Muqaddimah :
Kitab Ayyuhal Walad atau diberi nama ar Risalah al Waladiyyah ditulis oleh Imam Ghazali (Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al Ghazali at Thusi ) dalam bahasa Parsi kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh para ulama'.
Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam Ghazali sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dikirim oleh seorang murid yang sangat mencintainya dan meminta Imam Ghazali sudi menulis sepucuk surat yang merupakan nasihat . Lalu imam Ghazali dengan murah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.
Apabila diteliti, didapati Imam Ghazali amat ikhlas sekali memberi nasihat dan di celah ungkapan beliau kelihatan kehebatan Imam Ghazali dalam menggambarkan tipuan dunia dan kekalnya negeri akhirat., dan betapa perlunya kita kepada iman dan amal soleh dan kejernihan jiwa.
Kita juga melihat kasih sayang Imam Ghazali terhadap muridnya lalu membawakan nasihat ini dalam bahasa yang halus yang menyentuh hati nurani , terkadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan mendalam sekali dalam hati hingga membawa kepada perubahan dalam kehidupan.
NASIHAT 1 - WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN
Wahai anakku yang tercinta ! Sebahagian nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada umatnya berbunyi ,
" Adalah dikira sebagai tanda berpaling nya Allah daripada seorang hambaNya apabila ia selalu melakukan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada 1 saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu untuk beribadat kepada Allah ) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya. (pada hari kiamat nanti ).
Dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."
Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
NASIHAT 2 - BAGAIMANA SEPATUTNYA KITA MENERIMA NASIHAT
Wahai anakku yang tercinta ! Memberi nasihat itu sebenarnya tersangat mudah yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang mengikuti kehendak nafsunya.
Nafsu amat mencintai perkara yang dilarang , apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu supaya mendapat gelaran dan mewah dunia dan sentiasa sibuk menghimpunkan kesenangan dunia kerana orang seperti ini selalu menganggap hanya sekadar memperoleh ilmu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya tanpa mengamalkannya . Orang yang telah memperoleh ilmu tapi tidak mengamalkannya akan disoal dengan soalan yang berat pada hari kiamat seperti hadis nabi, "Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.
NASIHAT 3 - ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT KECUALI BILA SUDAH DIAMALKAN
Wahai anakku yang tercinta ! Janganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau menjadikan dirimu itu kosong dari perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawa semata mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat.
Orang yang mengetahui ratusan ribu permasalahan ilmu tapi tidak mengamalkannya , maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat kecuali setelah diamalkannya.
maka jika engkau belajar beratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buah kitab, engkau masih belum layak menerima rahmat Allah melainkan setelah mengamalkannya.
"kecuali (ertinya tidak masuk neraka ) orang yang sudah bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang soleh " - surah AL Furqaan - ayat 70
dalil yang menuntut kita beramal dengan ilmu teramat banyak. dan walaupun seorang hamba masuk syurga hanya dengan rahmat dan kemurahan Allah , namun rahmat dan kemurahan Allah hanya diperoleh selepas seseorang hamba itu mempersiapkan diri dengan ketaatan dan ibadah , kerana rahmat Allah itu dekat kepada hamba hambaNya yang berbuat baik.
NASIHAT 4 - KADAR BALASAN MENGIKUT KADAR AMALAN
Wahai anakku yang tercinta ! Diriwayatkan ada lelaki di kalangan bani israel beribadah selama 70tahun lamanya, lalu Allah mahu menunjukkan keadaannya ini kepada para malaikat maka Allah mengutus kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa walaupun dia telah beribadah 70 tahun lamanya namun belum layak untuk masuk syurga Allah.
Apabila malaikat memberitahu hal ini kepadanya, lalu ia berkata, "itu bukan urusanku, Aku diciptakan untuk beribadah kepada Allah , maka itulah kerja yang mesti aku lakukan. " Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata, "Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dengan apa yang telah diperkatakan. Lalu Allah berfirman, "Apabila hambaKu tidak berpaling dari beribadah akan Daku maka Aku membalasnya dengan kemurahanKu. Aku juga tidak akan berpaling darinya. Wahai para malaikat ! Bersaksilah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya."
dan telah bersabda Rasulullah , "Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung , dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang ."
berkata Saiyyidina Ali, "Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan angan sahaja. Dan siapa yang menyangka bahawa dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala."
dan sabda Rasulullah, "Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. dan orang yang bodoh itu ialah orang yang selalu menurut kehendak hawa nafsunya dan hanya berangan angan untuk mendapatkan kemurahan Allah."
NASIHAT 5 - IKHLASKAN NIATMU
Wahai anakku yang tercinta !
Berapa banyakkah dari malam malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk belajar dan menelaah kitab. dan berapa lama engkau telah menahan tidur atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niatmu yang mendorong engkau berbuat demikian. Maka apakah hanya semata mata mencari keuntungan dunia dan menghimpunkan segala benda nya dan mencapai akan kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kehebatanmu di hadapan kawan kawan. Jikalau ini niatmu, maka engkau akan rugi seruginya. Tetapi jika niatmu untuk menghidupkan syariat Rasulullah dan memperbaiki akhlakmu serta memecahkan kengininan nafsumu yang selalu menyuruh berbuat jahat , maka untunglah engkau seribu untung.
NASIHAT 6 - HAKIKAT HIDUP, CINTA DAN AMAL
Wahai anakku yang tercinta ! Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan dibalas atas mengikut amal perbuatanmu.
NASIHAT 7 - DAHULUKAN BELAJAR ILMU FARDHU AIN
Wahai anakku yang tercinta ! Apakah hasil yang engkau perolehi daripada menghabiskan waktu untuk belajar ilmu perbahasan , ilmu kalam (ilmu tauhid yang dalam dalam)dan ilmu khilaf (ilmu perbahasan khilafiah )dan ilmu at Tibb(ilmu perubatan) dan ilmu berkenaaan syair arab dan ilmu peredaran bintang , ilmu berkenaan kaedah bahasa arab, selain dari mensia siakan umur dengan menyalahi perintah Allah.
***maksudnya , janganlah engkau berlebih lebihan dalam mempelajari masalah yang halus halus pada ilmu ilmu tadi sehingga engkau tidak mempunyai waktu yang cukup untuk belajar ilmu yang fardhu ain. **
Sesungguhnya aku melihat di dalam Injil Nabi Isa ada disebutkan :
"mulai seorang mayat diletakkan di dalam kerandanya, sampai ia diletakkan di dalam kuburnya Allah telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali, "Wahai hambaKu! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memerhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota zahirmu ) tetapi engkau tidak mempedulikan kepada tempat pandanganKu (hati engkau )walaupun hanya satu detik.
dan setiap hari Allah memandang ke dalam hatimu lalu berfirman, "Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada yang lain dariKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ihsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli dan tidak dapat mendengar lagi."
NASIHAT 8 - ILMU TANPA AMALAN IALAH GILA
Wahai anakku yang tercinta ! ilmu tanpa amalan ialah gila dan amal tanpa ilmu ialah sia sia.dan ketahuilah dengan ilmu semata mata belum dapat menjauhkan kamu daripada perbuatan maksiat, dan belum dapat mendorong kamu untuk berbuat taat dan tidak dapat dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka. Dan jika engkau tidak beramal dengan ilmumu, dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yang engkau lakukan pada masa lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat (atau di dalam kubur )nanti, "(wahai Tuhanku ) kembalikan aku ke dunia untuk aku dapat beramal soleh ."
lalu dikatakan kepada engkau, "wahai si bodoh kenapa engkau hendak kembali ke sana, sedangkan engkau baru sahaja datang dari sana."
NASIHAT 9 - TINGGIKAN CITA CITAMU DAN LAWANLAH NAFSUMU DAN BUATLAH BEKALAN AKHIRAT
Wahai anakku yang tercinta !
Jadikanlah cita citamu dalam meninggikan ruhaniyahmu. dan jadikanlah kematian itu hanya pada badanmu kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur , dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatangmu pada setiap masa , maka jangan sekali kali engkau datang ke sana tanpa bekalan.
diriwayatkan oleh Imam al Hasan al Basri (wafat 110 H), diberikan kepada beliau segelas air sejuk lalu beliau memegang gelas tersebut dan terus sahaja pengsan. apabila tersedar orang bertanya kenapa beliau pengsan, maka beliau menjawab , " Tadi aku teringat akan angan-angan penghuni neraka , apabila nanti mereka berkata kepada penghuni syurga, "maksudnya : Limpahkanlah kepada kami sebahagian daripada air yang ada pada kamu atau apa sahaja rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu" ( surah al a'raf ayat 50 )
NASIHAT 10 - BANGUNLAH BERIBADAH DI WAKTU MALAM
Wahai anakku yang tercinta !
seandainya ilmu semata mata sudah cukup bagi engkau dan tidak perlu pada amalan maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam seperti yang disebutkan : "Adakah di sana ada orang yang meminta sesuatu ? adakah di sana orang yang meminta ampun ? Adakah di sana orang yang bertaubat ?"
sebahagian sahabat menyebutkan keindahan keperibadian Sayyidina Abdullah bin Umar di sisi Rasulullah, lalu baginda bersabda, "ertinya, " Abdullah bin Umar itu sangat baik orangnya, apakan lagi kalau beliau bangun sembahyang di waktu malam ."
dan Rasulullah pernah berkata pada sahabatnya ,ertinya, "wahai si fulan, janganlah engkau terlalu banyak tidur di waktu malam kerana terlalu banyak tidur di waktu malam akan menjadikan seseorang itu fakir di hadapan Allah pada hari kiamat nanti ."
firman Allah, "maksudnya, : "dan hendaklah engkau bangun sembahyang tahajjud pada sebahagian dari waktu malam ."
dan firman ini mengandungi makna suruhan.
"maksudnya : "dan di waktu sahur mereka sentiasa beristighfar kepada Allah .:
dalam firman ini mengandungi makna syukur.
dan firman bermaksud , "(mereka yang berjaya itu ialah ) orang orang yang selalu beristighfar di waktu sahur ."
dalam firman ini mengandungi makna peringatan.
sabda rasulullah, ertinya, " ada 3 suara yang sangat dicintai oleh Allah , suara ayam jantan yang berkokok, suara orang membaca al Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu sahur."
berkata Imam sufian at Tsauri (wafat 161 H), "sesungguhnya Allah menciptakan satu angin yang berhembus di waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan Raja yang Maha Perkasa.
beliau berkata lagi, "Apabila bermula malam, memanggillah suatu pemanggil dari bawah arasy , "Hendaklah para Abidin segera bangun,"maka mereka pun segera bangun dan terus bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.dan apabila telah berlalu separuh malam, memanggil pula satu pemanggil, "Hendaklah para Qanitin segera bangun, maka mereka pun bangun dan terus sembahyang sehingga sampai ke waktu sahur. dan apabila datang waktu sahur, memanggil pula satu pemanggil, "Hendaklah bangun orang yang mahu beristighfar.", maka mereka pun bangun dan terus beristighfar. dan apabila fajar sudah naik menyinsing , maka memanggillah oleh satu pemanggil, "hendaklah bangun mereka yang lalai ". lalu mereka bangun daripada tempat tidur mereka laksana orang mati yang dibangkitkan dari kubur mereka."
adalah diriwayatkandalam wasiat lukmanul haqim buat anaknya, beliau berkata, "wahai anakku yang tercinta ! janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. ia berkokok di waktu sahur sedangkan engkau masih nyenyak tidur lagi."
dan sungguh indah sekali gubahan syair ,
"Sesunggguhnya memanggil manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas kayu. ia terus sahaja menangis kerinduan, sedangkan aku mabuk dalam tidurku."
"Bohong ! sebenarnya bohong aku , demi Tuhan yang memiliki baitullah. Seandainya aku benar benar seorang yang asyik(rindu akan Allah )sudah tentu burung burung itu tidak akan mendahului ku menangis"
"aku mengaku bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih, namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangis nya binatang binatang itu"
NASIHAT 11 - IBADATMU HENDAKLAH MENGIKUTI ATURAN SYARIAT
Wahai anakku yang tercinta !
Intisari segala ilmu ialah engkau mengetahui cara mengerjakan ketaatan dan cara beribadah akan Allah.
Seharusnya perkataan dan perbuatan mu itu sesuai dengan peraturan syarak kerana ilmu dan amal yang tidak sesuai dengan peraturan syarak adalah sia sia.
dan ketahuilah lidah yang tidak dikawal dan hati yang tertutup dan dipenuhi kelalaian dan syahwat ialah tanda kecelakaan seseorang.
dan apabila engkau tidak melawan nafsumu dan tidak bermujahadah dengan benar maka sudah pasti hatimu tidak akan hidup dengan cahaya makrifat.
NASIHAT 12 - SETELAH MENGAMALKAN ILMU BARU ENGKAU MENGETAHUI HAKIKATNYA
Wahai anakku yang tercinta !
dan ketahuilah sebahagian masalah yang ditanya tidak dapat dijawab dengan tulisan atau perkataan , tetapi hanya apabila sudah sampai pada hakikat perkara tersebut , barulah engkau akan faham.
kalau engkau belum sampai ke sana maka engkau belum mengetahuinya kerana masalah masalah ini adalah masalah "zhauqiyyah" iaitu masalah yang tidak dapat difaham dengan sebenarnya melainkan setelah dirasai seseorang akan hakikatnya.
NASIHAT 13 - 4 SIFAT KESEMPURNAAN BAGI ORANG YANG SALIK (MENJALANI JALAN AKHIRAT )
Wahai anakku yang tercinta !
wajib ke atas orang salikin ( orang yang menjalani jalan akhirat ) bahawa ia menyempurnakan 4 sifat :
pertama : I'tikad yang benar yang tidak ada bidaah di dalamnya ( akidah ahli sunnah wal jamaah )
ke-2 : bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
ke-3 : meminta halal daripada semua musuh (makhluk) sehingga engkau tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti.
ke-4 : mempelajari ilmu ilmu syariat untuk engkau dapat menunaikan segala perintah Allah dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.
NASIHAT 14 - WASIAT IMAM ASY SYIBLI
Wahai anakku yang tercinta !
diriwayatkan imam asy syibli r.a (wafat 334 H )telah berkhadam kepada 400 orang guru dan beliau berkata, "Aku telah membaca 4000 buah hadis kemudian aku pilih daripada itu 1 hadis yang aku benar benar amalkan akan dia dan aku tinggalkan yang lain daripadanya kerana aku mendapati hadis ini ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan terkandung di dalamnya segala ilmu Awwalin (ilmu orang terdahulu) dan ilmu Akhirin (ilmu orang terkemudian). Maka aku merasa cukup berpegang teguh dengannya.
hadis berbunyi , "ertinya : Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. dan buatlah amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksanya ! "
Wahai anakku yang tercinta !
apabila engkau mengetahui akan hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak.
NASIHAT 15 - 8 WASIAT IMAM HATIM AL ASHAM
Wahai anakku yang tercinta !
Imam Hatim al Asham (wafat 237H) pernah ditanya oleh gurunya Imam Syaqiq alBalkhi (wafat 194H) : Engkau telah belajar dariku 30 tahun lamanya, Maka apakah ilmu yang engkau telah dapatkan dariku ?
Imam Hatim menjawab , "Aku telah dapat menghasilkan 8 faedah daripada apa yang ku pelajari . Pada fikiranku, 8 perkara ini sudah memadai buatku , kerana aku mengharapkan kepadanya keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti . iaitu :"
FAEDAH PERTAMA : aku melihat setiap makhluk ada sesuatu yang dikasihi dan ia hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja dan ada hingga ke dalam kubur. maka yang lain akan pulang dan tidak mahu menemani untuk bersama sama kekasihnya di dalam kubur dan membiarkannya seorang diri. lalu aku berfikir dan membuat keputusan bahawa sebaik baik kekasih ialah yang mengiringi kekasihnya sampai ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia. dan tidak ada yang sanggup berbuat demikian melainkan amal soleh . maka aku terus menjadikan amal soleh sebagai kekasihku , supaya ia dapat menerangi kuburku , dan menghiburkan hatiku dan tidak meninggalkan aku sendirian di dalam kubur.
FAEDAH KEDUA : aku melihat ramai makhluk mengikuti hawa nafsu dan segera menunaikan kehendaknya. firman Allah berbunyi , "dan adapun orang yang takut akan berdiri di hadapan Tuhannya dan ia menahan hawa nafsu dari kehendaknya , maka dijadikan baginya Syurga sebagai tempat tinggalnya. "surah an-Naziat ayat 40-41
. apabila aku memikirkan ayat ini maka yakinlah aku bahawa nafsu itu mesti dimusuhi , lalu aku menjadikannya musuh ketatku , dan aku berjuang untuk menentangnya dan aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepadaku dan ia merasa puas dengan tugasnya untuk taat dan beribadat kepada Allah.
FAEDAH KE -3 : aku melihat ramai orang menhimpunkan harta benda dunia sebanyak banyaknya kemudian ia menahannya dan tidak mahu menyumbangkannya. firman Allah ,"maksudnya : apa yang ada di sisimu akan habis . dan pahala yang ada di sisi Allah itu adalah kekal". surah an Nahl ayat 96
lalu aku pun terus suka mengorbankan segala jua yang aku dapatkan dari harta benda dunia , dan aku suka memberikan di kalangan fakir miskin , supaya harta benda itu menjadi pahala yang tersimpan di sisi Allah.
FAEDAH KE -4 : aku melihat ramai makhluk yang menyangka kemuliaan dan keagungan terletak pada banyaknya pengikut lalu ia tertipu dengan cara pemikirannya itu , dan ada menyangka pada harta benda dan anak buah , dan ada menyangka dari kemampuan merompak dan menzalimi harta benda orang lain, dan ada yang menyangka dengan banyak membuang harta dan keterlaluan dalam berbelanja. firman Allah bermaksud ,"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi takwanya"surah al Hujurat ayat 13
FAEDAH KE -5 : aku melihat ramai makhluk yang saling maki memaki dan umpat mengumpat, aku dapati hal ini disebabkan sifat sifat hasad dalam memiliki harta , kedudukan dan ilmu. firman Allah ,"maksudnya : "dan sesungguhnya Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka di atas dunia ini.". maka fahamlah aku bahawa pembahagian segala nikmat itu adalah dari Allah sejak alam azali lagi, maka aku tidak pernah merasa hasad akan siapapun dan aku merasa puas hati dengan pembahagian yang dilaksanakan oleh Allah.
FAEDAH KE -6 : aku melihat ramai makhluk yang saling bermusuhan kerana suatu sebab. firman Allah ,"maksudnya : "Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata kerana itu jadikanlah ia sebagai musuh."surah Faathir ayat 6.
maka aku membuat kesimpulan tidak perlu bermusuh dengan sesiapapun , selain hanya dengan syaitan.
FAEDAH KE -7 : aku melihat ramai makhluk yang saling bersungguh dan berusaha sepenuh tenaga untuk mencari makanan dan sumber kehidupan. dan terkadang ia terpaksa mengambil yang syubhah dan haram dan terpaksa menjual harga dirinya dan air mukanya. firman Allah ,"maksudnya : "dan tidak ada dari sesuatu yang melata di atas muka bumi melainkan rezekinya telah dijamin oleh Allah ."surah Hud-ayat 6.
maka aku ketahui rezekiku di tangan Allah dan telah dijamin Allah lalu aku hanya sibukkan diriku beribadah kepadaNya.
FAEDAH KE -8 : aku melihat ramai makhluk memiliki sesuatu yang menjadi pegangannya. sebahagian menjadikan dinar dan dirham sebagai pegangan , yang lain menjadikan harta dan kerajaan sebagai pegangan , ada menjadikan kemahiran atau pekerjaan sebagai pegangan , bahkan ada yang menjadikan hamba Allah sebagai pegangan. . firman Allah ,"maksudnya : "dan siapa yang bertawakkal kepada Allah maka pasti Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah menyampaikan segala urusanNya dan menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang telah ditentukannya."
maka aku terus bertawakkal kepada Allah maka Allah mencukupkan akan aku dan Allah sebaik baik tempat berserah diri.
lalu Imam Syaqiq alBalkhi berkata kepada Imam Hatim al Asham ,"Semoga Allah sentiasa memberi taufiq kepadamu. Sesungguhnya aku telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan alQuran dan aku mendapati isi keempat empat kitab ini adalah beredar pada membahas 8 masalah yang engkau sebutkan itu. dan siapa yang beramal dengannya maka ia telah beramal dengan ke empat empat kitab tersebut.
NASIHAT 16 - CARILAH GURU YANG MURSYID
Wahai anakku yang tercinta !
sayugia bagi orang yang menjalani jalan akhirat itu memiliki guru musryid lagi pandai mendidik supaya guru itu dapat menghilangkan perangai jahat padanya dengan menggantikan ia dengan akhlak mulia. dalam proses tarbiah ini, guru mursyid ibarat petani yang sentiasa membuang duri dan rumput yang tumbuh di celah tanamannya agar hidup segar dan mendapat hasil sempurna. guru mursyid mengajar adab dan membimbingnya ke jalan Allah. dan sifat guru mursyid ialah alim.
Sifat guru mursyid ialah : 1- guru yang berpaling dari mencintai dunia dan mencintai pangkat
2- beliau telah berguru dengan gurunya yang mursyid dan bersambung silsilah guru di atasnya yang mursyid kepada Rasulullah.
3- Beliau berjaya mendidik dirinya dengan sedikitkan makan, sedikit berbicara, sedikit tidur, banyak bersolat, banyak bersedekah dan banyak berpuasa.
4- memiliki akhlak mulia sebagai cara hidup yakni sabar, solat , syukur , tawakkal , yaqin dan qonaah (merasa cukup dengan apa yang ada ) , tenang jiwa, penyantun, tawadduk, banyak ilmu, benar , malu, sempurnakan janji , tenang pendirian , tenang pembawaan, berhati hati dalam segala urusan.apabila ia bersifat dengan sifat mulia ini, ia adalah "Nur" daripada "Anwar" nabi Muhammad s.a.w yang layak untuk diikuti. tetapi guru yang memiliki semua sifat ini ialah amat jarang sekali.
dan apabila sudah bertemu dengan guru mursyid, maka perlulah menjaga adab zahir dan batin terhadapnya.Adab zahir ialah : 1) Jangan bertengkar dengannya dan berhujah melawannya .
2) Janganlah segera meletakkan sejadah di hadapannya kecuali waktu hendak solat. dan apabila selesai solat hendaklah segera mengangkatnya
3) Jangan memperbanyak solat sunnat di hadapannya
4) Hendaklah amalkan apa yang disuruh gurunya sekadar mampunya
Adab batin pula : 1) Segala yg diterima dan didengari dari guru secara zahir maka jangan sekali kali mengingkari pada batinnya, jangan pada perbuatan dan jangan pada perkataan supaya terselamat dari tanda orang munafik. 2) Hendaklah menjauhi bersahabat dengan orang jahat supaya ia dapat mengosongkan hatinya dari segala perhubungan dan pengaruh syaitan manusia, maka dengan itu akan suci hatinya dari kekotoran syaitan. dan walau apapun , ia mesti memilih kefakiran dari kekayaan.
NASIHAT 17 - INTISARI ILMU TASAWUF
Wahai anakku yang tercinta !
ketahuilah bahawa ilmu tasawuf mengandungi 2 unsur :
1) Istiqamah (tetap pendirian)
2) Baik kelakuan dengan makhluk
maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya dengan manusia serta ia bergaul dengan lemah lembut maka orang itu seorang sufi.
istiqamah bermakna ia mengorbankan segala kehendak nafsunya untuk mendapatkan keindahan peribadi . Manakala baik kelakuan dengan manusia pula ialah engkau tidak memaksa manusia mengikut kehendakmu sebaliknya memaksa dirimu untuk melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara yang menyalahi syarak.
NASIHAT 18 - HAKIKAT UBUDIYYAH
Wahai anakku yang tercinta !
hakikat Ubudiyyah ada 3 perkara : 1) Menjaga hukum hukum syariat. 2) Redha dengan qada' dan qadar dan pembahagian Allah dalam rezeki dll 3) Mencari keredhaan Allah walaupun terpaksa meninggalkan kehendak diri sendiri.
NASIHAT 19 - HAKIKAT TAWAKKAL
Wahai anakku yang tercinta !
makna tawakkal ialah engkau memantapkan iqtikadmu dengan janji janji Allah , iaitu engkau mengiqtikadkan bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk mu pasti akan sampai kepadamu walaupun seluruh makhluk di alam ini cuba menghalangnya darimu. dan sebaliknya apa apa yang telah ditakdirkan bahawa ia bukan untuk engkau maka sudah pasti ia tidak akan sampai kepada kamu walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaikannya kepada mu.
NASIHAT 20 - HAKIKAT IKHLAS
Wahai anakku yang tercinta !
Ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah dan hati engkau tidak senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli akan celaan mereka.
NASIHAT 21 - HAKIKAT RIYA'
Wahai anakku yang tercinta !
Riya' itu lahir dari rasa membesarkan makhluk. cara menghilangkannya ialah dengan engkau melihat makhluk ini diarahkan oleh takdir Allah dan engkau merasakan bahawa mereka itu tidak ubah seperti benda benda yang beku yang tidak mempunyai apa apa kemampuan untuk menyampaikan manfaat atau mudharat kepadamu. maka dengan itu engkau akan selamat daripada perhitungan pandangan mereka.
tetapi jika engkau melihat makhluk dan engkau merasakan mereka mempunyai kekuasaan dan kehendak maka sifat riya' itu tidak akan hilang dari hatimu.
NASIHAT 22 - JANGAN ENGKAU BANYAK BERTANYA TETAPI HENDAKLAH ENGKAU BANYAK BERAMAL
Wahai anakku yang tercinta !
Janganlah terlalu banyak bertanya dari segala kemusykilan , kecuali dengan lidah hatimu. apa yg berbaki pertanyaanmu tertulis dalam kitab karanganku (imam ghazali ) , maka carilah di sana.
dan beramallah dengan ilmu yang engkau perolehi supaya terbuka bagimu hijab ilmu ilmu yang belum engkau ketahui.
NASIHAT 23 - TINGGALKAN 4 PERKARA
Wahai anakku yang tercinta !
sekarang aku akan menasihatkan kamu dengan 8 perkara terakhir, 4 untuk kamu tinggalkan dan 4 untuk kamu laksanakan.
4 yang mesti ditinggalkan :
1) Janganlah engkau bertengkar dengan seseorang pada apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam macam penyakit. Dosanya jauh lebih besar dari faedahnya kerana pertengkaran itu sebab segala perangai yang jahat seperti riyak, hasad, takabbur , dengki , permusuhan dan rasa bangga dengan kemampuan diri sendiri.
jika engkau suatu hari terseret kepada pertengkaran , jika niat mu untuk menzahirkan kebenaran supaya kebenaran itu tidak hilang maka bolehlah engkau berbuat demikian. kalau benar itu niatmu , akan terzahir 2 tanda yakni : engkau tidak membezakan kebenaran itu keluar dari lidahmu atau lidah orang lain.+ perbahahasan di hadiri di tempat tertutup daripada dihadiri oleh khalayak .
ketahuilah bahawa menimbulkan kemusykilan pada suatu masalah sama dengan menunjukkan penyakit hati kepada doktor,
orang yang jahil itu ialah orang yang sakit hatinya dan para ulama ialah doktor yang pandai mengubatinya.
3 penyakit jahil yang tidak dapat diubati ialah : 1- orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana didorong hasad dengki atau marah , sebaiknya kita tidak perlu menjawab pertanyaannya dan membiarkan dia dengan penyakitnya. 2- jahil berasal dari sifat dungu. 3- orang bertanya yang timbul dari kedangkalan kefahamannya , hakikatnya ia masih jahil dan belum layak untuk memahami perkara yang dalam dalam. 4- adapun orang jahil yang dapat diubati ialah yang benar mahu mencari petunjuk + mempunyai akal yang baik + cepat memahami masalah. + tidak dipengaruhi sifat hasad, marah, cinta kedudukan dan harta + tidak keras kepala + tidak mahu menguji kepintaran orang ditanya , maka soalannya wajib dijawab.
2) hendaklah rasa takut orang yang sering memberi nasihat dan peringatan kerana ia banyak mengandungi penyakit kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkan dengan apa yang kamu katakan .
janganlah engkau menggunakan perkataan yang payah dalam ucapanmu.
makna "Tazkir" -(memberi tazkirah/pesanan)ialah mengingatkan akan seksaan akhirat + melihat kurangnya diri pada perhambaan terhadap Allah + memikir pada umurnya yang telah banyak terbuang tanpa faedah + memikirkan pada masa depannya + merasa takut dengan keselamatan imannya adakah mampu terus kuat hingga akhir hayat + dan khuatir akan keadaan akan dilalui saat kematiannya , saat malakul maut mencabut nyawanya + adakah mampu menjawab soalan mungkar nakir dalam kubur + sedih dengan keadaan yang belum menentu di akhirat + keadaan ketika berdiri di hadapan Allah , adakah akan selamat untuk melintasi titian sirat atau jatuh ke neraka.
begitu lah pemikiran yang selalu wujud difikiran dan hatinya dan ini akan menggelisah dan menggoncangkan hatinya , ini lah namanya "tazkir "
dan memberitahu hal ini kepada orang ramai + menunjukkan mereka untuk memikirkannya + menarik perhatian mereka atas kelemahan mereka + menyedarkan mereka akan keaiban pada diri , maka ia dapat menyentuh hati mereka dan menggoncangkan kelalaian mereka lalu menyesali dan berusaha menyempurna segala kelemahan pada umur yang dilalui, inilah di namakan "nasihat".
jangan bercita cita memberi nasihat agar makhluk banyak berhimpun dalam majlismu + mereka kagum dengan pintarnya kamu berceramah + jikalau ada ianya kecenderungan pada dunia + dari lalainya hatimu. hendaklah niat dan usaha hanya mengajak manusia lari dari dunia menuju akhirat + ajak mereka taat meninggalkan maksiat + hilangkan sifat tamak dunia + menuju zuhud + meninggalkan sifat bakhil + hiasi diri dengan sifat kemurahan + waspada dengan tipu dunia + taqwa.
hendaklah memberi nasihat agar mereka gemar akan akhirat + benci akan dunia .
3) jangan suka bergaul dengan pemimpin yang jahat dan zalim
NASIHAT 24 - KERJAKAN 4 PERKARA
Wahai anakku yang tercinta !
4 perkara yang perlu engkau kerjakan
1) hendaklah engkau mengukur pergaulan mu dengan Tuhanmu sekira kira jika hambamu bergaul kepadamu .
2) Segala perkara yang engkau hendak lakukan kepada orang lain hendaklah engkau mengukur nya bagi dirimu dahulu.
apa yang engkau suka orang lain lakukan terhadap dirimu maka berbuatlah perkara seperti itu kepada orang lain.
3) pelajari ilmu yang membersihkan jiwamu dan membaiki hatimu. kerana jikalau waktu sudah suntuk, sudah tentu ilmu terpenting ialah ilmu untuk memerhatikan keadaan hati dan menghilangkan perkara yang merosakkannya, mempelajari sifat sifat kejernihan jiwamu, dan berpaling dari urusan keduniaan , sibuk dengan mengisi hatimu dengan cinta Allah , beribadah dan memakaikan diri dengan sifat yang baik.
sabda Rasulullah, "sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa mu , tubuh badan mu dan bukan pula kepada amalanmu , tetapi Allah memandang kepada hatimu dan niatmu. "
dan jika engkau hendak mendalami ilmu berkaitan dengan hati, rujuklah kitab Ihya Ulumuddin dan yang lainnya dari karanganku.
ilmu ini(kebersihan hati) ialah termasuk ilmu fardhu ain dan yang lain darinya ialah ilmu fardhu kifayah melainkan ilmu dan hukum untuk sempurnakan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.
4) engkau jangan menghimpunkan harta dunia lebih banyak daripada cukup makan setahun seperti contoh Rasulullah bagi sebahagian isteri2nya.
dan Rasulullah tidak mempersiapkan makanan cukup setahun ini bagi semua isterinya melainkan hanya bagi mereka yang lemah imannya sahaja. apa pun isterinya yang kuat iman, maka Rasulullah hanya mempersiapkan baginya makanan untuk sehari setengah sahaja.
NASIHAT 25 - PENUTUP DAN DOA
Wahai anakku yang tercinta !
bacalah doa ini pada sekalian waktumu , khususnya selepas solat fardhu :
"Ya Allah, aku memohon akan engkau dari nikmat itu yang paling sempurna, dan dari pemeliharaan itu yang paling kekal, dan dari rahmat itu yang paling menyeluruh, dari 'afiat itu yang paling berhasil, dari kehidupan itu yang paling senang, dari umur itu yang paling bahagia, dari ihsanMu itu yang paling sempurna, dari nikmat Mu yang paling menyeluruh, dari kelebihanMu yang paling sedap, dan dari lemah lembutMu yang paling dekat. Ya Allah, jadilah Engkau sentiasa pembela kami, bukan penghukum ke atas kami.
Ya Allah, habiskan ajal kami dengan kebahagiaan, dan berilah kepada kami apa yang lebih baik dari apa yang kami harapkan, iringi pagi dan petang kami dengan keafiatan, dan jadikanlah kesudahan dan kemuncak cita cita kami untuk mendapatkan rahmatMu, dan tuangkan lah hujan yang lebat dari kemaafanMu ke atas dosa dosa kami, dan sentiasalah Engkau memberi nikmat kepada kami dengan memperbaiki segala kebaikan kami, dan jadikanlah takwa itu sebagai bekalan kami , dan jadikan lah pula kesungguhan kami dalam memperjuangkan agamaMu , dan jadikan tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Mu.
Ya Allah , tetapkan kami berada di jalan istiqamah, lindungi kami di dunia dari mengerjakan perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari kiamat nanti, dan ringankan lah bebanan dosa kami , dan kurniakan kami kehidupan hamba hambaMu yang baik, jauhkanlah dari kami kejahatan orang orang yang jahat, dan lepaskan lah leher kami dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami lelaki dan perempuan dari belenggu api neraka.
Semua itu dengan berkat rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia, yang Maha Mengampuni , Maha Pemurah lagi menutupi keaiban kami. yang Maha Berkuasa Maha Mengetahui
RIWAYAT HIDUP IMAM AL GHAZALI R.A (450-505 H ) 1058-1111M
Imam Ghazali ialah tokoh islam yang ulung mendapat gelaran "hujjatul islam".
nama penuh beliau " Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Abu Hamid al Ghazali al Thosi. beliau lahir di kampung "Ghazalah" di kawasan "Thos"., kota di utara Iran. beliau lahir dari keluarga miskin tetapi sangat kuat beragama.
beliau dipanggil menghadap Illahi pada 505 H dan dimakam di Thabran, Thos.
imam ibn al Jauzi menghikayatkan dari Imam Ahmad (saudara imam Ghazali ) menceritakan saat kematian beliau. Selesai solat subuh, beliau berkata, "bawa ke sini kain kafanku ." lalu beliau mengambil kain dan berkata ,"Aku telah bersedia untuk datang memenuhi panggilanMu dengan penuh ketaatan dan kepatuhan.". setelah itu, beliau menhunjurkan kaki menghadap kiblat dan beliau menghembuskan nafas terakhir dengan penuh ketaatan.
No comments:
Post a Comment