Monday, 17 February 2025

KOLEKSI AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = MATI, BARZAKH

 KOLEKSI AYAT-AYAT QURAN DAN HADIS = MATI, BARZAKH, 



BAB MATI/SAKARATUL MAUT
  • 23(AL MU'MINUN):99-100 - Orang kufur ingkar mnta dikembali ke dunia (dihidup balik) tika sampai ajal;, untuk kerjakan amal soleh sedangkan mereka sudah berada di barzakh.
  • 39(AZ ZUMAR):17 - Orang taat beroleh gembira seawal saat kematian.
  • 45(AL JATHIYAH):27 Malaikat pukul muka dan punggung orang-orang yang tak beriman saat ditarik nyawa.
  • 75(AL QIAAMAH):26 - Saat roh di kerongkong, saat perpisahan dan kedasyatan bertindih-tindih.
  • 6(AL AN'AM):93 - Malaikat maut pukul dan seksa orang zalim saat sakaratul maut.
  • 8(AL ANFAL):50 - Malaikat pukul muka dan belakang orang2 kafir tika cabut nyawa mereka.

HADIS BERKAITAN MATI/SAKARATUL MAUT

  • hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1836.
  • Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia mati (syahid) di dunia sampai sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid."
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1073.
  • dari Aisyah,Bahwasanya dia menyebutkan sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:"barang siapa senang bertemu kepada Allah, maka Allah suka menemuinya dan barang siapa benci bertemu kepada Allah, maka Allah benci bertemu kepadanya."Aisyah berkata:"Saya bertanya:"Hai Rasulullah.masing-masing dari kami takut mati". Rasulullah saw bersabda:"Tidak demikian itu.tetapi orang mukmin ketika (hendak mati) ia diberi kabar gembira dengan rahmat Allah,keridhaan dan syurga-Nya maka ia senang bertemu Allah dan Allah senang bertemu kepada.Dan orang kafir ketika (hendak mati) diberi kabar seksa Allah dan murka-Nya maka ia benci bertemu Allah,dan Allah benci bertemu kepadanya."
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1826.
  • Kata Amrah bahawasanya dia pernah mendengar khabar, bahawa pernah disebutkan oleh Ibnu Umar: "Sesungguhnya seorang yang mati akan diseksa disebabkan oleh tangis kaumnya kepadanya"
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4259.
  •  dari Ibnu 'Umar, bahawasanya dia berkata: "Saya pernah bersama Rasulullah saw., lalu seseorang dari kaum Ansar datang kepadanya dan memberi salam kepada Nabi saw. Kemudian dia bertanya: "Ya Rasulullah! Orang mukmin mana yang paling utama?" Beliau menjawab: "Yang paling baik akhlaknya". Dia bertanya lagi: "Orang mukmin mana yang paling berakal (cerdik"?" Beliau menjawab; "Yang paling banyak ingat mati, dan yang paling baik persiapannya untuk menyongsong sesudah mati.
  • Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0443.
  • Diceritakan oleh Hudzaifah r.a., bahawa dia melihat seorang laki-laki yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah orang itu selesai solat, Hudzaifah berkata kepadanya, " Engkau tidak solat. Kalau engkau mati, maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad saw.
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1901.
  • Dari Abi Qatadah katanya: "Ketika ada jenazah yang lewat dihadapan kami, maka Rasulullah saw bersabda: "Bila yang mati ini adalah seorang mukmin, maka kematian akan memberikan kesempatan baginya untuk beristirehat dari segala kesulitan dan kesusahan di dunia. Bila yang mati ini seorang jahat, maka manusia, negeri-negeri, pohon-pohon, dan binatang-binatang akan terhindar dari kejahatannya."
  • Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0751.
  • Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah di dalamnya, dengan rumah yang tidak pernah disebut nama Allah di dalamnya, ialah seperti orang hidup dan orang mati."
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1960.
  • Dari Aisyah katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Tidak seorang mati yang disolatkan oleh seratus kaum muslimin dan mereka memohonkan pengampunan dengan sungguh-sungguh, melainkan Allah akan mengampuni jenazah orang itu."
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2457.
  •  dari Anas bahawa Rasulullah saw bersabda :"Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah aku dalam kelompok orang-orang yang miskin pada hari Qiamat. Aisyah bertanya :"Mengapa ya Rasulullah ?", Beliau menjawab :"Sesungguhnya mereka masuk syurga sebelum orang-orang kaya dengan terpaut 40 kharif (40 tahun). Hai Aisyah janganlah kamu menolak orang miskin walaupun dengan separuh buah korma, Ya Aisyah senangilah orang-orang miskin dan dekatilah mereka, nescaya Allah mendekati mu di hari Qiamat".
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2039.
  • Dari Naafi' dari Ibnu Umar: Nabi saw pernah bersabda: "Sesungguhnya setiap orang mati akan diperlihatkan setiap pagi dan petangnya tentang tempatnya di syurga jika dia termasuk dari ahli syurga dan dia akan diperlihatkan pula tempatnya di neraka jika dia termasuk ahli neraka. Kejadian itu terus berlangsung hingga dibangkitkannya hari kiamat.
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1953.
  • Dari Auf bin Malik: Aku pernah mendengar Rasulullah saw berdoa ketika mensolati jenazah seseorang dengan doa sebagai berikut: "Allahummaghfirlahu warhamhu wa' fu'anhu wa 'aaflhi wa akrim nuzulahu wa wassi'mudkhalahu waghsilhu bi maa-in wa tsaljin wa baradin wa naqqihii minal khataayaa kamaa yunaqqats tsaubul abyadlu minad-danasi wa-abdilhu daaran khairan min daarihi wa ahlan khairan min ahlihi wa zaujan khairan min zaujihi wa qihii adzaabal qabti wa adzaaban-naari/Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia dan selamatkan dia. Muliakanlah kedatangannya dan berilah tempat yang luas sebagai tempat tinggalnya. Sucikan dia dengan air, salju dan air dingin dari segala dosa sebagai mana disucikannya baju putih dari segala noda. Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan jauhkan dia dari seksa kubur dan seksa api neraka". Kata Auf: "Ketika aku mendengar doa Rasulullah saw yang amat mempesona seperti itu, maka aku berangan-angan, alangkah senangnya kalau aku yang mati lalu didoakan oleh Rasulullah seperti itu."
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1455.
  •  Syaddad bin Aus, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Bila kamu sekalian menghadiri orangorang yang mati di antara kamu, maka pejamkanlah matanya. Sebab sesungguhnya mata itu -memandang- mengikuti -perginya- ruh. Dan katakanlah olehmu sekalian hal-hal yang baik -kepadanya-, maka sesungguhnya malaikat itu mengamini -mengiakan- apa yang diucapkan oleh keluarga rumahnya.
  • Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0707.
  • Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. memandang kepada orang-orang yang dikuburkan di Qalib, lalu beliau bersabda: "Sebenarnya kamu telah mengecap apa yang dijanjikan Allah kepada mu." Seseorang bertanya, "Apakah Tuan berbicara kepada orang-orang yang telah mati?" Jawab Nabi, "Kamu bukan yang lebih nyaring daripada mereka, hanya mereka tidak bisa menjawab."
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4262.
  •  dari Abu Hurairah, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Orang yang hendak mati itu akan didatangi para malaikat. Apabila dia adalah seorang lelaki yang shalih, maka mereka berkata: "Keluarlah wahai jiwa yang baik! -Adalah ia di badan yang -baik- Keluarlah dalam keadaan terpuji dan bergembiralah dengan rahmat dan wangi-wangian serta- Tuhan yang tiada murka". Maka dikatakan demikian terus padanya, sehingga nyawanya keluar. Kemudian ruh tersebut dibawa masuk ke langit, maka dibukalah pintu langit itu baginya, lalu malaikat yang membawanya itu ditanya: "Siapakah ini?" Maka mereka menjawab". "Si Fulan". Lalu dikatakan padanya: "Selamat datang kepada jiwa yang baik. -Adalah ia di badan yaag baik-. Masuklah dalam keadaan terpuji, dan bergembiralah dengan rahmat dan wangi-wangian serta Tuhan yang tiada murka".  Dan apabila dia adalah lelaki yang jahat, maka malaikat berkata: "Keluarlah wahai jiwa yang buruk! -Adalah ia di badan yang buruk-. Keluarlah dalam keadaan tercela, dan bergembiralah dengan air yang sangat panas dan air yang sangat dingin membusukkan". Dengan siksaan lain yang sama bentuk beserta pasangannya. Maka dikatakan demikian terus padanya hingga nyawanya keluar. Kemudian dibawa masuk ke langit, namun pintu langit tidak dibukakan baginya. Lalu malaikat penjaga langit bertanya: "Siapakah ini?", maka dijawab: "Si Fulan". Lalu dikatakan: "Tidak ada ucapan selamat datang kepada jiwa yang buruk. -Adalah ia di badan yang buruk-. Kembalilah dalam keadaan tercela! Karena sesungguhnya pintu-pintu langit itu tidak akan dibukakan bagimu". Maka jiwa yang buruk tersebut dikembalikan dari langit, dan kemudian kembali kekubur.
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1797.
  • Dari Aisyah katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw: "Ajarkan/talkinkan ucapan "Laa ilaha illallah" pada seorang yang hendak mati diantara kalian".
  • Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1512.
  • Dari Abu Sa'id r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Ada seorang laki-laki Bani Israil yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian ia pergi bertanya. Ia datang pada seorang rahib (pendeta), lalu ditanyakannya: "Dapatkah taubat saya diterima?" Jawab pendeta: "Tidak!" Pendeta itu pun lalu dibunuhnya. Kemudian ia terus hendak bertanya. Seorang laki-laki berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke desa itu!" Lalu dia mati dekat desa yang ditujunya itu. Maka bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang keadaannya. Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditujunya itu: "Dekatlah!" Dan Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditinggalkannya: "Jauhlah" Tuhan lalu berfirman kepada malaikat tadi: "Ukurlah jarak antara kedua desa itu". Maka didapati bahawa ia lebih dekat sejengkal ke tempat yang ditujunya. Lalu ia diampuni Tuhan".
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0658.
  •  dari Anas bin Malik dimana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh sedekah itu dapat menghilangkan amarah Tuhan dan dapat menolak (cara) mati yang buruk." la (Abu 'Ita) berkata: "Dari riwayat ini, hadis tersebut adalah hadis gharib".
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1819.
  • Kata Muhammad ibnu Siriin: "Ketika disampaikan pada Imran ibnu Husain: Seorang mati akan diseksa menurut tangisan orang-orang yang masih hidup", maka Imran Ibnu Husain berkata: "Sesungguhnya yang mengatakan demikian adalah Rasulullah saw."
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4272.
  • dari Abu Sufyan, dari Nabi saw., beliau bersabda: 'Apabila orang yang mati telah masuk dalam kubur, maka digambarkan-lah matahari di sebelah baratnya. Lalu orang tersebut duduk dan mengusap-usap kedua belah matanya seraya berkata: "Biarkanlah saya mengerjakan solat"
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4258.
  •  dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Banyak-banyaklah kamu mengingat perkara yang akan menghancurkan segala kenikmatan, yaitu maut".
  • Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2444.
  • Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi saw. berada di sebidang kebun Bani Najjar mengenderai keldai, kami ada bersama-sama beliau. Tiba-tiba keldai itu membelok sehingga beliau hampir jatuh. Kiranya di sana terdapat empat atau enam kubur. Tanya beliau, "Siapakah di antara kalian yang tahu, kubur-kubur ini milik siapa?" Seorang lelaki berkata: "Aku!" Tanya Nabi saw., "Bila mereka meninggal?" Jawab, "Mereka mati dalam syirik." Sabda Rasulullah saw., "Mereka sedang diseksa dalam kubur. Seandainya aku tidak khuatir yang kamu semua akan takut menguburkan mayat, akan ku mohon kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperdengarkan kepada mu sekalian bagaimana dahsyatnya seksa kubur seperti yang terdengar olehku." Kemudian beliau hadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda, "Berlindunglah kamu dengan Allah dari seksa neraka!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa neraka." Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari seksa kubur!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa kubur." Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dari fitnah (bencana) Dajjal!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal."
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2578.
  •  Abu Sa'id berkata :"Rasulullah SAW masuk ke musolla, Perbanyaklah ingat kepada penghancur kenikmatan iaitu kematian, kerana tidaklah suatu hari datang atas kuburan melainkan kuburan itu berbicara. Lalu ia berkata :"Aku rumah pengasingan, aku rumah penyendirian, aku rumah tanah dan aku rumat ulat". Apabila seorang mukmin dimakamkan, maka kuburan berkata kepadanya :"Selamat datang. Ingatlah sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku cintai diantara orang yang berjalan dipunggung ku maka saat aku telah menguasai mu pada hari ini dan kamu kembali kepada ku, kamu akan melihat balasan ku terhadapmu". Kemudian kuburan menjadi luas baginya seluas pandangan matanya dan dibuka baginya pintu menuju syurga. Apabila seorang yang jahat atau yang kafir dimakamkan, maka kuburan berkata kepadanya :"Tidak selamat datang. Ingatlah sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku benci di antara orang yang berjalan di punggung ku, maka saat aku menguasai mu hari ini dan kamu kembali kepada ku, maka kamu akan melihat balasan ku terhadap mu". Beliau bersabda :"Lalu kuburan itu merapatkan diri sehingga ia menjumpainya dalam keadaan berantakan tulang rusuknya". Rawi hadis berkata :"Rasulullah SAW memberi isyarat dengan jari jari beliau lalu memasukkan sebahagian jari kelubang jari yang lain, sambil bersabda :"Dan didatangkan kepadanya tujuh puluh ular besar, seandainya satu ular tersebut meniup di bumi, nescaya bumi tidak menumbuhkan selama dunia masih ada. Lalu ular itu menggigitnya dan melukainya dengan sebenar-benarnya sehingga sampai perhitungan amal". Rawi berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya kuburan itu taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka".
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3052.
  •  Ibnu Abbas, ia berkata :"Sebahagian sahabat Nabi SAW mendirikan khemahnya di pekuburan, dia tidak mengira bahawa tempat itu perkuburan, tiba-tiba ditempat kubur itu, ada seseorang yang membaca surat Mulk sampai selesai. Maka ia mendatangi Nabi SAW dan berkata :"Wahai Rasulullah, saya mendirikan khemah, saya tidak mengerti bahawa tanah itu perkuburan, tiba-tiba di kuburan itu ada seorang manusia yang membaca surat Al Mulk sampai selesai". Nabi bersabda :"Surat itu adalah pencegah atau penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur".
  • Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0543.
  • Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Dua orang wanita tua bangsa Yahudi datang ke rumahku, lalu keduanya berkata: "Sesungguhnya ahli kubur itu diseksa dalam kuburnya." Aku mendustakan ucapan mereka dan tidak mahu mengiakannya. Setelah mereka keluar, Rasulullah saw. datang. Lalu ku ceritakan kepada beliau kedatangan wanita tua Yahudi itu serta ucapan mereka yang mengatakan bahawa ahli kubur diseksa dalam kubur mereka. Jawab Rasulullah saw., "Mereka benar! Memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternak." Kata 'Aisyah, "Semenjak itu, ku lihat beliau sentiasa berlindung dengan Allah dan seksa kubur dalam solat.
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1077.
  • Abu Hurairah berkata,Rasulullah bersabda:"apabila mayat dikuburkan (atau beliau bersabda:"Salah satu di antaramu dikuburkan) maka datanglah dua malaikat yang hitam dan biru(matanya).Salah satunya namanya Mungkar dan yang lain Nakir,kedua malaikat itu berkata:"Apakah yang kamu ucapkan(ketahui) tentang seorang lelaki ini (Muhammad)?"Maka Mayat menjawab sebelum dia mati,Muhammad adalah hamba dan utusan Allah,saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya".kedua malaikat berkata:"Kami telah mengerti bahwanya engkau akan berkata begitu, kemudian diluaskannya ia di dalam kuburnya,lebar dan panjangnya tujuh puluh hasta,di dalam kuburnya diterangi cahaya.Maka diucapkan kepadanya;"Tidurlah".Mayat berkata:"Saya mahu pulang kepada keluargaku dan memberitahukan (keadaanku)kepadanya." Kedua Malaikat berkata:"Tidurlah".seperti tidurnya pengantin yang ia tidak dibangun-bangunkan,kecuali oleh keluarganya yang merasa senang kepadanya sampai Allah membangunkannya(untuk hari kiamat) dari tempat pembaringannya itu".Kalau mayat itu orang munafik ia berkata:"Saya mendengar orang-orang berkata;dan saya berkata seperti yang mereka ucapkan,saya tak tahu(Muhammad itu nabi atau tidak)".Kedua malaikat itu berkata:"saya sudah tahu bahawasanya kamu akan jawab seperti itu." Maka dikatakan kepada bumi:"Jepitlah dia!"Maka bumi menjepitnya maka tulang-tulang rusuknya bercerai berai dan ia terus menerus di dalam siksaan sampai Allah membangunkannya dari tempat siksaannya itu."
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4267.
  •  Maula 'Utsman, dia berkata: "Adalah 'Utsman bin 'Affan apabila berhenti pada sebuah kubur, menangis hingga basah jenggotnya. Lalu dikatakan padanya: "Engkau tidak menangis ketika ingat syurga dan neraka, lalu mengapa engkau menangis kerana ini?'' 'Utsman menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda" "Sesungguhnya kubur itu adalah tempat persinggahan pertama dari akherat. Apabila selamat daripadanya, maka apa yang sesudah itu akan lebih mudah daripadanya. Dan apabila tidak selamat daripadanya, maka apa yang sesudahnya itu akan lebih dahsyat daripadanya". Lalu dia melanjutkan: "Dan Rasulullah saw. juga bersabda: "Aku tidak melihat pemandangan apapun -di dunia ini-, melainkan pemandangan di alam kubur itu lebih buruk daripadanya"
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2022.
  • Dari Rasyid bin Sa'ad dari salah seorang sahabat Rasulullah saw: "Bahawasanya ketika ada seorang berkata pada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, mengapa orang-orang yang beriman akan diuji oleh Allah didalam kubur mereka kecuali seorang yang mati syahid?" Jawab beliau saw: "Pukulan pedang yang telah menimpa seorang yang mati syahid dikepalanya boleh disamakan dengan ujian Allah yang diujikan baginya."
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1080.
  • Abdullah bin Amr berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada orang Islam yang mati pada hari atau malam Jumaat, kecuali Allah memeliharanya dari fitnah kubur.
  • Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2079.
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan tidak ada mayat berkeliaran menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada pantang larang di bulan Shafar."
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0348.
  •  dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda; "Kebanyakan seksa kubur itu sebab kencing." 
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2019.
  • Dari Qatadah; Anas bin Malik pernah berkata; "Bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda: "Jika jenazah seseorang telah dibaringkan di kuburannya, setelah ditinggal oleh para pengantarnya, maka dia dapat mendengar suara derap sandal mereka. Setelah itu dia akan didatangi oleh dua malaikat dan didudukkan. Kedua malaikat itu bertanya padanya; "Apakah kamu kenal kepada Muhammad saw?" Jika yang ditanya itu seorang mukmin, maka dia berkata: "Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya". Setelah mendengar jawaban orang mukmin itu, maka kedua malaikat itu berkata: "Lihatlah tempatmu di neraka, kini Allah telah menggantikan tempatmu itu dengan sebuah tempat di syurga". Selanjutnya sabda Nabi saw: "Maka jenazah orang itu akan melihat kedua tempat tersebut."
  • Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1572.
  • Dari Nan' dikatakan bahawasanya Abdullah ibnu Umar pernah berkata: "Rasulullah saw pernah bersabda: "Kerjakanlah solat sunnah di rumah kalian masing-masing, dan janganlah menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan."
  • Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1173.
  • Dari Ibnu Umar r.a.. kalanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengambil sebahagian tanah orang lain tanpa hak (dengan aniaya), maka pada hari kiamat ia akan dikubur sampai tujuh lapis bumi."
  • Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3037.
  •  dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :"Kamu semua jangan menjadikan rumah-rumah mu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al Baqarah, syaitan tidak akan memasukinya". Hadis ini hasan sahih.
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4272.
  • dari Abu Sufyan, dari Nabi saw., beliau bersabda: 'Apabila orang yang mati telah masuk dalam kubur, maka digambarkan-lah matahari di sebelah baratnya. Lalu orang tersebut duduk dan mengusap-usap kedua belah matanya seraya berkata: "Biarkanlah saya mengerjakan solat"
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1542.
  •  dari 'Amir bin Rabi'ah. Dia -ayahku- mendengar Rabi'ah mewartakan hadis dari Nabi SAW. Beliau bersabda: "Bila kalian melihat jenazah, maka berdirilah untuknya jenazah, sehingga dia melalui kalian, atau dia diletakkan di kuburannya".
  • Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1541.
  •  dari Ubay bin Ka'eb, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa yang mensolati jenazah, maka baginya mendapat satu qirath. Dan barangsiapa menyaksikannya sehingga dikubur, maka baginya mendapat pahala dua qirath. Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di Tangan-Nya, bahawa satu qirath adalah lebih besar daripada gunung Uhud ini". 

No comments:

Post a Comment

KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )

  KITAB : APABILA RASULULLAH BERBICARA ( 22 KISAH HADIS MENGENAI PARA NABI DAN RASUL TERDAHULU )  PENULIS : USTAZ HJ JAFRI ABU BAKAR MAHMOOD...