Monday, 17 February 2025

KOLEKSI AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = MAHSYAR

 

KOLEKSI AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = MAHSYAR


  • 7(AL A'RAAF):8 - Timbangan mizan, siapa berat amal baik , mereka akan berjaya
  • 10(YUNUS):27 - Orang berbuat jahat, muka jadi hitam legam seolah-olah malam gelap gelita iaitu ahli neraka.
  • 14(IBRAHIM):43 - Hari kiamat, mereka terburu-buru ke mahsyar dan mendongak-dongak kepala , mata tak berkelip kelip dan berasa cemas ( suasana mahsyar )
  • 14:44 - Orang-orang zalim merayu di hari kiamat agar dikembali ke dunia untuk beriman
  • 14:48 - Hari kiamat, bumi dan langit diganti lain , manusia keluar berhimpun menghadap Tuhan, dan orang-orang berdosa dibelenggu dan diberi pakaian dari minyak tar dan muka dan badan mereka diliputi jilatan api neraka.
  • 17(AL ISRA'):13-14 - Tiap tiap manusia ,akan dikalongkan bahagian nasibnya dileher , dan diberi suratan amal di hari kiamat dan disuruh baca isi suratan amal itu.
  • 17:71 - Hari kiamat ( mahsyar ) manusia akan berkumpulan dengan imam masing-masing , siapa diberi kitab dengan tangan kanan akan beroleh kebaikan.
  • 17:97 - Musyrik diheret muka di hari akhirat dalam keadaan buta,bisu dan pekak ke dalam neraka jahannam yg apinya menjulang.
  • 18(AL KAHFI):48 - Manusia berbaris menghadap Tuhan 
  • 18:49 - Kitab amal dibentang , orang berdosa takut dan rasa celaka dan semua amal dihitung dari sekecil-kecil hingga sebesar
  • 18:53 - Orang berdosa lihat neraka , mereka yakin akan jatuh kedalam nya.
  • 18:100 - Hari kiamat , orang kafir diperlihat neraka jahannam
  • 19( MARYAM):39 - Hari kiamat yakni hari penyesalan (dibicara )
  • 19:68 - Kafir dihimpun dengan syaitan-syaitan di mahsyar bawa mereka duduk berlutut mengelilingi neraka jahannam
  • 19:85 - Orang taqwa dihimpun menghadap Tuhan dengan berpasukan
  • 19:86 - Orang bersalah dihalau ke Jahanam dalam keadaan dahaga, orang beriman dan beramal berhak dapat syafaat
  • .19:95 - Manusia akan menghadap Allah seorang diri di mahsyar
  • 20(TOHA): 102-103 - Hari ditiup sangkakala dihimpun orang-orang bersalah kelabu mata nya , mereka berbisik , mereka dahulu tinggal ( di dunia ) 10 tempoh sahaja., walhal mereka tinggal di dunia dalam satu masa yg amat singkat sahaja.
  • 20:108 - Manusia di mahsyar sunyi sepi menuju ke arah seruan panggilan.
  • 20:124 - Orang ingkar disempit hidup dan dibangkit  menjadi buta
  • 21(AL ANBIYA'):47 - Hari kiamat ada mizan , amal sebesar biji sawi pun akan ditimbang.
  • 23(AL MU'MINUUN):102-104 - Orang yg berat timbangan amal baik akan berjaya , jika ringan amal baik akan masuk neraka . ( api neraka membakar muka jadi hodoh cacat )
  • 23:112-114 - Orang kafir ditanya berapa lama tinggal dibumi dahulu, mereka mengira 1 atau 1/2 hari sahaja , Tuhan berfirman sedikit masa sahaja . ( andai tahu hal ini, manusia pasti bersedia )
  • 24(AN NUUR ): 24 - Lidah , tangan dan kaki akan jadi saksi di mahsyar
  • 25 (AL FURQAAN ): 34 - Ahli neraka diseret tertiarap di atas muka
  • 30(AR RUUM):14 - Hari mahsyar, manusia berpecah menjadi 2 kumpulan lepas dibicara
  • 31(LUQMAN):32 - bertaqwa lah ! hari kiamat, ahli keluarga tak dapat bantu akibat azab dosa dan jangan lah diperdaya oleh hidup dunia
  • 34(SABA'):33 - Orang-orang kafir dibelenggu pada leher di akhirat.
  • 36(YAASIN):12 - Tiap tiap kata dan perbuatan ditulis dalam suratan kitab amalan.
  • 36:52 - Orang tak beriman merasai celaka kerana dihidup kembali dari kubur ( tempat tidur mereka )
  • 36:53 - Dengan 1 pekikan , semua dihimpun di mahsyar
  • 36:65 - Ditutup mulut, tangan akan berkata-kata beritahu dosa dan kaki akan jadi saksi
  • 39(AZ ZUMAR):60 - Hari kiamat, ahli neraka berwajah hitam legam
  • 39:69 - Hari akhirat akan bersinar terang bumi dengan "cahaya" Tuhan, diberi buku amalan .
  • 39:73 - Ahli syurga dibawa ke pintu syurga berpasukan
  • 39:75 - Hari kiamat, dapat dilihat malaikat malaikat beredar edar sekeliling arasy bertasbih puji pada Allah
  • 41(FUSSILAT):20 Mata, telinga dan kulit kulit akan jadi saksi tika dibicara
  • 43(AZ ZUKHRUF):66 - Hari kiamat, sahabat karib bermusuh kecuali berdasar taqwa
  • 45(AL JATHIYAH): 28 - Hari kiamat, umat berlutut dengan cemas menunggu diseru untuk terima buku amalan.
  • 46(AL AHQAF):35 - Semasa lihat azab neraka, mereka merasa seolah-olah hidup di dunia hanya 1 saat sahaja di siang hari
  • 50(QAAF):21 - Tiap tiap orang ke mahsyar di sertai 2 malaikat ( pembawa dan pensaksi ) menjadi saksi.
  • 54(AL QAMAR):7 - Orang bersalah bangkit dari kubur seperti belalang terbang bertebaran menuju ke malaikat penyeru
  • 55(AR RAHMAN):41 - Orang orang berdosa dapat dikenali dari tanda tanda nya , dipegang dari atas kepala dan kaki ( lalu diseksa antara api neraka dan air menggelegak )
  • 57 (AL HADIID):12 - Hari kiamat, cahaya iman dan amal orang beriman bergerak cepat dihadapan dan kanan mereka tika berjalan
  • 57:13 - Orang munafik pula meraba-raba dalam gelap gelita hari kiamat ) mereka mahu menumpang cahaya orang beriman . Diadakan antara mereka tembok berpintu ( sebelah dalam ada rahmat syurga dan nikmat ) sebelah luar ada neraka dan azab
  • 57:28 - Orang beriman dan bertaqwa diberi 2 bahagian rahmat dan dikurnia cahaya untuk berjalan di mahsyar dan diampun dosa
  • 58(AL MUJADALAH): 6 - Hari kiamat, diterangkan setiap amalan di dunia dan dihitung amal satu persatu.
  • 64(AT THAGHABUN):9 - Di mahsyar , masing masing nampak kerugian nya
  • 66 (AT TAHRIIM):8 - Mahsyar , orang orang beriman ada cahaya terangi di hadapan , dan kanan tika berjalan , ketika mana orang2 munafik meraba raba dalam gelap gelita . 
  • 67(AL MULK):27 - Kafir ditunjuk azab neraka secara dekat.
  • 68(AL QALAM):13 - Kafir zaman nabi kejam dan tidak tentu bapanya, mendusta nabi kerna banyak harta dan anak2 , akan ditanda di hidung mereka di mahsyar ( berupa belalai)
  • 69(AL HAQQAH ):18 - Tiap tiap amal dihitung dan tiada yg tersembunyi
  • 69:19 -24 - Jika diterima buku amal dengan tangan kanan , akan peroleh syurga dan buah buah dekat dipetik dan makan minum lazat lazat.
  • 69:25-37 - Orang terima dengan tangan kiri akan dibelenggu dan dibakar dalam neraka jahim
  • 76(AL INSAAN):4 - Orang kufur disedia rantai-rantai dan dibelenggu dalam neraka menjulang-julang
  • 78(AN NABA'):40 - Orang kafir di hari kiamat akan berkata alangkah baik jika menjadi tanah.
  • 79(AN NAZI'AT):8-14 - Hari manusia berdebar-debar takut dan tunduk gerun. Mahsyar ialah muka bumi putih rata.
  • 79:46 - Dahsyat huru hara mahsyar hingga orang orang bersalah merasakan mereka dahulu hidup di dunia hanya sekadar 1 petang atau 1 pagi sahaja.
  • 80('ABASA):33-37 - Hari jeritan dahsyat, orang lari dari saudaranya dan ibu bapanya dan isteri anak anaknya kerana diri disibuk dengan hal sendiri.
  • 80:38-39 - Muka Orang orang beriman berseri seri dan tertawa sukaria
  • 80:40-42 - Orang ingkar muka penuh debu dan diliputi hitam legam dan gelap gelita ( orang kafir derhaka )
  • 81(AT TAKWIIR):7-14- Tiap tiap diri disatu dengan pasangan dan surat amal dibentang dan langit ditanggal dari tempatnya dan neraka dinyala menjulang julang dan syurga didekatkan ,Tiap tiap orang akan mengetahui amal dibawanya.
  • 83(AL MUTHAFFIFIN):6 - Kiamat , manusia akan menghadap Allah
  • 83:7 - Suratan amal orang berdosa ialah sijjin
  • 83:18 suratan amal orang berbakti ialah illiyin.
  • 84(AL INSYIQAQ):6-9 - Tiap tiap amal dan perbuatan dicatit , siapa terima amal dengan tangan kanan akan dihisab dengan mudah dan ringan 
  • 84 :10-14 - Siapa terima dengan tangan kiri ( atau dari belakang )akan meraung2 sebut binasa
  • 86(AT THARIQ):9 - Mahsyar , didedah segala terpendam di hati
  • 88(AL GHASHIYAH):1-7  -Huru hara hari kiamat, orang kafir tunduk hina
  • 89(AL FAJR):24 - Orang kufur di mahsyar berkata alangkah baik nya jika aku sedia amal baik untuk bekal akhirat.
  • 96(AL 'ALAQ):15 - Orang derhaka akan disentap ubun ubun dan diseret ke neraka dan diseksa malaikat zabaniyah
  • 99(AL ZALZALAH):6 - manusia keluar berselerak dari kubur dan diperlihat amal amal didunia
  • 99:7 - Siapa beramal seberat zarah , akan tertulis dalam buku amal dan amal jahat sebesar zarah akan tercatit jua
  • 100(AL 'ADIYAAT):9 - Hari dibongkar segala isi kubur dan didedah segala terpendam di dada.
  • 101(AL QARIAH):6-7 - Orang berat timbangan amal baik akan hidup senang lenang
  • 101:8-11 -  Ringan amal baik akan diazab nerakan hawiyah ( api panas membakar )
  • 102(AT TAKHATHUR):8 - Akan ditanya tentang setiap nikmat di dunia di mahkamah mahsyar kelak.

No comments:

Post a Comment

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...