawab: "Tsaniyyah Harsya atau Lifa". Beliau berkata: "Seakan-akan aku melihat Yunus, mengenderai unta merah, dan mengenakan jubah dari bulu domba. Dan tali kekang untanya adalah serabut tipis yang kuat, melalui lembah ini dengan mengucapkan talbiyah". Keterangan: Talbiyah ialah bacaan: Labbaik AUahumma labbalk labbaik laa syariika laka labbaik innaal-hamda wan-ni'mata laka wal-mulka lae. syariika laka. Tsaniyah ialah jalan mendaki di atas gunung

6 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4032.
aksudnya :"Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami, Abdurrazzaq memberitahukan kepada kami, dari Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW: bersabda : di dalam firman Allah Ta'ala" : "Udkhulul Baaba Sujjadaa" (Masukilah pintu gerbangnya (Baitul Maqdis) sambil (bersujud) ". Rasulullah SAW bersabda :"Mereka (kaum Musa) masuk ke (Baitul Maqdis) sambil menundukkan diri pada pangkal pahanya yakni mereka (berjalan) sambil membungkuk". Hadis dengan sanad ini dari Nabi SAW. (bersabda) :(Lalu orang-orang yang zalim menggantikan perintah dengan mengerjakan yang tidak diperintahkan kepada mereka) Nabi bersabda :"Mereka (kaum Musa) berkata : (mengganti lafaz."Hithah") dengan "Habbatun Fi Sya'iiratin (sebutir biji jelai) ".

7 - Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1440.
Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Pada malam Isra (Mikraj), saya melihat Nabi Musa seorang laki-laki merah bercampur hitam warnanya, tinggi, lagi keriting rambutnya, seolah-olah dari orang suku bangsa Syanuah. Dan saya melihat Nabi Isa seorang laki-laki perawakannya besar tegap, merah bercampur putih warnanya, panjang (tidak keriting) rambutnya. Dan saya melihat malaikat penjaga neraka dan Dajjal dalam beberapa ayat (tanda-tanda kekuasaan Tuhan) yang kesemuanya itu diperlihatkan Tuhan kepada saya. Maka janganlah engkau dalam keadaan ragu tentang menemuiNya"

11 - NABI ZULKIFLI


  • 21(AL ANBIYA'):85 - Nabi ismail , nabi idris dan nabi zulkifli adalah orang-orang yang sabar
  • 38(SAAD):48 - nabi Zulkifli ialah orang yang sebaiknya
12 - NABI DAUD

  • 2(AL BAQARAH):246-248 - zaman nabi Daud ( selepas wafat nabi musa ). Bani Israel meminta nabi ketika itu untuk dilantik Raja untuk ketuai berperang. Allah melantik Talut , kerajaan Talut diberi "Peti Tabut" berisi ketenteraman jiwa dan tinggalan Nabi Musa dan Harun.
  • 2:249 - Tentera-tentera kaum Talut diuji tika lalui sungai ,hanya dibenar minum 1 cedokan namun hanya sedikit yang benar-benar beriman
  • 2:251 - Tentera Talut kalahkan Jalut , Nabi daud bunuh Jalut dan diberi kenabian serta kuasa pemerintahan.
  • 21(AL ANBIYA'):78 -  Peristiwa Nabi Daud dengan nabi Sulaiman, mereka berhukum tentang tanaman yang dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam.Nabi sulaiman diberi pemahaman hukum yang lebih tepat dalam masalah itu
  • 21:79-80 -Gunung-gunung dan unggas-unggas berzikir tahmid memuji Allah dan bersama nabi Daud, diberi kebolehan membuat baju besi.
  • 34(SABA'):10-11 - Nabi Daud diberi kurnia , gunung ganang dan burung burung bertasbih pada Allah bersama nabi Daud , Nabi Daud boleh melembut besi dan buat baju besi.
  • 38:17-20 - Nabi Daud bertasbih memuji Allah bersama-sama gunung-gunung waktu petang dan terbit matahari beserta unggas-unggas.
  • 38(SAAD'):21-23 - Kisah 2 orang berselisih panjat  tembok tempat beribadat, mereka masuk ke tempat nabi Daud , nabi Daud terkejut melihat kehadiran mereka, mereka minta nabi daud jadi hakim pada kes mereka. Salah seorang ada buat zalim. 1 orang miliki 99 ekor kambing betina minta pada kawannya 1 ekor lagi sedangkan ia milik kawannya 
  • 38:24 - Nabi Daud memutus bahawa yg meminta itu ( pemilik 99 ekor ) itu zalim pada kawannya. Tapi nabi Daud sedari peristiwa itu ialah ujian buatnya lalu meminta ampunan dari Allah.
  • 38:26 - Pesan Allah pada nabi Daud, dijadikan khalifah untuk melaksana dan menjalankan hukum dengan syariat Allah.
1 - Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5247.
Abdur Rahman Al-A'raj bercerita, bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah ra menceritakannya dari Rasulullah saw bersabda: "Ketika dua orang wanita yang sedang membawa anaknya masing-masing, tiba-tiba datang seekor srigala mengambil salah satu anak itu. Salah seorang dari mereka berkata kepada yang lain: "Srigala itu telah membawa anakmu." Jawab wanita yang satunya: "Tidak, dia membawa anakmu." Kemudian mereka mengadukan masalah itu kepada Nabi Daud; Maka Nabi Daud memutuskan, bahawa anak yang masih ada itu adalah milik wanita yang berbadan besar, tetapi yang berbadan kurus tidak mahu menerima keputusan Nabi Daud. Akhirnya mereka mengadukan masalah itu kepada Nabi Sulaiman ibnu Daud. Tiba-tiba Nabi Sulaiman bersabda: "Tolong berikan aku sebuah pisau untuk membelah anak ini menjadi dua, agar aku dapat bahagikan di antara mereka berdua: "Maka kata wanita yang kurus: "Wahai Nabiyullah janganlah kamu lakukan itu. Biarlah anak ini menjadi miliknya." Akhirnya Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak itu milik wanita yang kurus."

2 - Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2360.
Kata Ibnu Juraij: "Aku pernah mendengar Atha' berkata: "Abul Abbas Asy-Sya'ir pernah memberitahukan padanya bahawasanya Abdullah bin Amru ibnul 'Ash pernah berkata: "Ketika Nabi saw mendengar bahawa aku sentiasa berpuasa di siang hari dan menghabiskan malamku untuk beribadah, maka beliau memanggil aku dan bertanya: "Benarkah engkau sentiasa berpuasa di siang hari dan menghabiskan malammu untuk beribadah?, kalau memang demikian janganlah engkau lakukan, sebab, bagi kedua matamu, dirimu, dan keluargamu menuntut keperluan yang harus engkau penuhi, kerana itu berikanlah bahagiannya masing-masing. Boleh engkau berpuasa dan beribadah malam, tapi jangan melupakan waktu tidur dan berbuka. Jika engkau melakukan puasa sehari dan setiap sepuluh hari, maka bagimu akan diberi pahala sembilan hari". Kata Abdullah: "Wahai Rasulullah, aku masih mampu melakukan lebih dari itu". Sabda beliau: "Kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Daud". Kata Abdullah: "Bagaimanakah puasa Daud, wahai Nabiyullah?" Sabda beliau: "Daud berpuasa sehari dan berbuka sehari, walau demikian ia tidak pernah melarikan diri bila sedang menghadapi musuh". Kata Abdullah: "Apakah aku mampu melakukan yang sedemikian itu wahai Nabiyullah?"

3 - Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0589.
Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu 'Ash, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur seperdua malam berdiri (solat) sepertiganya, dan tidur seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari. "

4 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4173.
aksudnya : "Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami, Abu Nu'aim memberitahukan kepada kami, Hisyam bin Saad memberitahukan kepada kami dari Zaid bin Aslam dari Abu Saleh dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda :"Tatkala Allah menciptakan Adam, Allah mengusap punggung Adam, maka rontoklah dari punggung Adam setiap manusia yang Allah Penciptanya dari keturunan Adam sampai hari kiamat dan Allah menciptakan antara kedua mata setiap manusia diantara mereka kilatan cahaya, kemudian Allah memperlihatkan mereka kepada Adam, Adam berkata : "Hai Tuhan ku, siapa mereka ini ?" Allah berfirman :"Mereka ini adalah keturunanmu", dan Adam melihat salah seorang lelaki dari mereka, Adam hairan melihat kilatan cahaya antara kedua matanya. Adam bertanya: "Hai Tuhan ku, siapa ini ?". Allah menjawab :"Ini adalah lelaki dari akhir umat keturunanmu iaitu Daud". Adam bertanya :"Berapa Engkau memberi umur padanya ?" Allah menjawab : Enam puluh tahun". Adam berkata : "Hai Tuhan ku, tambah ia dari umurku empat puluh tahun". Tatkala habis umur Adam, datanglah padanya malaikat pencabut nyawa, maka Adam berkata :"Bukankah umurku masih empat puluh tahun ?''. Malaikat menjawab: "Bukankah itu sudah kamu berikan kepada anakmu Daud ?". Rasulullah bersabda :"Maka Adam menyangkalnya dan menyangkallah keturunannya, Adam lupa, maka lupalah keturunannya, Adam salah, maka salahlah keturunannya". Hadis ini hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa rawi dari Abu Hurairah dari Nabi SAW.

5 - Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0994.
Dari 'Urwah dari Aisyah katanya: "Ketika Nabi saw mendengar merdunya suara Abi Musa ketika membaca Al-Qur'an, maka beliau bersabda: "la telah diberi suara merdu seperti merdunya suara Nabi Daud as."

13 - NABI SULAIMAN
  • 2(AL BAQARAH):102 - Fitnah syaitan zaman nabi Sulaiman dan kisah asal sihir syaitan zaman nabi Sulaiman dan malaikat Harut Marut di Babylon.
  • 21(AL ANBIYA'):79 - Nabi Sulaiman diberi ilmu dan bijaksana.
  • 21:81 - Nabi sulaiman boleh arah angin kencang bertiup mengikut arah yang dikehendakinya ke negeri yang berkat.
  • 27(AN NAML):15-17 - Nabi Daud dan Sulaiman diberi ilmu dan bersyukur, nabi Sulaiman diajar bahasa burung dan memiliki tentera dari kalangan jin,manusia  dan burung
  • 27:18 - Tiba di Waadin-Naml, ketua semut arah masuk sarang kerana khuatir dipijak tentera nabi Sulaiman.
  • 27:19 - Doa nabi sulaiman ( minta sentiasa bersyukur dan tetap amal soleh dan diberi rahmat dalam golongan soleh )
  • 27:20-37 - Tika nabi periksa kumpulan burung, didapati tiada burung belatuk , lalu ia muncul beritahu berita dari negeri Saba'. Ia diperintah ratu dan kaumnya sembah matahari. Nabi perintah hantar surat pada ratu utk dakwah beliau dan arah untuk beriman , ratu hantar hadiah pada nabi lalu ditolak dan akan memerangi jika enggan beriman.
  • 27:38-40 - Ifrit tawar diri untuk alih singgahsana Balqis sebelum nabi sempat bangun dari duduk, namun ada seorang alim dari ilmu agama berjaya alih singgahsana itu dalam sekelip mata.
  • 27:41-44 - Nabi arah diubah keadaan istana ratu itu, supaya ratu itu tidak cam , tika ratu menghadap nabi Sulaiman , ratu beriman. Ratu sangka ada kolam air di halaman istana lalu diangkat pakaian ke betis , namun ia lantai berkilat dari kaca. Ratu beriman 
  • 34(SABA'):12-13 - Nabi Sulaiman diberi kelebihan ( boleh guna angin untu perjalanan = 1 pagi perjalanan seperti perjalanan biasa sebulan , begitu juga 1 petang , dialir mata air dari tembaga, jin jadi pekerjanya, ) ( jin bina bangunan tinggi-tinggi , patung-patung , pinggan-pinggan besar seperti kolam , periuk periuk besar atas tuku )
  • 34:14 - Jin jin kerja keras untuk nabi , tidak sedari bahawa baginda wafat ( hanya sedar selepas tongkar nabi tumbang di makan semut putih anai-anai )
  • 38(SAAD):31-32 - Kisah nabi Sulaiman di suatu petang , ditunjuk kumpulan kuda terpuji tika berdiri , tangkas lari . Nabi terleka dengan kesukaan kuda kuda itu, lebih dari ibadat hingga menjelang malam ( terleka )
  • 38:33 - Nabi sulaiman arah dibawa balik kuda itu dan menyapu betis dan leher kuda satu persatu
  • 38:34 - Nabi Sulaiman diuji , diletak atas takhtanya satu jasad tidak cukup sifat , nabi mohon dikurniai kejayaan hebat, dikurniai boleh arah angin untuk bawanya ke arah di tuju dan dapat memerintah Jin syaitan , membina bangunan-bangunan dan menjadi penyelam , manakala jin dan syaitan lain dirantai belenggu.
1 - Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1641.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Nabi Sulaiman bin Daud a.s., berkata: "Aku akan menggilir tujuh puluh orang isteri ku malam ini, di mana masing-masing mereka akan melahirkan seorang anak lelaki untuk berperang fi sabilillah. Sahabatnya (malaikat) menyarankan kepadanya, "Ucapkanlah Insya Allah!" Tetapi Nabi Sulaiman a.s. lupa mengucapkannya. Ternyata tidak seorang pun isteri beliau yang melahirkan, kecuali hanya seorang yang melahirkan setengah anak lelaki. Maka bersabda Rasulullah saw., "Seandainya Nabi Sulaiman a.s. mengucapkan 'Insya Allah!, tentu dia tidak akan melanggar sumpah, dan apa yang dihajatkannya mungkin terkabul."

2 - Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4066.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Yunus bin Muhammad, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari 'Ali bin Zaid, dari Aus bin Khalid, dan Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Binatang melata akan keluar, yang bersamanya ada cincin Nabi Sulaiman bin Dawud dan tongkat Musa bin 'Imran, 'Alaihimas-Salam. Dia -Dabbah itu-- menampakkan wajah orang mukmin dengan tongkat, dan menandai hidung orang kafir dengan cincin. Sehingga sesungguhnya orang-orang yang berada di Hiwa (yakni: rumah yang berada di atas air untuk berkumpul. Lalu orang ini mengatakan: "Hai mukmin. Dan orang ini mengatakan: Hai Kafir". Abul-Hasan Al-Qaththan berkata: "Ibrahim bin Yahya mewartakan hadis kepada kami, mewartakan kepada kami Musa bin Isma'il, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, maka dia menuturkan hadis seperti di atas. Pada suatu kali dia berkata: Lalu orang ini mengatakan: "Hai mukmin. Dan orang ini: Hai kafir.


14 - NABI ILYAS + NABI ILYASA'


  • 37(AS SOFFAT):123-130  - Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya."Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?"Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
  • 38(SOOD):48 - Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
15 - NABI YUNUS
  • 10(YUNUS):98 - Kaum nabi Yunus kembali beriman selepas hampir ditimpa azab
  • 21(AL ANBIYA'):87 - Kisah Zunnun , tinggalkan kaumnya dalam marah dan diuji dalam gelap gelita.
  • 37(AS SOFFAAT):139-146 - Kisah nabi Yunus lari ke kapal yang penuh sarat , dalam undian dicampak ke laut , dan ditelan ikan besar . jika nabi yunus tidak sentiasa mengingati Allah dengan berzikir, pasti tinggal dalam perut ikan hingga hari kiamat , lalu nabi dicampakkan dari perut ikan ke tanah tandus dalam keadaan sakit dan ditumbuh pokok daun lebar melindungi nabi.
  • 37:147 - nabi Yunus diutus pada kaumnya lebih 100 000 orang kaumnya beriman dan diberi nikmat
  • 68(AL QALAM):48-50 - Kisah nabi Yunus ditelan ikan , berdoa dan merayu dengan sesak sebak dalam perut ikan dalam keadaan terkurung


1 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3572.
Muhammad bin Yahya menceritakan kepada kami, Muhammad bin Yusuf memberitahukan kepada kami, Yunus bin Abi Ishaq memberitahukan kepada kami dari Ibrahim bin Muhammad bin Sa'ad dari ayahnya iaitu Sa'ad berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Doa Dzinnun iaitu Nabi Yunus ketika dia berdoa di perut ikan adalah: (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang menganiaya diri sendiri). Sesungguhnya orang muslim tidaklah berdoa dengan doa tersebut dalam kebutuhan apa pun melainkan Allah mengabulkannya."


16 - NABI ZAKARIA

  • 3 (ALI IMRAAN):39 - Nabi Zakaria dikurniai nabi yahya ( nabi yahya menahan diri dari berkahwin ) , walhal nabi zakaria sudah tua dan isterinya mandul.
  • 3:41 - Nabi Zakaria minta tanda-tanda isterinya hamil lalu tidak dapat berkata-kata selama 3 hari.
  • 19 ( MARYAM ) :2-3 - Nabi Zakaria dilimpahi rahmat dan berdoa dengan perlahan.
  • 19:4-10 - Nabi Zakaria sudah berusia berdoa dan dikurniai zuriat . diberi khabaran akan lahir Nabi Yahya , baginda minta tanda , diberi tanda yakni nabi zakaria tidak dapat berkata-kata 3 malam. 
17 - NABI YAHYA 

  • 19 ( MARYAM ) : 12-14 - Nabi Yahya diberi kitab dan hikmah bijaksana semenjak kanak-kanak lagi , taat ibu bapa , tidak sombong dan tidak derhaka

1 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3024.
aksudnya : "Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abu Dawud At Thayalisi memberitahukan kepada kami, Abaan bin Yazid memberitahukan kepada kami, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Zaid bin Sallam, dari Abi Sallam, dari Harits Al Asy'ari, dari Nabi SAW juga seperti hadis ini dengan seerti. bahawa Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada Yahya bin Zakaria lima ajaran, supaya ia melaksanakannya, Allah (juga) perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya, dan sesungguhnya ia hampir-hampir malas melaksanakannya. Nabi Isa bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada mu dengan lima ajaran supaya kamu melaksanakan, dan supaya kamu perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya. Adakalanya kamu yang perintah kepada mereka atau adakalanya saya perintah kepada mereka". Nabi Yahya bersabda :"Hai Yahya, jika engkau mendahului ku dengannya saya takut dimusnahkan atau diseksa". (Setelah itu) orang-orang berkumpul di Baitul Maqdis memenuhi masjid dan duduk-duduk di serambinya, maka Nabi Yahya bersabda :"(Hai Bani Israil) sesungguhnya Allah perintah kepada ku lima ajaran, supaya saya melaksanakan, dan supaya saya perintah kepada mu untuk melaksanakannya : Pertama iaitu supaya kamu menyembah Allah dan jangan menyekutukanNya barang sedikitpun, perumpamaan orang yang menyekutukan Allah, seperti seorang lelaki membeli hamba sahaya dari harta murninya dengan emas atau perak, dan ia berkata (kepada hambanya); "Ini rumahku, ini pekerjaanku, maka kerjakan dan laksanakan (semua itu) untukku". Akan tetapi ia mengerjakan dan melaksanakan (tugas) bukan pada tuannya. Maka siapakah yang rela apabila hambanya seperti itu ?. (Kedua) Allah perintah kepada mu semua mengerjakan solat. Apabila kamu semua melaksanakan solat, maka janganlah kamu tengok-tengok, kerana sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada muka hambaNya di dalam solat hambanya, selagi ia tidak tengak-tengok. (Ke tiga) Allah perintah kepada mu berpuasa, adapun perumpamaannya, seperti seorang lelaki dalam satu kelompok, ia membawa satu kantong minyak misik, maka sekelompok tadi dibuat terhairan-hairan, atau merasa hairan oleh baunya, (begitu juga) sesungguhnya bau orang puasa di sisi Allah lebih harum dari minyak misik, (keempat) Allah perintah kepada mu bersedekah, adapun perumpamaannya, adalah seperti seorang lelaki yang ditawan musuh, musuh tadi mengikatnya dari tangan sampai lehernya, kemudian mereka mengajukannya untuk di penggal lehernya, maka sedekah tadi berkata :"Saya penebusnya dari kamu semua baik sedikit atau banyak (dalam bersedekah)", maka sedekah tadi menebus jiwanya dari mereka. (Ke lima) Allah perintah kepada mu untuk selalu berzikir (mengingat-ingat)Nya, adapun perumpamaannya adalah seperti seorang lelaki yang dikejar musuh di belakangnya dengan cepat, sehingga tatkala lelaki tadi sudah sampai di benteng yang kukuh, ia melindungkan jiwanya dari musuh, begitu juga hamba, ia tidak bisa menjaga jiwanya dari syaitan, kecuali selalu zikir kepada Allah. Nabi SAW bersabda :"Saya juga perintah kepada mu dengan lima (perkara) Allah telah perintah kepada ku dengan lima itu, iaitu mendengar dan taat (kepada penguasa), jihad, hijrah dan berjemaah (berkelompok), kerana seseorang yang meninggalkan kelompoknya sekedar sejengkal, bererti ia telah memutus buhul Islam dari lehernya, kecuali ia mahu kembali (ke kelompoknya). Dan barang siapa mengajak-ajak kepada ajakan kaum Jahiliah, maka orang itu termasuk kelompok ahli neraka". Seorang lelaki berkata. "Meskipun ia solat dan berpuasa ?" Rasulullah bersabda :"Meskipun ia solat dan berpuasa, maka ajak-ajaklah kepada ajakan Allah, yang Allah telah menamakan orang-orang muslim yang beriman sebagai hamba-hamba Allah". Hadis ini hasan gharib. Abu Sallam namanya Mamthur. Ali bin Mubarrak meriwayatkan hadis ini dari Yahya bin Abi Katsir.


18 - NABI ISA + SITI MARIAM

  • 2 ( AL BAQARAH ) : 253 - nabi Isa dikuatkan dengan ruhul Qudus
  • 3 ( ALI IMRAN ) : 49 -50 - mukjizat nabi isa ( burung dari tanah liat, sembuhkan buta dan sopak,  menghidupkan orang mati , mengetahui apa yang kamu makan , simpan di rumah ( apa disimpan makanan )
  • 3 : 52 - Hawariyyun - penolong-penolong nabi isa
  • 3: 55 - Nabi Isa diangkat ke langit
  • 3: 59 - Penciptaan nabi isa seperti nabi Adam ( dari tanah )
  • 4 ( AN NISA' ) :157 - Yahudi sangka berjaya membunuh nabi isa, walhal ditukar rupa orang yang dibunuh menjadi rupa seperti nabi isa
  • 5 ( AL MAIDAH ) :110 - Nabi Isa dikuatkan dengan Ruhul Qudus ( Jibril ) dan mukjizat-mukjizat nabi isa.
  • 5 : 112 - Hawariyyun minta diturun hidangan dari langit , nabi Isa berdoa dan di makbul Tuhan.
  • 23 ( AL MU'MINUN ) : 50 - Nabi Isa dan ibunya ditempat di tanah tinggi ( ada tanaman dan mata air )
  • 43 ( AZ ZUKHRUF ) : 61 - Nabi Isa dan tanda-tanda hampir kiamat.
  • 61 ( AS SAFF ) : 6 - Kisah nabi Isa menyampai khabar akan datang Rasul selepasnya iaitu Ahmad.


SITI MARIAM

- 3(ALI IMRAN):35 - Isteri Imran bernazar anak kandungannya akan berkhidmat untuk agama (bebas dari urusan dunia ) , dan dilahirkan Maryam

- 3:37 - Maryam dibesarkan dengan didikan baik, diserah untuk dipelihara oleh nabi Zakaria. tiap-tiap kali nabi masuk untuk menemui Maryam, ( dimihrab ), didapati buah-buahan syurga di sisi Maryam

- 3:45-46 - Maryam diberi khabaran akan mengandung nabi Isa( yang akan berkata-kata tika bayi )

- 19(MARYAM):16-17 - Kisah Maryam memencil diri di timur , membuat dinding melindungi diri, dihantar "roh" kepadanya.

- 19:19-22 - Malaikat bawa berita Maryam akan mengandung kan nabi Isa , lalu hamil dan memencil diri di tempat jauh

- 19:23-25 - Tika sakit bersalin, Maryam bersandar di pohon tamar, dijadikan sungai di bawah dan di arah untuk goncangkan pohon tamar.

- 19:26 - Diarah dan diilham untuk berkata dia ( maryam ) sedang nazar , diam membisu jika terjumpa manusia

- 19:27 - Ditempelak kaumnya tika terlihat anak di bawanya, " wahai saudara perempuan Harun "

- 19:29-31 - Maryam menunjuk pada anaknya, lantas nabi isa ( ketika itu bayi ) berkata-kata , dia hamba Allah, diberi Injil , dijadi kan nabi, diberi berkat di mana sahaja , di perintah solat dan zakat

- 21(AL ANBIYA'):91 - Kisah Maryam , ditiup roh ( ruhul Qudus ) .





1 - Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4077.
Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Al-Muharibiy, dari Isma'il bin Rafi', yaitu Abu Rafi', dari Abu Zur'ah, Asy-Syaibaniy, yaitu Yahya bin Abu 'Amr, dari Abu Umamah Al-Bahiliy, dia berkata: Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami, sementara kebanyakan khutbahnya itu pemberitaan yang kami mewartakannya mengenai Dajjal, dan beliau menakut-nakuti agar waspada terhadap Dajjal. Nabi bersabda: "Bahwasanya tidak terjadi fitnah di bumi semenjak Allah menciptakan anak cucu Nabi Adam yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia menakut-nakuti umatnya akan Dajjal. Dan saya adalah akhir para Nabi, sedangkan kamu sekalian adalah umat yang ierakhir. Dan dia "yakni Dajjal- keluar di tengah-tengah kaUan, tidak dapat tidak. Kalau dia keluar, sementara saya berada di tengah-tengah kalian, maka saya dapat membela setiap orang muslim. Tapi kalau dia keluar sepeninggalku, maka setiap orang adalah dapat membela dirinya masing-masing. Sedangkan Allah adalah Dzat yang mengurusi setiap orang muslim kerana saya. Dan sesungguhnya Dajjal itu keluar dari jalan antara Syam dan Iraq. Lalu dia membuat kerusakan sebelah kanan dan kiri -yakni: daerah yang dilaluinya-. Wahai hamba-hamba Allah, tetaplah kamu sekalian pada agama Islam. Sebab sesungguhnya saya itu akan menyebutkan kepada kalian sifat/identiti Dajjal yang tidak pernah disebutkannya oleh seorang nabipun sebelumku. Sesungguhnya dia (Dajjal) mulai berkata: "aku adalah seorang nabi dan tidak ada nabi setelah aku". Kemudian dia memuji, lalu berkata: "Aku adalah tuhanmu sekalian". Kamu sekalian tidak dapat melihat Tuhan kalian, sehingga (sebelum) kalian meninggal dunia. Sesungguhhya Dajjal itu matanya buta sebelah, sementara Tuhan kalian tidak buta sebelah matanya. Dan sesungguhnya Dajjal itu, di antara kedua matanya tertulis: KARR, yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik yang dapat menulis maupun yang tidak dapat. Dan termasuk fitnahnya adalah dia disertai oleh syurga dan neraka. Maka neraka Dajjal adalah surga, dan syurganya justru neraka. Maka barangsiapa yang mendapat cubaan dengan nerakanya, maka hendaklah dia mohon pertolongan kepada Allah, dan hendaklah dia membaca pembukaan surat Al-Kahfi; maka neraka itu menjadi terasa dingin dan mensejahterakan baginya, sebagaimana yang pernah terjadi api pada nabi Ibrahim. Sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia -Dajjal-mengatakan kepada seorang Badui - yakni: Arab kampung-: "Bagaimana pendapatmu, kalau aku membangkitkan ayah dan ibumu kepadamu, apakah kamu mahu bersaksi bahawasanya aku adalah tuhanmu?" Lalu dia menjawab: "Ya". Kemudian ada dua orang Setan yang berujud ayah dan ibunya, lalu -Dajjal" adalah tuhanmu". Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia diberi kuasa untuk menguasai seseorang, lalu dia membunuhnya dan menggergajinya dengan gergaji, sehingga terbuang menjadi dua bahagian Kemudian dia berkata: "Lihatlah oleh kalian kepada hambaku ini. Sesungguhnya aku telah membangkitkannya sekarang, kemudian dia malah menganggap bahawa dia mempunyai Tuhan selain diriku". Selanjutnya, Allah membangkitkannya. Dan Dajjal berkata kepadanya: "Siapakah tuhanmu.". Maka dia menjawab: "Tuhanku adalah Allah, dan kamu adalah musuh Allah. Kamu adalah Dajjal. Demi Allah, bukankah aku setelah itu, pada hari ini justru lebih mengetahui tentang kamu". Abul-Hasan Ath-Thanafisiy berkata: Maka mewartakan kepada kami Al-Muharibiy, mewartakan kepada kami 'Ubaidullah bin AL-Walid AlWashshafiy, dari 'Athiyah, dari Abu Sa'id, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Orang tersebut adalah umatku yang paling tinggi darjatnya di dalam syurga". Dia --perawi-- berkata: Abu Said berkata: Demi Allah, kami tidak mengetahui orang yang tersebut itu melainkan bernama 'Umar bin Al-Khaththab, sehingga dia telah melalui jalannya. Al-Muharibiy berkata: Kemudian kami merujuk kepada hadisnya Abu Rafi'. Beliau saw. bersabda: "Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, maka langit terus hujan. Dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan -tetumbuhan-, maka terus bumi menumbuhkannya. Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan, penduduknya mendustakannya dan tidak tersisa satupun binatang piaraan, kecuali musnah/mati. Dan termasuk fitnahnya (lagi), yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan lalu penduduknya membenarkan ucapannya. Selanjutnya Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu terus langit menurunkan hujan. Dan dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan - tetumbuhan-, lalu terus bumi menumbuhkannya, sehingga binatang-binatang ternak mereka pulang pada hari itu gemuk dan besar, perutnya kenyang, dan susunya penuh air susu. Bahwasanya tidak ada suatu bumipun yang tersisa, kecuali Dajjal telah menginjaknya dan membuat kerusakan, selain Mekah dan Madinah. Dajjal tidak dapat mendatangi keduanya dari jalan di antara dua gunung Mekah dan Madinah, kecuali ada malaikat yang menampakkannya dengan pedang-pedang terhunus, sehingga dia singgah di gunung kecil yang merah, yaitu di tanah yang kering/tandus. Maka Madinah menggoncang penduduknya tiga goncangan, lalu tidak tertinggal orang munafik, pria atau wanitanya, kecuali dia keluar menuju ke gunung kecil yang merah itu. Maka Madinah meniadakan orang yang buruk, seperti halnya tempat bara api menghilangkan kotoran/karat besi. Hari demikian itu disebut hari pembersihan". Ummu Syarik binti Abul-'Akar berkata: "Ya Rasulullah, dimanakah orang Arab waktu itu?" Beliau menjawab: "Mereka, pada waktu itu, sedikit. Sebagian besar mereka berada di Baitul-Maqdis, sedangkan pemimpin mereka adalah seorang lelaki yang saleh. Maka sewaktu pemimpin/imam mereka maju untuk mengerjakan solat Subuh mengimami mereka, tiba-tiba 'Isa bin Maryam turun kepada mereka di waktu Subuh. Selanjutnya, sang imam kembali ke belakang, berjalan mundur agar Nabi 'Isa maju mengimami solat orang-orang. Kemudian 'Isa meletakkan tangannya pada antara kedua bahu sang imam, kemudian mengatakan kepadanya: "Majulah dan kerjakanlah solat "sebagai imam-. Sebab solat itu sudah diiqamatkan untukmu". Kemudian imam mereka mengerjakan solat dengan mereka. Maka ketika dia mahu pergi, maka 'Isa as. berkata: "Bukakanlah olehmu sekalian pintu itu" lalu pintu dibuka, sedangkan dibelakang pintu ada Dajjal yang disertai oleh 70 (tujuh puluh) ribu orang Yahudi, yang setiap mereka mempunyai pedang yang dihiasi dan bertoga hijau. Maka bila Dajjal melihat beliau -nabi 'Isa-, maka dia lebur-hancur sebagaimana hancurnya garam dalam air, dan dia lari ketakutan. Dan 'Isa as. berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai suatu pukulan kepadamu yang kamu tidak bakal mendahului/menghindarkan pukulan dariku". Lalu beliau dapat menyusul Dajjal di pintu Lud sebelah timur (yakni: Sebuah tempat di Syam. Menurut informasi lain: tempat di Palestina), maka beliau 'Isa dapat membunuh Dajjal, lalu Allah mengusir orang Yahudi hingga porak poranda. Tidak ada sesuatu ciptaan Allah yang dapat dijadikan bersembunyi oleh orang Yahudi kecuali Allah menjadikan sesuatu itu dapat berkata-kata. Tidak ada batu, pohon, dinding dan binatang (kecuali Gilarqad/pohon berduri. Sebab dia itu termasuk pohon mereka. Dia tidak mahu berbicara) melainkan dia mengatakan: "Wahai hamba Allah yang muslim, inilah orang Yahudi. Kemarilah, bunuhlah ia -yakni: Yahudi itu-". Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya harinya/masanya itu adalah selama 40 (empat puluh) tahun. Setahun seperti setengah tahun, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu/sejum'ah dan akhir hari-harinya adalah bagaikan bunga api. Di pagi hari, salah seorang di antara kalian tiba di pintu Madinah, tapi dia tidak sampai di pintunya yang lainnya hingga petang hari". Lalu ditanyakan kepada beliau saw.: "Wahai Rasulullah bagaimana kami dapat mengerjakan solat di hari-hari yang pendek itu?" Beliau menjawab: "Yaitu kamu sekalian menghitung solat pada waktu itu, sebagaimana kalian memperkirakan pada hari-hari yang panjang ini, kemudian solatlah kamu sekalian". Rasulullah saw. bersabda: "Maka akan ada 'Isa bin Maryam di tengah-tengah umatku adalah sebagai hakim yang adil, pemimpin yang berlaku adil. Beliau menghancurkan palang salib membunuh babi dan meletakkan -tidak menerima pembayaran pajak dari orang kafir-. Beliau meninggalkan sedekah/zakat - lantaran banyak harta-. maka tidak ada kambing dan unta yang dijalankan. Permusuhan dan kebencian dihilangkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan, sehingga seorang bocah/anak kecil memasukkan tangannya kedalam ular, maka tidak membahayakannya. Seorang bocah perempuan membawa lari singa, maka tidak membahayakannya. Serigala di tengah-tengah kambing adalah dia itu bagai anjing yang menjaganya -yakni: bersahabat-. Bumi dipenuhi kedamaian, sebagaimana bejana dipenuhi oleh air. Hanya ada satu ungkapan: Tidak boleh disembah kecuali kepada Allah dan perang berhenti/selesai. Orang Quraisy kerajaannya dirampas. Dan bumi adalah bagaikan piring besar dari perak, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya di masa Adam, sehingga suatu kaum berkumpul/merubung setandan anggur, maka dapat mengenyangkan mereka. Dan suatu kaum merubung buah delima, maka buah itu dapat mengenyangkan mereka. Lembu hanya seharga harta begini, begitu. Dan kuda hanya beberapa dirham". Mereka "para sahabat" bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan harga Kuda murah .". Beliau menjawab: "Karena dia tidak dipakai/dinaiki untuk berperang selama-lamanya". Ditanyakan kepada beliau saw.: "Lalu apa yang menyebabkan lembu harganya mahal.". Beliau menjawab: "Dia dipakai' untuk membajak tanah semuanya. Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal selama 3 (tiga) tahun kekeringan yaitu: Manusia mengalami musibah kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan langit, pada tahun yang pertama, agar ia menahan 1/3 (sepertiga) hujannya, dan memerintahkan bumi agar. menahan 1/3 (sepertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian memerintahkan langit, pada tahun kedua, agar ia menahan 2/3 (dua pertiga) hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan 2/3 (dua pertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit, pada tahun ketiga, maka ia menahan hujannya semuanya, lalu tidak meneteskan sama sekali. Dan memerintahkan bumi, maka ia menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, lalu ia tidak menumbuhkan tetumbuhan yang hijau sama sekali, lalu tidak ada tersisa binatang-binatang yang mempunyai kuku berbelah kecuali musnah, melainkan -pa yang dikehendaki oleh Allah". Ditanyakan kepada beliau: "Lalu apa yang menyebabkan hidupnya manusia pada zaman tersebut.". Beliau menjawab: "Yaitu bacaan: Tahlil, takbir, tasbih, tahmid, dan yang demikian itu berjalan pada mereka seperti jalannya makanan". Abu 'Abdullah berkata: Saya mendengar Abul-Hasan Ath-Thanafisiy mengatakan: Saya mendengar 'Abdur-Rahman Al-Muharibiy mengatakan: Seyogyanya hadis ini diserahkan kepada seorang pendidik, sehingga dia mengajarkannya kepada anak-anak dalam pengajaran.


2 - Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4075.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar, mewartakan kepada kami Yahya bin Hamzah, mewartakan kepada kami 'AbdurRahman bin yazid bin Jabir, mewartakan kepadaku 'Abdur-Rahman bin Jubair bin Nufair, mewartakan kepadaku ayahku, bahawasanya dia mendengar An-Nawwas bin Sam'an Al-Kilabiy mengatakan: Rasulullah saw. menuturkan Dajjal di waktu pagi. Beliau lirihkan dan keraskan suaranya, sehingga kami mengira bahawa Dajjal itu ada di dalam sekumpulan pohon kurma. Beliau bersabda: "Selaian Dajjal adalah yang lebih saya khawatirkan terhadap kalian: Kalau dia keluar, sedang saya di tengah-tengah kalian, maka saya adalah orang yang menentangnya (menundukkannya) untuk kalian. Tapi kalau dia keluar, sedangkan saya tidak bersama kalian, maka masing-masing orang adalah yang menentangnya sendiri-sendiri. Sedangkan Allah adalah Dzat yang mengurus setiap orang muslim kerana saya. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, dan matanya tegak/mendelik. Sepertinya saya dapat menyamakannya 'Abdul-'Uzza bin Qathen. Barangsiapa di antara kalian melihatnya, maka hendaklah dia membaca pembukaan surat Al-Kahfi kepadanya. Sebab dia itu keluar dari jalan antara Syam dan Irak. Dia membuat kerusakan kanan dan kiri-daerah yang dilaluinya, pent.- Wahai hamba-hamba Allah, tetaplah kamu sekalian (pada agama Islam.". Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa lamanya dia tinggal di bumi ?" Beliau menjawab: "40 (empat puluh) hari. Sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan dan sehari bagaikan seminggu Dan hari-hari selebihnya seperti hari-hari kalian". Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, lalu hari yang tersebut yang seperti setahun itu, apakah kami sudah cukup mengerjakan solat sehari itu ?" Beliau menjawab: "Maka perhitungkanlah perkiraannya itu". Perawi berkata lagi, kami bertanya: "Berapa kecepatan jalannya di bumi .". Beliau menjawab: "Seperti hujan yang dibawa oleh angin". Kata beliau selanjutnya: "Maka dia mendatangi kaum, lalu mengajak mereka, mereka mahu dan beriman kepadanya. Dia "Dajjal" memerintahkan langit agar hujan, maka hujanlah langit itu. Dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan tetumbuhan, maka bumi menumbuhkannya. Dan ternak-ternak mereka kembali di petang hari pada kaum itu dengan tinggi ponoknya, banyak air susunya dan kenyang. Kemudian dia "yakni Dajjal-mendatangi kaum, lalu mengajak mereka, maka mereka menolak/mendustakan ucapannya. Lalu Dajjal pergi dari mereka, maka jadilah mereka tertimpa kelaparan. Mereka tidak menemukan apa-apa. Kemudian Dajjal melalui tanah reruntuhan, lalu dia berkata kepadanya: "Keluarkanlah simpanan harta-karunmu". Lalu dia pergi. Dia diikuti oleh barang-barang yang disimpan oleh bumi, seperti sekawanan tawon/lebah. Lalu dia memanggil seorang lelaki muda belia. Dia memukulnya sekali pukul dengan pedang. Dia memotongnya menjadi dua potong yang dipisah sejauh lemparan. Kemudian dia (si Dajjal itu) memanggil lelaki itu, lalu lelaki itu datang dengan wajah yang berseri-seri dan tertawa. Selanjutnya, pada saat mereka seperti itu, tiba-tiba Allah mengirimkan 'Isa bin Maryam. Beliau turun di Menara Putih, sebelah timur Damsyiq, dengan dua kain yang diwenter dengan dua warna, Dia meletakkan kedua telapak tangannya pada sayap kedua malaikat. Bila beliau menundukkan kepalanya, maka turunlah butiran-butiran perak bagai mutiara. Dan tidak dapat bagi orang kafir mendapati bau nafasnya, kecuali orang itu mati, sedangkan nafasnya akan berhenti manakala kejapan matanya berhenti. Lalu pergi, sampai dia menemukannya di pintu Lud (yakni: negeri dekat Baitul-Muqaddas), lalu dia membunuh Dajjal. Selanjutnya Nabiyullah 'Isa mendatangi kaum yang telah mendapat pemeliharaan Allah. Lalu Beliau mengusap wajah mereka dan mewartakan kepada mereka pangkat mereka dalam syurga. Sementara mereka dalam keadaan seperti itu tiba-tiba Allah memberi wahyu kepada 'Isa: "Hai 'Isa, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku, yang tidak ada kekuatan dan kemampuan bagi seseorang untuk membunuh mereka, dan kumpulkanlah para hamba-Ku itu ke gunung Thur". Dan Allah mengirimkan Ya-juj dan Ma-juj. Sedangkan mereka itu, sebagaimana Allah firmankan, turun cepat dari tempat-tempat yang tinggi (Baca: QS. 21:96). Mereka yang paling awal lalu Danau Thabariyah, lalu minum apa yang ada di dalamnya. Kemudian barisan yang paling akhir lewat, lalu mengatakan: "Sungguh ada di dalam ini "danau" suatu air, sekali. Dan Nabiyullah 'Isa dan sahabat-sahabatnya datang, sehingga kepala sapi milik seseorang di antara mereka adalah lebih baik daripada 100 (seratus) dinar milik salah seorang kalian, pada hari ini. Maka Nabiyullah 'Isa dan para sahabatnya mencintai Allah. Kemudian Allah mengirimkan ulat kepada kaum Ya-juj dan Ma-juj di leher mereka. Maka mereka lalu mati, seperti kematian seorang saja. Lalu turunlah Nabiyullah 'Isa dan para sahabatnya, maka mereka tidak menemukan sejengkalpun tempat kecuali telah dipenuhi oleh bau busuk, hanyir dan darah mereka. Kemudian mereka -Nabi 'Isa dan para sahabatnya- berdoa kepada Allah, lalu Allah mengirimkan kepada mereka burung seperti unta yang panjang lehernya. Lalu burung tersebut membawa mereka "yakni: kelompok Ya-juj-, lalu membuangnya di suatu tempat yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengirimkan hujan kepada mereka, rumah yang terdiri dan tanah liat dan bulu tidak dapat melindungi mereka dari air hujan. Lalu dia mencucinya sehingga meninggalkannya bagaikan kaca/ cermin. Kemudian dikatakan kepada bumi: "Tumbuhkanlah buahmu, dan berikanlah keberkahanmu".. Maka pada hari itu sekelompok orang- orang makan dari buah delima, dan dapat membuat mereka kenyang. Mereka dapat bernaung dengan kulit delima. Dan Allah memberi keberkahan pada air susu, sehingga sesungguhnya unta yang baru saja kahwin dapat mencukupi sekelompok orang banyak dan sapi yang baru saja kahwin dapat mencukupi satu kabilah dan kambing yang baru saja kahwin dapat mencukupi kerabat dekat*. Selanjutnya, pada saat mereka yang demikian itu, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik kepada mereka, lalu angin itu mengambil di bawah ketiak mereka dan mencabut roh setiap orang muslim, dan tinggallah -masih hidup- semua manusia yang lain, sedangkan mereka melakukan persetubuhan di depan orang banyak, seperti halnya dilakukan oleh himar. Maka terhadap merekalah hari kiamat terjadi". * Yakni, bila hewan disembelih dapat mencukupi dagingnya untuk dimakan oleh serombongan manusia, baik kelompok kecil atau kelompok besar. (penterjemah.).

3 - Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2334.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-laits memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Said bin AI-Musayyab dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Zat yang diri ku di tanganNya (kekuasaan-Nya) sungguh Isa bin Maryam hampir turun di tengah kamu sebagai hakim yang adil lalu menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus pajak dan harta melimpah ruah sehingga tidak seorang yang menerimanya." Hadis ini hasan sahih.

4 - Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1499.
Dari Abdullah r.a., katanya: Pada suatu hari Nabi s.a.w menceritakan di tengah-tengah orang banyak tentang Al Masih Dajjal. Beliau bersabda: "Tuhan itu tiada buta sebelah. Ketahuilah Al Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan seolah-olah matanya itu anggur yang terulur ke luar. Pada suatu malam, waktu saya tidur dekat Kaabah saya bermimpi. Ketika itu saya lihat ada seorang laki-laki kemerah-merahan warna kulitnya, amat bagus sekali, rambutnya terurai antara bidang bahunya, tersisir baik, kepalanya menitikkan air, licin berkilat, diletakkannya tangannya di atas bahu dua orang laki-laki dan ia tawaf di Baitullah (Kaabah). Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: Inilah Al Masih anak Maryam". Kemudian saya melihat seorang laki-laki di belakang orang itu, keriting lagi pendek rambutnya, buta matanya sebelah kanan, serupa dengan orang yang saya lihat dari Ibnu Qathan, diletakkannya kedua tangannya di atas bahu seorang laki-laki juga tawaf di Baitullah. Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: "Al Masih Dajjal!"






25- NABI MUHAMMAD

- 3(ALI IMRAN):183 - Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: "Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?

- 4(AN NISA'):153 - Yahudi meminta Rasulullah agar mereka diturunkan kitab dari langit.

- 9(AT TAUBAH):40 - Kata nabi pada Abu Bakr : La Tahzan, Allah bersama-sama kita

- 9:108 - Nabi membina masjid Quba'

- 9:118 - Taubat 3 orang yang dipulau zaman Rasulullah diterima

- 9:128 - Rasulullah sangat berat diuji, begitu inginkan kebaikan untuk umat dan belas kasihan sayang untuk orang beriman

- 17(AL ISRA'):1 - Isra' Mi'raj - Allah perjalankan nabi dari Masjidil Haram ke Aqsa ( yang diberkati sekeliling nya) untuk perlihat tanda kebesaran.

- 17:60 - Allah jadikan apa yang dilihat rasulullah pada malam mi'raj sebagai satu ujian untuk manusia dan dijadikan pokok dilaknat dalam quran

- 17:90-93 - Musyrik kata tidak mahu beriman hingga nabi memancar mata air dari bumi untuk mereka , atau hingga nabi memiliki kebun mengalir sungai atau digugurkan langit berkeping-keping atas mereka, atau dibawa Tuhan atau malaikat untuk mereka lihat atau nabi ada rumah dari emas

- 24(AN NUUR ):16 - Kisah berdusta atas nama baik keluarga nabi

- 32(AS SAJDAH):21 - Pada nabi, contoh ikutan terbaik bagi orang yang berharap keredhaan Allah, banyakkan berzikir

- 33(AL AHZAB):28-33 - Ayat-ayat pesanan untuk isteri nabi - agar pilih kemewahan akhirat , amal baik dan buruk diganda 2x balasan , tidak bercakap lembut manja dengan ajnabi dan tetap diam di dalam rumah

- 33:53 - Peraturan dan adab sahabat dengan nabi

- 46(AL AHQAAF):10 - Seorang bani israel pernah datang pada Rasulullah , menjadi saksi mengesahkan kitabnya injil sama seperti Quran lalu beriman

- 46:29 - Kaum jin pernah datang pada rasulullah untuk mendengar Quran dan pelajarinya.

- 48(AL FATH):27 - Pembukaan kota Mekah

- 52(AT TUUR):30 - Kafir menuduh Rasulullah seorang penyair

- 53(AN NAJM):6-9 - Jibril perlihat rupa asal pada Rasulullah tika ia dilangit lalu mendekatkan dirinya ke nabi, ia berjuntai sedikit demi sedikit sehingga berjarak 2 hujung busur panah.

- 53:13 - Kali ke-2, nabi melihat rupa asal Jibril di sisi Sidratul Muntaha, di sisinya Jannatul Ma'wa. Di Sidratul Muntaha, diliputi ramai makhluk2 ghaib.

- 53:17 - Nabi lihat pemandangan indah di situ, lihat tanda-tanda kekuasaan Allah

- 54(AL QAMAR):1 - Kiamat hampir tiba, bulan terbelah (mu'jizat nabi)

- 59(AL HASYR):2 - Orang kafir antara ahli kitab ditimpa azab dan dilempar rasa cemas dalam hati mereka tika berhimpun untuk perangi Rasulullah

- 59:9 - Orang ansar kasihi Muhajirin, utamakan mereka

- 66(AT TAHRIIM):1-2 - Baginda pernah bersumpah untuk menyekat diri dari menikmati kerana mencari redha isteri-isteri baginda ( kifarah tebus sumpah )

- 66:3 - Isteri baginda pernah buka rahsia yang diberitahu baginda pada madunya.

- 72(AL JINN ):1 - Rombongan jin mendengar bacaan Quran dibaca nabi ( rasulullah )

- 80('ABASA):2-7 - Nabi didatangi orang buta ( tika nabi sedang berdakwah pada ?pembesar )

- 81(AT TAKWIIR):23 - Nabi melihat jibril di kaki langit

- 94(ASY SYARH):1 - Dada nabi dilapang dan diisi hidayah dan iman

- 96(AL 'ALAQ):1 - Nabi disuruh baca dengan nama Allah

- 110(AN NASR):1-2 - Pertolongan Allah dan kemenangan ( pembukaan mekah ), penduduk mekah beramai-ramai peluk islam

No comments:

Post a Comment

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...