- 2 (al baqarah):3 - Anjuran bersedekah
- 2:177 - Kebajikan sedekah pada kerabat, anak anak yatim, miskin dan orang meminta ( ialah sifat-sifat taqwa )
- 2:195 - Infaqlah harta di jalan Tuhan , jangan mencampak diri dalam kebinasaan dan bakhil.
- 2:215 : Infaq pada ibu bapa , kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin dan terlantar dalam perjalanan.
- 2: 219 - Infaq dan sedekahlah.
- 2: 245 - Infaq ( Pinjaman dari Tuhan ) sebagai pinjaman baik ( ikhlas ) , dilipatganda balasan.
- 2: 254 - Infaq sebahagian rezeki.
- 2: 261 - Derma infaq seperti 1 benih akan tumbuh 7 tangkai , dan setiap tangkai ada 100 biji (gandaan pahala )
- 2: 262 - Orang infaq dan tidak ungkit pemberian akan dapat pahala dan tiada kebimbangan dari perkara tidak baik pada mereka dan tiada dukacita.
- 2: 265 - Orang infaq untuk cari redha Allah dan untuk diteguhkan ilmu dan ikhlas timbul dalam jiwa, umpamakebun di tempat tinggi ditimpa hujan lebat ( hasil 2x ganda ).
- 2: 267 - Infaq hasil dan benda yang baik baik.
- 2: 268 - Syaitan menakut-nakutkan dengan bayangan miskin dan papa jika infaq dan sedekah lalu menyuruh untuk bakhil ( sedekah dijanji ampunan dan lebih kurnia )
- 2: 274 -Infaq beroleh pahala dan tiada kebimbangan ( dari kejadian yang tidak baik ) dan tiada dukacita.
- 2: 276 - Dikembang berkat harta dari sedekah dan zakat
- 3('ali imraan ): 92 - Tidak mencapai hakikat kebajikan sempurna sebelum infaq dan derma sebahagian yang kamu sayangi.
- 3: 133-135 - Orang taqwa ( infaq tika senang dan susah ) dapat ampunan dan syurga seluas langit dan bumi.
- 3: 180 - Orang bakhil akan diseksa di hari kiamat.
- 4(an nisaa'): 39 - Infaq sebahagian harta
- 8(al anfaal): 60 - Apa diinfaq akan disempurna balasan.
- 9( taubah): 34 - Orang simpan emas dan perak ( harta banyak ) tapi tidak diinfaq akan diazab neraka ( diselar dahi dan rusuk dan belakang )
- 9 : 99 - Orang beriman berinfaq sebagai amal , akan mendekat diri pada Allah dan dapat doa dari rasulullah ( dapat rahmat ).
- 13(ar-ra'd) : 22-24 - Sabar ,solat dan infaq sembunyi atau terbuka dan tolak kejahatan dengan baik akan dapat balasan syurga
- 16(an nahl) : 71 - Orang-orang diberi lebih rezeki tapi enggan infaq harta ,mereka diingkari nikmat.
- 16: 90 - Anjuran adil dan bantu serta buat baik pada kaum kerabat.
- 17(al isra'): 26-27 - Berilah hak pada kerabatmu yang miskin dan musafir serta jangan boros melampau belanja harta.
- 24( an nuur): 22 - Orang berharta perlu bantu kerabat dan orang-orang miskin.
- 28( an naml): 54 - Orang beriman suka menderma
- 30 ( ar ruum): 39 - Jika sedekah dan infaq , perlu mengharap redha Allah semata-mata akan beroleh pahala berganda ganda
- 34(saba'):39 - Apa sahaja kita derma dan infaq , semuanya akan diganti oleh Allah.
- 42(assyura'): 38 - Solat sempurna dan infaq harta
- 47(muhammad) : 36 - Harta diinfaq akan diganda dan dipulangkan.
- 51 (az zaariyaat): 15-19 - Orang taqwa infaq pada orang miskin meminta dan menahan diri dari meminta.
- 57(al hadiid) : 7 - Infaq sebahagian harta yang diamanah dan kita menjadi wakil akan beroleh pahala besar.
- 57 : 10-11 - Infaq harta dijalan Allah ( beri pinjaman infaq harta pada Tuhan ) akan dilipatganda balasan dan pahala besar.
- 57 : 18 - Orang sedekah dan infaq ( beri pinjaman pada Tuhan ) dengan ikhlas akan diganda balasan dan pahala.
- 63(al munafiqun) : 10 - Infaq harta dan rezeki , orang tika ajal merayu agar ditangguh ajal kerana mahu sedekah dan jadi soleh.
- 64(at thogabbun) : 16 - Orang terpelihara dari bakhil ialah orang yang berjaya.
- 64 : 17 - Pinjaman pada Allah akan dilipat ganda balasandan diampun dosa.
- 70( al ma'arij) : 22-35 - Orang-orang solat dan infaq pada orang miskin meminta-minta dan menahan diri dari meminta , takut azab Allah dan jaga kehormatan dari zina dan jaga amanah dan janji akan dikurniai syurga.
- 89(al fajr) : 17-20 - Orang diberi mewah dan harta banyak tetapi tidak membantu anak-anak yatim, tidak beri makan orang miskin, makan pusaka secara haram dan sayangkan harta (tamak)
- 90(al balad) : 11-17 - Ramai manusia tak pilih jalan untuk beramal baik ( tinggi darjat amal ) , beri makan di hari lapar dan pada anak yatim dan kerabat, orang miskin terlantar atas tanah dan berpesan-pesan dengan sabar dan kasih sayang ( iaitu golongan kanan akan beroleh syurga. )
- 92(al lail) : 5-7 - Orang yang infaq harta dan taqwa dibalas syurga.
- 92 : 8-11 - Orang bakhil dan rasa cukup dengan harta dan kemewahan akan diberi sengsara dan susah serta diazab.
- 92: 17-21 - Orang taqwa ( derma infaq harta untuk bersih diri dan tidak berhutang budi untuk dibalas dan harap redha Allah akan dapat segala dihajati dalam syurga.
- 107(alma'un):4-7 - Celaka orang yang tidak beri pertolongan bantuan dan infaq pada orang susah dan miskin.
HADIS SEDEKAH
- 1Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2382.mendengar Abu Hurairah r.a. bahawa, Rasuiullah saw pernah bercerita: "Seseorang bernazar: "Sungguh aku akan mengeluarkan suatu sedekah." Kemudian malam hari ia keluar dengan membawa sedekahnya, dan ia letakkan di tangan seorang pencuri. Ketika pada pagi harinya orang-orang ramai membicarakan pencuri telah menerima sedekah, orang itu berkata: "Ya Allah, segala puji bagiMu, aku telah memberikan sedekah pada seorang pencuri, sungguh aku akan bersedekah lagi". Lalu pada malam hari ia keluar dengan membawa sedekahnya dan ia letakkan di tangan seorang wanita penzina. Ketika pagi harinya orangorang membicarakan bahawa semalam seorang wanita penzina telah menerima sedekah, maka orang itu berkata: "Ya Allah, segala puji bagiMu, saya telah memberikan sedekah pada wanita penzina, sungguh aku akan bersedekah lagi." Lalu pada malam harinya ia keluar lagi dengan membawa sedekahnya, tetapi ia letakkan sedekah itu di tangan orang kaya. Ketika pada pagi harinya orang-orang membicarakan, bahawa seorang kaya telah menerima sedekah, maka ia berkata; "Ya Allah, segala puji bagiMu, aku telah memberikan sedekah pada seorang penzina, seorang pencuri dan pada seorang kaya." Pada malam harinya ia bermimpi, dan dikatakan padanya; "Semua sedekahmu telah diterima Allah, adapun tentang seorang penzina, semoga dengan sedekah pemberianmu itu, maka ia akan berhenti berzina dan semoga seorang pencuri itupun berhenti mencuri kerana sedekahmu dan semoga seorang kaya itu dapat mengambil pengajaran dan sedekah itu, hingga dia mahu memberikan sebahagian harta yang telah diberikan Allah padanya."2. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2022.Abbas bin Abdul-Azhim Al-Anbari menceritakan kepada kami, An Nadhar bin Muhammad Al-Jurasyi Al-Yamami menceritakan kepada kami, Ikrimah bin Ammar menceritakan kepada kami, Abu Zumail menceritakan kepada kami dari Malik bin Martsad dari ayahnya dari Abu Dzarr berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Senyummu kepada saudara mu adalah sedekah bagi mu, kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran adalah sedekah, kamu memberi petunjuk kepada seseorang yang sesat di jalan adalah sedekah, kamu melihat kepada seseorang yang tidak bisa melihat dan menolongnya adalah sedekah bagi mu, kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagi mu dan kamu menwangkan air dari timbamu ke timba saudara mu adalah sedekah bagimu."3. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0959.Dari Abu Dzar r.a., katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. pernah berkata kepada beliau, "Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Nabi saw., "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma'ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kebajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Tanya mereka, "(Kalau begitu), dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat (sex) kami?" Jawab Rasulullah saw., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala."4. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0962.Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. Iaitu, seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Menolong orang naik kenderaan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat, sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah."
5. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2442.Dari Ummur Ra'ih dari Salman ibnu 'Amir r.a, dari Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin itu pahalanya satu sedekah dan sedekah kepada sanak keluarga pahalanya dua kali sedekah, pahala sedekah, dan silaturrahim."6. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0687.Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."7. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0657.Muhammad bin Isma'il menceritakan kepada kami, Musa bin Isma'il memberitahukan kepada kami, sedekah bin Musa memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Tsabit dari Anas dunana ia berkata: "Nabi s.a.w. ditanya: "Puasa apakah yang lebih utama sesudah (puasa) Ramadhan?" Beliau menjawab: "(Puasa) Sya'ban kerana mengagungkan bulan Ramadhan". la bertanya lagi: "Sedekah apakah yang paling utama?" Beliau menjawab: "Sedekah pada bulan Ramadhan".8. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3043.Dari Humaid ibnu Abdur Rahman dari Abu Hurairah ra. berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menginfakkan sepasang hartanya di jalan Allah, maka pada hari kiamat kelak, ia akan dipanggil dari semua pintu syurga: "Wahai Hamba Allah, inilah pahala kebaikanmu." Pada hari itu, siapa yang ahli solat, maka ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ahli jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad, siapa yang ahli sedekah, maka ia akan dipanggil dari pintu sedekah; siapa yang ahli sedekah, maka ia akan dipanggil dari pintu sedekah; siapa yang ahli puasa, maka ia akan dipanggil dari pintu rayyan (segar)".Kata Abu Bakar: "Tiadalah kesengsaraan bagi orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, adakah seorang yang dipanggil dari semua pintu itu?" Jawab beliau:"Ya, ada. Dan aku berharap kamu termasuk anatara mereka."9. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0990.Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?" Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."10. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2431.Mewartakan kepada kami 'Ubaidullah bin 'Abdul-Karim mewartakan kepada kami Hisyam bin Khalid; mewartakan kepada kami Khalid bin Yazid. Mewartakan kepada kami Abu Hatim; mewartakan kepada kami Hisyam bin Khalid; mewartakan kepada kami Khalid bin Yazid bin Abu Malik, dari ayahnya, dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Pada malam aku diisra-kan (lailatul-isra-), aku melihat pada pintu syurga tertulis: Sedekah itu (dilipatkan) sepuluh kali yang semisalnya. Dan pinjaman itu (dilipatkan) lapan belas kali yang semisalnya. Maka aku bertanya: "Ya Jibrill bagaimana pinjaman itu boleh lebih baik daripada sedekah?" Dia menjawab: "Karena si peminta itu meminta, sedangkan dia punya. Dan orang yang meminjam itu tidak akan meminjam kecuali kerana perlu sekali11. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3086.aksudnya : "Al Hasan bin Arafah menceritakan kepada kami. Isma'il bin Ayyasy memberitahukan kepada kami dari Bahir bin Saad dari Khalid bin Ma'dan dari Katsir bin Murrah Al Hadhrami dari Uqbah bin Amir, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Orang yang membaca Al Quran dengan suara keras seperti orang yang bersedekah dengan terang-terangan, dan orang yang membaca Al Quran dengan suara pelan seperti orang yang bersedekah secara sembunyi".12. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0664.Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Rauh bin 'Ubadah memberitahukan kepada kami, Zakariyya bin Ishaq memberitahukan kepada kami dimana ia berkata: " 'Amr bin Dinar menceritakan kepadaku (yang berasal) dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya ada seseorang bertanya: "Wahai RasuluUah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia apakah ada gunanya bila saya bersedekah untuk atas namanya?" Beliau menjawab: "Ya, ada". Orang itu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai sebidang kebun maka saya persaksikan kepada engkau bahawasanya saya mensedekahkannya untuk atas nama ibuku." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan.13. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1346.Dari Samurah bin Jundab katanya: "Telah bersabda rasulullah saw: "Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur, maka bersedekahlah dengan satu dinar atau dengan setengah dinar bagi yang tidak mampu."14. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3631.Yahya bin Said bin Musa dan Sufyan bin Waki' menceritakan kepada kami - dengan erti yang sama - mereka berkata: Yazid bin Harun memberitahukan kepada kami, Al-Ashbagh bin Zaid memberitahukan kepada kami Abul-Ala' memberitahukan kepada kami dari Abu Umamah berkata: Umar bin Khaththab memakai pakaian baru lalu membaca: (Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepada ku pakaian yang aku dapat menutupi auratku, dan aku dapat berhias diri dalam hidupku), kemudian dia berkata: Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memakai pakaian baru lalu membaca:(Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepada ku pakaian yang aku dapat menutup auratku dan berhias diri dalam hidupku) kemudian dia menuju ke pakaian yang telah rusak lalu menyedekahkannya, nescaya dia dalam perlindunganNya di waktu hidup maupun setelah meninggal dunia."15. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0658.'Uqbah bin Mukram Al-Buhri menceritakan kepada kami, 'Abdullah bin Muu Al-Khazzaz memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Yunus bin 'Ubaid dari Al-Haun dari Anas bin Malik dimana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh sedekah itu dapat menghilangkan amarah Tuhan dan dapat menolak (cara) mati yang buruk." la (Abu 'Ita) berkata:
16. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4210.
Mewartakan kepada kami Harun bin 'Abdullah Al-Hammal dan Ahmad bin Al-Azhar, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik, dari 'Isa bin Abu 'Isa Al-Hannath, dari Abuz-Zinad, dari Anas, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Hasad itu akan memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu, sedangkan sedekah itu dapat menghapus kesalahan sebagaimana air mematikan api. Dan solat itu adalah cahaya seorang beriman, dan shaum (puasa) itu adalah perisai terhadap neraka"
17. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1344.
Mewartakan kepada kami Harun bin 'Abdullah Al-Hammal; mewartakan kepada kami Al-Husain bin 'Ali Al-Ju'fiy, dari Za-idah, dari Sulaiman Al-A'masy, dari Habib bin Abu Tsabit, dari 'Abdah bin Abu Lubabah, dari Suwaid bin Ghafalah, dari Abud-Darda-, sampai hadisnya kepada Nabi SAW., beliau bersabda: "Barangsiapa hendak tidur, dan dia mempunyai niat untuk bangun dan mengerjakan solat malam, lalu dia tertidur sampai pagi, maka akan ditulis baginya apa yang dia niatkan. Adapun tidurnya itu sebagai sedekah baginya dari Tuhannya."
18. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0955.
Dari Abu Mas'ud Al Badri r.a., dari Nabi saw. sabdanya : "Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya kerana Allah, maka pahala nafkahnya itu sama dengan pahala sedekah."
19.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3505.
Dari Hisyam Ibnu Urwah dari ayah dari A'isyah ra. berkata; "Seseorang bertanya pada Rasulullah: "Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara mendadak, seandainya ia sempat berpesan, nescaya ia akan bersedekah, apakah aku dapat bersedekah untuknya?" Jawab Rasulullah: "Ya, bersedekahlah untuknya."
20. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1875.
Dari Huzaifah r.a. katanya: Ketika kami sedang duduk dekat Umar, beliau mengatakan: "Siapakah di antara kamu yang menghafal (ingat) akan sabda Nabi saw. tentang fitnah?" Kata Huzaifah: "Fitnah laki-laki kerana isteri, harta, anak dan tetangganya ditutupi oleh solat, sedekah, menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan salah."
| 21. | Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3507. Menceritakan pada kami Al-'Ala' dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda: "Bila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkata, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh berdoa untuk ibu bapanya." 22. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3521. Dari Sa'ed ibnu Al Musayyab dari Sa'ed ibnu Ubadah berkisah: "Aku bertanya pada Rasulullah saw: "Sedekah apa yang paling utama?" Jawab beliau: "Memberi air minum." 23. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2430. Dari Zaid ibnu Dzubyan, dia merafa'kan kepada Abu Dzarr r.a, dari Rasulullah saw bersabda: "Tiga orang yang dicintai Allah, dan ada tiga orang yang dibenci oleh Allah. Adapun orang-orang yang dicintai Allah ialah; seseorang yang membuntuti seorang peminta-minta yang ditolak oleh kaumnya, lalu memberinya sedekah secara diam-diam, tiada yang tahu sedekahnya kecuali Allah dan orang yang diberinya, dan seorang yang bangun pada malam hari disaat orang-orang tidur, maka dia bangun untuk merendahkan diri kepada Allah dan membaca ayat-ayatNya, dan seorang berada ditengah-tengah pasukan, tiba-tiba bertemu musuh, maka diapun maju menyerang hingga gugur atau menang. Sedangkan tiga macam orang yang dibenci Allah ialah: Orang tua yang berzina, orang fakir yang sombong, dan orang kaya yang zalim." 24. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0243. Mewartakan kepada kami Yaakub bin Humaid bin Kasib Al-Madaniy, mewartakan kepadaku Ishak bin Ibrahim, dari Shafwan bin Sulaim, dari Ubaidillah bin Thalhah, dari Al-Hasan Al-Bashriy, dari Abu Hurairah: Bahawasanya Nabi SAW. bersabda: "Seutama-utama sedekah adalah kalau seorang muslim mempelajari ilmu, kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim. 25. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2098. Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami, dari Al-Aala bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sedekah tidak mengurangi harta, dan Allah tidak menambah seseorang dengan memaafkan melainkan darjat kemuliaan dan seseorang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah mengangkat darjatnya"
|
No comments:
Post a Comment