Monday, 17 February 2025

RINGKASAN/POINT PENTING BUKU SIFAT 20 - KARYA UST MUHADIR HJ JOL

 TOPIC PENGERTIAN ILMU TAUHID 

- imam Abu Ishaq al Isfarayini ( 418 H) berkata : ulama' aswj ijmak tentang tauhid semuanya kembali pada 2 kesimpulan :

 1- beriqtikad bahawa apa saja yg digambarkan di dalam akal, maka Allah tidak sama dengan perkara itu. 

2- beriqtikad bahawa zat Allah tidak sama dengan mana-mana zat 



TOPIC DASAR ILMU TAUHID

- uluhiyyat ( ketuhanan )- tentang Allah yang berkaitan dengan sifat -sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah

- nubuwwat ( kenabian )- tentang para rasul berkait dgn sifat wajib, mustahil dan harus bagi mereka.

- Ghaibiyyat atau Samiyyat - seperti malaikat, syurga, neraka, hari kiamat, mahsyar, dosa , pahala  dll

- mumkinat atau makhluqaat  yg berkaitan dgn sifat JIRIM ( benda ),  dan aradh  ( sifat benda ) 

**JIRIM - sesuatu yg memerlukan ruang atau lapang sekadar untuknya , sama ada BERSUSUN ( yg boleh dikerat atau di bahagi-bahagi seperti pokok,  meja dll ) atau TIDAK BERSUSUN (seperti angin ), dalam bahasa mudah, jirim ialah benda.

**bagi ulama' usuluddin, "BENDA" atau "SESUATU YG MENGAMBIL RUANG ATAU LAPANG" dipanggil "JIRIM"

**ARADH - sifat makhluk yg baharu seperti bergerak, diam, turun, naik, bersemayam, depan-belakang, kanan-kiri, atas-bawah , bertempat, jauh,  dekat, besar, kecil, putih, hitam,  dan lain2. 

aradh = ialah SIFAT JIRIM (BENDA)


TOKOH MENYUSUN KAEDAH ILMU INI 

1) Imam Abu al-Hasan al-'asy'ari  ( 324 H/935 M )

biodata : 

- berketurunan Sayyiduna Abu Musa al-'asy'ari , sahabat nabi

- lahir di Basrah, 260H/873M

- hidup di akhir pemerintahan al-Makmun + awal pemerintahan al- Mutawakkil dari daulah Abasiyyah

- menulis tidak kurang 90 kitab, yg paling mahsyur ialah

 AL 'IBANAH 'AN USHUL 'AD DIYANAH (tentang pemikiran pokok keagamaan mengikut ASWJ ) , kitab AL LUMA' (mngumpul hujah2 dari Quran dan hadis menolak aliran akidah yg salah ) , dan MAQALAT AL ISLAMIYYIN WA IKHTILAF AL MUTAKALLIMIN ( tentang perbandingan antara aliran-aliran aqidah )

- meninggal pada 324H/935M pada usia 64 tahun


2) Imam Abu Mansur al-Maturidi (333H/944M)




TOPIC BERIMAN DGN SIFAT-SIFAT ALLAH

- cara beriman :

1) IJMAL ( RINGKAS ) -- 

yakini bahawa wajib bagi Allah bersifat dengan semua sifat KESEMPURNAAN ( KAMALAT ) dan mustahil atasNya bersifat dengan semua sifat kekurangan (NAQOIS)

2) TAFSHIL ( TERPERINCI ) --

meyakini wajib bagi Allah bersifat dengan 20 sifat yg wajib, dan mustahil atasNya bersifat dengan 20 sifat yg mustahil (lawan bagi sifat sifat wajib itu ) serta mampu membawakan dalil aqli dan naqli terhadap tiap2 sifat tersebut.


TOPIC MA'RIFAH

- mengenal Allah - bukan mengenal 'ain zat Allah atau rupa bentuk zat kerana ia tidak dapat diketahui . Zat Allah dikenali melalui sifat zatNya, contohnya sifat Wujud , Qadim dll


TOPIC HUKUM 

- hukum SYARAK - perintah Allah berkait dgn segala perbuatan mukhallaf . ada 5 ( wajib, sunat, harus, makruh, haram )

- hukum ADAT - hukum diperoleh melalui percubaan dan kebiasaan ( contoh :api membakar, makan mengenyangkan )

- hukum AKAL - hukum diperoleh melalui akal, bukan melebihi hukum syarak atau hukum adat, ada 3 iaitu Wujub(mesti), istihalah (mesti tidak/tidakmungkin/mustahil) dan Jawaz (boleh/harus )-- contoh(1 ialah setengah dari 2, wajib bagi Allah bersifat Qudrah )

- kepentingan hukum akal dalam sifat 20 - ia ialah TANGGA/JALAN untuk mengenal Allah, hukum akal menjadi NERACA/TIMBANGAN untuk menghukum tahu sama ada sifat itu wajib/mustahil atau harus pada Allah

- memahami hukum akal juga sangat penting supaya tidak berkata sesuatu yang tidak layak kepada Allah , contohnya, berkata wajib bagi Allah duduk bersila atas arasy , harus bagi Allah bersifat dengan lemah - ini semua sifat2 yang TIDAK LAYAK disandarkan pada Allah kerana membawa pada erti kesamaan Allah dengan makhluk(TASYBIH) dan sifat-sifat kekurangan bagi Allah(NAQA'ISH).

- Ia juga amat penting utk memahami nas-nas muatasyabihat yg jika diterjemah atau difahami secara makna zahir boleh MEWAHAM ( MEMBAWA KEFAHAMAN ) keserupaan dan penyamaan Allah dengan makhluk. oleh itu , akal yg sihat akan menafikan makna zahir pada nas kesamaran tersebut .


TOPIC HUKUM AKAL

- hukum akal - bagaimana akal menghukum sama ada :

1) Wujub - MESTI ( atau mesti ada/mustahil ada )

2) Istihalah - Tidak Mungkin ( atau mesti tidak ada/mustahil ada )

3) Jawaz - Harus/boleh jadi  ( boleh menerima ada atau tidak ada )


AKAL HUKUM

1) WAJIB - mengikut akal, perkara itu mesti ada/boleh berlaku , tidak boleh jika tidak ada/tidak berlaku contoh : jirim wajib mesti mengambil ruang 

2) MUSTAHIL - ikut akal, perkara itu tidak boleh ada/tidak boleh berlaku. ia mesti tidak ada/tidak berlaku

contoh : jirim (benda) tidak mengambil ruang. 

3) JAIZ/HARUS - ikut akal, perkara itu boleh ada/berlaku dan boleh tidak ada/tidak berlaku

contoh : harus bagi Allah mengutus para rasul, 



TOPIC ISTILAH DALAM ILMU TAUHID

- ZAT - apa-apa yg berdiri dengan sendirinya ( contoh : Allah, makhluk )

- SIFAT - ia memerlukan zat untuk ada. (contoh: sifat 20 wajib bagi Allah, warna kulit, tinggi-rendah, hijau, besar,cantik, manis, tajam dll )

**untuk membeza Allah dgn makhluk, istilah "zat" ditukarkan pada "JIRIM" dan "sifat" ditukarkan pada "aradh" bagi makhluk 

**zat dan sifat Allah tidak ada yg dahulu dan tidak ada yg kemudian, keduanya ada pada Allah secara serentak kerana keduannya ialah Qadim dan Baqa'



ISTILAH UNTUK MAKHLUK

- MAKHLUQ - Sesuatu yg dijadikan Allah

- 'ALAM - - Sesuatu yg selain dari Allah , Jirim(benda) dan 'Aradh (sifat benda) adalah termasuk 'alam

- HADITS - Sesuatu yg sebelumnya tidak ada, kemudian diadakan oleh Allah

- KAUN - sesuatu yg dicipta/dijadikan oleh Allah

- JIRIM - Sesuatu yg mengambil ruang/lapang

- JISIM - Sesuatu yg boleh dibahagi-bahagi

**'Alam - alam atau makhluk ialah tanda adanya PenciptaNya iaitu Allah.




TOPIC SIFAT MAKHLUK ( ***TOPIC PALING PENTING )

- MAKHLUK - disebut juga sebagai hadits, mumkin, 'alam, kainat

- JIRIM - sesuatu yg mengambil ruang/lapang

- JISIM - sesuatu yg dapat dibahagikan ,ada 2 jenis **KASAR(muka,tangan,mata, kaki dll), **LATHIF(halus seperti roh,cerah,gelap,cahaya,malaikat)

- JAUHAR FARH/FIRD - sesuatu yg tidak boleh dibahagi2 kerana terlalu kecil sperti atom,proton, neuron

- 'ARADH (SIFAT BENDA) -- AINA, KAIFA, MATA, KAM

- AINA = TEMPAT ( 'arasy,langit,bumi, 6 arah = depan-belakang, kanan-kiri, atas-bawah )

- KAIFA = SAIZ (besar,kecil,tinggi, perbuatan = semayam,turun naik,datang,gerak,diam,warna, muda,tua,sejuk panas )

- MATA=DILINGKUNGI MASA (dahulu, sekarang, akan datang, berubah )

- KAM=JUZUK LAPISAN BADAN ( roh, tisu, daging, tulang )

- TAHAYYUZ ( mengambil ruang atau lapang ) - sifat yg tidak boleh berpisah dari sifat JIRIM .


**kenapa penting utk kenal makhluk ? = supaya tidak menyamakan Allah dengan makhlukNya

**jadi, MUSTAHIL Allah bersifat ADA TANGAN,MATA,ROH,DAGING,DARAH ( ia sifat JIRIM DAN JISIM iaitu ciri makhluk )

**MUSTAHIL Allah berada di arasy/di langit - ini ialah 'ARADH (AINA/TEMPAT) DAN ARADH 

**MUSTAHIL ALLAH bersifat besar,kecil,tinggi,putih,wangi,turun naik, semayam(sila/duduk),sakit - semua ini ialah ARADH ( kaifa/keadaan/bagaimana) dan ciri makhluk


TOPIC ISTILAH 

MAUJUD - ada/boleh dilihat - zat Allah dan semua sifat Ma'ani yg 7 ( dapat dilihat di akhirat nanti jika diizinkan Allah )---7 SIFAT MA'ANI ( QUDRAH, IRADAH, ILMUN, HAYAH, SAMA', BASHAR, KALAM )

- HAL - keadaan - seperti sifat Nafsiyyah (WUJUD) dan Ma'nawiyyah (KAUNUHU QADIRAN, MURIDAN, ALIMAN, HAYYAN, SAMI'AN, BASHIRAN, MUTAKALLIMAN )

AMRUN I'TIBARI - ada pada fikiran/gambaran akal - seperti sifat Salbiyyah (QIDAM,BAQA', MUKHALAFATUHU LIL HAWADITS, QIYAMUHU BI NAFSIHI, WAHDANIYYAH ) (pendapat muktamad : Sifat Nafsiyyah dan Ma'nawiyyah termasuk dalam amrun i'tibari )

- MA'DUM - tiada ada sama sekali - sperti syarik al bari - ( tuhan selain Allah , anak atau isteri bagi Allah )




TOPIC 20 SIFAT WAJIB + 20 SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

- SIFAT WAJIB VS SIFAT MUSTAHIL

= Wujud ( ada) -- "Adam ( tiada )

= Qidam (sedia ada/tanpa permulaan bagi wujud Allah) -- Huduts (baharu)

= Baqa'(kekal ada/tiada penghujung bagi wujud Allah) -- Thuru al-'adam( kedatangan tiada/binasa)

= Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadits ( berbeza Allah dengan makhluk /tiada persamaan dgn makhluk ) -- sama dengan segala sesuatu

= Qiyamuhu bi nafsihi ( Allah berdiri dgn sendiriNya /tidak berhajat kepada zat dan pencipta lain) -- berhajat pada zat dan pencipta lain.

= Wahdaniyyah ( esa/tidak banyak) -- Banyak

= Qudrah(PEkuasa) -- Lemah

= Iradah (perkehendak) -- Terpaksa

= 'Ilmun(pengetahuan) -- Jahil

= Hayah(Pehidup) -- Mati

= Sama'(pedengar) -- Pekak

= Bashar(pelihat) -- Buta

= Kalam(pekata) -- Bisu

= kaunuhu Qadiran(keadaan Allah berpekuasa/ada sifat pekuasa) -- lemah

= kaunuhu Muridan(keadaan Allah berpekehendak/punyai sifat pekehendak) -- terpaksa

= kaunuhu 'Aliman(keadaan Allah berpengetahuan/punyai sifat pengetahuan) -- jahil/tidak mengetahui

= kaunuhu Hayyan(keadaan Allah berpehidup/punyai sifat pehidup) -- mati

= kaunuhu Sami'an(keadaan Allah berpedengar/punyai sifat pedengar) -- pekak

= kaunuhu Basiran(keadaan Allah berpelihat/punyai sifat pelihat) --  buta

= kaunuhu Mutakalliman(keadaan Allah berpekata/punyai sifat pekata) -- bisu

**SIFAT MA'ANI MENGGUNAKAN KATA "PE" DI DEPAN SIFAT DAN BUKAN "BER" ATAU "MEN"



TOPIC MEMAHAMI SIFAT MA'ANI 

- tujuan : untuk mentanzihkan ( mensucikan ) Allah dari  serupa dengan makhluk

Allah Mendengar ( dengan sifat sama' - pendengar ) -- bukan dengan telinga kerana telinga ialah jirim/alat. Allah bukan jirim atau alat. , Allah tidak memerlukan jirim atau alat

Allah Melihat ( dengan sifat Bashar - pelihat ) -- bukan dengan mata kerana mata ialah jirim/alat. Allah bukan jirim/alat. Allah tidak memerlukan jirim atau alat.

- Allah berkata-kata ( dengan sifat kalam - pekata ) - bukan dengan lidah kerana lidah ialah jirim/alat. Allah tidak memerlu jirim atau alat

**manakala , manusia mendengar dengan SIFAT ( iaitu sama'/pedengar ) bukan dengan telinga, kerana orang pekak ada telinga tapi tidak boleh mendengar sebab org pekak tiada sifat pedengar. sama seperti orang mati . 

sama juga untuk sifat melihat dan bercakap.

**golongan yg iqtikad Allah mendengar dengan telinga, lihat dengan mata, cakap dgn lidah tetapi telinga,mata,lidah pada Allah tidak sama dengan telingan,lidah,mata makhluk , dia masih TIDAK KAFIR tapi iqtikadnya ialah IQTIKAD ORANG FASIQ DAN MUBTADI' ( AHLI BID'AH DOLALAH/SESAT) ...sama juga kes dengan golongan beriqtikad Allah ada tangan,tapi tangan x sama dgn tangan makhluk, ada muka tapi tidak sama dgn muka makhluk, bersemayam atas arasy tapi bersemayam tidak sama dgn makhluk --- iNI SUME AKIDAH SESAT DAN JADI FASIQ DAN MUBTADI'( AHLI BID'AH DOLALAH/SESAT)



TOPIC PEMBAHAGIAN SIFAT ALLAH

ADA 4 BAHAGIAN :

1) Nafsiyyah

2) Salbiyyah 

3) Ma'ani

4) Ma'nawiyyah


huraian :

1) NAFSIYYAH 

- yakni sifat Wujud , sifat yg berhubung dengan zat Allah 

2) SALBIYYAH

 - bererti nafi kerana setiap sifatnya menafikan kekurangan zat dan sifat Allah

( kefahaman dari menafikan segala yg tidak layak bagi Allah )

mensucikan Allah dari Tasybih (serupa makhluk) dan Tajsim ( anggota badan )

- 5 sifat ( Qidam, Baqa' , Mukholafatuhu lil Hawadits, Qiyamuhu bi Nafsihi, Wahdaniyyah )

3) MA'ANI

 - 7 sifat ( Qudrah,Iradah,'Ilmun, Hayah, Sama', Bashar, Kalam )

4) MA'NAWIYYAH

 - 7 sifat ( Kaunuhu : Qadiran,muridan,'aliman,hayyan, sami'an, bashiran, mutakkaliman )





TOPIC HURAIAN/DALIL/SETIAP  20 SIFAT WAJIB


1 - SIFAT WUJUD

(sifat Nafsiyyah ) 

- cara beriman : WAJIB ALLAH BERSIFAT WUJUD DAN MUSTAHIL BERSIFAT 'ADAM (TIADA

- minimum : kena wajib tahu Allah wujud (ada)

- dalil NAQLI : Allah mencipta langit, bumi, dan segala apa di antara keduanya ( as Sajadah :32) dan hadis Riwayat al Hakim ( Allah ialah Pencipta setiap pencipta dan ciptaanNya )

- IJMAK : umat telah ijmak Allah ada ( maujud )

- dalil AQLI : 

---> wujud Allah dibukti dengan ADANYA SEMUA MAKHLUK (ATAU ALAM) ciptaan Allah sekalian alam seperti langit, bumi, manusia dll, setiap makhluk ialah BAHARU dan setiap yg baharu mustahil terjadi dengan sendirinya. Ia memerlukan Pencipta untuk menjadikannya dan Penciptanya ialah Allah

- contoh hujah ulama' muktabar berkait sifat wujud :

---> 1) seorang arab badwi bertnya dalil wujud Allah, Syeikh Hasan Ayub menjawab, "Najis unta menunjukkan adanya unta, kesan-kesan tapak kaki menunjukkan ada orang berjalan, langit mempunyai buruj, semuanya adalah bukti ada Tuhan yg Maha Pentadbir lagi Maha Pencipta

---->2) lelaki zindiq(atheis) bertanya pada Saiyyiduna Ja'far , dikata oleh sayyiduna "pernahkah kamu alami pengalaman mencemaskan di lautan ? , zindiq berkata dia pernah naiki kapal yg pecah kerana ditiup angin kencang dan dipukul ombak ganas, zindiq itu sempat berpaut pada kepingan papan, tiba2 pautannya terlepas kerana ombak besar hingga membawanya ke tepi pantai. Saiyyiduna Ja'far berkata, "awalnya kamu bergantung pada harap kepada kapal dan anak kapal, lepas itu beberapa kepingan papan, setelah semuanya terlepas , apa kah yg kamu hanya menyerah diri kepada kematian atau masih  berharap utk selamat ? dia menjawab , "aku pasti masih berharap untuk selamat". Sayyiduna Ja'far bertanya, "dari siapakah kamu MASIH MENARUH HARAPAN UNTUK DISELAMATKAN ?" Zindiq terdiam , Sayyiduna Jafar menjawab , "sesungguhnya Tuhan Maha Pencipta yg kamu harapkan ketika itu. Dialah yg menyelamatkan nyawa kamu dari mati lemas " . Lelaki itu akhirnya memeluk islam di hadapan Sayyiduna Ja'far.

-----> 3) beberapa lelaki mulhid(atheis)  menyerbu Imam Abu Hanifah untuk mencederakannya, imam Hanafi berkata pada mereka, "apa pendapat kamu pada lelaki yg berkata, aku melihat kapal yg penuh berisi barang-barang, tanpa kapten dan anak-anak kapal, mengharungi lautan yg bergelora dan tiupan angin kencang. Ia belayar lurus dengan baik sekali , tanpa menghala ke kiri atau ke kanan. Imam hanafi bertanya, "adakah perkara ini boleh diterima dengan akal ? " 

Mereka menjawab ,"ia suatu perkara pelik yang tidak boleh diterima dengan akal sekali-kali."

imam hanafi berkata, "subhanallah", jika mustahil sebuah kapal tanpa pengemudi dapat berjalan dengan baik dalam suasana laut bergelora dan angin kencang , maka bagaimana mungkin dunia yg pelbagai keadaan bentuk muka bumi, sangat luas terbentang serta banyak pula kawasan , boleh stabil tanpa ada Pencipta dan Pemeliharanya ?"

semua mereka menangis dan membenarkan perkataan Imam Abu Hanifah , lalu bertaubat di hadapannya


----->4) Imam Syafi'i ditanya 17 orang yg tidak percaya kewujudan Allah tentang dalil wujud Allah. beliau bertanya, "adakah daun pokok kertau sama rasa , bau, dan tabiatnya?"

mereka menjawab,"ya"

imam syafi'i berkata, "ketika ia dimakan oleh ulat sutera, ia menghasilkan sutera daripadanya. Ketika dimakan oleh lebah, ia menghasilkan madu, ketika dimakan oleh kambing biri-biri, ia mengeluarkan najis dan ketika ia dimakan kijang, ia menghasilkan kasturi di dalam kantung pundi-pundinya. Justeru, siapakah yang menciptakan hasil yang berbeza itu walaupun daripada daun yang sama?"

mereka akui kebenaran itu dan memeluk islam di hadapan imam syafi'i.


---> 5) Imam Ahmad bin Hanbal juga pernah ditanya tentang dalil kewujudan Allah, beliau menjawab , " Lihatlah pada sebiji telur, sebuah kota yang utuh lagi licin yang tidak mempunyai pintu dan lubang laluan. Luarannya seperti perak putih dan dalamnya seperti emas tulin. Ajaibnya, ketika dindingnya terbelah, keluarlah seekor binatang yang boleh mendengar, melihat, mempunyai bentuk yang cantik dan suara yg merdu. Siapakah yang menjadikan semua ini ?"


---->6) ketika remaja, Imam Hanafi berdebat dengan seorang dahri(org tidak percaya wujud Allah). ketika itu Imam Hanafi di bawah mimbar dan dahri di atas.

D : Adakah Allah maujud ?

IH : Ya.

D : Dimana ?

IH : Allah ada tanpa tempat.

D : Bagaimana mungkin sesuatu yg maujud tidak bertempat.?

IH: Dalilnya ada pada diri mu. Bukankah kamu ada nyawa, di manakah letaknya nyawa kamu itu ? di kepala, di perut , atau di kaki kamu ?

( dahri terpinga2 tanpa berkata2), imam hanafi meminta susu. diberi pada dahri dan bertanya

IH: adakah ada minyak di dalam air susu ini ?

dahri : ya

IH : di mana kah letaknya minyak dalam susu ni ? di sebelah atas atau di bawah susu ?

(sekali lagi dahri terpinga2 tanpa berkata2)

IH: seperti mana nyawa tidak bertempat di dalam tubuh dan minyak tidak bertempat dalam susu, maka begitu lah Allah ada tanpa tempat. 

rujukan : 'Aqidah an-Najin fi'Ilm Ushul ad Din , ms 7-9 ), teks arab : Fath al Majid fi Syarg ad Dur al Farid fi'Ilm at Tauhid , ms 13-14 )



2- QIDAM 

( sifat salbiyyah )

- cara beriman : wajib Allah bersifat Qidam (sedia ada/tiada permulaan ) dan mustahil atasNya bersifat dengan Huduts ( ada setelah didahului oleh tiada )

- dalil : Rasulullah bersabda, "Dia lah Allah yang pada waktu itu, tidak ada sesuatu pun selain Nya " (Riwayat Bukhari, Baihaqi dan Ibnu Jarud )

- Dalil Naqli : "Dia lah Yang Awal dan yang Akhir " - surah al Hadid 57:3

                       Doa Rasulullah, "Ya Allah, Engkau yang mula, tidak ada sesuatu pun sebelumMu" (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, at Tirmizi, al Baihaqi )

- Dalil Aqli : Jika Allah bukan Qadim, maka Allah adalah baharu(hadits), dan memerlu Pencipta lain utk menjadikanNya. Ia adalah mustahil




3- BAQA' 

( sifat salbiyyah )

- cara beriman : wajib Allah bersifat Baqa' ( kekal/tidak ada pengakhiran ) dan mustahil bersifat 'Adam ( tiada ) atau fana' ( binasa /musnah/lenyap )

- dalil Naqli : "surah al hadid 57:3 - Dialah yang Awal dan yang Akhir " dan 

                    : "surah ar rahman 55:27 - Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan"

- dalil Aqli : jika Allah binasa ( ada pengakhiran ) , maka Allah akan bertukar menjadi baru/hadits (atau makhluk) kerana hanya makhluk sahaja yg boleh binasa. ia mustahil kerana sifat Qadim dan Baqa' dimilikiNya membuktikan Allah bukan makhluk.





4- MUKHALAFATUHU TA'ALA LIL HAWADITS

( sifat salbiyyah )

- cara beriman : wajib Allah bersifat dengan Mukhalafatuhu lil hawadits ( berlawanan dengan segala yg baharu / tidak serupa dengan segala yg baru / (makhluk) dan mustahil atasNya bersifat dengan Mumatsalah lil hawadits ( serupa dengan segala yg baru/makhluk )

- Allah tidak sama dengan yg baharu (makhluk) sama ada ia telah ada atau belum ada sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan.

- ZAT = zat Allah tidak mempunyai jirim yang MEMERLUKAN LAPANG/RUANG seperti kayu, tumbuh-tumbuhan , TIDAK PUNYAI ANGGOTA BADAN , BUKAN PEPEJAL, BUKAN CECAIR

- SIFAT('ARADH) = Allah tidak mempunyai pihak atau ARAH yang 8 seperti di kanan,kiri, atas, bawah, hadapan, atau belakang , dalam atau luar, 

                              = Allah TIDAK BERADA di mana-mana salah satu pihak atau arah yang 8 ( di                                           kanan/kiri, atas-bawah, hadapan-belakang , dalam-luar )

                              = Tidak bergerak, tidak turun, tidak naik, tidak datang , tidak pergi 

                              = Tidak berubah, umpamanya daripada besar kepada kecil, kuat kepada lemah dll

                              = Tidak bertempat (makan) seperti di dalam alam, di luarnya di atas langit atau di                                        atas Arasy 

                              = Tidak terikat dengan masa (zaman)

                              = Tidak bersifat kecil, besar, panjang , pendek dll

***kitab at tahzib : ms 36 - " setiap apa sahaja yang tergambar di dalam benak fikiranmu, maka Allah ta'ala berbeza dari semua perkara itu. Allah tidak mempunyai arah(pihak), tidak mempunyai tempat dan tidak terikat dengan waktu "

PERBUATAN = perbuatan Allah boleh memberi bekas( sifat Pekuasa Qudrah ada pada Allah , maka                                  Allah berkuasa menjadikan manusia. terjadi manusia ini, itu lah BEKAS (ta'sir) dari                                 perbuatan Allah iaitu menjadikan atau mencipta

                          = Tidak memerlukan alat atau perkakas ( Allah tidak memerlukan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, lidah utk berkata-kata kerana Allah mendengar dengan sifat Sama' (Pedengar) , melihat dengan sifat Bashar (Pelihat) , berkata-kata dengan sifat Kalam(Pekata).

                         = Tidak memerlukan pembantu

                         = Tidak mengambil faedah daripada perbuatan dan hukum-hakamNya

                         = Tidak ada yang sia-sia

Dalil Naqli  : " tiada sesuatu pun yang sebanding dengan ( ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya - surah Asy Syura 42:11 )

**cara hindari bisikan syaitan : jika datang bisikan jika Allah bukan jirim, bukan sifat, bukan seluruhnya dan bukan sebahagiannya, jadi bagaimana hakikat Allah itu ? --- jawapan : Tidak ada seorang pun yang tahu perkara ini melainkan Allah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana , firman Allah, "Tiada sesuatu pun yang serupa dengan ( zatNya, sifat2Nya, pentadbiranNya ), Dialah yg Maha Mendengar, Maha Melihat ( as Syura 42:11 ) 

**ciri-ciri Dajal : pemuda, tidak berjanggut , tidak bermisai, buta kiri seolah2 mata kiri tiada, mata kanan bercampur darah, ditutupi kulit tebal,, antara matanya tertulis KAFIR dalam jawi, tubuh gemuk, tinggi 80 hasta ( 36 meter ) , lebar antara kedua-dua bahunya 30 hasta ( 13.5 meter ), lebar dahinya 2 hasta ( hampir 1 meter ) , terdapat tanduk pecah di kepalanya, dari situ ular-ular akan keluar. rambutnya seperti ranting-ranting pokok dan salah satu tangannya lebih panjang dari yg lain - kitab Fath al Majid : ms 26 )

**para ulama' mengatakan : "sesiapa yang meninggalkan bertanya 4 perkara , maka SEMPURNAlah imannya, iaitu , Di mana Allah , Bagaimana keadaan Allah, Bila adanya Allah dan Berapa bilangan Allah itu ? "

** jika ada bertanya di mana Allah, jawab lah , " Allah tidak berada pada suatu tempat dan tidak terikat dengan masa kepada Nya"

**jika ada bertanya bila Allah ada, jawablah, " bagi Allah ada awal tanpa permulaan dan ada akhir tanpa penghabisan (binasa)"

**jika ada ayat-ayat Quran  atau hadis yg menunjukkan seolah-olah Allah ada tangan, muka, tumit, atau ada tempat sperti di arasy,langit atau bumi, dalam erti lain nas2 yg membawa pemahaman Allah menyerupai makhluk (tasybih) atau ada anggota badan sperti makhluk (tajsim) , MAKA WAJIB DITAKWIL NAS2 ITU.  - KITAB AT TAUDHIHAT AL JALIYYAH ms 54-55

**dalam AT TAHZIB ms 36, disebut , "maka apabila engkau berjumpa dalam firman Allah atau sabda RasulNya apa-apa yang mewahamkan (membawa kepada) persamaan Allah dengan makhluk, maka janganlah engkau beriktiqad dengan (makna) ZAHIRNYA, kerana menjadi IJMAK ULAMA' untuk mentakwilnya iaitu mengalih makna dari makna zahirnya."

**MUJASSIMAH - dihukum kafir ( mujassimah mengatakan Allah ada jisim (tubuh badan atau anggota badan ) seperti makhluk dihukum kufur - KITAB FATH AL MAJID : ms 25 

**Imam Ibrahim al Laqqani dalam Jauharah at Tauhid , " Dan setiap nas yang mewaham ( membawa kepada) tasybih, maka takwilkan lah (alihkan makna yg mustahil pada Allah kepada makna yg layak kepadaNya ), atau tafwidhkanlah(serahkan maknanya kepada Allah) dan maksudkanlah untuk mentanzih(mensucikan Allah dari serupa dengan makhluk )

**iqtikad ASWJ suci dari meyakini Allah bertempat(tahayyuz) termasuk di langit dan beranggota badan kerana ia membawa kepada MENYERUPAKAN Allah dengan makhluk(tasybih) dan mengatakan Allah ada anggota badan seperti makhluk(tajsim)

**jika ada seorang berdoa dalam keadaaan kepala atau kedua tangan diangkat ke langit, maka itu adalah kerana langit adalah kiblat doa seperti mana Kaabah adalah kiblat solat. ( kitab At TAUDHIHAT AL JALIYYAH :ms 64 )

**Maka yakinlah Allah ada tanpa tempat, BUKAN DI LANGIT dan Allah tidak mempunyai anggota badan seperti tangan,muka, telinga, mata dan lidah . 

-----> Sayyiduna Ali (40H) berkata, "ADALAH ALLAH TELAH ADA SEJAK AZALI TANPA TEMPAT DAN DIA SEKARANG KEKAL SEPERTI AZALI DAHULU (IAITU TIDAK BERTEMPAT) ---dalam kitab al Farq bain Al Firaq :ms 333)

----> Imam Abu Manshur al Baghdadi (429H)  dalam kitab nya Al Farq baina Al Firaq (ms 256) menyebut " mereka(ulama' ASWJ ) telah IJMAK (sepakat) mengatakan bahawa sesungguhnya Allah TIDAK DILIPUTI OLEH TEMPAT ( iaitu tidak bertempat ) dan TIDAK DILALUI OLEH MASA"

------> Imam al Juwaini (478H) dalam Al Irsyad ila Qathi' al-'Adillah fi ushul al-t'tiqad (ms 58) menyebut " dan mazhab Ahlul Haq (golongan benar) seluruhnya IJMAK (sepakat) mengatakan sesungguhnya Allah SUCI DARI MENGAMBIL RUANG/TEMPAT(TAHAYYUZ) DAN DARI DIKHUSUSS DENGAN MANA-MANA ARAH"

------> Imam Abu Ja'far at Thahawi (321 H) dalam risalah Al-'Aqidah ath Thahawiyyah (ms 28) menyebut , " Maha Suci Allah dari SEGALA BATASAN, PENGHUJUNG, SUDUT, ANGGOTA BESAR DAN KECIL , DAN TIDAK DILIPUTI OLEH ARAH YG 6 ( KANAN-KIRI, ATAS-BAWAH, DEPAN-BELAKANG ) SEPERTI MANA SELURUH MAKHLUK (yang lain)"

-------> Imam Ar Rifa'i (578H) dalam kitab Al-Burhan al-Mu'ayyad , ms 17-18 , menyebut, "BERSIHKAN AQIDAH KAMU DARI MENAFSIRKAN "ISTIWA" PADA HAK ALLAH DENGAN MAKNA ISTIQRAR ( MENETAP DI SUATU TEMPAT ) SEPERTI TETAP/DUDUKNYA JISIM DI ATAS JISIM YG LAIN YG MELAZIMKAN ( MEMBAWA KEPADA) MENGAMBIL TEMPAT. MAHA SUCI ALLAH DARI TAFSIRAN TERSEBUT. DAN JAUHKAN DIRI KAMU DARI PERKATAAN ZAHIR YANG MEMBAWA MAKNA ARAH ATAS,ARAH BAWAH, ADA TEMPAT, ADA TANGAN, ANGGOTA MATA, TURUN DGN MAKNA DATANG DAN BERPINDAH-PINDAH."

-------> Imam al Bajuri , dalam kitab Tijan ad-Darari (ms 9), menyebut , "MAKA, TIDAK ADA BAGI ALLAH TANGAN, MATA, TELINGA, DAN SELAIN DARI PERKARA ITU YG TERMASUK DARI SIFAT-SIFAT MAKHLUK"

------> Syeikh Muhammad alFudhali dalam Kifayah al'Awwam (ms 60) , menyebut , "MAKA ALLAH SUCI DARI BERANGGOTA BADAN TERMASUK MULUT, MATA, TELINGA DAN SELAINNYA"

-----> Imam Habib Abdullah al Haddad (1132 H) menyebut dalam kitabnya An-Nasha'ih ad Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah (ms 433), DAN DIA MAHA SUCI DARI DILINGKUNGI OLEH MASA , DAN TEMPAT SERTA MAHA SUCI DARI SERUPA DENGAN MAKHLUK. DAN ALLAH TIDAK DILIPUTI OLEH JIHAH (ARAH YANG 6 ) DAN TIDAK DIPENGARUHI OLEH MAKHLUK"

-----> ULAMA'  DAN IMAM LAIN YG MENYEBUT PERKARA SAMA DALAM MENTANZIH(MENSUCI) ALLAH DARI BERTEMPAT DAN BERANGGOTA BADAN 

termasuk :

- Imam Hanafi (150H) - dalam AL FIQH  AL AKBAR (MS 6), AL FIQH AL ABSATH (MS 12)

- Imam Asy Syafi'i (204H) - dalam ITTIHAF AS-SADAH AL-MUTAQQIN ( 2/23) 

- Imam Hanbali (231H) - dalam AL BAZ AL ASYHAB (MS 56), IDHAH AD DALIL(MS 108), 

- Imam Ghazali (505H) - dalam Qawa'id al 'Aqa'id (1/108)

- Imam Fakhruddin ar Razi (606H) - dalam At Tafsir al Kabir

- Imam Ibnu Hajar al Asqalani (852H) dalam Fath al Bari (6/136, 334 )

- Imam al Baihaqi (458 H) dalam Al Asma; wa ash Shifat ( ms 400 )

- Imam al Qurthubi (671H) dalam tafsirnya AL Jami' li Ahkam al Quran  (3/278)

- Imam Nawawi (676 H) dalam Syarh Shahih Muslim (3/19)

- Imam Jalaluddin as Sayuthi (911H) dalam Syarh Sunan an-Nasa'i (1/576)

- Imam Ibnu Hajar al Haithami (974 H) dalam Al Minhaj al Qawim 'ala al Muqaddimah al Hadhramiyyah(ms 224)

dll

- ulama' tanah melayu pula :

- Syeikh Daud al Fathani ( 1262H) dalam Ad Dur Ats Tsamin (ms 23)

- dll (begitu banyak senarainya ) rujuk ms 138-139(sifat 20 - pengenalan asas )





5- QIYAMUHU BI NAFSIHI 

( sifat salbiyyah )

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dgn Qiyamuhu bi nafsihi (berdiri sendiri/ tidak berhajat kepada yang lain ) iaitu Allah tidak memerlukan zat lain untuk menempatkan diriNya pada zat itu dan mustahil atasNya berhajat kepada zat dan yang lain untuk menjadikan Nya )

- Dalil Naqli : "sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk. - ( surah al ankabut 29:6 ) , juga boleh lihat Thaha 20:111 dan Fathir 35:15

- Dalil Aqli : Jika Allah memerlukan pencipta/penentu untuk menciptakanNya , tentu Allah bertukar menjadi baharu (makhluk). ia mustahil kerana Allah bukan baharu(makhluk) kerana Allah bersifat Qidam dan Baqa' 






6- WAHDANIYYAH

- ( sifat salbiyyah )

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dgn Wahdaniyyah ( Esa/tidak berbilang-bilang/tidak banyak )pada zat ,sifat dan af'al(perbuatan ) dan mustahil atasNya bersifat dgn tidak Esa/berbilang-bilang pada zat,sifat dan af'al(perbuatan) itu. 

Esa pada zat - zat Allah tidak bercantum atau tidak tersusun dari :

---> juzuk juzuk seperti darah, daging, tulang, urat dll

---> anggota anggota seperti tangan, kaki, kepala dll

- erti lain, ia menafikan kuantiti yang tercantum pada zat Allah 

- jika zat Allah murakkab(tersusun) , maka ia adalah makhluk (bukan qadim) kerana apa sahaja yg tersusun pasti memerlukan penyusunnya. ia mustahil atas Allah

- Esa pada sifat - Allah tidak mempunyai 2 atau lebih sifat yang sama seperti 2 atau 3 qudrah

- Esa pada perbuatan - tidak ada sesiapa pun yg bersama-sama terlibat dalam mana-mana perbuatan Allah. Semua perbuatan adalah milik Allah.

- wajib diyakini bahawa mana-mana perbuatan yang disebabkan oleh ikhtiar manusia seumpamanya seperti memukul sesuatu, ialah diciptakan oleh Allah tetapi diusahakan oleh manusia 

- seorang hamba tidak sekali-kali memberi bekas pada sesuatu. hamba boleh berusaha dan memilih secara zahirnya

- Hakikatnya, Allah sahaja yang menciptakan taat, maksiat, manfaat, mudarat, kekayaan dan kemiskinan . Api tidak dapat membakar, pisau tidak dapat memotong, makanan tidak dapat mengenyangkan melainkan dengan izin Allah

- Dalil Naqli : "katakanlah (wahai muhammad), "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa" - surah al ikhlas 112:1) , dalil lain ( al baqarah 2:163), (az zumar 39:4), (al anbiya' 21:22), (al isra' 17:42-43)

                    = sabda Rasulullah, " Sesungguhnya Allah ganjil, Dia menyukai yang ganjil"(riwayat at-tirmizi dan an nasa'i)

- Dalil Aqli = jika Allah bukan Esa, tentulah Allah banyak (lebih dari Esa) . jika Allah lebih dari 1 atau banyak, maka ia menunjukkan Dia lemah. 





7- QUDRAH

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dengan Qudrah(Pekuasa ) yang dengannya Allah mengadakan setiap mumkin (makhluk) atau meniadakannya dan mustahil atasNya bersifat dengan lemah .

- dalil Naqli = "sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu " (al baqarah 2:20), dalil lain ( al Fathir 35:44)

                  = doa rasulullah , "Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Dialah sendiri Nya, tiada sekutu bagi Nya, Bagi Nya kerajaan dan segala puji dan Dialah Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu " ( riwayat Al Bukhari, Muslim , At Tirmizi, al Hakim, al Baihaqi )

- Dalil Aqli = Jika Allah tidak bersifat dengan Qudrah, maka Allah bersifat lemah. Jika Allah lemah, maka tidak mungkin Allah dapat menjadikan makhluk (baharu/hawadits) sedangkan makhluk ciptaan Allah sudah jelas terbentang dan nyata dilihat dengan mata. 

- Allah menjadikan atau meniadakan makhluk dengan kesepaduan 4 sifatNya ( Qudrah(pekuasa) , Iradah(Pekehendak), 'Ilmun(Pengetahuan) dan Hayah(Pehidup), jika salah satu dari 4 sifat ini tidak ada, maka segala makhluk akan TIDAK ADA. 

***majazi(kiasan) = pisau memotong daging itu, api membakar kayu ---

     Hakikat(Haqiqi)= bukan pisau atau ketajamannya yg memotong tapi Allah, bukan api dan kepanasannya membakar tapi Allah

***oleh kerana manusia tidak boleh memberi bekas sama sekali, manusia dikatakan "majbur"(terpaksa) dari segi batin , tetapi "mukhtar"(boleh memilih) dari segi zahir.

***Jangan pandang hina terhadap orang lain yang mungkin tidak sempurna atau cacat kerana setiap ciptaan Allah adalah mengikut ilmu (ilmun) dan kehendak(iradah) Allah dan ada HIKMAHNYA TERSENDIRI.





8- IRADAH

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dengan Iradah(Pekehendak) yang dengannya Allah menentukan sesuatu terhadap makhluk (atau mungkin) dan mustahil atasNya bersifat dengan terpaksa dalam menentukan sesuatu

**Allah menentukan sesuatu dengan kemahuan dan di bawah pemerintahanNya , bukan bermaksud Allah berhajat atau mempunyai keinginan kerana berhajat adalah mustahil atas Allah . 

**Allah menentu sesuatu terhadap makhluk : lahir, meninggal, kaya,miskin, pandai, jahil, putih, hitam, panjang, pendek dll

**Setiap sesuatu yg ada dan berlaku dalam alam ini ialah mengikut kehendak dan ketentuan Allah , bukan kerana Allah melakukannya secara terpaksa, lalai atau lupa, keliru .

**Iradah Allah menentukan 6 perkara terhadap makhluk iaitu ( ADA-TIADA, TEMPAT, ARAH, SIFAT, KADAR/BATASAN , MASA )

**Tidak boleh sandar sifat buruk atau tidak baik pada Iradah Allah kecuali ketika mengajar ilmu sahaja, sebagai menjaga adab pada Allah. 

- Dalil Naqli : "Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya" - surah al Buruj 85:16

                    : lain ( ali imran 3:26, an nahl 16:40 , al Qashah 28:68 , Asy Syura 42:49 )

                    : Rasulullah bersabda, " Apa sahaja yang dikehendaki Allah akan terjadi dan apa sahaja yang Dia kehendaki (untuk tidak berlaku) , tidak akan terjadi " - Riwayat An Nasa'i, At Thabrani, Abu Dawud, Al Baihaqi 

- Dalil Aqli : Jika Allah tidak bersifat Iradah, maka Allah bersifat dengan terpaksa atau lalai atau terlupa. jika demikian, Allah lemah dan sifat ini mustahil bagi Allah




9- 'ILMUN 

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dgn 'Ilmun (pengetahuan) dan mustahil atasNya bersifat dengan jahil (tidak tahu ).

- Dalil Naqli : "Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (Surah Al Hujurat 49:16) ,

                    : lain ( al Mujadalah 58:7, Ath Thalaq 65:12, Qaf 50:16)

                    : Doa Rasulullah, " Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam daripada fitnah, hembusan, dan racunnya" (Riwayat Abu Daud, At Tirmizi, an Nasa'i )

- Dalil Aqli = Jika Allah jahil(atau tidak mengetahui) , maka ia mustahil atas Allah kerana ia sifat kekurangan

                   


10- HAYAH

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman : wajib bagi Allah bersifat dgn Hayah (Pehidup) dan mustahil atasNya bersifat dengan mati

- definisi : Hayah bermaksud sifat wujudi(ADA dan SUNGGUH) yg membenarkan kepada yang berdiri padanya Idrak (mengetahui)

Allah hidup tanpa permulaan dan kesudahan , tanpa dengan roh , daging dan darah. 

- Dalil Naqli = "dan berserahlah engkau kepada Allah, Tuhan Yang Hidup , Yang tidak mati " ( surah al Furqan 25:58) , dalil lain : surah Thoha 20:111

                    = Doa rasulullah , "Ya Allah , Wahai Yang Maha Hidup , Wahai Yang Maha Qayyum" -Riwayat al Hakim dan An Nasa'i;

- Dalil Aqli = jika tidak bersifat Hayah, maka Dia mati, ia mustahil atas Allah kerana ia sifat kekurangan. 




11- SAMA'

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman  =  wajib bagi Allah bersifat dgn Sama' (Pedengar) dan mustahil  atasNya bersifat dengan tuli

**Allah mendengar setiap yang ada tanpa ada sembunyi sebagai tambahan kepada tahu terhadap sesuatu tanpa terselindung 

**Allah mendengar segala yang maujud(ada) , sama ada itu qadim atau baharu, yang bersuara dan tidak bersuara, jauh atau dekat, tanpa dengan telinga dan perantaraan bunyi atau tidak kerana Allah mendengar DENGAN SIFAT PEDENGAR ( SAMA') BUKAN DENGAN ALAT ( IAITU TELINGA )

**sama dengan , Allah boleh melihat sesuatu yang ada sama ada ia qadim atau baharu, ada berupa atau tidak, jauh atau dekat, ada perantaraan cahaya atau tidak kerana Allah MELIHAT DENGAN SIFAT PELIHAT(BASHAR) , BUKAN DENGAN ALAT (IAITU MATA)

- Dalil Naqli = "dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui (al Baqarah 2:256 )

                     = dalil lain : al Mujadalah 58:1 dan Thaha 20:46

                    = sabda Rasulullah , ( ketika baginda melalui sekumpulan orang ramai yg berdoa supaya Allah menurunkan hujan, mereka berdoa dengan suara yang kuat, ) " Wahai manusia, tenangkanlah diri kamu - maksudnya perlahankanlah suara ketika berdoa - Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang tuli atau yang buta, tetapi kamu berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat 

                        (riwayat al Bukhari, Muslim, an Nasa'i dan Abu Dawud )

- Dalil Aqli = Jika Allah tidak bersifat Sama'(Pedengar), maka Dia akan bersifat tuli/pekak, mustahil kerana ia sifat kekurangan. Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan .




12- BASHAR

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman  =  wajib bagi Allah bersifat dgn Bashar (Pelihat) dan mustahil atasNya bersifat dengan buta

**Allah melihat setiap yg ada tanpa ada sembunyi sebagai tambahan kepada tahu terhadap sesuatu tanpa selindung

**Allah melihat segala yg maujud(ada) termasuk yang qadim (iaitu zat dan sifat2 ma'ani Nya sendiri) atau baharu ( iaitu zat alam ini dengan segala sifat alam),  berupa atau tidak ada rupa,  jauh atau dekat, tanpa dengan mata, tanpa dengan perantaraan cahaya.

- Dalil Naqli = "sesungguhnya Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" -

                         surah alHujurat 49:18 , Asy Syura 42:11

                    = sabda Rasulullah , ( ketika baginda melalui sekumpulan orang ramai yg berdoa supaya Allah menurunkan hujan, mereka berdoa dengan suara yang kuat, ) " Wahai manusia, tenangkanlah diri kamu - maksudnya perlahankanlah suara ketika berdoa - Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang tuli atau yang buta, tetapi kamu berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat 

                       (riwayat al Bukhari, Muslim, an Nasa'i dan Abu Dawud )

- Dalil Aqli = Jika Allah tidak bersifat dengan Bashar, maka Dia bersifat buta, ia mustahil kerana ia sifat kekurangan . 



13- KALAM

- ( sifat ma'ani)

- cara beriman  =  wajib bagi Allah bersifat dgn Kalam(pekata) dan mustahil atasNya bersifat dengan bisu

**sifat pekata Allah tidak ada huruf, tidak ada suara, tiada dua bibir dan tiada lidah

(kalam bersifat tidak terdahulu, tidak terkemudian, tiada kesalahan, tidak ada sihat atau sakit, tiada huruf , tiada suara, tiada 2 bibir dan tiada lidah - ialah sifat PEKATA , bukan perbuatan berkata-kata )

** Maha Suci Allah dari "BERDIAM DIRI" dengan tidak bercakap dan dari "kerosakan batin" iaitu tidak mampu bercakap sebagaimana terjadi ketika manusia bisu atau ketika masih bayi

**Allah ada sifat Kalam (Pekata) sampai bila-bila , bukan perbuatan berkata-kata.

**kalam Allah (al Quran ) di Lauh Mahfuz dalam bahasa Arab sedangkan kalam Allah yg ismi/nafsi/Pekata tidak berbangsa, tidak berhuruf dan tidak bersuara.

**Jenis-jenis kalam

i - ( kalam ismi/nafsi - sifat pekata atau ma'ani , tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak dahulu, tidak kemudian ) - Qadim

ii - Kalam Nafsani - hendak/ingin berkata2, tidak berhuruf, tidak bersuara, banyak bukan satu, kalam dalam firman "nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis" (surah Luqman 31:27) - Qadim jika disnisbah pada Allah

iii - Kalam Mashdari - berkata-kata, bercakap , ada suara - Baharu

iv - Kalam Lafzhi/Hissi - Perkataan/percakapan (ada suara dan huruf) , Quran yg bertulisan/huruf - Baharu

- Dalil Naqli = "dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata"(secara langsung, tidak ada perantaraan ) - surah An Nisa' 4:164, dalil lain al a'raf 7:143 

                    = Rasulullah bersabda, "tidaklah seorang daripada kamu melainkan Tuhannya akan berbicara dengannya pada hari kiamat , tidak ada perantara antara dirinya dan Tuhannya" - Riwayat al Bukhari , at Tirmizi, At Thabrani, ibnu Majah , al Baihaqi

**harus diingat, TIDAK BOLEH DIFAHAMI bahawa terjadi dialog percakapan antara Allah dan Nabi Musa . Apa terjadi ialah Allah memBUKA HIJAB yg ada pada nabi Musa, lalu memberi keizinan pada nabi Musa untuk mendengar kata-kata Allah yg Qadim , ketika itu Malaikat Jibril ada bersama nabi Musa tetapi Malaikat Jibril tidak mendengar apa yang difirmankan oleh Allah pada nabi Musa.

**Hadis nabi , riwayat imam Thabrani dari ibnu Zubair, rasulullah bersabda,"Allah telah mewahyukan kepada nabi Musa : "sesungguhnya Aku telah menjadikan untukmu 10 000 pendengaran sehingga engkau boleh mendengar Kalam-ku dan 10 000 lidah sehingga engkau boleh menjawab Ku "

**syeikh al Qudha'i berkata, "sesungguhnya Allah telah berbicara dengan nabi Musa dengan 140 ribu kalimah "

** diriwayatkan, nabi Musa merasakan kelazatan yang tidak terkira mendengar Kalam Allah ketika munajat baginda. Setelah peristiwa itu, baginda menyumbat kedua-dua telinga kerana tidak mahu mendengar suara makhluk yang didengar oleh baginda seperti suara binatang liar. baginda selepas peristiwa itu, dapat mendengar suara tapak kaki semut hitam pada malam gelap gelita sejauh 10 farsakh (lebih kurang 90 km ) , wajah baginda bercahaya selepas peristiwa itu hingga sesiapa yg melihat baginda , matanya akan buta. Nabi Musa mengusap wajah orang tersebut dan penglihatannya pulih semula dengan izin Allah. sehingga ke waktu wafat baginda, nabi Musa selalu menutup wajahnya supaya orang yg melihat baginda tidak akan buta.

**Tidak boleh difahami Allah berkata-kata kemudian diam , kerana Allah SENTIASA SEBAGAI ZAT YG MUTAKALLIM ( ada sifat kalam )

**Nabi Muhammad juga mendengar Kalam Allah yg qadim pada malam isra' mikraj ( rujuk kitab bakunah al amani , ms 45 )

**Allah TIDAK BERADA PADA SUATU TEMPAT DAN ARAH, TETAPI TEMPAT ADA LAH PERLU BAGI MAKHLUK UNTUK MENDENGAR KALAM-NYA ( lihat kitab nur azh Zhalam , ms 32 ) - ia seperti nabi Musa di Bukit Tursina, dan nabi Muhammad di Sidratul Muntaha pada malam mi'raj yang memerlukan tempat untuk mendengar Kalam Allah

**pada hari KIAMAT DAN DI SYURGA, manusia akan mendengar kalam Allah yg Qadim, tanpa suara, huruf,tidak dekat dan tidak jauh. 

- Dalil Aqli = jika Allah tidak bersifat Kalam, maka Dia bersifat bisu, iaitu sifat mustahil atas Allah kerana ia sifat kekurangan. 


SIFAT MA'NAWIYYAH

14- KAUNUHU QADIRAN ( KEADAAN ALLAH YG BERPEKUASA/MEMPUNYAI SIFAT PEKUASA )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpekuasa/mempunyai sifat Pekuasa dan mustahil atasNya berkeadaan yg lemah

- dalilnya seperti dalil sifat Qudrah


15 - KAUNUHU MURIDAN ( KEADAAN ALLAH YG BERPEKEHENDAK/ MEMPUNYAI SIFAT PEKEHENDAK ) 

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpekehendak / mempunyai sifat Pekehendak dan mustahil atas Nya berkeadaan terpaksa dalam menentukan sesuatu

- dalilnya seperti dalil sifat Iradah


16- KAUNUHU 'ALIMAN ( KEADAAN ALLAH YG BERPENGETAHUAN/MEMPUNYAI SIFAT PENGETAHUAN )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpengetahuan/punyai sifat pengetahuan dan mustahil atas Nya berkeadaan yg jahil/tidak mengetahui

- dalilnya seperti dalil sifat 'ilmun (pengetahuan)



17- KAUNUHU HAYYAN ( KEADAAN ALLAH YG BERPEHIDUP/ MEMPUNYAI SIFAT PEHIDUP )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpehidup/mempunyai sifat Pehidup dan mustahil atas Nya berkeadaan yg mati

- dalilnya seperti dalil sifat Hayyah (Pehidup)


18- KAUNUHU SAMI'AN ( KEADAAN ALLAH YG BERPEDENGAR/MEMPUNYAI SIFAT PEDENGAR )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpedengar / mempunyai sifat Pedengar dan mustahil atas Nya berkeadaan yg tuli/pekak

- dalilnya seperti dalil sifat Sama' ( Pedengar )


19- KAUNUHU BASHIRAN (KEADAAN ALLAH YG BERPELIHAT/MEMPUNYAI SIFAT PELIHAT )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpelihat / mempunyai sifat Pelihat dan mustahil atasNya berkeadaan yang buta 

- dalilnya seperti dalil sifat Bashar ( Pelihat )


20- KAUNUHU MUTAKALLIMAN ( KEADAAN ALLAH YG BERPEKATA / MEMPUNYAI SIFAT PEKATA )

- SIFAT MA'NAWIYYAH

- cara beriman = wajib bagi Allah bersifat dgn keadaanNya yang berpekata/mempunyai sifat Pekata dan mustahil atasNya berkeadaan yang bisu 

- dalilnya seperti dalil sifat Kalam (Pekata)



SIFAT HARUS BAGI ALLAH

- 1 SIFAT : " MEMBUAT MUMKIN (MAKHLUK) ATAU TIDAK MEMBUATNYA"

maksud : harus  sahaja bagi Allah sama ada menjadikan makhluk (mumkin) atau tidak menjadikannya , bukan wajib bagiNya, seperti harus Allah menjadikan alam semesta ini, menjadikan seseorang itu kaya, miskin, taat, derhaka dll.

dalam masa sama, harus bagi Allah tidak menjadikan semua yg dicontohkan tadi.

- Dalil Naqli = "dan Tuhanmu menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah juga yang memilih " - ( surah al Qashash 28:68 )

- Dalil Aqli = jika wajib bagi Allah untuk menjadikan atau tidak menjadikan makhluk (mumkin) atau mustahil atas Allah untuk menjadikan atau tidak menjadikan makhluk, tentulah "menjadi" atau "tidak menjadikan makhluk" bertukar menjadi "wajib" atau "mustahil". 


RASUL  = lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu dalam bentuk syarak dan DIPERINTAHKAN/ WAJIB UNTUK SAMPAIKAN PADA KAUMNYA 

NABI = lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu dalam bentuk syarak TETAPI TIDAK  DIPERINTAHKAN  UNTUK SAMPAIKAN PADA KAUMNYA 


SIFAT WAJIB RASUL

- Shiddiq + Amanah + Tabligh + Fathanah

SIFAT MUSTAHIL RASUL

- Dusta - Khianat - Menyembunyikan - Jahil


PERIHAL NABI MUHAMMAD

WAJIB - atas setiap mukallaf tahu :

1 -  NASAB + SILSILAH baginda

**dari pihak ayah : NABI MUHAMMAD bin ABDULLAH bin ABDUL MUTHALLIB bin HASYIM bin ABDI MANAF bin QUSHAI bin KILAB bin MURRAH bin KA'AB bin LU'AY bin GHALIB bin FIHR(QURAISY) bin MALIK bin AN NADHR(QAIS) bin KINANAH bin KHUZAIMAH bin MUDRIKAH bin ILYAS bin MUDHAR bin NIZAR bin MA'AD bin 'ADNAN

   dari pihak ibu ; NABI MUHAMMAD bin AMINAH binti WAHAB bin ZUHRAH bin KILAB  (selepas kilab bersambung sama dgn bin salisilah jalur ayah (selepas kilab) )

**nasab nabi Muhammad adalah suci dan bersih dari maksiat yang berlaku pada zaman jahiliyyah. Semua datuk nenek keturunan baginda melalui ikatan perkahwinan yang sah dan suci seperti mana perkahwinan dalam islam

**SYARH TIJAN AD DARARI (MS 56) - maka (dia bertemu ) iaitu Aminah ( bersamanya pada datuknya Kilab ) dan nasabnya adalah suci dari kejelekan jahiliyyah dan tidak ada seorang pun dilahirkan melainkan melalui perkahwinan seperti pernikahan dalam islam sejak daripada nabi Adam sehingga baginda sendiri dilahirkan oleh ayah dan ibunya.

Sebahagian ulama' berdalil sabda baginda : "sentiasalah aku dipindahkan tulang-tulang rusuk yang suci sehinggalah ke rahim-rahim yang suci", bahawa seluruh ayah dan ibu Baginda (maksudnya datuk nenek baginda ) sehingga nabi Adam dan Hawa tidak ada yang kafir kerana tidak mungkin seseorang disifatkan dengan suci melainkan kepada orang-orang yg beriman "

2- baginda mempunyai TELAGA HAUDH (KAUTSAR) 

- panjangnya melebihi jarak antara Mekah sehingga tempat keluar matahari 

3- baginda akan memberi SYAFAAT ketika dalam FASHL AL QADHA (MASA PENGHAKIMAN YG AKAN MEMISAHKAN MANUSIA ) , syafaat ini khusus utk baginda sahaja.

4- MASA kehidupan baginda dengan para sahabt adalah masa dan kurun terbaik, diikuti kurun selepasnya, kemudian kurun selepas itu.

5- Anak-anak baginda :  

- LELAKI = Qasim, Ibrahim, Abdullah(digelar at Thayyib dan ath Thahir) - semuanya dilahirkan oleh Sayyidatuna Khadijah kecuali Ibrahim daripada Sayyidatuna Mariah al Qibtiyyah

- PEREMPUAN = Zainab, Ruqayyah, Ummi Kaltsum, Fatimah



SIFAT HARUS BAGI RASUL

- Harus bagi rasul bersifat dengan sifat-sifat MANUSIAWI  yang tidak mengurangkan martabat mereka yang tinggi seperti makan, minum, lapar, dahaga, berjalan dan berjual beli, berperang, menaiki tunggangan, tidur, berkahwin, sakit yg ringan, mengembala kambing, pergi ke pasar, melakukan jimak dengan isteri yang halal, memiliki hamba-hamba dll.

**tidur mata sahaja kerana hati nabi tidak pernah tidur.

**keluar air mani keana air mani sudah lebih dari tempat simpanannya, bukan kerana mimpi basah kerana mimpi basah ialah permainan syaitan.

** nabi Yaaqub bukanlah buta , tidak boleh melihat, tetapi Baginda menutup matanya untuk menghalang air mata terus bercucuran kerana sedih mengenangkan anaknya, nabi Yusuf. untuk menghiburkan kesedihan, baginda melihat anaknya iaitu Bunyamin,

**riwayat tentang nabi Ayub berpenyakit kulit sehingga mengeluarkan ulat-ulat kecil adalah tidak benar

**cerita Nabi Shuaib buta adalah tidak benar

** mimpi ihtilam ( mengeluarkan sperma ketika mimpi ) tidak mungkin terjadi pada para rasul kerana ia merupakan permainan syaitan

**Nabi Adam makan buah khuldi di dalam syurga bukan kerana melanggar perintah Allah, tetapi kerana Baginda lupa.


- Dalil Naqli = Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar ( surah al Furqan 25:20 )

                  = Dan demi sesungguhnya ! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan ( surah ar Ra'd  13:38 )

                 =  Dan (sebutlah peristiwa ) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, " Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau lah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani " ( surah al Anbiya' 21:83 )



HIKMAH SIFAT HARUS BAGI RASUL

- Menolak pendapat golongan Nasrani  yg mengatakan rasul bersifat dengan sifat ketuhanan. 

- Menolak pendapat golongan Kuffar Makkah yg mengatakan rasul bersifat dengan sifat malaikat yg menyebabkan mereka tidak percaya Nabi Muhammad seorang rasul

- ia menafi rasul bersifat dgn perangai tidak elok seperti tamak , kasar, dan sifat keji yg lain.

- ia menafi rasul berpenyakit dengan sakit yg boleh menurunkan martabat mereka seperti gila, sopak, kusta dll

- mendapat pahala besar dari Allah 

- menjelas hukum hakam pada manusia

- sebagai hiburan terhadap dugaan dan cabaran di dunia - ketika para rasul sentiasa bersabar dengan dugaan dunia sama ada senang harta, mahsyuran dll , ia menjadi TELADAN pada kaumnya untuk turut bersabar dalam apa jua cabaran, halangan, dugaan yg ditempuh selama hidup di dunia.

peringatan martabat dunia yg rendah di sisi Allah - Allah tidak redha dunia menjadi tempat pembalasan pada para nabi dan auliya' Nya kerana tempat pembalasan sebenar ialah negeri akhirat.

dari Sahl bin Sa'ad berkata, "Rasulullah bersabda, " SEKIRANYA DUNIA BERNILAI DI SISI ALLAH  SENILAI SAYAP NYAMUK, ALLAH TIDAK AKAN BERIKAN ORANG KAFIR WALAUPUN SETEGUK AIR PUN DARIPADANYA "- hadis Riwayat Tirmizi

dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Ingatlah , SESUNGGUHNYA DUNIA ITU DILAKNAT (JAUH DARI RAHMAT ALLAH ), DILAKNAT PULA SEGALA SESUATU YANG ADA DI DALAMNYA MELAINKAN ZIKIR PADA ALLAH DAN APA -APA YANG MENYAMAINYA, JUGA ORANG ALIM SERTA ORANG YG MENUNTUT ILMU" - hadis Riwayat Tirmizi



TOPIC SIFAT ULUHIYYAH

- 2 perkara penting dalam Uluhiyyah (keturunan) :

1) sifat Istighna' (kaya) - Allah terkaya ( tidak berhajat kepada sesiapa pun )

2) sifat Iftiqar (makhluk berhajat kepada Allah ) ( segala sesuatu selain Allah iaitu makhluk memerlukan Allah )



RANGKUMAN SIFAT 20

A)  ISTIGHNA' ( ALLAH TIDAK BERHAJAT KEPADA YANG LAIN )

- Allah terkaya  (tidak berhajat) kepada setiap sesuatu selain daripadaNya  ------> 

di bawahnya ada 28  akidah :( 11 + 11 + 3 + 3 ) ===>

 - 11 SIFAT WAJIB =

( 4 sifat - TIDAK BERHAJAT KEPADA PENCIPTA ) -- WUJUD, QIDAM, BAQA' , MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH

+

- 1 SIFAT ( TIDAK BERHAJAT KEPADA PENCIPTA DAN ZAT ) -- QIYAMUHU BI NAFSIHI

- 6 SIFAT (MAHA SUCI DARI KEKURANGAN ) --  SAMA', BASHAR, KALAM, KAUNUHU SAMI'AN, KAUNUHU BASHIRAN, KAUNUHU MUTAKALLIMAN

+ 11 SIFAT MUSTAHIL ( LAWAN BAGI 11 SIFAT WAJIB DI ATAS )

+ 3 WAJIB LAWAZIM ISTIGHNA' ( TIDAK WAJIB BAGI ALLAH UNTUK MEMBUAT ATAU TIDAK MEMBUAT MAKHLUK ) , MAHA SUCI ALLAH DARI MENGAMBIL FAEDAH DARI SEGALA PERBUATAN DAN HUKUM HAKAMNYA, MAKHLUK TIDAK BOLEH MEMBERI BEKAS ( KESAN DENGAN KUASANYA )

+ 3 SIFAT MUSTAHIL ( LAWAN 3 WAJIB  LAWAZIM ISTIGHNA' )


B) IFTIQAR ( MAKHLUK BERHAJAT KEPADA ALLAH ) - BERHAJAT KEPADA ALLAH OLEH SETIAP SESUATU SELAINNYA

- DIBAWAHNYA ADA 22 AQIDAH ( 9 + 9 + 2 + 2 ) ===>

- 9 SIFAT WAJIB YG MENYEBABKAN MAKHLUK  BERHAJAT PADA ALLAH SUPAYA DIJADIKAN , DITENTUKAN, DAN DIHILANGKAN DARI KEKURANGAN 

( Wahdaniyah, Qudrah, Iradah, "ilmun, Hayah, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu 'Aliman, Kaunuhu Hayyan )

- 9 SIFAT MUSTAHIL ( LAWAN BAGI 9 SIFAT WAJIB DIATAS)

2 SIFAT LAWAZIM IFTIQAR 

( sekalian alam adalah baharu + makhluk tidak boleh memberi bekas (kesan) dengan tabiatnya 

2 SIFAT MUSTAHIL ( LAWAN BAGI 2 SIFAT LAWAZIM IFTIQAR )



KESIMPULAN SIFAT 20 

1) ALLAH MESTI BERSIFAT DGN SIFAT-SIFAT WAJIB ( 20 SIFAT )

2) PARA NABI MESTI BERSIFAT DGN SIFAT-SIFAT WAJIB ( 4 SIFAT )

+

3) ALLAH TAK/TAK MUNGKIN/MUSTAHIL BERSIFAT DGN SIFAT2 MUSTAHIL  (20 SIFAT)

4) PARA NABI TAK/TAK MUNGKIN/MUSTAHIL BERSIFAT DGN SIFAT2 MUSTAHIL(4 SIFAT)

+

5) ALLAH BOLEH/HARUS BERSIFAT DGN SIFAT HARUS ( 1 SIFAT )

+

6) PARA NABI BOLEH/HARUS BERSIFAT DGN SIFAT HARUS ( 1 SIFAT )

=  20 + 4 + 20 + 4 + 1 + 1 = 50 SIFAT ( SIMPULAN IMAN )



- IKTIQAD MESTI ADA NAFI + ISTBAT 

- contoh : Allah Ada, Tidak tidak ada

               Allah Qadim, Tidak baharu


KEBAIKAN ZIKIR TAHLIL

- "maka ke atas orang yang berakal, hendaklah membanyakkan berzikir dengannya dengan menghadirkan di dalam hati aqidah-aqidah Iman yang terkandung di dalamnya sehingga makna-makna kalimah tersebut sebati dengan daging dan darahnya. Maka dengan itu akan diperlihatkan rahsia-rahsia dan keajaiban yang tidak terhitung kepadanya dengan izin Allah" - Imam Sanusi dalam Matn Umm alBarahin (ms 33)




TATIMMAH MUFIDAH : FAHAMI TAKWIL DGN BENAR

( PANDUAN SALAF DAN KHALAF MEMAHAMI NAS-NAS MUTASYABIHAT )

Salaf & Khalaf ( PERSAMAAN ) = TANZIH -  Meyakini bahawa makna zahir dalam nas al Quran dan hadis bukanlah makna ( murad ) yang dikehendaki oleh Allah kerana makna zahir itu mustahil atau tidak layak bagi Allah 

- PERBEZAAN

Salaf = TAFWIDH - Serahkan makna yang sebenar kepada Allah 

Khalaf = TAKWIL - Alihkan makna kepada makna yang layak kepada Allah 


**NAS2 MUTASYABIHAT - ayat-ayat dan hadis-hadis mengandungi makna yang tidak jelas yg seolah-olah Allah menyerupai makhluk seperti "tangan", "muka", "berada di atas langit" dll

-kupasan baik oleh Syeikh Sa'id Fudah tentang Tafwidh dan Takwil dalam kitabnya "HASYIAH SYARH AL KHARIDAH" ( ms 114-120 )

**TANZIH - menyucikan Allah daripada serupa dengan makhluk. Sebahagian ulama' mengatakan tanzih ini boleh juga disebutkan dengan "TAKWIL IJMALI" ( takwil secara ringkas )

**TAFWIDH - MENYERAHKAN maksud sebenar (murad) kepada Allah

**TAKWIL - MENGALIHkan makna kepada ayat-ayat muhkamat (yang jelas). Sebahagian ulama' mengatakan bahawa "takwil" ini boleh juga disebut dengan "TAKWIL TAFSHILI"( takwil terperinci)



contoh 1 ayat :

"iaitu (Allah ) Ar Rahman , yang beristiwa' di atas 'Arasy" - Surah Thaha 20:5 

SALAF DAN KHALAF ( PERSAMAAN) - TANZIH - Makna zahir "istiwa" iaitu "duduk" atau "bersemayam" atau "bertahta" semuanya adalah MUSTAHIL atau TIDAK LAYAK bagi Allah

- SALAF ( TAFWIDH ) - serahkan makna "istiwa" yang sebenar kepada Allah

- KHALAF (TAKWIL) - alihkan makna "istiwa" kepada makna yang layak kepada Allah iaitu "qahara" yang bererti "menguasai" atau "istaula" yang bererti "memerintah"


- SEPAKAT (ITTIFAQ) SALAF DAN KHALAF UNTUK TAKWIL - 

dalam kitab TUHFAH al MURID syarh JAUHARAH AT TAUHID (ms118) , Syeikh al Islam , imam besar dalam tauhid , Imam Ibrahim al Bajuri ( 1276 H) menjelaskan :

:"maka jelaslah daripada apa yang telah kami huraikan bahawa golongan SALAF DAN KHALAF SEPAKAT(ITTIFAQ) untuk MENTAQWILKAN SECARA IJMALI (RINGKAS) , (inilah yang dinamakan juga dengan "tanzih" ) kerana mereka mengALIHKAN ERTI NAS-NAS ZAHIR yang seolah-olah menunjukkan sesuatu perkara yang MUSTAHIL ATAS ALLAH. Walau bagaimanapun ( salaf dan khalaf ) berbeza pendapat selepas itu di antara menentukan maksud nas tersebut secara jelas (iaitu takwil tafshili bagi khalaf) atau tidak secara jelas ( iaitu tafwidh bagi salaf )

dalam kitab sama (ms 119) , imam ibrahim al bajuri menambah :

"dan kesimpulannya, sesungguhnya jika terdapat di dalam Quran atau hadis yang menunjukkan SEOLAH-OLAH MENETAPKAN ARAH ATAU ALLAH MEMPUNYAI TUBUH BADAN ATAU WAJAH ATAU ANGGOTA2 BADAN , maka telah sepakat (ittifaq) Ahlul Haqq ( orang-orang yang benar iaitu golongan Ahlus Sunnah wal Jama'ah ) dan yang lain selain daripada golongan Mujassimah dan Musyabbihah , untuk MENTAKWILKANnya kerana WAJIB MENTANZIHkan Allah daripada bersifat dengan sifat yang diertikan secara zahir ( yang terdapat di dalam ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut )



TANBIH - PERBEZAAN PENDEKATAN SALAFI/MUTASALLIF ( KUMPULAN YG MENDAKWA SALAF ) DGN GOLONGAN SALAF ( GENERASI AWAL KURUN KE 3 H ) DALAM MEMAHAMI NAS-NAS MUTASYABIHAT

1) SALAF SEBENAR - membaca sahaja lafaz yang zahir dalam Quran hadis

    SALAFI/MUTASALLIF - membaca lafaz yang zahir dalam Quran dan hadis

2) SALAF SEBENAR - TIDAK MEMBERI MAKNA bagi LAFAZ ZAHIR itu kerana ia MUSTAHIL atas Allah . Inilah yang dinamakan TANZIH atau TAKWIL IJMALI (ringkas)

 SALAFI/MUTASALLIF - MEMBERI MAKNA bagi lafaz zahir itu.

3) SALAF SEBENAR - SERAHKAN MAKNAnya yang sebenar kepada Allah (TAFWIDH)

  SALAFI/MUTASALLIF - SERAHKAN MAKNA LAFAZ ZAHIR yang telah diberikan pada fahaman mereka kepada Allah


contoh ayat :

"iaitu (Allah) Ar Rahman , yang beristiwa' di atas 'Arasy"(surah Thoha 20: 5)

4) SALAF SEBENAR - membaca sahaja lafaz yang zahir dalam Quran hadis

   SALAFI/MUTASALLIF - membaca lafaz yang zahir dalam Quran hadis

5) SALAF SEBENAR - TIDAK MEMBERI MAKNA bagi LAFAZ zahir itu iaitu "lafaz istawa" dengan "makna" duduk/semayam/bertakhta kerana semuanya MUSTAHIL ATAS ALLAH

    SALAFI/MUTASALLIF - MEMBERI MAKNA bagi lafaz zahir itu iaitu lafaz istawa dengan makna  duduk/ duduk bersila/ bersemayam / bertakhta 

6) SALAF SEBENAR - Serahkan (tafwidh) MAKNA lafaz istawa yang sebenar kepada Allah

   SALAFI/MUTASALLIF - SERAHKAN MAKNA duduk/ duduk bersila/ bersemayam/ bertakhta kepada makna yang layak bagi Allah

**bagi kumpulan salafi ini, hakikat makna lafaz yang zahir boleh diketahui, cuma caranya (kaifiyah( sahaja tidak diketahui, justeru melalui manhaj ini, mereka meyakini Allah ada tangan , tetapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk, ada mata, tapi tidak sama dengan mata makhluk, duduk atau semayam di langit, tapi tidak sama dengan duduk atau semayam makhluk

Aqidah sebegini BUKAN AKIDAH SALAF yang SEBENAR tetapi aqidah yang FASID (ROSAK) atau BID'AH(DHOLALAH )


**dalam Fath al Majid (ms 24) disebut :

"maka sesiapa yg beriktiqad sesungguhnya Dia (Allah) JISIM seperti jisim-jisim (makhluk) maka dia kafir kerana zahir makna ucapannya itu menunjukkan Allah termasuk benda baharu (makhluk). Maka sesiapa yang beriktiqad sesungguhnya Dia(Allah) JISIM TETAPI TIDAK SAMA seperti jisim makhluk, maka dia BERMAKSIAT kepada Allah (BERDOSA). Ibnu Arafah mengatakan sesungguhnya DIA TELAH KAFIR. Syeikh Izzudin bin Abdus Salam mengatakan sesungguhnya dia tidak kafir."

dalam kitab yg sama , ms yg sama :

"dan begitulah juga orang yang beriktiqad ada pihak (arah) bagi Allah , maka padanya hendaklah ditafshilkan (diperincikan), maka jika dia beriqtikad Allah ada di pihak bawah, maka dia kafir kerana zahirnya ada kekurangannya dalam iktiqadnya. Dan sesiapa yang beriktiqad sesungguhnya Dia(Allah) BERADA PADA SELAIN ARAH ITU (SELAIN DI BAWAH, umpamanya mengatakan Allah DI ATAS, ) maka, dia dianggap orang yang JAHIL (BODOH) dan FASIQ , tidak dihukumkan kafir melainkan dia beriqtikad dengan hulul (ALLAH MENGAMBIL TEMPAT DI ATAS)

imam sayuti berkata, 

"kebanyakan Ahli Sunnah daripada kalangan ulama' Salafus Soleh dan ahli hadis berpendapat bahawa ayat-ayat sifat wajib diyakini dan MENYERAHKAN MAKNA YANG DIMAKSUDKAN KEPADA ALLAH dan kami tidak akan mentafsirkannya dan kami MENSUCIKAN ALLAH daripada hakikat makna lafaz (maksudnya makna zahir lafaz ) tersebut."


B) GOLONGAN SALAF MENTAKWIL SECARA TAFSHIL (TERPERINCI)

- walaupun kebanyakan golongan salaf mengambil pendekatan Tafwidh , tetapi ada juga di kalangan mereka yang Mentakwil secara tafshil (terperinci).

Contohnya:

A) " masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari Qiamat) - al Qalam 68:42 

----> Ibnu Abbas (68H) mentakwilkan perkataan "SAAQ"(BETIS) dengan "syiddah"(kedahsyatan / suasana genting dan huru hara )

-----> Takwil ini juga dinukilkan oleh Sa'id bin Jubair (95H), Qatadah(117H), Ibnu Jarir ath Thobari (310H) dari Mujahid (104H) dll


B) "dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa " - adz Dzariyat 51 :47 

-----> Ibnu Abbas (68H) mentakwilkan perkataan "AIDIN" (TANGAN-TANGAN) kepada makan "QUWWATIN"(KEKUATAN)

-----> Takwil ini juga dinukilkan oleh para tabi'in seperti Mujahid, Qatadah, Ibnu Zaid dan Sufyan


C) "dan 'IlmuNya tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada " - al Hadid 57:4

------> Imam Sufyan ats Tsauri mentakwilkan perkataan "HUWA"(ZAT ALLAH ) dengan "ILMUN"(ilmu Allah )




PENDAPAT ALLAH DI LANGIT ADALAH PENDAPAT YG DITOLAK

- kerana :

1) PARA ULAMA' IJMAK MENGATAKAN ALLAH SUDAH ADA TANPA TEMPAT DAN SEBELUM ADANYA TEMPAT KERANA TEMPAT ADALAH MAKHLUK . MAHA SUCI ALLAH DARIPADA MENGAMBIL TEMPAT

- Imam abu Mansur al Baghdadi dalam kitabnya Al Farq Baina al Firaq (ms 256) menyebutkan :

"mereka (ulama' ahlus Sunnah wal Jama'ah ) telah ijmak (bersepakat) mengatakan bahawa sesungguhnya Allah tidak diliputi oleh tempat (iaitu tidak bertempat) dan tidak dilalui oleh masa"

- Ijmak ini juga berdasar hadis " Adalah Allah telah ada pada azali (ada tanpa permulaan ) dan belum ada sesuatu selainNya."

**hadis ini menunjukkan sejak azali, Allah sudah ada sebelum adanya makhluk, termasuk arasy', langit, tempat, arah, dll



2) JIKA ALLAH DI LANGIT BERDASAR AYAT ITU, MAKA IA BERTENTANGAN DENGAN AYAT-AYAT LAIN YG MENYEBUTKAN ALLAH BUKAN DI LANGIT, ANTARANYA :

A - iaitu ArRahman , yang beristiwa' di atas arasy ( Thoha 20:5)

===> (ayat ini menunjukkan seolah-olah Allah di atas arasy' bukan di langit )

B - "dan Dialah Allah di langit-langit dan di bumi ? " ( al an'am 6:3 ) 

===> (jika ayat 17 surah al mulk menunjukkan seolah-olah Allah di langit, ayat ini pula sebaliknya menunjukkan seolah-olah Allah di langit-langit dan di bumi )

C - "Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada " ( Al Hadid 57:4 )

===> ( ayat ini menunjukkan seolah-olah Allah berada di mana-mana , di timur, barat, di langit, di bumi , kampung, kebun, masjid, rumah , dll , ia mustahil bagi Allah )

D - "Tidak ada perbicaraan rahsia antara 3 orang, melainkan Dia-lah (allah) keempatnya .." ( al Mujadilah 58:7 )

===> ( ayat ini menunjukkan seolah-olah Allah berada di sisi orang yg berbisik-bisik )

E - "Dan Ibrahim berkata : Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku , dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku " ( Ash Shaffat 37:99 )

===> ( Nabi Ibrahim menghadap Tuhannya di bumi iaitu di Palestin . Adakah boleh mengatakan Allah berada di Palestin ? )

F - "Jika salah seorang antara kamu sedang solat, sesungguhnya dia bermunajat kepada Tuhannya, maka janganlah ada yang meludah di kiblatnya, dan jangan juga berludah di sebelah kanan, kerana sesungguhnya Tuhannya berada di antaranya dan antara kiblat " ( Riwayat al Bukhari ) 

**hadis ini lebih kuat sanadnya dari hadis Jariyah 

===> ( hadis ini sangat jelas menunjukkan seolah-olah Allah berada di antara orang yang sedang solat dan kiblat ) Maha suci Allah dari bertempat dan berarah.


3) HADIS MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH ALLAH DI LANGIT DISEBUT OLEH IMAM MUSLIM DALAM AL JAMI' ASH SHAHIH DAN DIKENALI DENGAN NAMA HADIS JARIYAH ( SEORANG HAMBA PEREMPUAN )

**ketika mensyarahkan hadis Jariyah tersebut, IMAM NAWAWI dalam syarahnya iaitu SYARH  MUSLIM :

"PERKATAAN "DI MANA ALLAH?" ADALAH PERTANYAAN TENTANG DARJAT KEDUDUKAN ALLAH, BUKAN MENGENAI TEMPATNYA "

- apa yang dimaksudkan oleh nabi ketika bertanya pada Jariyah dengan "(Di mana Allah?) ialah apakah kepercayaan kamu tentang keagungan Allah ?

ketika Jariyah menjawab ( Allah di langit ) maksudnya darjat dan kedudukan Allah sangat tinggi.

**al Hafizh abu al Abbas Ahmad bin Umar bin Ibrahim al Qurthubi dalam SYARH MUSLIM menyebutkan :

"pertanyaan ini ditanyakan oleh Rasulullah kepada jariyah untuk melihat kefahamannya. Baginda ingin MEMASTIKAN BAHAWA JARIYAH TERSEBUT BUKANNYA SEORANG PENYEMBAH BERHALA DAN BATU YANG ADA DI BUMI. MELALUI JAWAPANNYA "DI LANGIT" SEOLAH-OLAH DIA MEMPUNYAI KEPERCAYAAN SESUNGGUHNYA ALLAH BUKANLAH SEPERTI SEMBAHAN YANG BERADA DI BUMI ( SEPERTI BERHALA DAN BATU )


4) SEPERTI DISEBUT, SEJAK AZALI IAITU SEBELUM WAKTU IMKAN ALLAH SUDAH ADA TANPA TEMPAT. ALLAH TIDAK MEMERLUKAN LANGIT(TEMPAT) KERANA TEMPAT ADALAH MAKHLUK

- Allah tidak memerlukan makhluk termasuk langit dan Arasy sejak azali lagi. Maka jika dikatakan Allah memerlukan kedua-duanya, keadaan Allah telah berubah daripada "tidak memerlukan kepada makhluk" kepada "memerlukannya" . Ia adalah mustahil kerana Allah tidak berubah seperti makhluk.



BAHAYA JIKA TIDAK DITAKWIL

- jika nas-nas seperti yang telah disebutkan tidak ditakwil, ia boleh membawa kepada waham (sangkaan) yang membawa kepada tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk ) dan tajsim (memberi anggota badan kepada Allah seperti yang ada pada makhluk )

- ketahuilah bahawa mempunyai WAHAM(SANGKAAN) yang membawa kepada tasybih dan tajsim sahaja, tidak dibolehkan (HARAM) dalam perkara iktiqad . 

- contoh :

Firman Allah: "mereka telah lupa kepada Allah , maka Allah "melupakan" mereka " ( at Taubah 9:67 )

**ayat ini seolah2 menyebut Allah lupa. Adakah boleh dinisbahkan (sandarkan) sifat lupa kepada Allah sedangkan hakikatnya Allah tidak lupa seperti firmanNya :

"Dan tidaklah Tuhanmu lupa" ( maryam 19:64)

** pernyataan "Allah lupa, tetapi lupa Allah tidak seperti lupa kita" tetap tidak dapat hilangkan waham (sangkaan) bahawa Allah lupa sedangkan lupa ialah suatu kekurangan dan Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan. 


2) dalam Shahih Muslim, diriwayatkan dalam hadis Qudsi ,Allah berfirman :

"Wahai anak adam, Aku "sakit" tetapi engkau tidak menziarahi-Ku." Hamba tersebut berkata : "Wahai Tuhan, bagaimana aku menjenguk Mu sedangkan Engkau adalah Tuhan sekalian alam ? " Allah berfirman : "Tidakkah engkau mengetahui bahawa hambaKu si fulan sakit, lalu engkau tidak menjenguknya, tidakkan engkau mengetahui jika engkau menjenguknya, engkau akan mendapati Aku disisinya "

**keterangan : hadis ini menunjukkan seolah-olah Allah sakit. Adakah boleh menetapkan sifat sakit untuk Allah sedangkan hakikatnya Allah tidak penah dan tidak mungkin sakit . Pernyataan "Allah sakit, tetapi sakit Allah tidak seperti sakit kita" tetap tidak dapat menghilangkan waham (sangkaan) bahawa Allah juga sakit sedangkan sakit ialah suatu kekurangan dan Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan. 

MAKNA SEBENAR HADIS INI : dihurai oleh Imam Nawawi dalam SYARH SHAHIH MUSLIM (16/126) ,"para ulama' berkata, Disandarkan sifat sakit kepada Allah sedangkan yang sakit sebenarnya hambaNya, adalah suatu tasyrif(pengagungan) bagi orang yang sakit supaya sentiasa taqarrub (dekat) kepada Allah. Para ulama' berkata tentang maksud "Engkau akan dapati Aku disisinya" bermaksud Engkau akan mendapatkan pahala daripadaKu dan kemuliaanKu ( jika kamu menziarahi orang sakit itu )"


7 PANDUAN UNTUK ORANG AWAM BERINTERAKSI DGN NAS2 MUTASYABIHAT

- Imam al  Ghazali telah menggariskan 7 perkara untuk orang awam berwaspada ketika bertemu ayat Quran dan hadis mutasyabihat supaya akidah mereka terjaga dari terjerumus ke dalam fahaman tasybih dan tajsim.

1) AT TAQDIS - mensucikan Allah dari mempunyai persamaan dengan makhluk dalam apa segi sekalipun, umpanya mengatakan Allah duduk atau bersemayam (tasybih) atau Allah mempunyai mata atau tangan (tajsim)

2) AT TASHDIQ - membenarkan lafaz (bukan maknanya yang zahir ) yang disebut oleh Allah dan Rasulullah.

3) AL I'TIRAF - mengaku kelemahan diri dalam memahami nas mutasyabihat tersebut

4) AS SUKUT - berdiam diri atau tidak bertanya tentang maksud sebenar perkataan mutasyabihat tersebut

5) AL IMSAK - menahan diri dari mengubah lafaz-lafaz zahir tersebut ataupun mengubah maknanya dengan kefahaman sendiri

6) AL KAFF - menahan akal dari memikirkan tentang nas-nas mutasyabihat tersebut

7) AT TASLIM ILA AHL AL MA'RIFAH - menyerahkan perbahasan tersebut kepada ahli makrifat yang mendalam ilmu mereka tentang perkara tersebut, tanpa turut melibatkan diri dalamnya bersama mereka.


BEBERAPA PERSOALAN :

A) kenapa perlu belajar sifat 20 untuk kenal Allah ? bukankah belajar asmaul husna ( 99 nama Allah ) sudah mencukupi ?

jawapan : 

1 - sifat kesempurnaan ( kamalat ) bagi Allah tidak ada batasan , golongan ASWJ tidak menghadkan bilangan sifat-sifat kesempurnaan Allah hanya kepada 20 sifat sahaja kerana sifat2 kesempurnaan (kamalat) bagi Allah adalah tidak terhingga ( terlalu banyak )

- dalam kitab Matn Umm al Barahin (ms 3) , "maka sebahagian/termasuk daripada barang/apa yang wajib bagi Tuhan kita Jalla wa 'Azza adalah 20 sifat "

ibarat ini bermaksud sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah adalah terlalu banyak dan di antara sifat-sifat tersebut adalah 20 sifat yg wajib diketahui dengan tafshil (mendalam/detail )

2 - Syarat ketuhanan - 20 sifat wajib bagi Allah menjadi syarat ketuhanan. Ia bermaksud sifat-sifat inilah yg dimiliki oleh Allah sebagai Tuhan yg sebenar.

3- Sifat kepada Zat - 20 sifat ini adalah sifat kepada Zat , bukan sifat af'al. Sifat af'al ialah sifat yang berkaitan dengan perbuatan Allah seperti ar Rahman , ar Rahim, al Ghafur (Yang Maha Pengampun), al Muhyi (Yang Menghidupkan), al Mumit ( Yang Mematikan ), an Nafi' ( Yang Memberi Manfaat ), adh Dhaar ( Yang Mendatangkan Mudarat ) dll

4- Asma'ul Husna termasuk di dalam sifat 20 - semua 99 Asma'ul Husna itu termasuk di dalam sifat 20. Sebagai contoh, al Muhyi ( Yang Menghidupkan ), al Mumit (Yang Mematikan ), an Nafi' ( Yang Memberi Manfaat ), adh dhaar ( Yang Mendatangkan Mudarat ) dalam Asma'ul Husna semuanya termasuk dalam perbahasan sifat Qudrah (Pekuasa) dalam pengajian sifat 20.

5- Cukup memberi kefahaman Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan - dari sekian banyak sifat az Zat, sifat 20 ini dianggap cukup untuk memberi kefahaman bahawa Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan. 

6- Semua Sifat 20 ditetapkan dari Quran hadis dan dalil-dalil aqli - dari fakta, kesemua Shifat az Zat yang telah terangkum dalam sifat 20 telah pun ditetapkan berdasarkan dalil al Quran, hadis dan dalil-dalil aqli.

7- Benteng akidah dalam memahami sifat Allah - sifat 20 ini dianggap cukup kuat sebagai benteng akidah dari terpengaruh dengan fahaman yg keliru malah sesat dalam memahami sifat Allah seperti Muktazilah dll malah ada yg kafir seperti Musyabbihah dan Mujassimah. 

contohnya : 

a) Musyabbihah - mereka mengatakan Allah duduk/bersemayam di atas Arasy

DITOLAK DGN - salah satu dari sifat Salbiyyah iaitu Mukhalafatuhu lil hawadits ( Allah tidak sama dengan makhluk ) yang duduk atau bersemayam atau berada di suatu tempat atau arah .

b) Mujassimah - mereka mengatakan Allah mempunyai anggota tubuh  badan seperti mata, tangan , kaki, muka, betis dll

DITOLAK DGN - salah satu dari sifat Sakbiyyah iaitu Mukhalafatuhu lil hawadits iaitu Allah tidak menyerupai sesuatu pun seperti manusia yang mempunyai anggota tubuh badan seperti mata, tangan , kaki, muka, betis dll dan Allah duduk/bersemayam seperti manusia, juga tidak berada di mana-mana tempat. 

c) Muktazilah - mereka menafikan kewujudan sifat  Ma'ani pada zat Allah seperti mengatakan , :"Allah berkuasa tetapi bukan dengan sifat Qudrat" , "Allah tahu tetapi bukan dengan sifat 'Ilmun,", "Allah berkehendak tetapi bukan dengan sifat Iradah" dll 

DITOLAK DGN - Semua 7 sifat Ma'ani yg ada pada Zat Allah iaitu Qudrah(Pekuasa), Iradah(Pekehendak), 'Ilmun(Pengetahuan), Hayah(Pehidup), Sama'(Pedengar), Bashar(Pelihat) dan Kalam(Pekata)


8- Mengenal dengan sifat bukan dengan nama - umpama seorang perempuan bila diperkenal sebagai nama Jamilah (yang cantik) , apakah hanya kerana namanya Jamilah lalu dia terus menerimanya sebagai calon isterinya ? Sudah tentu tidak. 

Begitu juga Allah dikenali dengan sifat-sifatNya, bukan hanya nama-namaNya.

9- Hukum apa yang dibuat mengikut hukum apa tujuan atau niat ia dilakukan - pengajian sifat 20 ialah salah satu manhaj untuk mengenal Allah . Bukankah mengenal Allah ialah suatu perkara yang baik, malah ia adalah wajib. Oleh itu, mengenal Allah melalui pengajian atau manhaj sifat 20 ialah kebaikan.

10- Membezakan dengan muktazilah - Golongan muktazilah mengatakan Allah tidak mempunyai sifat-sifat Ma'ani..  bagi muktazilah, Allah boleh memberi bekas, menentukan, berkehendak, mengetahui , hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan ZatNya , bukan dengan sifat-sifat ma'ani Nya. Dengan iktiqad begini, Muktazilah tidak kafir tetapi fasiq dan mubtadi' (ahli bidaah dhalalah ). 

Mengikut ASWJ, semua perkara ini (boleh memberi bekas, menentukan, berkehendak, mengetahui, hidup , mendengar, melihat dan berkata-kata ) adalah ta'alluq iaitu tugas atau kesan sifat kepada 7 sifat Ma'ani yang ada pada Zat Allah.


BEZA ASWJ VS MUKTAZILAH - dalam sifat ma'ani

1) ASWJ - Allah menjadikan makhlukNya dengan ZatNya yang bersifat dengan sifat Qudrah

   vs Muktazilah - Allah menjadikan makhluk dengan ZatNya , bukan dengan sifat QudrahNya

2) ASWJ - Allah menentukan sesuatu dengan ZatNya yang bersifat dengan sifat Iradah

  vs Muktazilah - Allah menentukan sesuatu dengan ZatNya , bukan dengan sifat IradahNya.




B) KEPENTINGAN MENGGUNA AKAL DALAM MENGENAL ALLAH DALAM PENGAJIAN SIFAT 20

- jawapan : ANJURAN DARI QURAN HADIS , quran hadis banyak menyuruh menggunakan akal untuk mengenal Allah. 

antaranya : "katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan (fikirkanlah) apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan , yang membuktikan ke Esaan Allah dan kekuasaanNya" (surah Yunus 10 : 101 )

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu ) ? (surah az Zariyyat 51:21 )

dalil lain : ( surah Fushshilat 41:53), (surah ath Thariq 86:5-7 ), ( surah al Ghasyiyah 88:17-22 )


SYUBHAH 3 : PENGAJIAN SIFAT 20 IALAH FALSAFAH ?

- Pencerahan : Dalil Naqli yang banyak dari Quran dan hadis serta ijmak ulama' dalam perbahasan setiap sifat dalam pengajian sifat 20 jelas menunjukkan pengajian sifat 20 berasal DARI QURAN DAN HADIS 

- islam tidak pernah menolak sesuatu yang baik dan memberi manfaat termasuk falsafah. Falsafah yang ditolak dan dilarang yg berkaitan akidah ialah , "falsafah yang bercampur dengan unsur kekufuran"

- hakikatnya , pengajian sifat 20 ialah BERSIH DARI UNSUR-UNSUR KUFUR DAN SYIRIK


SYUBHAH 4 : KENAPA PERLU BELAJAR SIFAT 20 SEDANGKAN IA TIADA ZAMAN NABI/SAHABAT ?

- Pencerahan : cara dan manhaj pengajian sifat 20 disusun secara sistematik oleh Imam Abu Hasan Al Asy'ari pada kurun ke-4 . walaupun istilah Sifat 20 belum ada zaman nabi sahabat, tetapi kandungan aqidah atau tauhid yang ada dalam pengajian sifat 20 sudah ada sejak zaman nabi lagi, malah sejak zaman nabi Adam.

- nabi Muhammad dan semua para nabi rasul mengajar pada umatnya, "Allah Maha Esa, Maha Kuasa, tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Allah", "sifat Shiddiq wajib bagi para rasul", kehidupan alam kubur itu benar, dll - itu semua yang sama diajar dalam Sifat 20

- sama sahaja jika ditanya adakah ada istilah "ilmu feqah, ushul feqah, ilmu tajwid, ilmu Qawaid Fiqhiyyah, ilmu hadis, ilmu musthalah hadis sejak zaman nabi ? sudah tentu tiada

- bermakna suatu istilah atau nama ilmu yg tidak ada zaman nabi bukan bermakna ia salah dan tidak benar, bahkan kandungan akidah sifat 20 sudah ada sejak nabi Adam lagi.


SYUBHAH 5 : DALAM SIFAT 20, KENAPA PERLU BELAJAR SIFAT MUSTAHIL ? TIDAK CUKUPKAH DGN SIFAT WAJIB ?

- Pencerahan : manhaj Qurani , tika menyebut suatu perkara atau pengajaran, al Quran akan menyebut kedua2 belah pihak berlawanan seperti ,

 "dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup , Yang Tidak Mati" (surah  Furqan 25:58) , 

"maka sesiapa yang mengkufurkan taghut dan beriman kepada Allah" (surah al Baqarah 2:256 )

- untuk mendapat kefahaman lebih tahqiq (pengetahuan benar yg mendalam) - kaedah menyebut "sesuatu perkara tidak akan jelas melainkan dengan menyebut lawan-lawannya"

contoh : kertas ini putih/tidak hitam, dia lelaki bukan perempuan, besi lurus ,tidak bengkok.

- suatu keyakinan/kepercayaan yg mantap dan putus(jazam) , mesti ada "NAFI DAN ISBAT" , tidak boleh hanya ada salah satu. 

contoh 1 : nafi dan itsbat dalam kalimah tauhid :

"nafi"(menafi/menidak) - Tiada Tuhan

"istbat(menetap/menentukan) - Melainkan Allah

- contoh 2 : 

(a) zaid ada dalam surau itu

(b) tidak ada seorang pun ada dalam surau itu melainkan Zaid 

kesimpulan : (b) lebih meyakinan dan pasti menunjukkan hanya 
Zaid sahaja ada di dalam surau , tidak ada orang lain selain dia

- contoh 3 :

(a) kertas ini putih

(b) kertas ini putih, tidak hitam

kesimpulan : (b) pernyataan b lebih meyakinkan yang kertas tersebut adalah putih . 

4) umpama kenapa belajar perkara membatalkan solat ?

- supaya perkara itu tidak dibuat kerana jika dibuat , ia boleh membatalkan solat

- begitu juga dengan mengenali sifat mustahil atas Allah supaya ia DIHINDARI kerana jika beriktiqad sedemikian, ia boleh MEMBATALKAN iman/akidah.

No comments:

Post a Comment

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...